Aku ni vulnerable sangat ke?

Vulnerable as in, susceptible.

Satu habit aku dari dulu, aku suka sangat tolong orang. Yelah, sebab aku berpegang teguh pada prinsip karma – buat baik dibalas baik. Aku percaya kalau aku mudahkan kerja orang, inshaAllah Allah akan mudahkan kerja aku balik.

Since aku kat MRSM, aku rasa. Eh, since sekolah rendah kot. Aku jadi pengawas pun sebab tu, nak tolong orang. Naik MRSM, aku jadi BWP, sebab nak tolong orang. Memang aku tak kisah pun, bab tolong-menolong ni. Huhu.

Tapi sikap tak kisah aku tu, buat aku jadi vulnerable sangat ke?

Yelah, sekarang ni orang dah ingat aku ni “available bila2 masa je”. Bila-bila perlukan pertolongan aku, boleh main panggil camtu. Xyah consider keadaan aku langsung, sebab aku kan suka menolong!

Allah kurniakan aku satu kelebihan. Yeap, aku dikurniakan bakat dan keupayaan untuk mengendalikan benda-benda IT. So dalam persekitaran masyarakat medik yang “kebanyakan” or boleh dikatakan umumnya mempunyai pengetahuan minimal dalam bidang tersebut, aku boleh dianggap orang yang sangat penting. Eh silap, bukan penting. Orang yang sangat “berguna”.

Aku bersyukur kerana dengan kebolehan ni, aku dapat tolong ramai orang dalam banyak perkara. Seronok sangat dapat tolong orang, rasa macam dah selesai satu masalah dari berjuta2 masalah kat dunia ni. Making the world a better place. Betulla kata Abu Saif, “Erti Hidup Pada Memberi.”

Tapi itulah, kelebihan aku menjadi masalah pada aku sendiri pula. Eh bukan2. Bukan kelebihan/kurniaan Allah ni. Tapi sikap aku, probably. Sikap aku yang defensive sket. Vulnerable. Susceptible. Too susceptible sampai orang dah anggap aku ni “free for all”.

Aku suka tolong orang, especially dalam bab2 yang aku ada kelebihan ni. Tapi tolong pun ade la limitnya. Aku tak suka buat something yang aku tau orang tu sendiri boleh buat. Contoh suruh aku gi print something, padahal orang tu ade printer sendiri. T_T.

Dan aku tak suka perancangan aku awal2 interrupted atas sebab orang lain. Kesalahan orang lain. Tak kisahla perancangan aku tu ape, hatta plan aku nak tido pun! Memang dari dulu lagi, aku cukup anti org mess up dgn planning aku. Dah berapa kali aku bagitau, kalau ade ape2 program – meeting ke, perjumpaan ke, bagitau la awal2! Bukan susah sangat pun. Kalau emergency takpe la, boleh terima. Tapi kalau dah benda yang boleh diplanning, boleh dirancang – then inform la. Last minute call, honestly mmg aku tak layan. Macam la aku ni free sangat. Huhu.

Lately jadual  aku pact sangat. Banyak sangat benda tertangguh, assignment, tests. Huh.

Tapi yang paling aku tak suka, bila bagi pertolongan tapi orang tak appreciate. Bukan appreciate macam cakap terima kasih ke, senyum ke, bagi hadiah ke ape ke, aku tak kisah pun semua tu. Tapi appreciate as in the context of pertolongan tu sendiri. Pernah dulu aku tolong sekumpulan umat ni cari penginapan kat suatu tempat ni. Pastu bila dapat tempat penginapan tu, tak reti appreciate langsung. Banyak songeh – buruk la, sejuk la, etc etc. Honestly time tu rasa menyesal tolong, patut biar je mati kesejukan kat tepi2 jalan. Astaghfirullah. Huhu.

As a token of appreciation, aku harap sangatla orang dapat memahami keadaan aku. Kadang-kadang, orang salahkan aku balik bila aku tak dapat tolong. Kata aku sombong la. Selfish. etc. Aku sedih sangat bila jadi camtu. Demi Allah andai dikurniakan semua masa dan tangan yang ada untuk aku dapat tolong, memang aku akan tolong!

(Satu personal question untuk Abu Saif, just in case anta terbaca post ni. Hehe. Ana kagum dengan ustaz, dengan semangat “Erti hidup pada memberi” ustaz. Tapi takkanlah anta tak pernah jumpa dengan golongan-golongan macam ana sebutkan tu? Macam mana anta handle semua ni, tapi dlm masa yang sama still bersemangat memberi bantuan kepada orang lain. Honestly ana sampai dah penah fikir – ah, apa guna tolong orang lain, bukannya orang appreciate pun! lagi orang ambil kesempatan ada la!)

So kembali kepada point – vulnerable. Aku ni lemah ke? Lemah as in mudah dipergunakan. Diperkotak-katikkan. Camtula kot agaknya. Aku susah sangat nak cakap “no”. Nak tolak permintaan orang. Pernah aritu time persembahan drama, tiba2 director mintak aku siapkan background montaj (sebab paranoid tgk preparation group lain gempak2 gile). Lagi sehari semalam nak kena perform lak tu! Memang aku takleh tolong la, memang tak dapat. So aku tolak la leklok, bgtau leklok memang takleh, benda tu bukan senang, perlu time etc etc. Last2 dia kata aku selfish, tak sayang group. Aduh!

Rasa cam diri ni macam satu alat je. Bila diperlukan, baru datang cari. Mintak tolong. Pastu taburla kata2 pujian sket. “Ala, ko lagi terer dari aku.” N then sengih2 buat muka manis, gedik2. Huhuh. Bila dah tolong, tak appreciate pun. Terus lupa aku. Memang dasar manusia. Huhu.

Banyak kali dah jadi. Kadang2 suara aku macam tak didengari pun. Cam aritu diorg2 ahli2 “tinggi” organisasi kat sini nak calonkan nama aku masuk MT pusat. Aku dah bagitau awal2 dah – Saya boleh nak masuk MT, tapi dengan syarat saya nak confirmation yang saya akan dapat kerjasama orang lain, komitmen orang lain skali. Yelah, dah baru 2nd year masuk MT yg rata2nya dianggotai senior, memang susah la nak dapat kerjasama. Aritu antar memo kat semua orang pun, semua orang buat taktau je. Fahamla aku ni junior je, takde penting sangat pun. Itu pun suruh aku menjawat jawatan dalam MT. Tu yang aku sound – “bila nak calon je, semua pakat2 la bagi sokongan. pastu bila dah terpilih, semua hilang. last2 saya sorang je yang buat kerja, susah ar camni!”

Yet, diorg bukan dengar pun suara aku. Bukan kisah pun pasal keadaan aku. Nak jugak masukkan nama aku dalam MT. Tu yang aku buat hal sket lam meeting lepas tu. Last2 fine, diorg accept decision aku. Itu pun still usha slack kat aku, sound2 kat aku – ajar aku untuk jadi pemimpin yang lebih baik. Hello..adakah dengan sikap suka tolak responsibility kat orang lain menjadikan seseorang itu pemimpin yang berwibawa? Honestly aku rindu sangat zaman BWP kat MRSM dulu. Aku senang buat kerja time tu, satu organisasi yang smooth dan stable. Tak pernah aku rasa jawatan BWP tu menganggu study aku. Tapi kat sini, for the first time, my responsibility affects my study directly.

Teringat pesan Cikgu Wan Norhalina – Teamwork means everybody is doing his/her own responsibility perfectly. Do not interfere other’s job. Do not slack your own job.

Still, aku suka tolong orang. Dah jadi macam hobi aku pun. Kadang2 orang mintak tolong repair laptop/pc, aku tolong je. Lagipun aku memang suka bab2 ni. Dan aku sangat2 suka tolong agama Allah. Aku tak kisah buang masa, buang duit semata-mata untuk Allah. Sebab tu aku sanggup spend banyak masa buat Risalah Mingguan, buat buletin AsShams, sebagai usaha aku untuk dakwah kat sini. Aku tak kisah spent ribuan ruble download muvie Ayat2 Cinta aritu, download drama Ihsan tu, untuk ditayangkan dan dikongsi ramai2 kat sini. Bagi aku, apalah sangat semua tu, semua tu milik Allah so takkan la aku nak berkira untuk buat something demi Allah. Lagipun Allah dah janji dalam surah Muhammad ayat 7,

“Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

So prioriti aku yang paling utama adalah menolong agama Allah. Apa-apa yang berkaitan dengan agama. Only after that baru la aku consider nak tolong buat benda2 lain yang takde kaitan. Heheh.

Oklah kot, dah panjang sangat aku menaip. Huhu. Saje nak lepas tension, memang sejak akhir2 ni sangat2 tertekan. Aduh. Minta maaf sangat2, still tak dapat taip any post yang membantu! Idea ada, cuma masa dan mood je yang tak ada. Aku dah draft satu post “Kenapa Medic?” untuk membantu para lepasan SPM mengenalpasti dan menilai kembali cita-cita untuk menjadi doktor, saje nk citer secara general life as medic student ni. Tapi budak2 dah abis interview dah pun..tak siap2 lagi. Hehe. Lagi ada draft pasal “Mentaliti”, ingat nak ulas pasal sikap orang Melayu (rentetan dari keputusan PRU bulan lepas), pun tak siap2 gak. T_T. Pastu ada satu lagi draft, pasal “Kau, Aku dan Dia – Sama?” – perihal sikap dai’e dalam berdakwah terutamanya nak handle mad’u, tp cam biasalah = pun tak siap lagi. Huk2.

Anyway, tu jelah buat masa ni. Minta maaf sekali lagi. Harap2nya dalam masa tak berapa dekat dptla aku contribute something useful via blog ni, inshaAllah. Sekian, salam.