Updates from Februari, 2007 Hide threads | Kekunci Pintas

  • Hatred vs Hurted 

    leokid 8:09 pm on February 28, 2007 Pautan Kekal | Balas

    Aku cuba pertahankan ukhwah fillah ini dengan pelbagai cara sekalipun. Ukhwah ini sudah tiada harapan, agaknya. Apa lagi mampu aku lakukan?  Semakin aku mencuba, semakin aku tersiksa. Adakah ini ujian? Perlukah aku terus mencuba, lillahi taala? Atau perlukah aku mengundur diri, lillahi taala? Ya Allah… sesungguhnya aku perlukanMu..

        "Alasan yang kuat hanya pada Allah. Maka kalau dia menghendaki, nescaya kamu semua mendapat petunjuk." [6:149]

    Aku bukanlah seorang penyair untuk menuturkan kata-kata puitis, tak pernah aku menempuh aliran sastera di sekolah menengah. Apa yg muncul di mindaku, berasal dari jiwaku, lancar di tanganku untuk ku luahkan. Mereka pelik apabila aku menuturkan kata-kata puitis, sedangkan aku bukannya pelajar aliran sastera. Tetapi mereka tidak pelik apabila Rasulullah yang buta huruf mampu menyampaikan firmanNya yang penuh dengan gaya bahasa agung dan sintaks yg hanya Dia yg mampu ungkapkan? Alangkah dangkalnya pemikiran mereka!

    Sepertimana yang aku sedia maklum, ramai orang menyangka diri mereka memahami aku. Walhal tiadalah sedikitpun mereka faham akan perasaan aku. Apatah lagi meneka apa yang bermain di fikiranku. Dan hanya dengan sedikit pemahaman yang mereka ada itu, mereka cuba menghukum aku. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penghukum!

    Justeru acapkali apabila aku menuturkan kata puitis, mereka menyangka aku seorang penyair. Apabila aku mengerutkan dahi, mereka menyangka aku pemarah. Apabila aku berprasangka baik, mereka menyangka aku penakut.

    Tapi tak apalah…sesungguhnya Allah mengetahui, sedang mereka tidak!

    Sukarnya mencari manusia yang betul2 memahami diri ini, ya Allah.. tiada siapa pun yang memahami diri aku. Yang cuba untuk memahami pun cuma beberapa orang. Lebih ramai yang suka menghukum aku tanpa membicarakan diri aku. Moga Allah menghukum mereka tanpa membicarakan diri mereka pula.

        "Maha Suci Tuhan kami, sungguh, janji Tuhan kami pasti dipenuhi!" [18:108]

     
  • Hatiku Milikmu… 

    leokid 1:28 pm on February 22, 2007 Pautan Kekal | Balas

    Cerpen > Klik di sini

    Cerpen kat link atas ni memang panjang. Tapi demi Allah, cerpen inilah yang pertama membuat air mata aku mengalir. Aku tersentuh, jalan ceritanya, watak-wataknya, membayangkan diriku dan keadaanku sekarang ni. Mesej yang dibawa menjadi motivasi aku, menjadi penenang jiwaku yang sememangnya terperangkap di dalam dilema ini. SubhanAllah..

    (Pergilah…pergilah cinta! Aku tak perlukan
    cintamu. Ya Allah, hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan
    makhluk-Mu. Hatiku hanya milik-Mu!)

    Aku
    dan Umar-AlMujahid ada beberapa persamaan. Dalam beberapa aspek. Aku
    juga dikecewakan ‘Asiah Yusro’. Aku juga pernah hanyut dalam dakapan
    ‘Nur Syafika’.  Sesungguhnya demi Allah, cerpen ini benar-benar
    membuatkan aku terpukul. MasyaAllah, alangkah agungNya kekuasaanMu!
    Ya
    Allah, kurniakanlah aku kekuatan sebagaimana Umar-AlMujahid.
    Kurniakanlah aku kesabaran. Kurniakanlah aku hidayahMu! Aku pernah
    kecewa dengan wanita. Aku pernah kecewa dalam tarbiyyah. Aku pernah
    futhur!

    Surah AlBaqarah : 216 menjadi pegangan aku ketika ini.
    Ya Allah, andai kau ingin hadirkan seseorang sebagai temanku dalam
    perjuanganku ini, maka kurniakanlah aku seseorang dari jalan
    tarbiyyahMu.. Dan seandainya tiada wanita sedemikian untukku, maka
    tutuplah pintu hatiku ini ya Allah, dan terimalah cintaku ini, hanya
    untukMu..

    Sesungguhnya…hatiku milikMu..

     
    • miszct 5:16 pm on Januari 4, 2008 Pautan Kekal | Balas

      btul kisah awk sama dgn umar tu…???
      sy pn rasa insaf baca cerpen tu….
      cerpen tu best sgt2….!!!!
      sy suka la baca cerpen tu…
      terutamanya part asiah yusro nk memilih antara dua…

      Leokid: takdela same sebiji, hihi. tapi ada la persamaannya yg buatkn hati ni terkesan bila baca cerpen tu =p

    • infnity 8:59 pm on Mei 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      terlalu mulia untuk di samakan saya T-T

    • nazliah 6:47 am on November 4, 2008 Pautan Kekal | Balas

      memang best cite ni.dah bace novel die?’Tautan Hati’ ?best sangat.

  • Sedih….dan kecewa~!! 

    leokid 12:13 pm on February 20, 2007 Pautan Kekal | Balas

    Ya Allah..aku futhur! Engkau sahaja yang tahu akan kesedihan yang bersarang di lubuk hatiku ini.

    "Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih, kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman" [Ali-Imran:3]

    There’s one person in my life.  Seseorang yang aku sangat banggakan. Bangga kerana dapat menjadi salah-seorang dari kawan-kawannya. Berbangga kerana aku memiliki seorang sahabat sedemikian. Ya, dialah sahabat aku, sepertimana yang aku ceritakan dalam bahagian II post sebelum ini. Sahabat yang aku sanggup mati demi mempertahankannya.

    Kami mempunyai banyak persamaan. Dia sukakan Good Charlotte, aku juga mmg die-hard-fan Good Charlotte. Dia meminati Avril Lavigne, dan aku mempunyai koleksi semua album dari Avril. Dia cukup suka dengan kucing, sungguhpun aku lebih berminat dengan hamster. Dia beruang polar, dan aku beruang hitam besar..
    Syukur alhamdulillah, kami berdua di atas jalan tarbiyyah, mudah-mudahan Allah melindungi kami..

    Demi Allah, aku bersahabat dengannya kerana ukhwah, semata-mata ukhwah di jalanNya, Ukhwah Fisabilillah! Tiada terlintas di fikiranku untuk memperjodohkannya. Tiada terdetik di hati aku untuk memilikinya, kerana hati aku milik Allah yang satu! Tiada sanggup aku menduakan Allah semata-mata kerana seorang wanita yang kerdil di sisi Mu! Ya, aku akui aku memang menyayanginya. Sesungguhnya aku menyayanginya keranaMu, ya Allah!

    Setidak-tidaknya, itu yang aku fikirkan. Tetapi dia tidak. Kehadiranku disalahertikan, agaknya. Atau aku yang salah dalam mengertikan kewujudan diriku dalam hidupnya. Mungkin itu yang bermain di fikirannya.

    Demi Allah, keranaMu Allah, tiada sanggup ku menagih cinta insan yang sungguh tidak sempurna. Tidak sanggup ku menduakan Engkau, ya Allah. Hatiku sudah pudar kepada mana-mana insan yang cuba mendekati aku. Manusia hambaMu, takkan sama sekali menyaingi Engkau, ya Allah~! Cukuplah Engkau bagiku, kepada Engkau tempat ku mendamba kasih sayang, kepada Engkau tempat aku memohon!

    Justeru tiada niat di hatiku untuk memiliki sesiapa, ya Allah! Tiada niat di hatiku untuk memiliki dia! Cukuplah dia sekadar temanku. Sekadar sahabatku yang paling berharga. Kenapa paling berharga? Kerana dia satu-satunya sahabat yang aku jalinkan ukhwah semata-mata kerana Engkau! Ku bersumpah dengan diriku ketika mula-mula menghulur salam ukhwah dahulu, bahawa persahabatan ini akan dibina semata-mata kerana Engkau, ya Allah! Tidak terlintas di fikiranku untuk memikirkan soal jodoh. Ku hanya inginkan dia sebagai sahabatku, hidup dan mati!

    Dan sekarang, aku rasa bersalah. Bersalah kepada Allah kerana tidak mampu mempertahankan ukhwah yang terjalin. Ukhwah yang dibina Lillahi Ta’ala kini hampir putus. Atau boleh dikatakan gugur sepenuhnya. Futhur. Entah di mana silapnya. Semakin aku cuba perbaiki, semakin ia rebah. Semakin aku cuba mengubati, semakin ia mudarat. Tiada hipotesis lain dapat aku kemukakan..melainkan hanya mampu aku berserah dan redha kepadaMu..

    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
    boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
    Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

    Kini aku pasrah. Aku benar-benar… sedih. Sedih…bukan kerana aku tidak mampu memilikinya. Sedih bukan kerana dia tidak ditakdirkan untuk menjadi jodohku.
    Tapi sedih kerana ukhwah yang terbina selama itu rebah di tengah jalan. Ukhwah Fillah – kini tidak lagi abadan abada’.

    Dan aku kecewa. Futhur, secara literalnya kecundang. Ya, aku kecundang! Entah apa lagi yang harus aku lakukan untuk menegakkan kembali ukhwah ini. Entah apa lagi yang mampu aku usahakan. Entah doa apa lagi yang harus aku panjatkan ke hadrat Ilahi agar ukhwah ini kembali bertaut!

    Teringat kata-kata yang sering aku ucapkan. Kata-kata yang menjadi pegangan hidup aku. "Kalau Allah tak menghendaki, usahalah sekuat mana pun. Nescaya yang pasti pun tidak akan menjadi kenyataan!"

    "Dan sekiranya Allah menghendaki, larilah walau ke hujung dunia pun. Nescaya yang mimpi pun akan terjelma menjadi realiti!

    Dan aku rasakan di antara aku dan dia hanya sekadar mimpi. Realiti yang terjelma menjadi mimpi. Sekelip mata Allah mampu merungkaikan ukhwah yang terbina, kerana Dia tidak menghendaki. Kenapa Dia tidak menghendaki? Jawapannya ada di atas, 2:216.

    Ya Allah, andai dia baik untukku, ditakdirkan untukku, maka aku serahkan segalanya kepadaMu ya Allah untuk Engkau aturkan. Engkaulah sebaik-baik perancang, dan sebaik-baik pelaksana. Engkau Maha Mengetahui, betapa ukhwah yang terbina di jalanMu ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku, kerana sesungguhnya tiadalah yang lebih indah melainkan ia yang aku lakukan keranaMu..semata-mata keranaMu..

    Ya Allah, ku pohon kepada Engkau, jauhkanlah aku dari panahan arjuna syaitan dan nafsu di sekeliling aku. Kentalkanlah imanku menghadapi cabaran insan bergelar perempuan. Aku ingin Engkau sahaja yang bertakhta di hatiku. Dan sekiranya ada di antara mereka yang menyinar pada pandanganMu, yang dirasakan selayaknya untuk aku, maka hadirkanlah dia di dalam hatiku. Namun, jangan Kau kurangkan kasihku terhadapMu. Sesungguhnya ku tidak mahu mati melainkan dalam hatiku ini hanya ada diriMu, penciptaku yang satu!

     
  • NeW sEmEsTeR ~ nEw LiFe, perHaPs~? 

    leokid 11:16 am on February 12, 2007 Pautan Kekal | Balas

    [I] – My Academic Calendar

    Hak2. Today, 12th February, is the beginning of spring semester in Russian Education Calendar. The new semester, starting off well, which makes me quite in relief… There’s some quite good news and sad news, however guess that changes are needed in order to improve, right?

    One of the best news is that our anatomy teacher, who used to be Andrei Viyacheslavich Bezdenehznich, will be replaced by Prof. Anna Stelnikova! It’s not that i dont like Andrei, me really respect him, so much! He even helped me during my zachot test last semester! How could i ever be so unthankful to him!

    Anna Stelnikova – a professor - is much2 better than any other anatomy teacher – is quite a convincing remark given by lots of my seniors. She leads the class quite efficiently, in contrast to Andrei. She can get very close (i repeat, very close! hehe) to her lovely students! Sometimes she can act as a mother, and in instant she could be the most respected teacher you’ve ever known! I dunno whether all of these are true, but that’s what my seniors been talking about. Even Husni, my respected senior, gave quite a hyperbolic remarks, saying that i should perform a sujud shukur berjemaah! Hohoho…now that’s really convincing! Well, it’s all depends on my first impression towards her in class tomorrow. Hope she’s just not ‘indah khabar dari rupa‘. Heheh.

