Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • leokid 5:08 am on December 20, 2008 Pautan Kekal | Balas
    Tags: asrama, , cerita seram, hantu, jin, makhluk halus, , pengalaman   

    Kawan Dari Dimensi Lain? 

    Alhamdulillah, hari ini usai mengendalikan usrah bersama rakan-rakan aku di Hostel 1. Turut bersama aku adalah Ezwan Suryakarta yang membentangkan mengenai ciri-ciri Muslim, serta diikuti dengan perbincangan bernas oleh Faizal mengenai persoalan “makhluk halus”

    Makhluk halus yang dimaksudkan bukanlah microbacteria2 yang sedang giat di-study oleh pelajar2 tahun ke3 yang akan menghadapi peperiksaan x smpai sebulan lagi ni. Walaupun secara literalnya microbacteria = “makhluk halus”! Tapi makhluk halus yang dimaksudkan adalah mengenai makhluk-makhluk ghaib lain yang diciptakan oleh Allah..

    Bahan yang digunakan adalah diambil dari laman web terkenal DarusSyifa, iaitu diterangkan oleh Ustaz Harun Din. Alhamdulillah, banyak info bermanfaat diperolehi dari situ, termasuklah sebuah powerpoint yang simple tapi panjang -_-” Perbincangan tadi pun happy je, sekali sekala diselitkan dengan iklan-iklan yang menarik tapi dalam masa yang sama kena dengan skop perbincangan yang dilalui!

    Sebut pasal makhluk halus ni, aku akui aku juga turut ada pengalaman yang tersendiri berhadapan dengan ciptaan Allah ini. Menjadi pelajar sekolah berasrama penuh selama 5 tahun, pengalaman-pengalaman sebegini tidak menjadi asing bagi diriku sendiri. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman tersebut membuka minda aku untuk lebih mengagumi ciptaan Allah yang Maha Kuasa, serta akan betapa luasnya alam ciptaan ini.

    Antara pengalaman yang segar diingatanku, adalah ketika berkawan dengan seorang jin ini. Hmm..pada mulanya ingat taknak lah citer kat sini. Tapi xpe, since blog ni pun lama x update and aku pun xtau nk update dgn ape, aku citer jelah mengenai peristiwa tersebut. Moga ada manfaatnya. =)

    (Lagi …)

     
    • izzahsakinah 5:59 am on Disember 20, 2008 Pautan Kekal | Balas

      adoi..
      hish

    • bumilangit 5:58 pm on Disember 20, 2008 Pautan Kekal | Balas

      “dah habis basuh baju atau dah tahu?”

    • knownaspeAr 6:22 pm on Disember 20, 2008 Pautan Kekal | Balas

      intersting~
      keep on blogging…

    • hanisah 8:18 pm on Disember 20, 2008 Pautan Kekal | Balas

      huaahaha..
      HANTU KULIM!!!

    • ainul arina 9:51 pm on Disember 20, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam..

      (@_@) pernah hampir terserempak, tapi buat-buat tak nampak.. huu.. saya masih belum kuat untuk jumpa mereka.. a’uzubillahiminzalik…

    • INFINITY 8:34 am on Disember 21, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Aku pernah menyaksikan hanya sedikit scene begini, tapi mungkin aku sombong, atau mungkin aku masih selamat, atau mungkin aku belum pernah rasai, tapi nauzubillahlah, aku ada andaian negatif perkara begini.

    • drmuthiah 10:09 am on Disember 21, 2008 Pautan Kekal | Balas

      besnye..:)
      you r so lucky to get to know her..
      akak pun doakan Nur masuk Islam :)
      ameen

      thanks kid kongsi cite yg sgt menakjubkan nie..:)

    • amirfazwan 10:47 am on Disember 21, 2008 Pautan Kekal | Balas

      laa..knape x gi tegur M…
      harap2 dh okay .(-.-)

    • king 3:38 pm on Disember 21, 2008 Pautan Kekal | Balas

      nice one….
      (^_^)

      nway ape maksud “hanisah” tu dgn “hantu KULIM”? jgn weyyhhh
      hhuhuhuh

    • fakrul 5:59 am on Disember 22, 2008 Pautan Kekal | Balas

      fuhhh..
      pengalamn yg bes..

    • drrazi 10:11 am on Disember 22, 2008 Pautan Kekal | Balas

      uih,ni cite fiksi ke mitos ni? hahaha,mcm xcaye plak. hehe…

      mula22 ingat jin ni jantan, so bile baca, “tapi Nur tak mahu. Dia segan, kata M. Rupanya, menurut M, Nur takut & segan kepada beberapa orang di antara kami termasuk aku, terutamanya Yoob (Ketua Biro Agama) dan Due (Naib Presiden). Bila ditanya kenapa segan kat aku, M kata Nur suka kat aku -_-” ” tu rasa mcm, haaa????? ada jin jantan minat? tebahak2 dibuatnya….

      tp pk2 balik,M pompuan,so nur (name pon nur) mestila betina kot. hehe,sorila bro…n if Nur pon bc komen ni,sorilah. xbemaksud pon nk ckp gay. hehe,kiding2. jgn mara…=p

      ahaha. dia jin pompuan la. tapi x tahu la rupa dia camne. x penah nmpak.

      jin jantan yang gay? ade kot. kat dalam Advencer Si Peniup Ney. Cuba baca! Hehe. :D

    • king 9:54 pm on Disember 22, 2008 Pautan Kekal | Balas

      dah penah bace dah advancer si peniup ney…
      tp x ingt la die punye details…hmmmmm
      xbrape ingt dah jalan ceritanye….

    • adiLa 2:09 pm on Disember 23, 2008 Pautan Kekal | Balas

      ahaha..nice.

      *guling-guling*

    • zaiman 2:22 pm on Disember 23, 2008 Pautan Kekal | Balas

      hmmm..skrng ni M tu dah tingkatam brapa?saya pun doakan M kembali ke jalan Allah..

    • nur 11:54 pm on Disember 23, 2008 Pautan Kekal | Balas

      pegila jmpe M nnti2 ea????janji taw… nk cite antu agi..hehe..

    • miss G 4:24 pm on Disember 27, 2008 Pautan Kekal | Balas

      wahhh. best la cte nie. cte la lg:)

    • lori 5:44 pm on Disember 27, 2008 Pautan Kekal | Balas

      tazkirah yang besh..haha teringat lak zaman gua belajar dulu2

    • GD_H2 2:57 am on Disember 29, 2008 Pautan Kekal | Balas

      wahaha…
      igt kat KISAS penuh puaka…
      haha

    • Nasron al-Jauhari 8:19 pm on Disember 29, 2008 Pautan Kekal | Balas

      kenapa tak call antoo fighter? so, buleh tangkap dah buh dalam botol? jual kat tv3… buat duit woooo!

    • nazliah 8:56 am on Disember 30, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam.woww nice story.bestnya.
      smoga Nur berada dalam ‘nur’ islam. ;)

    • karimah 1:18 pm on Disember 31, 2008 Pautan Kekal | Balas

      assalamualaikum,

      saya terjumpa nukilan adik melalui muhtarsuhaili. mohon izin untuk dipautkan. saya cemburu tapi pada masa yang sama berbangga kerana walaupun usia adik masih muda tapi berjiwa besar. selamat berjuang!

      thanx. jgn asyik lyn blues je..hehe.

    • aimi 3:20 pm on Disember 31, 2008 Pautan Kekal | Balas

      sekolah asrama neh pusat bela hantu ke or hantu menumpang study nak gi oversea gak? aih, comius sebab sekolah hamba dulu pon byk gak makhluk halus ni.

    • ckedot 11:59 am on Januari 9, 2009 Pautan Kekal | Balas

      cuak..(plus bace kul 4 pagi sorg2..huhu~)

    • etzatiey 7:39 pm on Januari 10, 2009 Pautan Kekal | Balas

      =]

    • y4ku24 7:07 pm on Januari 30, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Salam bro Leokid!

      Sedikit perkongsian yg pernah saya belajar dulu, dr ustaz byk ilmu psl jin, n isterinya boleh berbicara dgn jin.

      Jin ni satu kelemahan besar dia ialah, bila bercakap akan senang berbohong. bukan sengaja, itu SIFAT SEMULAJADI mereka! mcm automatiknya kita hirup udara, camtu la jin dgn kata2 dusta mereka.
      mungkin tak sebegitu kerap, tp apa yg dickp tu tak boleh dipercaya dan diterima 100%. :D

      ahaha..usahkan jin, manusia pun ramai camtu! :D

    • techis 7:36 pm on Februari 7, 2009 Pautan Kekal | Balas

      kid…aku penah dengar cite pasal budak nie kat maktab kite dulu…aku xsangka lak yg budak nie kwan ngan ko…hahaha…lwak toll…ade 1 lagi kisah psl budak kat mktb kite…ade jin ikut die gak…junior laki. yang besnyer, kite dapat tengok jin die bile ko tangkap gamba ngan die..ko akn nmpak jin tue duduk sebelah budak tue..kale itam…aku penah tengok sendiri gamba yang diowg tngkap….mcm2 kan bende pelik kat maktab..erm tingat aku kenangan dulu2….

    • Hanif 1:52 pm on Mac 18, 2009 Pautan Kekal | Balas

      woah! x pernah lak teserempak time kt maktab dulu!

  • leokid 3:13 pm on December 14, 2008 Pautan Kekal | Balas
    Tags: kucing, Leokid.Com   

    Kucing! @Leokid.Com 

    “Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!”

    http://leokid.com/2008/12/14/kucing/

     
  • leokid 10:04 pm on December 8, 2008 Pautan Kekal | Balas
    Tags: aidiladha, amalan, ikhlas, korban, nabi ibrahim, niat, tudung   

    Korban & Ikhlas 

    Sambutan Eidul Adha baru sahaja berlalu, dan kita sering memperkatakan tentang pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Namun sejauh manakah kita mengambil pengajaran melalui kisah-kisah itu. Jarang-jarang sekali kita mengorbankan kehendak kita, kesukaan kita dan kepentingan kita untuk Allah; malahan, ada yang berpendapat jika kita lakukan sesuatu (amalan) bukan dengan penuh kecintaan, dan senang hati untuk melakukannya, ia adalah sesuatu yang ditolak dan dikeji.

    Selalu kita dengari alasan-alasan seperti “hati masih belum terbuka”; “beramal tapi kalua tak ikhlas tak guna jugak” ; “kalua buat tak diterima, kalau x buat pun sama je..baik x yah buat” dan lain-lain lagi sebagai alasan untuk kita melarikan diri daripada menunaikan kewajiban agamanya. Ramai dikalangan kita yang menyangka bahawa jika kita beramal dengan perasaan berat hati adalah sesuatu yang tertolak.,dan kerana itulah mereka meninggalkannya. Kerana itulah masih ramai yang masih menunggu hatinya terbuka untuk bertudung. Kerana itulah ada yang hanya bersolat apabila terasa “ikhlas” untuk bersolat. Malahan ada yang mengatakan sesiapa yang biasanya tidak bersolat, dan tiba-tiba rasa ingin bersolat adalah ikhlas yang sebenar!

    Namun lain pula halnya jika kita melakukan sesuatu yang kita tidak sukai demi orang yang tersayang (iaitu kekasih kita) . Jika kita sanggup mengenepikan kepentingan diri kita, dan melakukan sesuatu yang tidak kita sukai demi kekasih kita, ia dikatakan sangat ikhlas. Dan dia dikatakan mencintai kekasihnya dengan penuh keikhlasan (kerana sanggup lakukan apa sahaja walaupun tidak disukainya demi kekasihnya). Namun mengapakah pendangan kita sangat berbeza jika kita berkorban untuk Tuhan kita yang sepatutnya menjadi “Kekasih Agung” kita.

    Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya kerana Allah taala. Adakah Nabi Ibrahim sangat berbesar hati untuk melaksanakan perintah tersebut? Di dalam al-Quran sendiri menceritakan bahawa Nabi Ibrahim bingung, sedih dan berat hati Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah itu lalu ditanyakan hal ini kepada Nabi Ismail sendiri. Hal ini diceritakan di dalam 37:99-111. Bahkan, ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim pernah berkata ketika meninggalkan Ismail dan ibunya di kawasan yang terpencil, “Jika tidak diperintahkan oleh Allah, tidak mungkin aku akan meninggalkan kamu di sini”.

    Di sini jelas bahawa Nabi Ibrahim sendiri juga merasa berat hati untuk melaksanakan perintah Allah, namun kerana mentaati Allah, Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah tersebut. Dan atas pengrorbanan besar Nabi Ibrahim itu, Allah telah menaikkan darjatnya dan mengelarkan Nabi Ibrahim sebagai Khalilur-Rahman iaitu sahabat ar-Rahman.

    Oleh itu, apakah pengertian ikhlas yang sebenar?

    Pengertian Ikhlas

    Perkataan ikhlas yang diguna pakai di dalam pertuturan seharian Bahasa Melayu adalah dipinjam daripada perkataan Arab. Namun, menurut pengguanaan bahasa Melayu ikhlas menurut kamus dewan membawa erti :

    (dengan) hati yang suci, tidak menipu, tulus,sangat jujur dan rela hati.

    Namun sebenarnya maksud ini adalah kurang tepat. Ikhlas berasal daripada perkataan Arab iaitu “akhlasa” yang bermaksud “membersihkan”. Menurut syara’, apabila disebut perkataan ikhlas ia membawa maksud kalimah tauhid, iaitu ucapan:

    Tiada tuhan selain Allah”

    Kerana itulah surah ke-112 di dalam al-Quran dinamakan surah al-Ikhlas kerana surah ini memperkatakan tentang mentauhidkan Allah.

    Di dalam istilah usuluddin, ikhlas bermakna:

    “Membersihkan atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya”.

    atau

    “Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta’abbud kepada-Nya”

    Dalam pengertian tauhid pula, ikhlas bermaksud:

    “MengEsakan Allah atau hanya menyembah Allah dan mengibadahi Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan segala bentuk kesyirikan dan perkara yang bertentangan dengan sunnah”

    Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula berkata bahawa ikhlas membawa maksud ‘iradah wajhallahu ta’ala bil’amal wa tasfiatu min kulli shaubin zaatin au dunyawin’ yang bermaksud “mengkehendaki keredhaan Allah S.W.T dengan amal dan membersihkan amalan itu dari kecacatan yang bersifat diri sendiri (spt. nafsu, sifat malas dan lain-lain) atau yang bersifat duniawi (spt. harta benda, puji-pujian).

    Adakah sesuatu amal yang kita dilakukan akan diterima oleh Allah jika kita membenci untuk melakukannya atau jika kita memaksa diri kita untuk melakukannya?

    Contohnya, adakah seseorang yang tidak suka untuk memakai tudung, namun memaksa dirinya untuk memakai tudung kerana tahu akan kewajipannya (iaitu kerana Allah taala)? Pada kebiasaannya, kita akan berkata bahawa amalan tersebut adalah tertolak kerana si pelaku adalah tidak ikhlas kepada Allah. Dan kerana itulah, ramai diantara umat Islam sekarang cuma menunggu untuk hati mereka “terbuka” untuk berubah berbanding berusaha untuk berubah. Di sini saya ingin mengajak pembaca untuk memahami sepotong ayat daripada al-Quran

    “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu… [surah al-baqarah 2:216]

    Di dalam kisah yang diceritakan di dalam ayat ini, apabila disyariatkan kepada orang2 mu’min untuk berperang dan terdapat diantara mereka yang tidak suka akan peperangan. Oleh itu Allah telah menurunkan ayat ini untuk menyuruh mereka tetap turun berperang. Dan apakah Allah akan menolak amalan jihad mereka sedangkan mereka telah mengenepikan kepentingan diri mereka hanya kerana Allah taala? Dengan sifat Maha Adil-Nya, Allah tidak kan mengurangi sedikitpun amalan dan usaha mereka seperti mana disebut di dalam al-Quran:

    “..Dan jika kamu taat pada kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang” [surah al-Hujurat 49:14]

    Bahkan jika kita memahami ayat penuh di atas, orang-orang badwi itu masih belum beriman tetapi tetap tunduk patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tetap menjanjikan mereka balasan atas amalan mereka.

    Syarat amalan yang ikhlas

    Seperti mana definisi ikhlas iaitu mentauhidkan Allah, syarat ikhlas adalah mentauhidkan dan memurnikan ketaatan kita kepada  Allah di dalam setiap amalan kita. Ikhlas bermula dari niat yang bersumber dari hati. Oleh itu yang paling penting di dalam mencari keikhlasan adalah niat hanya kerana Allah. Seperti mana yang disebut oleh Rasulullah :

    “sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat”
    [riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi]

    Setiap amalan hanya ikhlas jika dimulakan dengan niat hanya kerana Allah  seperti mana di dalam setiap ibadah di niatkan “kerana Allah taala” (lillahi ta’ala). Ucapan ikhlas ini di jelaskan lagi di dalam hadith sahih:

    “Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah : Sesiapa yang menuntut ilmu yang mana sepatutnya kerana mencari keredaan Allah tetapi tidaklah ia menpelajarinya kecuali kerana untuk mendapat kejayaan (kepentingan) dunia. Pasti ia tidak akan dapat mengharapkan (apa pun) dari syurga di Hari Kiamat, maksudnya tidak akan dapat baunya”
    [Riwayat Abu Dawud di dalam al-Ilm dan Ibn Majah di dalam al-Muqaddimmah]

    Kerana itulah, ikhlas telah dijadikan subtopik dibawah hadith pertama (Bab Niat) di dalam Kitab Matan Arba’in, Imam Nawawi. Ini kerana, asas kepada keikhlasan adalah mentauhidkan Allah atau meniatkan sesuatu amalan kepada Allah tanpa mengira kita suka ataupun tidak kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik bagi kita {2:216].

    Kesimpulan

    Oleh itu, marilah kita mempergiatkan amalan kita. Taat kepada Allah atas segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya walaupun perkara tersebut tidak kita sukai atau senangi. Kerana yang penting, bukan apa pendapat kita, tetapi apa pendapat Allah. Marilah;

    saudara-saudara dan rakan-rakanku yang tidak bertudung untuk mula memakai hijab walaupun itu adalah sesuatu yang engkau tidak senangi. Kerana jika engkau memakainya kerana tahu bahawa Allah telah mensyariatkannya, maka engkau telah ikhlas (mentauhidkan Allah).

    saudara-saudaraku dan rakan-rakanku yang tidak bersolat untuk tetap melakukan solat tak kira bertapa malasnya engkau untuk melakukannya. Kerana jika engkau tetap melawan nafsumu dan menunaikan solat kerana sedar akan kewajibannya yang telah Allah tetapkan, maka engkau telah ikhlas (mentauhidkan Allah).

    sahabat-sahabatku untuk terus berusaha memperbaiki amalan mu, walaupun ia amatlah berat. Jika engkau melakukannya kerana ia adalah suruhan Allah menurut al-Quran dan Sunnah yang sahih. Maka engkau telah ikhlas(mentauhidkan Allah)

    Janganlah kerana fahaman kita yang silap menghalangi kita daripada memperbaiki diri kita walaupun ia kelihatan lebih benar; kerana Allah telah mengingatkan kita di dalam al-Quran: Dan syaitan memperindahkan kepada mereka apa yang mereka lakukan [al-an'aam 6:43]. Akhir kata, penulisan ini adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan sebagai manusia, penulis tetap melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka perbaiki lah, dan tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, aku menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku.

    *Nukilan oleh kenalan jauh Faisal Arbain sebagaimana yang disiarkan di http://al-isra.blogdrive.com. Lawati juga di Leokid.Com untuk membaca mengenai Kisah-Kisah Korban!

     
    • knownaspeAr 6:31 pm on Disember 20, 2008 Pautan Kekal | Balas

      aftr reading through.lots of knowledge learned..
      + great conclusion..

    • SINGAMARAJA 3:43 pm on Mac 25, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Menutup aurah satu tanggungjawap muslimah

  • leokid 3:15 pm on December 7, 2008 Pautan Kekal | Balas
    Tags: al-mathurat, hajat, ibadah, qiamullail, solat malam, tahajjud, , witir   

    Qiamullail? 

    Semalam (pagi ini) diadakan Qiamullail Perdana di Nizhny Novgorod.

    Apa itu Qiamullail? Qiamullail adalah apabila Muslim bangun di awal-awal pagi (pengakhiran malam) ketika orang lain sedang tidur, untuk melakukan ibadah kepada Tuhan.

    Istimewa ke qiamullail ini? Ya, sangat istimewa. Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran di syurga bagi mereka yang rajin Qiamullail. Mereka yang rajin Qiamullail juga akan lebih berdisiplin, rendah diri, serta menjadi penganut Islam yang lebih bersyukur dan berterima kasih.

    Berbalik kepada Qiamullail semalam.

    Oleh kerana mereka yang mendaftarkan diri terlalu ramai hinggakan tidak muat kawasan mini-dewan tersebut, Qiamullail terpaksa diadakan di dua tingkat serentak.

    Sebuah webcam dan wireless microfon dipasang untuk synchronize pergerakan jemaah di atas, dengan imam dan jemaah di bawah.

    Antara pengisian yang sempat diadakan adalah – solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir, solat subuh berjemaah, serta bacaan al-mathurat.

    (Lagi …)

     
    • ..iSmi.. 3:30 pm on Disember 7, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Salam..
      taun nie kurang terkesan maybe sbb berlaku gangguan dr segi sound system kot..byk kali stop kejap…
      xpe2..yg pnting objektif mcm en.pres ckp tercapai..insyaAllah..
      next time dO beTteR n keEp uP thiS gUd wOrk..
      Qiam kali ini=berjAya..Alhamdulillah..cOngrAts tO all!!
      biTaufiQ=)

      Hoho. Ksian kat orang tu kena turun naik turun naik floor bgtau audio problem. =p
      Takpe, pengorbanan di ambang aidiladha!

      Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wa Lillahil Hamd.

    • nasuhanurani 3:35 pm on Disember 7, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Alhamdulillah berjaya qiamullail kita di kali ini, ermmm perasaan tahun le[as dengan tahun ini, memang lain.. Apa yang lebih aapa yang kurang ya?
      Uhh.. aku asyik merenung salji yang menari-nari turun ini, macam mana kau buat???

      Owh. Salji ek. Hehe. Gi kat dashboard – under Appearance, amik Extras. =)
      Salji2 ni dari tahun lepas lagi da ade. Dia ada ikut musim je. Hehe. :p

    • bumilangit 4:17 pm on Disember 7, 2008 Pautan Kekal | Balas

      leokid,

      semoga hati kau basah.

      salji ni banyak turun, tapi tak bertimbun. baguslah! takpayah nak shove. hahahah!

    • liang lahad 5:29 pm on Disember 7, 2008 Pautan Kekal | Balas

      erm..demo prefer solat dalam bilik kot ngehngeh…tapi kira rugi gak lah coz tak dpt dengar ceramah ustaz Azhar tu..lawak bebenor,dalam lucu banyak pengajaran \(^_^)/ thanks all!! kak suha masak sedappp nyummy

    • INFINITY 6:10 pm on Disember 7, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Bukan Qiam kita buat secara senyap ke? Jadi, terkesan atau tidak, bukan bergantung pada kekuatan hati kah?

      Oh, aku masih belum membuat eksperimen tuala basah di dalam peti. -_-”

      Masih tidak percaya pada statement kamu tempoh hari.

      Oh.

    • JHaZKiTaRo 1:32 pm on Disember 8, 2008 Pautan Kekal | Balas

      dah lame tak buat qiamullail. huhuh. anyway, selamat hari raya aidil adha dari dublin, Ireland.. rajin2, jom laa lepak kt my blog

  • leokid 12:38 am on December 2, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Pemergian.. (Al-Fatihah) 

    “Dok siap nak balik kg tok wa sakit dah nazak”

    SMS dari ayahku beberapa hari lalu, membuatku termenung seketika. Aku jadi blur. Apa yang patut aku rasakan? Sepatutnyakah aku bersedih? Atau aku sepatutnya menjadi risau? Patutkah aku menangis? Atau sekadar bergenang air mata?

    Fikiranku terimbau jauh ke kampung asal-usulku, Kampung Nawa.

    Tok Wa, gelaran dipanggil. Sungguh, aku tidak tahu nama sebenarnya. Yang aku tahu, beliau merupakan kakak (ataukah adik?) kepada nenek kandung aku sekarang ni. Dia baru berpindah ke kampung tersebut x sampai 10 tahun lalu, kerana sebelum ini menghabiskan masa dgn keluarganya di Singapura. Kerana merasakan dirinya yang sudah lanjut usia serta enggan mengganggu keluarga anaknya di Singapura, dia berpindah pulang ke kampung halaman.

    Aku merupakan cucu kesayangannya. Kepulangan aku setiap kali cuti, sejak di zaman MRSM, pasti amat dinanti-nantikannya.

    Teringat kenangan silam, beliau begitu suka menggoreng ayam untuk dijadikan bekalanku ketika pulang tamat bercuti ke MRSM. Dan aku begitu gemar dengan ayam gorengnya itu.

    Dia tidak lokek dengan senyuman. Sungguhpun dihimpit pelbagai masalah kesihatan, namun tetap digagahkannya untuk menapak ke rumah nenekku tiap kali kepulanganku. Terpandangnya aku dari jauh, aku dapat nampak seri mukanya seolah segar kembali tatkala melihat diriku. Tangannya kukucup, diriku didakap seolah-olah aku anak kandungnya sendiri. Sungguh, aku rindukan dakapannya.

    “Cek nak pi Russia tu berapa tahun?”

    “6 tahun, Tok Wa.”

    “Lamanya. Cek mengaji apa kat sana?”

    “Mengaji nak jadi doktor. Ubat-ubat orang sakit”

    “Ooo..bagusla. 6 tahun, tak tau la cek sempat tak nak rawat sakit Tok Wa ni..”

    Tok Wa merupakan perokok tegar di zaman mudanya. Apabila lanjut usia, sesudah menghadapi masalah pernafasan, beliau berhenti merokok. Tapi ternyata sudah terlambat. Paru-parunya sudah terlalu lemah.

    Alhamdulillah, cuti yang lalu, aku nekad ingin membuat praktikalku di Alor Star. Walaupun kalau ikutkan ayah dan ibu aku, mereka lebih gemar sekiranya aku berpraktikal di Baling/Pengkalan Hulu. Tapi aku rasa, aku nak juga buat di Alor Star, untuk seminggu dua. Aku x tahu kenapa, tapi aku rasa aku perlu.

    Tanpa ku sangka, gerak hatiku itu merupakan satu anugerah oleh Allah untukku dan juga Tok Wa. Tiap2 hari ketika berpraktikal, aku akan pulang menjenguk kampung. Kadang-kadang, aku singgah ke pasar malam, membelikan juadah kegemaran tok wa – Sate Ayam. Aku tidak tahu apa yang boleh aku lakukan demi menunaikan tanggungjawabku ke atas nenekku yg begitu menyayangi aku itu, namun melihat ruang untuk berbakti padanya, tidak sekali-kali aku lupakan.

    “Tok Wa mninggal sbntar td”

    Ringkas mesej dari ayahku, tiba ke telefon bimbitku. Sudah sampai ajalmu, nenekku. Aku tidak tahu di mana kedudukanmu disisiNya. Aku tidak tahu, bagaimana amalmu. Namun, aku hanya mampu mendoakan agar dirimu diterima disisiNya. Aku hanya mampu mendoakan semoga amal solehmu memberati neracamu. Aku hanya mampu mendoakan, semoga doaku ini tergolong dalam doa anak-anak soleh, yang mampu membantumu. Hanya solat jenazah ghaib dari kejauhan bumi Russia mampu cucumu ini titipkan buat kali terakhir..

    Nenekku, maafkan cucumu ini, kerana tidak upaya berkunjung menziarahimu buat kali terakhir. Maafkan cucumu ini, kerana tidak lagi boleh berbakti seperti dahulu. Maafkanlah..

    Aku sepatutnya sudah menyedari akan hakikat ini. Tatkala menyahut tawaran dari MARA itu, aku sepatutnya sudah menjangkakan, keadaan sebegini boleh berlaku. Tatkala menanti penerbangan MH20 untuk menjejakkan kakiku ke tanah komunis ini, aku sepatutnya lebih menyedari, bahawa aku akan diuji sebegini. Mungkin ini sebabnya, aku tidak berasa hiba. Aku tidak mengalirkan air mata. Setidak-tidaknya buat masa ini.

    Tahun lepas, pemergian datukku. Syukur alhamdulillah, aku sipi-sipi sempat berbakti pada beliau. Tahun ini, nenek saudaraku pula. Dan aku tidak sempat menatap wajahnya, dan aku tidak lagi dapat melihat seri wajahnya tatkala beliau melihat aku seperti dulu.

    Tahun depan? Mungkin giliran salah seorang dari kesayanganku, dan mungkin pula giliran aku sendiri. Mungkin giliran kamu, mungkin giliran saudara mara kamu. Mungkin giliran sesiapa sahaja yang kamu kenali.

    Marilah kita sama-sama menghayati penulisanku yang pernah aku siarkan ini suatu ketika dahulu.

    Ingatlah wahai kita semua, bahawasanya mati itu benar, Munkar & Nakir itu benar, persoalan-persoalan itu benar, siksa/nikmat kubur itu benar..

    Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah urusan saudaraku itu di alamnya, Kau rahmatilah saudaraku itu dengan belasMu, Kau bangkitkanlah dia dengan bercahaya wajahnya dari amalan wuduknya, Kau himpunkanlah dia dalam kalangan hamba-hambamu yang soleh, di belakang kekasihMu penghulu segala anbiya Muhammad Rasulullah. Kau golongkanlah dia dalam golongan ashabul yamin, dan Kau sampaikanlah catatan amalannya ke tangan kanannya. Semoga dirinya dicucuri keampunan dan rahmatmu, dan semoga saudaranya ini akan bertemu dengannya di dalam syurgamu yang indah kelak.

    Amin, ya Rabbal alamin.

    Tok Wa, semoga kau damai di sana..

    Leokid: saya kesian kat nenek saya
    Leokid: nenek kandung saya
    Leokid: tahun lepas, datuk saya pergi
    Leokid: tahun ni, nenek saudara saya
    Leokid: skrg, nenek saya keseorangan di kampung
    Leokid: xde siapa2 lagi yg teman dia, kecuali anak cucunya
    Leokid: org2 sezaman dengannya, kawan2, keluarga terdekat, semua sudah pergi
    Leokid: dia mesti sangat2 sedih, sangat2 takut, keseorangan
    Leokid: ya Allah..apa boleh saya lakukan..
    Leokid: T_T

     
    • INFINITY 2:42 am on Disember 2, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Mungkin kamu, mungkin aku. Mati itu tiada mungkin tidak. Mati itu pasti. Pasti dan mesti. Salam takziah.

      Tidak tahu mahu bicara apa. Terkesan kerana kehilangan T_T

    • puding caramel 3:10 am on Disember 2, 2008 Pautan Kekal | Balas

      takziah utk pemergiannya. tak tahu knapa sedih pula baca. teringat tok di kampung. isk~

    • xxx 4:44 am on Disember 2, 2008 Pautan Kekal | Balas

      satu kehilangan..
      yang pergi takkan kembali
      yang masih benafas ini suatu masa akan pergi menjejaki

      semoga di saat ini, diri mu tabah menghadapi musibah ini.

      ingatlah firmaNya ~ 2:155-156

      “dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan hartam jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

      iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un”. (sesungguhnya kami milik Allah, kepadanya kami kembali..)

      sama2 insafi diri. sesungguhnya kematian itu pasti. apakah aku sudah bersedia menghadapi saat itu nanti?

      teringat firmanNya

      3:185

      setiap yg bernyawa akan merasakan mati. dan hanya pada hari kiamat sajalah dibrikan dengan sempurna balasanmu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah KESENANGAN yang MEMPERDAYA.

      3:133

      dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi org2 yg bertakwa.

      Wallahu’alam.
      La tahzan wa la tansa ya akhi,
      Inallaha ma’a sobirin daiman.

    • As 7:36 am on Disember 2, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Moga rahmat Allah bersamanya..
      Yang pergi tiada ganti,
      Yang tinggal meneruskan bakti..

    • Khairul Asraf 12:45 pm on Disember 2, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam takziah….semoga sabar menghadapi dugaan ini…

      KA

    • bumilangit 2:28 pm on Disember 2, 2008 Pautan Kekal | Balas

      nanti kita menyusul

    • cikf=) 5:00 pm on Disember 2, 2008 Pautan Kekal | Balas

      kite masih boleh berbakti dr jauh…
      sedekahkan al-fatihah slalu…insyaAllah

    • ati 12:05 am on Disember 3, 2008 Pautan Kekal | Balas

      2 disember, hari ulg tahun kelahiran nenek saya.
      nenek kamu pula pergi.
      setiap yg berlaku ada hikmahnya, dan kalau kita sentiasa tahu itu, pasti tidak bersedih.mcm kes ko.

    • nisahaz 1:56 am on Disember 3, 2008 Pautan Kekal | Balas

      takziah…

    • Jazlan 1:36 am on Disember 5, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Takziah. Tabahkan hati!

    • zamzam 9:37 am on Januari 11, 2009 Pautan Kekal | Balas

      kita yg hidup pasti menyusul…
      cme mase yg menentukan..
      bersedialh menghadapi saat itu…

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal