
Graf menunjukkan kadar kunjungan pelawat ke blog aku bagi tempoh lapan bulan terakhir sejak Mei 2007.
Intro macam soalan maths SPM lak.
Hehe. Post kali ini aku nak cerita serba sedikit pasal blog ni. Although aku dah pernah cerita dulu, tapi takpe, apa salahnya citer skali lagi kan? Cumanya, post kali ini lebih tertumpu ke arah tempoh lapan bulan dalam graf kat atas tu.
Ok. Aku blogging sudah lama. Sejak..April 2005. Maksud bulan ini sudah 2 tahun 9 bulan umur Leokid’s Life. Kalau manusia, dah boleh berjalan sendiri dah pun. Sudah pandai panggil “abah”. 
Pada peringkat awal pembabitanku dalam dunia blogging, aku cuma menulis sekadar suka-suka. Setakat 2 post sebulan, itu pun ikut mood sahaja. Teringat lagi dulu2, time tu aku baru Form 5. Apa yang aku coretkan pun banyak berkisar kehidupanku kat MRSM, pasal personal life aku, etc etc. Kadang-kadang bila baca balik, rasa segan pula. Heheh. Tapi aku tidak kisah, kerana Leokid’s Life ini memang tempat aku mencurahkan segalanya. (Ok..tak semua..).
Pada mulanya, Leokid’s Life menggunakan pelantar TypePad kat Friendster. Agak lama la. 2 tahun kot. Around that time, blog friendster tu rasa cam tak brapa stabil je. Slalu sangat server down, takleh access etc etc. Agak risau gak aku time tu, maklumla dah 2 tahun blogging. Hancur kalu mau bosan aku nak start balik blogging nih. Hehe.
So aku usha2 kat wordpress.com ni, pada mulanya sekadar untuk jadi site backup je. Tak ramai tahu, ada cara mudah nak synchronize content2 antara platform2 blog yang ada – TypePad (Friendster), Blogger (Blogspot), or even dengan wordpress.com ni. So basically for around 3 months camtu, aku ada 2 blog -kat friendster dgn kat wordpress – yang mana kedua-duanya sama sahaja dari segi contentnya. Itu yang ikut graf statistic atas tu, bermula dari bulan Mei 2007.
Hinggalah pada September 2007, aku decide nak migrate secara total ke wordpress.com ni. Sebab dalam tempoh 3 bulan aku ada 2 blog tu, aku dapati wordpress.com ni lagi mudah nak update, serta dapat hits lagi banyak.
And then, so, start dari August 2007 lah aku berkecimpung dalam wordpress ni.. Leokid’s Life membesar dengan kadar linear, satu perkembangan yang agak bagus. Berapa nilai poin-poin dalam graf tu, tak perlulah aku bgtau.. takdela banyak sangat pun, brape kerat sangat.. Kalau tgk hits counter kat sebelah kanan ni pun dah boleh agak dah.. Rugi takleh transfer hits dari blog friendster aku dulu ke sini, kalau tak mesti dah lebih 20k dah. miahaha~
As for keyword analysis, aku tak pasti apa yang buatkan orang datang ke blog aku ni via search engine. Ada yang guna keyword “russian woman” (apekah?). Ada guna keyword “frog” -_-”. Ok..maybe sebab post aku menjadi pembunuh katak dulu kot.
And untuk statistik post pula, highest hits aku post pasal interview tu ar. Tak tahula sama ada membantu ke tidak, tapi dari respons n comments budak2 yg baca post tu, nampak macam banyak gak manfaat diorg ambil. Ada yang even still keep in touch dgn aku, yang tengah wat preparation pegi oversea sbb lulus interview diorg. Heheh. So aku boleh simpulkan, tak rugi memberi sesuatu. Dengan satu post menceritakan pasal pengalaman dan pengetahuan aku mengenai Interview Scholarship, dah seramai 387 orang mendapat manfaatnya (inshaAllah). Alhamdulillah!
Anyway, aku sangat2 berterima kasih kat korang semua yang sudi melawat blog aku ni. Whether u’re first timer here, atau regular customer, aku berterima kasih sgt2~! Tak kisahlah atas sebab apa pun korang datang ke sini, sama ada korang sekadar kenalan aku, atau kenalan kepada kenalan aku, atau datang sini nak cari something untuk hilang boring, datang sini nak cari maklumat/bahan, etc etc..thanx a lot!
Ps: Blog ini ada macam2. So…mana yang baik korang jadikanlah tauladan, n mana yang buruk jadikanlah ianya sempadan sebagaimana ianya menjadi pengajaran buat diriku.. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu juga dari Allah cuma disandarkan ke atas diriku yang hina dina ini..Wallahua’lam..



wandai 7:57 pm on Januari 31, 2008 Pautan Kekal |
baruku faham akan kata-katamu berkenaan unsur bragging dalam entri ini..
hehehee
ABU SAIF 9:15 pm on Januari 31, 2008 Pautan Kekal |
Salam… Me, I found peace reading yours… Keep up the good work and thanks for your regular visit to my site.
leokid 9:49 pm on Januari 31, 2008 Pautan Kekal |
Wsalam.
Erk? Ustaz Hasrizal? Ahlan wasahlan. Masha Allah, tetamu yang eksklusif ni! Syukran sgt2 sudi menapak ke Leokid’s Life!
efenem 2:12 am on Februari 1, 2008 Pautan Kekal |
aku pun tetamu exclusive gak…. dari nuremberg lagi…. wagagagagagaga…. menunggu bas ke prague lagi…
zuriaf 1:50 pm on Februari 1, 2008 Pautan Kekal |
wah. lama gakla kau dah berblog ni ye…
sarah 7:02 pm on Februari 6, 2008 Pautan Kekal |
yeap, aku dpt taw psl blog ko nie
pon frm entry ‘interview’ ko tu.
mmg bookmark in case aku dpt inrview
mane2 nnt. ade gak reference at least.
keep on bloggin :))
syazana 6:25 pm on Februari 15, 2008 Pautan Kekal |
Salam..
wah,dah lama berblog.mabruk2.moga terus thabat dijalanNya :) . yg statistic tu wordpress je ke blh tgk? blogspot xblh ke? hehe .
syaa 8:34 am on Februari 20, 2008 Pautan Kekal |
uhuhu~~~and sorry…bru je pas copy paste adddress blog kid kt grup sbp…lalala~~~
penamaya 7:09 am on Mac 5, 2008 Pautan Kekal |
good progress !
http://penamaya.wordpress.com