    Anyway, i feel like having some kind of energy this semester. Perhaps after being ‘recharged’ during the winter holiday? Heheh. I promised to myself, to perform the best this semester! InshaAllah!

    Impian semalam adalah realiti hari ini, dan impian hari ini adalah realiti esok…” – Imam Hassan al-Banna


    [II] – Getting Personal…

    I ruined a friendship! OMG, what have i done????? Honestly, i don’t know! I only knew this certain girl for several months, and as I realized that i’ve gone too far, she had already become very upset with me!

    I really liked her, but it’s that i’m with somebody else right now. I would never ever betray anybody, therefore breaking up with my girl is a plan i would never ever thought of! She is very kind, one among my friends that i could consider as ‘best’ friend! So far in my life, there’s only several person are among my bestfriend list - Due, Adib, Ros, Pijat, and she! Those whose name in the list are the one that i swear would slay my heart for! She might never knew it, but believe me, it’s true.

    However, dunno what, due to some mistakes i’ve done, my friendship with her is in quite a stake right now. Dunno what should i do, except pray for Allah so that He would done anything to strengthen our friendship again.

    For her, i might be annoying. I might be quite irritating. Quite frustrating. If i’ve done anything that ever broke your heart, please accept my true apology from the bottom of my heart. Breaking my bestfriend’s heart is never different than breaking my own heart – though my heart had been broken quite often, the pain is still the same..

    "Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah."

    [III] – Back to reality

    Saya ingin bertanyakan kepada anda semua, muslim jenis mana yang lebih baik – beramal tanpa ilmu, atau berilmu tanpa amal? Saya tahu, yang beramal dengan ilmu adalah yang paling baik, dan yang tak beramal dan tak berilmu langsung pula adalah yang paling rugi di antara kita semua.

    Saya akui, saya pernah berada di kategori ‘berilmu tanpa amal’. Sungguh seronok mempelajari ilmu-ilmu Islam! Mempelajari mengenai isu-isu semasa, hadis-hadis, dalil-dalil kemaslahatan dan sebagainya. Saya cukup seronok apabila menyertai perbincangan mengenai Isu Lina Joy Murtad. Saya cukup bersemangat mengikuti debat Comparative Religion. Saya menjadi teruja untuk mengetahui mengenai perbezaan mazhab fiqh dan aqidah. Malahan saya begitu tertarik dengan topik pembahagian darah bagi wanita!

    Tapi alangkah ruginya saya di waktu itu. Saya sekadar mengetahui, tapi saya tak mengamalkan apa yang sepatutnya saya amalkan. Saya tahu, dengan mengingati Allah hati akan tenang [13:28] tetapi saya lebih selesa menenangkan hati saya dengan mendengar lagu-lagu My Chemical Romance. Saya tahu, terdapat banyak hujah-hujah yang membuktikan keharaman berpasang-pasangan, tetapi saya tekad menghalalkan yang haram. Saya tahu, menyambut valentine itu dikaitkan dengan amalan kristian, tapi saya tetap menghadiahkan teddy bear kepada awek saya. (sekarang ex!)

    Syukur alhamdulillah, saya sempat sedar. Lirik lagu Kembali nyanyian Raihan berjaya menyinar di dalam lubuk kegelapan hati saya. Kisah cinta Rabiatul Adawiyah menyedarkan saya tentang erti cinta sebenarnya, Cinta Agung. Syukur, saya benar-benar bersyukur kepada Allah yang menemukan sahabat-sahabat yang ramai, yang mampu membimbing saya agar lebih dekat kepadaNya.

    Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
    Namun kau masih tak menyedari
    Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
    Bimbang hidup kau kan berakhir
    Tidakkah kau tahu dia yang maha kuasa
    Masihkah tak mengerti
    Tiada hidup tanpanya… Allah
    Subhanaallah

    Lalu kau pun tunduk membisu
    Sejuta ketakutan
    Bayangkan dosa mu bagai lautan
    Haraplah diberi peluang
    Umur yang panjang
    Kau kan jadi hamba yang sejati

    Allah maha pengasih
    Allah maha pengampun
    Kembalilah kepada fitrahmu
    Allah maha pengasih
    Allah maha pengampun
    Sedarlah kau dari kesilapan mu

    Lalu kau pun sujud mengaku
    Hilang keangkuhanmu
    Cabutlah noda hitam di hatimu
    Haraplah di beri peluang
    Beribadah kembali
    Kau kan jadi hamba yang sejati

    Engkau pun menyedari
    Jangka waktu yang di beri
    Kau pun sedari
    Cintanya yang abadi

    Allah maha pengasih
    Allah maha pengampun
    Kembalilah kepada fitrahmu

    Allah maha pengasih
    Allah maha pengampun
    Cintai Ilahi
    Cinta yang hakiki
    Subhanaallah

    Sekarang, saya lebih selesa mendengar lagu-lagu nasyid. Lagu Raihan seperti Sesungguhnya, Rindu, menjadi siulan. Lagu Rabbani seperti Anak Soleh, Ibu Mithali dan Berkorban Apa Saja membawa seribu keinsafan. Lagu Mirwana seperti Aku Tanpa CintaMu dan Hikmah Kembara menjadi perangsang untuk meneruskan hidup di dunia penuh logamaya ini. Namun lagu-lagu lain dendangan Good Charlotte, My Chemical Romance, Korni dan sebagainya masih lagi menjadi halwa telinga ini..

    "Nak mengubah diri sendiri, boleh sekelip mata. Nak mengubah persepsi orang, kadang-kadang perlukan selamanya"

    Kembali kepada point asal, antara "Berilmu tanpa beramal" dan "Beramal tanpa ilmu" yang manakah lebih baik agaknya? Kata orang, ‘Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tanpa buah.’. Ada orang kata lagi, "Ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sesat". Orang lain pulak kata, "Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.". Saya tercari-cari, jumpa pula seorang hamba Allah ni berkata "Hidup tanpa ilmu umpama orang yg mati ilmu tanpa amal umpama orang yg tidur amal tanpa keikhlasan adalah sia2. …".  Sorang lagi dengan hampeh dan penuh konfidennya cuba meyakinkan saya "Ilmu tanpa amal akan rugi, amal tanpa ilmu akan gile..tp kalau duit tanpa ilmu boleh buat org rugi dan gile.." Hahaha…sungguh aneh ciptaan Allah bergelar manusia ini kan? =)

    Imam Al-Ghazali meyakinkan bahawa "Ilmu tanpa Amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia-sia.". Apa pula pandangan anda?

     
    • safura 8:59 am on Februari 17, 2007 Pautan Kekal | Balas

      Pd pendapat saya la kn, berilmu tanpa amal itu jahil, dan beramal tanpa ilmu itu bodoh. Antara jahil dan bodoh, dua2 pn xboleh pakai. Jahil kerana meninggalkan suruhan Allah walaupun tahu itu dosa. Bodoh kerana meniru orang dan beribadat tak tentu hala. Apbl kita beramal tanpa ilmu, selamanya kita xkan lurus, malah semakin sesat. Bila beribadat tp xkenal tuhan, maka jadilah gila. Tapi len dgn orang yg berilmu tanpa amal, dia seolah-olah berendam dalam kekufuran. Sbb bila xberamal, kita sebenarnya menjemput iblis dan digoda utk melakukan dosa dan merebut kemewahan dunia. Bila dh berdosa dan harta dibelanjakan ke jalan maksiat, terhalang cahaya ilmu. Maka jadilah kita tidak mahu menuntut ilmu dan tiada masa utk beribadat; akhirnya ilmu dan amal, kedua2nya pn xbertambah. Sebab tu orang yg beramal tanpa ilmu, mn2 pn boleh cari; tapi orang yg beramal bersungguh2 dgn ilmu yg dia miliki susah nk cari…huhu

  • 14 Februari Menjadi Saksi 

    leokid 5:05 am on February 10, 2007 Pautan Kekal | Balas

    Ratusan tahun lampau…

    14hb Februari menjelma. Dia tunduk sayu, memandang ke arah lantai penjara yang usang. Jubah paderi yang menyelubungi bagaikan satu ironi, sedangkan dia dilayan seperti seorang banduan ketika itu. Ya, dia sememangnya banduan – yang menantikan hukuman. Dia tidak menyangka, akhirnya dia tewas dengan nafsunya sendiri.

    Igauan memori lama menerawang di fikirannya. Masih segar di ingatannya tatkala dia diangkat menjadi paderi dahulu. Tatkala dia berjanji di hadapan roh kudus untuk menjaga agamanya ini. Tatkala dia bersumpah akan sanggup menumpahkan darahnya demi Jesus Christ.

    Dan tatkala itulah, gadis tersebut hadir dalam dirinya. Seolah-olah membawa satu cahaya baru dalam hidup. Silau, terlalu silau! Sehingga menenggelamkan bayangan Jesus Christ dalam dirinya. Dia hilang arah. Dia terlepas kawal. Dan akhirnya, dia hanyut dalam nafsunya. Dia dihanyuti arus cinta..

    "Tuan St.Valentine!" Suara penjaga kamar penjara itu mengejutkannya dari khayalan.
    "Masanya telah tiba. Sila ikut kami, tuan!"

    Pengawal Emperor Claudius mengiringi St.Valentine ke kamar hukuman. Kerajaan Empayar Roman ketika itu mengharamkan paderi-paderi dan askar menjalinkan hubungan cinta dan berkeluarga. Bagi Emperor Claudius, paderi sepatutnya mengabdikan diri di gereja. Askar tentera pula seharusnya tidak mempunyai kelemahan.

    Tapi St. Valentine tidak. Dia mempunyai kekasih. Cinta telah memerangkapnya di antara agama dan maharaja. Dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Cinta telah melemahkannya.

    "Adapun kamu, St.Valentine, dengan ini didapati bersalah berkahwin dan mengahwinkan askar-askar, dan atas kesalahan-kesalahan tersebut, dengan nama Maharaja Claudius, kamu akan dijatuhi hukuman pukul sehingga mati dan penggal"

    Sejurus selepas algojo tamat melafazkan ucapan hukuman, satu cota kayu pantas menghinggap tengkorak St. Valentine. Darah merah pekat mengalir di pipinya. Matanya kian pudar. Satu lagi pukulan hinggap di belikatnya. Dan satu lagi mengenai lehernya. Dan satu lagi mengenai perutnya. Dan satu lagi..dan lagi..

    Apabila dia tersedar, dia sudahpun diikat di atas meja guillatine. Pisau guillatine tajam berkilat menyinar di atas lehernya, menanti untuk jatuh – memisahkan kepala dari badan – memisahkan roh dari jasad.

    "Sebelum kamu dibunuh, ada apa-apa yang kamu ingin ucapkan, St. Valentine?"

    "Aku mati demi cinta, dan cintaku menjadi sejarah. Kisahku akan menjadi legenda! Kamu mungkin boleh menghalang aku sekarang, tapi percayalah, satu dekad lagi, satu abad lagi, aku akan dikenang! Aku mati sebagai penganut kristian! Aku mati kerana aku menyanggah agamaku sendiri! Aku mati kerana Jesus Christ!"

    Dan pisau guillatin jatuh panas memotong saraf tunjangnya. Kepala St. Valentine bergolek di hadapan algojo. Sepucuk surat yang digenggam erat terlepas dari pegangannya. Comot akibat titisan darah, jelas tertulis di surat tersebut, "From Your Valentine". 14 Februari menjadi saksi.

    ====================================================================

    14 Februari, 2007.

        "Hye sayang~! I nak ajak u keluar boleh tak? Jom la kita kuar jalan-jalan" Samat membuat-buat suara manja. Telefon bimbitnya digenggam erat, seolah olah menjadi tali ikatan yang sah antara dirinya dan Timahnya yang ayu.

        "U nak keluar dgn i? Ish, taknak lah! I takboleh keluar la ..adik i ada perkhemahan kokurikulum hari ni, so takde orang nak jaga rumah.."

        "Ala, u ni. Potong daun la… I nak bersama dengan u.. Lagipun hari ni kan hari valentine..huhu.."

        "Ala…samat.. I memang ingat nak keluar dgn u hari ni, tapi parents i suruh jaga rumah la.. Diorang takde, diorang pegi kursus. I tak berani nak tinggalkan rumah ni…"

        "Takpe la…kalau camtu kita keluar sekejap saja cukup la. Tgk satu wayang ke…main boling satu game ke…jadi lah.. Please…i nak bersama dengan u. I jeles tengok member-member i semua kuar dengan girlfriend diorang..huhu.."

    Timah mengerling ke arah jam di dinding rumah. "Baru pukul 9 malam.." getus hatinya. Dia berkira-kira sebentar – "Hmm..tgk wayang pukul 10..habis pukul 12. Pastu balik rumah. Boleh jugak ek. Hihi~!!"

        "Oklah kalau camtu Samat! U datang amik i kat rumah ok? I tunggu tau!"
        "Ha…camni la awek Samat.. Bertambah sayang Samat kat Timah. Pakai seksi-seksi tau! Honey, i come!"

        Setengah jam kemudian, Samat tiba dengan kapcai buruknya. Dimuatkan Timah di seat belakang. Dengan badannya yang gebu, badan Timah yang montel-montel, seat motor kapcai tu cukup-cukup je untuk mereka berdua. Timah memeluk Samat manja. Sekali sekala, dicumbuinya Samat, tak ubah seperti pasangan mempelai baru kahwin mengusik pasangannya. Samat apa lagi, air sudah penuh di kepala. Seribu satu perancangan di fikirannya. Segala macam pil memenuhi poketnya, dari ecstasy, pil ghairah, pil kuda, pil perangsang hinggakan pil viagra pun ada! "Aku mesti makan si Timah ni hari ni jugak!"

        Mereka menyelusuri Lebuhraya Persekutuan, di samping ribuan kenderaan yang dinaiki warga kota. Yang turut menuju ke bandar, turut ingin menyertai sambutan valentine, agaknya. Sambutan valentine sudah sebati dengan negara tersebut. Media menghebah2kanya, seolah2 dapat pahala dengan mempromosikan sambutan valentine. Tak kurang pula anak-anak muda yang telah diracun doktrin2 barat, yang semakin lama makin menghakis maruah bangsa. Valentine disambut lebih meriah dari Awal Muharram, Maulid Nabi dan 10 Zulhijjah. Sambutannya dihiasi dengan movie2 romantis di kaca televisyen, tak kurang juga pasangan belum berkahwin yang membuat movie sendiri.

        Timah dan Samat dibawa enjin kapcai buruk itu. Samat memecut laju. Nafsunya telah bergelora, lebih-lebih lagi melihatkan si Timah yang cukup seksi pada hari itu. Si Timah pula, ghairah mengenakan baju Tank-top. Hanya seutas tali menutup bahunya. Hanya secebis kain yang jarang menutup badannya. Pusatnya sengaja didedahkan, seolah-olah dia berbangga apabila orang melihat jijik pusatnya yang berdaki. Rambutnya dibiarkan mengerbang, sesekali sengaja dia menggayakan aksi pontianak sundal malam. Nampak seksi kononnya.

        "Abang Samat!!!" Timah menjerit. Terlambat. Treler di hadapan sudah gagal dielak. Kapcai buruk melambung seketika, di hadapan pusat membeli-belah tersebut.Tubuh Timah terhempas ke jalan raya. Tubuh Samat digilis sang kereta. Darah berjejeran memenuhi muka Timah. Matanya semakin kabur. Mulutnya berkumat-kamit mengucapkan sesuatu. Bukan kalimah syahadah yang Timah ungkapkan. Bukan ungkapan keinsafan yang Timah rintihkan. Bukan rintihan penyesalan yang Timah syahdukan. "Abang Samat…i love you…" Matanya tertutup perlahan.

    14 Februari menjadi saksi.

     
    • sHIEhaFIeL 10:08 am on Februari 10, 2007 Pautan Kekal | Balas

      Hmmmm…what else can we say…people kept drowning in their very own confiusing life…influenced from the invisible curse…which most of us still cant predict from where does it comes….perhaps da holy light from the most gracious the most mercifull could unmasked ‘them’….i wonder..

    • shidot 12:04 pm on April 6, 2007 Pautan Kekal | Balas

      that’s the love story nowadays…even,in their last breath, they still didn’t remember ALLAH…=(

    • Epa 5:50 am on April 9, 2007 Pautan Kekal | Balas

      that is the example of nowadays teenagers…
      =(
      very sad coz we should remember Allah first…

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal