Pelajar perubatan tak perlu ke luar negara?

 

MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf Oxford apabila mengeluarkan pelajar perubatan?
     Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar.
    Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.
    Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.
Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.
    Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.
    Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.
Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.
    Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.
Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.
    Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.
    Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.

MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.

Surat Pembaca – Berita Harian, 06/05/08

Okeh. Baru boleh rebut satu2 surat pembaca ni. muahaha.

Bagi saya, surat ini terlalu banyak cacat celanya. terdapat exaggeration yg byk, even on fakta yang belum tentu sahihnya. Kemungkinan penulis surat ini agak tertutup mindanya, dengan melabelkan semua pelajar perubatan di mana2 negara adalah sama. Agak mengecewakan apabila surat sebegini dihantar oleh seorg yang bergelar mahasiswa.


Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar.

Satu juta? Setahu saya nilai itu benar di UK & Ireland, tetapi tidak di negara2 lain. Di Russia contohnya, nilai biasiswa saya adalah +- RM400,000 untuk 6 tahun pengajian. Di Timur Tengah, India dan Indonesia, saya tak tahu berapa, rasanya lebih kurang sahaja.

Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.

Kenaikan elaun juga bukannya melibatkan semua pelajar di semua negara. Hanya negara2 tertentu sahaja. Itu pun setelah berlakunya peningkatan dalam kos sara hidup di negara spesifik terbabit. Kalau tak naik elaun, then nak buat apa? Nak panggil balik semua pelajar tu? Takkan nak biarkan elaun tak naik2, pelajar dihimpit kenaikan kos sara diri, sedangkan pengajian masih belum habis?

Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.

Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.

Kajian tiada rujukan/tidak berasas, sukar untuk diterima. Mungkin kajian penulis sendiri agaknya. Saya masih belum menempuh bidang pekerjaan ni, so tak tahula nak compare dengan graduan dalam negara macam mana. Tapi yang pastinya, kat tempat saya memang awal2 dah didedahkan dengan pesakit. Saya kat sini, seawal tahun kedua dah ada subjek klinikal. Dah kena buat posting praktikal kat hospital. Pengalaman saya sendiri, sudah beberapa kali melakukan injection kat pesakit. Dekat universiti2 lain saya tak pastilah, tapi saya yakin lebih kurang sama sahaja.

Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.

Sekadar pendapat peribadi, bukan nak komplen tapi polisi dan syarat yang ditentukan kerajaan sendiri menyusahkan graduan perubatan untuk specialize menjadi pakar. Boleh refer kat blog Efenem di sini The Long Road to Becoming A Specialist dan kat sini Shortening Medical Specialization. Masuk ke bidang administration (jadi ketua jabatan) mungkin sesuai kalau nk climb position ladder kat hospital, tapi semakin tinggi jawatan seseorang tersebut, semakin kurang kerja doctor dia dan semakin bertambah kerja paperwork. Kalau ade simpan cita2 nk jadi Menteri Kesihatan boleh la T_T

Saya percaya course2 lain pun tidak banyak bezanya. Kalau banyak2 graduan (tak kisahlah course apa) pun tapi syarikat ada satu je, satu jela CEO yang diperlukan. Kalau nk ramai org jadi CEO, banyakkan syarikat bukannya banyakkan graduan. Same as for the doctor, kalau nk ramai jadi specialist, ramai jadi ketua jabatan atau pengarah hospital, then banyakkan hospital, banyakkan jabatan yang takde. Mudahkan jalan nk jadi specialist.

Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.

Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.

Nak jadi pembangkang tak semestinya kena belajar di luar negara. Kalau study kat dalam negara pun, bila prestasi kerajaan lemah tetap ramai akan beralih ke pembangkang jugak.

Pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus? Alahai, ini generalization namanya..

Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.

Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.

Then hantarlah ke kedua-duanya. Saban tahun kita tengok ribuan lepasan SPM yang cemerlang, yang diberikan peluang ke biasiswa cuma berapa peratus sahaja. 2007, contohnya, JPA menerima 12,499 permohonan biasiswa (untuk semua course ke semua negara terbabit) tetapi hanya 1800 tempat sahaja yang dapat ditawarkan (press statement jpa). Kenapa perlu lose something, sedangkan kita boleh dapat win-win situation? -_-”

Doktor yang benar2 berkualiti tak semestinya bergantung kepada tempat mana belajar.. Ia lebih bergantung kepada individu itu sendiri. Macam kata datuk saya, “ala, belajaq kat mana2 pun sama ja..kalau dah ketegaq ngan malaih tu takleh buat apa jugak..” Hehe.

Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.

Ayat ini seolah-olah menyalahkan kes-kes kemalangan yang terjadi kepada graduan perubatan luar negara sepenuhnya. Juga wujud generalization yg mengatakan graduan luar negara sahaja yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar. Sungguh dangkal pemikiran penulis surat ini. T_T

Well, ini cuma sekadar komen peribadi saya terhadap surat di atas itu. Saya mengalu2kan sekiranya ada pembetulan/pandangan terhadap komen saya tersebut. Saya percaya tidak semua pelajar perubatan tanah air berpandangan sedemikian. Justeru surat tersebut tidaklah mewakili suara semua pelajar perubatan tanah air, sekadar pendapat peribadi penulis tersebut sahaja. Pada saya, dalam belajar tidak perlu wujud pertelingkahan antara satu sama lain dari segi apa aspek sekalipun, kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu bidang yang mulia, tidak wajarlah wujud pertelingkahan atas benda2 kecil seperti ini. Kalau nk timbulkan persoalan, banyak benda boleh dipersoalkan tetapi apa guna mempersoalkannya jikalau ianya tidak membawa faedah.

Wallahua’lam

ps: ingt nak je send email ni ke Bharian, tapi pk2 balik for sure ramai students medic oversea yg dah reply surat dia ni, with more reliable facts and references. Lagipun, bukankah blog lebih berkuasa dari suratkhabar zaman sekarang ni!