Updates from Oktober, 2008 Hide threads | Kekunci Pintas

  • Pediatrician? No, thanks! 

    leokid 12:33 am on October 18, 2008 Pautan Kekal | Balas

    Semalam, khamis, merupakan hari pertama aku menjalani kelas praktikal di sini. Sepanjang tahun 3 ini, kami dikehendaki menjalani posting di 3 department berlainan – Pediatric, Surgery & Medical. So semalam, merupakan bermulanya posting aku di department Pediatric – penyakit kanak-kanak.

    So petang tersebut, aku bertolak ke Hospital Pediatric berhampiran dengan Soviet’s Square. Hospital tersebut tersangatlah besar, merupakan central bagi pusat rawatan kanak-kanak dalam kawasan (negeri) Nizhnegorodsky. Setibanya di hospital tersebut dekat pukul 3.30, manakala kelas praktikal bermula pukul 4. So sempatla aku sambung baca buku Survival Of The Sickest aku tu.

    Pukul 4, teammates aku yg lain pun sampai. Kami berjumpa dengan Lydia Alekseevna, merangkap Deans of Practicals Affairs. Setelah memberi taklimat kepada kami, kami dibawa berjumpa dengan “caretaker”, iaitu personnel yang ditugaskan untuk mengajar kami. Margarita Aleksandrovna, nama beliau. Nak kata tua, tak sangat. Nak kata muda, pun tak. Baya2 mak aku je kot. -_-” Peramah pula tu. Disuruhnya kami panggil dia “Rita” saja.

    Sangka aku, kami akan diajar oleh seorang doctor. Rupanya Rita seorang senior nurse. Dan sangka kami juga, kami akan diajar fully in english. Rupanya Rita hanya tahu berbahasa Rusia, dan satu-satunya perkataan english yang aku dengar dia sebut adalah “Okay”!

    Tapi tak apalah, so far dia cukup bersemangat mengajar. So setelah kami diserahkan oleh Lydia Alekseevna kepada dia, dia membawa kami mengembara jauh ke perut hospital tersebut. Sungguh, keadaan agak mengerikan tika itu. Maklumla, dah dekat pukul 4 petang, dah nak senja dah pun. Time tu tengah lengang, sebab doctor semua dah balik, pelawat semua dah balik. Sunyi je. Menakutkan. Dan pelik. Kami naik lif ke tingkat enam, lalu menaiki tangga ke tingkat atas. Tengok2 sampai tingkat 5 pulak? 0_o”

    Akhirnya kami tiba di Reanimation Department, ala-ala ICU untuk kanak-kanak. Kami diberikan sebuah bilik, macam kelas. Ada meja belajar, etc etc. Then, Rita memberikan kami sebuah album gambar. Di dalam album tersebut ada beberapa keping gambar pesakit-pesakit yang pernah dirawat di situ. Kebanyakannya, kami cukup kesian melihatkan gambar-gambar tersebut.

    Mostly, complications berlaku ketika pregnancy, menyebabkan bayi terpaksa dilahirkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Maka itulah bayi yang digelar preemies (x cukup bulan).

    Now I definitely don’t want to be a pediatrician!

    (Lagi …)

     
    • mira 1:30 am on Oktober 18, 2008 Pautan Kekal | Balas

      subhanallah…
      alhamdulillah aku telah dilahirkan secara normal & dpt mnjlni kehidupan dgn normal..
      itulah dia kekuasaan Allah SWT

    • cikgu_eya 6:44 am on Oktober 18, 2008 Pautan Kekal | Balas

      kid… bukankah kecuaian itu hanya lah illah (sebab) sedangkan ia memang telah ditentukan buatnya. Itu takdirnya…
      Memang telah ditakdirkan Allah bayi2 tersebut akan diuji sebegitu cumanya, faktor kecuaian itu berlaku untuk dijadikan sebab sahaja.. ^^

      Semoga menjadi doc yg baik nanti… ^^

      thanx cikgu. =)

    • diarisenja 2:30 am on Oktober 19, 2008 Pautan Kekal | Balas

      well, infinity is talking err..writing right now.

      Aku dah agak dah kau akan tulis benda ni ;-), dan alasan ini..:-)
      Jika orang dewasa datang sakit kerana bengkak hati, mungkin bukan salah dia, mungkin dia terkena infeksi?
      Jika orang dewasa datang sebab COPD, mungkin bukan salah dia, mungkin masa dia terlalu kerap bersama orang merokok tanpa henti?
      Jika orang dewasa obesiti, mungkin bukan salah dia, mungkin dia ada sindrom Prader-Willi?
      Mungkin sedari kecil lagi? Mungkin tak ada orang sedari, kerana dia mempunyai imun yang tinggi? Contoh, aku. =)

      still, penyakit itu dapat dijustifikasikan. (mind u, i’m not looking for someone to blame for the diseases someone got).

      Kid,
      Mungkin. Mungkin dia ada hydrocephalis, ngerinya Intestinal Extrophy yang kadang-kadang kidney pun kat dan segala bagai penyakit. Mungkin diorang tak sempat kenal dunia,tapi tak kau rasa dengan adanya bantuan doktor mungkin boleh prolong hidup dia? Bayi seperti manusia, dengan hangat personal touch parents, doctors and nurses, kau tak rasa diorang dapat rasa mereka ada di dunia? Dengan segala macam reflex, itu juga memberi respon mereka masih di dunia.

      betul, saya setuju. di akhir album tersebut, Rita menunjukkan gambar-gambar bekas pesakitnya yang kini telah sembuh, serta masih menghantar surat dan gambar terkini mereka kepada nurse dan doctor yang merawat mereka dahulu. ceria2 wajah mereka!

      sometimes even only a smile from them, worth all the effort u put. carpe diem.

      but this path isn’t always a bed of roses. there are always risks. i know, even in adults too. but the higher the wager u put, the more will u have to pay if u lose the bet.

      Kalau mereka sakit dan perlu ubat, mereka tak pernah culas. Mereka hanya menangis, mereka tidak reti mengadu. Mereka sangat naif dan mereka tidak membenci walau pelbagai wayar dilekat dicucuk sana sini. Bagaimana kasar atau bagaimana lembut rawatan diberikan, mereka hanya terima. Terima tanpa meminta..dan mungkin mereka pergi terus, tinggalkan kita. Dan masa tu kita tak boleh memberi lagi.

      err..personally, ni antara sebab aku xnak jd peds gak. susah nk diagnose. -_-”

      kenapa aku ingin menjadi paediatrik audiologist. Sebab semuanya bermula dari awal. Walau aku tak boleh mengubah takdir mereka, sekurang-kurangnya aku boleh membantu. Kalau mereka tidak lama, sekurang-kurangnya aku telah membantu. Kita tak mungkin dapat tentukan hayat, tapi kita boleh memberi sedikit selesa selama mereka masih bernyawa, dengan cuba memaksimakan kesihatan mereka. Dengan cuba meminumkan rasa sakit yang ada.

      Aku tak boleh paksa kau pun, tapi bagaimana kalau tak ada orang-orang macam kau…? Walaubagaimanapun, apa saja bidang perubatan, semuanya masih tak cukup di sini. Apapun yang akan kau ambil selepas ini, semuanya penting. Hahahaha. Kan dah panjang komen aku -_-”

      well then, tahniah kerana bercita2 menjadi pediatrik audiologist. tulisan di atas hanyalah sekadar pendapat peribadi aku, tiada berniat menghasut sesiapa untuk taknak jadi pediatrik. hehe.

      malahan nyawa aku juga pernah diselamatkan oleh seorang pediatrik, ketika didiagnos menghidapi septal defect masa “muda2″ dulu.

      of course, besar sangat ganjarannya menjadi pediatrik. bayangkan, anda menyelamatkan nyawa seorang kanak2, yang terhutang budi dengan anda sepanjang hayatnya. begitu juga jika anda membantu seorang kanak2 yang dilahirkan gagal mendengar, memulihkan pendengarannya. sungguh, sungguh mulia skali! =)

      but nahh, i pass. ada satu lagi sebab yg aku x disclose kat sini, sebenarnya. tapi aku simpan sebab tu untuk sequel kepada artikel ini nanti. =)

    • dharajuku 8:56 pm on Oktober 19, 2008 Pautan Kekal | Balas

      huhu nenong paler bace istilah2 penyakit bdak2 kecik ni..
      apetah lagi org dewasa…

      gudluck lah ek cik cik n encik encik doktor… =)
      chayok2!!

    • pearl jade 10:18 pm on Oktober 19, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam to kid
      m touched w ur n3
      i really really love kids(ehem..x u ok)hehehehe
      when i said, really,it means i’m going crazy when i meet them
      kalo jln2 kt tgh jln 2,sggup benti n cubit2 pp die
      kid, u r lucky to hv dis opportunity
      u noe wat,rmai org nk anak
      n bile tibe2 anak die sakit,dorg sggup buat ape sj
      smp mtk ALLAH ganti je tmpt anak die yg sakit 2
      tp dorg xleh wt ape2 bcoz they r not a PEADIATRICIAN!!!
      sy ckp ni bknnye nk paksa awk kd peadiatrician
      jz nk kgsi isi hati sy yg suke sgt2 kt bdak2 n betapa bertuanhye awk ade chance utk jmp baby2 yg special 2
      nway.all d best n never gve up =)

    • pearl jade 10:20 pm on Oktober 19, 2008 Pautan Kekal | Balas

      ralat sk not *kd

    • zeleo 8:46 pm on Oktober 21, 2008 Pautan Kekal | Balas

      kid!!! best tul bila dikelilingi kekanak nih. tapi bila diorg sakit@x sihat rasa cam nak lari jauh jer dari diorg nih. bukan sbb jijik or geli but x tahan melihat penderitaan yg diorg alami. well belum sempat rasa nikmat hidup kat dunia dah di duga bermacam2 masalah. to those parent who got one of those kids be patient ok. Setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya. (I think that is what ppls told my mum when i was born wit d Hirschsprung disease. huhuhuh) thanx mom for having faith on me!!!!!

      exactly!

    • k3i 3:42 pm on Oktober 22, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam…kebetulan plk akk terjumpa blog ni. cam curious bila nmpk nm leokid, nm yg akk kire glamer kot kat discussion board mrsm pdrm (FS)..

      btw, i was in maresma podirama jg. salam muhibbah!

      nice blog!

    • bumilangit 3:49 pm on Oktober 23, 2008 Pautan Kekal | Balas

      seseorang perlu lakukannya~

    • faisal 4:56 pm on Oktober 24, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam n peace to u leokid..
      agak terkesan dengan entry ni..
      alhamdulilah, kita semua dilahirkan dengan sempurna….

    • sitisafi 2:23 am on Oktober 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Paediatric is challenging and delicate, not like medicine which is ‘broad’ ( quotation from clinical year student). for those who like paed, minat dan suka pada kanak-kanak saja tak cukup. you absolutely need passion and interest.

    • farieza 2:53 pm on Oktober 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      sy baru ingt nk jd pediatrian. tp lepas bace post nie. jd cam..ouh okie, horror jugak la.thanks for sharing anyway.

    • nick 6:58 am on Oktober 26, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Biasanya kita merawat org bukan berdasarkan ilmu semata2 ttp dgn pangalaman skali. Tul tak?

    • cikf=) 5:29 am on Oktober 30, 2008 Pautan Kekal | Balas

      mm xpela….setiap org ade kelebihan n kekurangan…
      mungkin awak lebih selesa n pakar dgn bab yg lain kan….

    • zeleo 4:09 pm on Oktober 30, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Pakcik Kid! Busy sesangat ke?
      awat x de update tebaru? huhuhh

      xde idea! hehe. tgh pk2 dari haritu, ape la aku nk apdet kat wordpress ni. hmmm

    • drrazi 1:40 am on Oktober 31, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam bro,br berkesempatan bc entry ni sampai abis. part lift tu tergelak ke’cuak’an jadinye. adeke nain tingkat enam sampai tingkat 5? hohoho,serius cuak.=p

      anyway,rasanye aku fhm dilema yang cuba dibawa dalam entry ni. bkn merujuk kepada kanak2 normal yg comel berjalan di sekeliling kita tu,tapi lebih kepada kanak2/baby2 yang kurang sifat dan pelbagai masalah lagi. kasihan mereka,dan pada sesetengah kita,mungkin tak sanggup melihat penderitaan mereka itu. smoga jd a gud doc bro.=)

    • David Santos 2:18 am on Oktober 31, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Excellent work!!! Terima Kasih!

  • Post Raya! 

    leokid 9:21 pm on October 13, 2008 Pautan Kekal | Balas

    Adeh..demam raya tak habis lagi.

    Kedatangan Junior Baru

    Rasanya aku tak introduce lagi budak2 yang baru datang nih. Alhamdulillah, pada lebih kurang 3 minggu lepas, Nizhny Novgorod menerima kehadiran anggota baru seramai 39 orang tajaan untuk turut serta bergelumang dan bersengsara secara berjemaah dengan kami sepanjang 6 tahun di sini. Harharhar.

    Malas nak komen byk2, berikut merupakan statistik ringkas aku:

    • Bdk2 MARA ramai giler. Batch kami dulu 6 orang je, tahun ni dah naik smpai 21 orang! @_@”
    • Comparatively, bilangan pelajar tajaan bukan bumiputra meningkat (berikutan keputusan meningkatkan kuota tajaan untuk bukan bumiputera) iaitu 9 orang out of 39
    • Dari 30 orang pelajar tajaan Melayu, 10 orang adalah lelaki
    • Bukan statistik rasmi, tapi aku perasan yang anak2 kedah ramai batch kali ni. Hehe. Hijau kuning!!
    • Terdapat tajaan baru, iaitu pelajar2 dari MINDEF (Ministry Of Defense). Anak2 tentera ini tinggi2 belaka!
    • Perang berebut ahli di kalangan ketua-ketua biro PPIM pun bermula. Hoho. BPI alhamdulillah, menerima 10 orang ahli baru yang mendaftar secara sukarela (atau paksarela? -_-”)
    • Macam-macam komen didengari mengenai fe’el budak2 baru ni. Hoho. As usual, banyak yang negatif la. Come on friends, cut em some slack! Everyone has their “first time”!
    • Oh ya, satu-satunya pelajar lelaki Melayu tajaan JPA menjadi roomate aku.
    • Secara tak langsung, Firdaus (maxpression) pindah sebelah bilik lalu menjadi blockmate aku -_-”
    • Tak tau nak expect macam mana mengenai prognosis budak2 baru ni. Tetapi menurut pendapat seorang pemerhati luar yang bagitau aku semasa kami giat bergossip beberapa hari lalu, budak2 yang “alim2″ semua pi volgograd. budak2 yg “hantu2″ semua pi moscow. yang mai nizhny ni “sedang-sedang saja”. Woahaha!

    Sistem Akademik Baru!

    Bermulanya tahun ketiga aku kat nizhny ni, menandakan sistem kelas secara cycle pun bermula. Kalau sebelum ni, kelas pembelajaran adalah berjadual, seperti time kita sekolah rendah/menengah dulu. Tapi, sekarang ni, sistem kelas pembelajaran bermula secara CYCLE.

    Cycle ni mudah, setiap subjek diberi satu tempoh masa cycle. Contohnya, semester ni aku ada 6 subjek cycle. Pharmacology, Pathologic Anatomy, Medical Informatic, General Surgery, Pathologic Physiology dan Internal Medicine.

    Setiap subjek merangkumi tempoh antara satu hingga tiga minggu. Semester aku bermula dengan cycle Pharmacology, iaitu bermula dari 1 September hingga 22 September. So sepanjang 3 minggu tu, aku belajar subjek Pharmacology je dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Selepas cycle Pharmacology, diikuti pula dengan cycle Pathologic Anatomy 2 minggu.

    Bestnya cycle ni, aku tak perlu serabut2 kepala study benda lain untuk belajar esok. Bila cycle pharmaco, study pharmacooooo je. x perlu serabut2 study path.phys la, surgery la etc etc.

    Tapi keburukan dia, bila exam hujung semester nanti, jenuh nak ulangkaji balik semua tu. tambah2 kalau macam exam pharmaco, bulan june nanti. mampus nak ulangkaji bulan september punya material. T__T

    And satu lagi keburukan dia, belajar sangat la cepat. Huhu. Satu buku tebal tu (lebih kurang mcm tebal buku rujukan sains time spm), habis study dalam masa 2,3 minggu je. erk.

    Ala kulli hal, aku semakin membiasakan diri sebagai seorang med.student. Alhamdulillah. Ada orang kata, med student ni susahnya peringkat awal je. As long u make it through ur third year, inshaAllah, u’ll make it through the whole course. =)

    Subjek baru!

    Haa..baru start hari ni, cycle Medical Informatic. Mula-mula ingatkan belajar ape la subjek ni. Rupenye starting2 belajar pasal Linux & Open Source Software! Huahuahua. MedInfo ni subjek yang memahirkan kitorg menggunakan software2 untuk menganalisis data untuk membantu diagnosis mahupun treatment. So tadi kitorg belajar guna software OpenOffice’s Calc (equiv to MS Office’s Excel). Buat2 jadual, rumus2, formula2, statistik2, graf2 etc etc.

    Yang best – subjek ni menggabungkan kedua2 minat aku – numbers and computers! Too bad – subjek ni hanyalah seminggu cycle dia, dan terlalu unimportant hingga tak masuk exam pun T_T

    Blog baru!

    Leokid.com baru saja dilancarkan. So far takde nama lagi nak bagi kat Leokid.com ni, tgh fikir2 nak bagi nama apa. Kalau ada cadangan, bagi la dekat comment post ni. Tagline pun belum tentu lagi. Buat masa ni aku letak tagline “How To Save A Life”. Tapi rasa macam tak relevan lak. Teringat satu pepatah melayu lama, “ikan di laut, meskipun laut masin namun isinya tetap tawar”, ingat nak derive satu tagline dari pepatah ni. Tapi dah cik dHarajuku dah claim pepatah itu dia yg punya, so tak dapat lah. T_T

    Leokid.com masih di peringkat biji benih, tujuannya terlalu jauh untuk aku capai dalam masa terdekat ni. Harapnya Leokid.com dapat berkembang menjadi weblog pembangun minda yang tersohor, seperti saifulislam.com dan lain-lainnya. Mungkin juga separa medic seperti ummusaif.com. Tinggi betul angan-angan, namun segalanya “begin with the end in mind”!

    Oh ya, satu trivia untuk pengunjung setia Leokid’s Life kat sini. Nama-nama kategori di Leokid.com adalah diambil dari bahasa latin. Buat masa ni ada Carmen (Songs), Camena (Words), dan Memoria. Tunggu kemunculan post2 lain dalam kategori2 lain! =)

    Back to Topic

    Kembali ke tajuk asal post ni, Raya. Huahuahua. Tahun ni tahun ketiga aku beraya di perantauan. Aneh, tahun ni tetiba je aku rasa homesick, berbanding tahun2 lepas.

    Mungkin agaknya kerana sudah 3 tahun tidak beraya dengan sanak saudara.

    Kalau setahun, tak apa lagi. Tahun kedua, still biasa. Tahun ketiga, sudah rasa kehilangan sesuatu. Huhu. Teringat anak2 saudara di kampung. Teringat saudara mara di seluruh pelusuk tanahair. Teringat bonda dan ayahanda di rumah. Teringat juadah enak selera kampung di pagi raya. Teringat takbir meriah di laman rumah malam raya. Teringat “pakcik” yang bagi announcement raya kat TV. -_-”

    Ah, lagi 3 kali raya. Kesian anak2 buah aku, tak kenal2 pakcik diorg yang satu ni T_T

    Raya kat sini, meriahnya macam biasa. Lebih meriah agaknya, kerana makin ramai. Open house non-stop. Biasa la, raya kan sebulan. Elok2 berat aku turun beberapa kilo puasa aritu, da naik balik dah beberapa kilo balik. T_T

    Dan..memandangkan winter bakal menjelma, so kurang (baca= tiada) aktiviti membakar lemak. Makan tido seja. Agaknya by the end of winter, aku dah transformed jd polarbear. Takpun jd Po. Po dalam Kungfu Panda tu. -_-”

    Speaking of winter, cadangnya nak berjalan2 ke seluruh eropah. Cadangan asal – Dublin – Belfast – Edinburgh – Newcastle – Liverpool/Leeds/Sheffield – London – Paris. Itu yang bermain di fikiran aku 2,3 minggu yang lalu.

    Sekarang? Entahla. Tak jadi pegi kot eurotrip. The reason has gone.

    So..most probably aku balik malaysia lah winter ni. Cuti panjang, exam aku habis 25th december, dan cuti sehingga 1 february 2009. Lama kan? Cukup nak kawen tu! Harharhar.

    Rumah baru!

    Oh ya, terlupa satu benda. Pengumuman sebenarnya. Ayah aku telah diterima kenaikan pangkatnya, bermakna kami sekeluarga akan berpindah (lagi). Dahulu ayah aku di Padang Besar, dan dalam masa yang sama mak aku di Pengkalan Hulu. Dan kini..kami akan berpindah ke Juru, Pulau Pinang. Ayah aku jadi pegawai di pusat tahanan imigresen kat sana pulak. -_-”

    siyesli, rasa sedih sangat nak pindah. walaupun aku dah banyak kali pindah rumah sebelum ni. dari kota bharu ke terengganu ke sandakan ke pengkalan hulu etc etc. Kehidupan nomad di zaman kanak2ku menyebabkan aku tak ramai childhood friends. ramai sangat sampai tak ingat dah (lost contact). Kehidupan sedemikian juga mendedahkan aku dengan pelbagai ragam manusia dari pelbagai latarbelakang – bandar vs kampung, social vs conservative, orang semenanjung vs orang borneo, banyak melayu vs kurang melayu, “hijau” vs “biru” dll.

    tapi kali ini sedih sangat. aku tak ramai kawan pun kat pgkln hulu tu. practically, none. tapi pengkalan hulu sangat mendalam kesannya kat aku, sbb life kat situ sangat tenang. aman damai. sronok sangat berehat2 makan2 di restoran terapung tasik kroh. sronok sangat menunggu matahari terbenam di puncak gunung inas. sronok sangat naik motor ronda2 sekeliling kampung dan felda. sronok, dan kat sana tempat paling best untuk aku melarikan diri dari segala madness yang ada dalam hidup aku ni.

    slalu aku ronda2 kat pondok kampung kuak luar. tengok2 dari luar. jauh di sudut hati aku, terasa kepingin nak tinggal kat pondok ni barang sebulan dua. T_T

    bye2, pengkalan hulu. T_T

     
    • t0iek 12:36 am on Oktober 14, 2008 Pautan Kekal | Balas

      uish..nk inteprem gak ehh..mak saye asal owg ijau kuning!!! hahaha..
      sekian,maceh~

    • dharajuku 8:33 am on Oktober 14, 2008 Pautan Kekal | Balas

      eeeeeeeeeeeeee kid..saje jek ek.. nak ke tag tuh..? taleh gak =p

    • Hanisah 7:38 pm on Oktober 14, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Juru? Haha. Dkat gler dgn pbuntar. Tp bes pe juru, byk kdai keta. Brabus p0n ada. Miahaha. =p Bangla p0n byk gak. B-) kwsn industri..=p

    • wayfarer 6:54 pm on Oktober 16, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam wrt… pttnye hanta dak2 yg alim ke nizhny.. leh spread sket “aura” diorg tu ke sini.. tp alhamdulillah juga dpt jr2 yg ade skrg ni. ms tu ada dak p’puan yg mengadu pasal dak laki yg sering buka pintu bilik diorg tanpa izin dan terus menjenguk ke dlm… mgkin kid leh wat sst psl tu????

      erk. maybe diorg ingt bilik tu org lama punye lagi kot. -_-”
      xde maklumat lain ke? hostel mana ke, etc etc. senang sket nk siasat. ape2pun akan diperbawakan ke dalam meeting. =)

  • Hitman 

    leokid 7:35 pm on October 11, 2008 Pautan Kekal | Balas

    Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


     
  • Retracing Steps 

    leokid 7:00 pm on October 7, 2008 Pautan Kekal | Balas

    Ramadhan telahpun berakhir. Biasanya, kehidupanku selepas Ramadhan adalah smooth. Ramadhan bulan tarbiyyah. Bulan latihan. Aku dididik ketika Ramadhan. Dididik untuk lebih sabar. Dididik untuk lebih tabah. Dididik untuk lebih sistematik.

    Tapi tidak Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini, satu kekecewaan bagiku. Satu kegagalan bagiku.

    Gagalnya aku sepanjang Ramadhan, gagallah aku selepasnya jua.

    “Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

    Ramadhan meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Aku hilang tujuan. Hilang arah. Arah yang ku tuju dahulu, kini nyata hanya ilusi semata-mata. Sesatnya aku di cerah cahaya, ah, betapa gelapnya hatiku!

    Dan kini, aku mula mengatur kembali langkah. Menyusun kembali kehidupan yang caca-merba.

    Aku ingin menjadi aku yang dahulu kembali. Or even better!

     

    Leokid’s Life

    ps: Aku juga telah melancarkan blog aku yang kedua, http://leokid.com ~! Jangan risau, blog ini akan terus di-update seperti biasa.

    Leokid.com memaparkan penulisan aku yang lebih formal, serta lebih bersifat umum. Manakala laman ini akan terus mengekalkan style penyampaian aku yang sama (cacamerba+rojak+urban etc etc) dan lebih tertumpu mengenai diri aku dan kehidupanku di sini! =)

    So…don’t worry k! To my readers, feel free to visit the new Leokid’s Life! Don’t forget to link it to ur blog, and feel free to give me any comments!

     
    • syaa 10:16 am on Oktober 11, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam~
      moga dipermudahkan mencari dirimu yang dulu…

      Aku ingin menjadi aku yang dahulu kembali. Or even better!

      diri yang dulu…

    • JHaZKiTaRo 8:12 pm on Oktober 11, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam syawal dari bumi Dublin, Ireland. Rajin2, singgah laa my blog.. :)

    • najmi 8:42 am on November 17, 2008 Pautan Kekal | Balas

      it’s okay..life must go on…even it is at the end..appriciate your life..salam ukuwah

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal