2007, aku berkunjung semula ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Negeri Cek Mek Molek. Program Simposium Perubatan Islam yang dianjurkan ImamRSC.com secara tak langsung menjemput aku berkunjung semula ke Negeri Kelantan itu.
Aku sebelum ini pernah menjadi penduduk Kelantan sekejap. Sekitar tahun 1997 ke 1999 rasanya. Tika itu umurku masih setahun jagung. Heheh. Seolah2 masih segar diingatkanku kenangan2 masa muda di sana. Orang solat terawikh dlm masjid, kami2 melantak somtam n etok kat luar. Bermain gasing, dek cok kat taman permainan. Haha. Kenangan silam menggamit perasaan!
Akhirnya pada hujung 1999, aku sekeluarga berpindah ke Kuala Terengganu pula. Sempat setahun setengah di Terengganu, sebelum aku menerima tawaran ke MRSM sekaligus membesar di sana untuk tempoh 5 tahun.
Justeru kunjungan aku ke Kelantan tahun lepas amat aku nanti-nantikan. Bagaimana la agaknya wajah Kelantan sekarang. Sekali sekala aku ber’kecek’ sendirian, saja nak test power masih pekatkah loghat Kelantan aku yg dah lama x dipraktiskan itu. Hehe. Nyata sudah tersadur dengan dialek pekat Terengganu, Sabah dan Perak. Sungguhpun sudah hilang kelancaran ber’kecek’, setidak-tidaknya aku masih boleh memahami loghat Kelantan. Fuh..
Dan ketibaan aku di kelantan pada pagi itu dengan menaiki bas, aku berasa amat teruja sekali! Dalam hatiku berbaur pelbagai jenis perasaan – teruja dalam tenang. Kagum dalam syukur. Perjalanan menuju ke Kota Bharu diiringi zikir-zikir di tepian2 jalan. Papan-papan iklan melaksanakan tujuannya dengan memaparkan imej2 muslimah berbusana Islam. Pertama kali aku nampak papan iklan DiGi dalam tulisan jawi!
Dan pagi jumaat itu, riuh benar keadaannya di hadapan hotel penginapanku ketika itu. Pasar mingguan menjadi tumpuan ribuan manusia berdagang. Bebasnya manusia berurusan perniagaan. Dari jauh kedengaran suara lantang Tuan Guru menyampaikan ajarannya. Tersentuh hatiku, yang sedang lantang menuturkan ilmu itu merangkap seorang Menteri Besar. Sungguh, tidak pernah aku mendengar suara seorang MB secara live sebelum ini, apatah lagi yang kedengaran itu bukannya ucapan2 politik; bukannya janji2 manis; bukannya ungkapan2 syok sendiri – tetapi yg lantang diperdengarkan itu merupakan ilmu-ilmu tafsir yang sedang disyarahkan oleh Tuan Guru. Kat mana lagi di Malaysia ni, nak tengok MB mengajar? Hatta “cucu ulama’ terkenal” itu pun tak pernah ku dengar dia menyampaikan ceramah ilmiah di mana2. Sungguh, hatiku terkagum seketika di saat itu.
Sebahagian dari aturcara Simposium itu menjadualkan lawatan kami ke HUSM, di bawah program melihat konsep Hospital Mesra Ibadah dan praktikalnya di HUSM sendiri. Sekali lagi aku menjadi teruja, dan kagum. Pesakit2 di sini bukan setakat disembuhkan penyakitnya, malah turut dirawat rohaninya. Pelaksanaan ibadah wajib di kalangan pesakit amat dititikberatkan. Untuk bertayammum, debu disediakan. Untuk bersolat, tanda kiblat di setiap ward sedia menjadi petunjuk. Hinggakan pesakit yang seumur hidupnya x pernah bersolat pun, mula sedar akan kepentingan ibadah tersebut. Ini baru pesakitnya, belum melihat kepada staffnya lagi. Misi (jururawat) semuanya bertudung litup, dengan tidak berpakaian ketat – bukannya imej seorang jururawat tipikal. Subhanallah!
Dan tiga hari kemudian, ku tinggalkan negeri permai itu dengan sekelumit doa dan sekalung harapan. Doaku semoga negeri ini kekal dengan bi’ah Islamiah tersebut, malah lebih baik lagi inshaAllah. Dan harapanku semoga dapat berkunjung semula di negeri ini suatu hari nanti. Semoga dapatku berkhidmat di hospital sedemikian, suatu hari nanti. Semoga anak2ku di masa hadapan, membesar di dalam bi’ah sedemikian, inshaAllah.
Sabtu, March 08, 2008
Aku tersenyum lebar. Hatiku bertakbir lantang. Semoga negeri kelahiranku, Kedah menurut jejak langkah negeri permai itu. Harapanku semakin menyinar!
ALOR STAR, 9 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan pemakluman bahawa pakatan PAS dan KeADILan telah berjaya menubuhkan kerajaan baru di negeri ini.
Majlis akan berlangsung pada jam 3.00 petang ini di Istana Anak Bukit, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Syed Unan Mashri Syed Abdullah memaklumkan Tuanku Sultan telah memperkenan menerima menghadap rombongan dari PAS yang diketuai Ustaz Azizan.
Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin memaklumkan bahawa rombongan ini akan turut disertai semua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Haji Hassan Abdul Razak.
Keputusan pilihan raya semalam menyaksikan PAS berjaya memenangi 16 kerusi Dun, KeADILan empat kerusi, masing-masing satu kerusi oleh DAP dan Bebas.
Ustaz Azizan malam tadi dalam sidang akhbar sulungnya berkata, pembentukan kerajaan baru di Kedah ini adalah dengan pakatan bersama parti KeADILan yang memenangi empat kerusi Dun.
“Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, kita akan bekerja ke arah Kedah Sejahtera Untuk Semua,” tegas Ustaz Azizan.
Sementara itu beliau menyerahkan kepada persetujuan di peringkat DAP Pusat untuk menentukan sama ada seorang wakilnya, yang memenangi Dun Kota Darulaman untuk menyertai pakatan ini atau sebaliknya, kalau DAP tidak sertai pakatan ini, dia akan jadi pembangkang yang baik, jelas Ustaz Azizan.
Selain DAP, satu kerusi dimenangi telah dimenangi calon bebas, Arumugam Vengatapakoo di Dun Bukit Selambau.
Bagi kerusi Parlimen, BA memenangi 11 dari 15 kerusi dengan enam dimenangi PAS dan lima KeADILan.
Undergoing MyBlogLog Verification
ilidash 12:42 am on Mac 26, 2008 Pautan Kekal |
wa man yattaqillaha yaj’allahu makhraja.
[65:2-3]
ixora 11:37 am on Mac 26, 2008 Pautan Kekal |
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita. amin.
wandai 12:19 pm on Mac 26, 2008 Pautan Kekal |
aku terasa kurang layak untuk memberi komen, tapi baguslah kalau kau menemui pedoman hidup kau..
moga hidup kau tak berserabut selepas ini..
Insha-Allah
hazri87 8:56 pm on Mac 26, 2008 Pautan Kekal |
jemput la singgah tongkangbocor.wordpress.com utk berkongsi idea dan pengalaman… Kan ke persahabatan meluaskan networking, hehehe…
hazri87 6:39 pm on Mac 28, 2008 Pautan Kekal |
Dah cuba baca buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr. Aidh Abdullah al-Qarni? Kalau belum pasti kau akan temui lebih banyak ayat-ayat cinta di dalam itu… =)
n.nurani 2:43 pm on Mac 29, 2008 Pautan Kekal |
Allah x pernah janjikan matahari tanpa hujan, gembira tanpa sedih,
sihat tanpa sakit,siang tanpa malam dan jika ada doa kita yang tak dijawabNya.. itu adalah kerana Dia mengetahui masa yg pling sesuai utk utk mnjawab doa itu.. selagi hati yakin padaNya..
Naqib 7:50 am on Mac 30, 2008 Pautan Kekal |
Bagus. Thanks for sharing. Honestly aku pun selalu ada rasa camtu. Macam kita rasa nak give up. Takut2 kalau apa yang kita usahakan selama ni tak ditunaikan lagi2 masa dalam exam. Aku pernah tanya sorang abang ni. Dia kata ” Kejayaan yang Allah berikan itu hanyalah bonus dari apa yang kita usahakan. Usaha itu yang penting. Jangan sedih dan terus berusaha walaupun gagal. “
eT 1:43 pm on Mac 30, 2008 Pautan Kekal |
baGus2 br0 kiD!
lpas ni kita usaha sama2 utk b’jaya k~
=]
Dr Azwan 1:28 pm on April 1, 2008 Pautan Kekal |
Salam perkenalan. Medical student rupanya… Nice blog. :) Jangan lupa bagitahu no contact (saya dah email). Saya perlukan no IC untuk activate… ** Jangan lupa boycott produk Belanda… Goodluck in your study..
Wallahu A’lam.
bunnie 8:02 am on April 4, 2008 Pautan Kekal |
thanx for sharing =)
iekin 6:29 am on April 9, 2008 Pautan Kekal |
salam….
juz i wanna say..”syukran” 4 all d blog
nice blog dat will improve our IMAN…..
thanks a lot 4 dis site….
smga Allah sntiasa d sisimu..
jdkn setabah sumaiyah yg sntiasa tabah dlm melalui liku2 khdpan..
kuat n tbahkn dri dlm mghrgi ujian2 dr Allah……..
ingat DIA sntiasa mnguji hmbanya yg lmah n syaitan mgambil ksmpatan ini tuk mggoda….
sekian
wsalm
nadia 7:38 am on April 20, 2008 Pautan Kekal |
its touch!
geniusmedik 6:45 pm on April 21, 2008 Pautan Kekal |
map la…1st skali ana nk tgo psl yg tlis ayt al quran dlam tulisan rumi 2.sbnrnye x bleh coz tkt lari mkne en tajuidnye…xpela.nitnye baik.en den psl anta ni bgslh.keep it up.jgn pk2 lg bnde 2.ana pn cm2 gk dlu tp ble pk blik ase cam x lyk la plak coz kte ni msih mde lgi.stkt nfkh btin pn blum tntu smpurna apth lg yg zahir.ble dh ade kprlun hdp trmsk ilmu agme yg mntp br pk…en nadia,x pyh nk filing lebih2…kami yg blajar dlm bdg mdik pn x kalut…pd hakikatnye bdk mdik pmpuan byk yg krg asaan larrr.2 yg km xde prsaan 2.laki plak byk yg segak.mane layan……………….cr bdk kos lain la.byk yg cun…….hehehe……k la wslm…………
b 6:54 am on Mei 21, 2008 Pautan Kekal |
suka baca & berusaha menghayati. tq & selamat bjuang!!!
ct 5:57 pm on Mei 29, 2008 Pautan Kekal |
slm..nice blog..wat sy rase insaf bc isi2 dlm blog ni..keep it up
Nur 10:43 pm on Jun 18, 2008 Pautan Kekal |
salam,
it is a nice posting, keep on writing…Al-Qalam ayat 1
nabila 5:06 pm on Oktober 15, 2008 Pautan Kekal |
ganbatte ne!~
zamzam 7:11 am on Januari 11, 2009 Pautan Kekal |
terpana ku bace….menyedarkan aku yg tlh lame jauh dr-Mu
Hanif 2:26 pm on Mac 18, 2009 Pautan Kekal |
jazakkallah..