Updates from Februari, 2009 Hide threads | Kekunci Pintas

  • Anda Bila Lagi? 

    leokid 4:04 pm on February 25, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Label: aman, , bloggers, , , doa, , Google, , , , kuasa blog, mampu, , politik, Search Engines, , sejarah palestin, usaha, Yahoo

    Statistik for Search Engine

    Statistik for Search Engine

    Gambar di atas menunjukkan statistik carian Search Engine bagi blog leokid.wordpress.com saya.

    Untuk pengetahuan, statistik ini menunjukkan berapa ramai orang yang datang ke blog saya setelah mencari maklumat mengenai keyword tertentu di search engine terkemuka seperti Google, Yahoo dan sebagainya.

    Secara ringkasnya, mudah sahaja. Apabila seseorang mencari “leokid” di Google/Yahoo, Google/Yahoo akan memaparkan blog saya sebagai antara hasil carian. Dan apabila individu tersebut mengklik pada blog saya di hasil carian tersebut, statistik tersebut akan meningkat.

    Statistik di atas adalah dalam turutan menurut (paling tinggi ke paling rendah) bagi tempoh 3 bulan bermula dari 25 November 2008.

    Seiring dengan perkembangan krisis Israel-Gaza, saya turut mengambil kesempatan menulis mengenai isu tersebut beberapa kali.

    Alhamdulillah, jumlah pencarian berkaitan isu tersebut yang merujuk kepada blog saya meningkat dengan mendadak, mencecah ribuan hits!

    Antara keyword yang paling tinggi adalah seperti Sejarah Palestin, Sejarah Israel, Sejarah Perang Israel, Sejarah Penubuhan Israel serta pelbagai lagi termasuklah yang tidak dipaparkan di dalam gambar di atas (kerana terlalu panjang)!

    Saya sedar, ramai yang berminat mencari maklumat mengenai topik tersebut, kerana saya juga antara yang mencari maklumat mengenai topik itu sebelum saya menulis artikel-artikel berkenaan.

    Disebabkan hasil carian yang kurang memberangsangkan ketika itu, saya memutuskan untuk mengkaji, menganalisa dan menghasilkan sendiri artikel berkaitan topik tersebut, bagi memudahkan pengguna-pengguna lain.

    Berbalik kepada tajuk post ini, Anda Bila Lagi?, saya tujukan tajuk tersebut kepada beberapa golongan termasuk kepada diri saya sendiri. Sila abaikan sekiranya anda rasa anda tiada kaitan atau sudah melaksanakan persoalan yang saya timbulkan tersebut.

    (Lagi …)

     
    • INFINITY 5:12 pm on Februari 25, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Aku semakin risau bila kes ini seolah selesai. Semua seolah reda, terutama kes memboikot! Atau apa-apa saja alternatif.

      Semua seolah semakin diam. Seolah tidak pernah berlaku apa-apa.

      Ya, semua seperti seolah bermula biasa.

      Aku risau!

      Mungkin dalam sekali seminggu, atau sekali dalam dua minggu atau sebulan sekali, isu Palestin perlu dan wajib dibangkitkan untuk menyedarkan.

      Manusia. Nasaya. Dan lupa.

    • nursya 6:43 am on Februari 26, 2009 Pautan Kekal | Balas

      isu2 macam ni selalunye ‘hangat’ pada mulenye saje…
      kalau dulu, sume ‘org’ sibuk kutip derma untuk Palestin..
      (termasuk calon2 MPP universiti)..:P

      tapi sekarang sume diam jer..
      huhuu..

    • tigris 12:47 pm on Februari 26, 2009 Pautan Kekal | Balas

      betul-betul (^_^)

    • husainibrahim 6:55 pm on Februari 26, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Antara penyebab ’sejuk’nya isu ini ialah terhentinya serangan Israel di Gaza sejurus beberapa ketika sebelum Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden US. Apabila perang (baca: serangan),telah dihentikan maka sebahagian kita terhentilah daripada kempen anti-Israel kerana kempen tersebut mungkin salah satu jangka pendeknya adalah agar Israel menghentikan serangannya ke atas Gaza.

      Serangan telahpun terhenti dan gencatan senjata telah dilancarkan. Hamas masih wujud, dan Israel telah gagal menghapuskan mereka. Beberapa siri Majalah 3 telah menyiarkan yang rakyat palestin telah kemabali hidup seperti biasa; keluar berjual beli, berdagang di pasar dan sebagainya. Maka dengan ini, tentulah lagi ramai yang akan berhenti bercakap tentang isu Palestin dan Israel kerana ‘keamanan’ telah dapat dicapai. Wallahua’lam, my 1/2 cent opinion

    • al-khawarizmi 7:12 am on Mac 1, 2009 Pautan Kekal | Balas

      saya suka anda yg ketiga.

    • l.kjmhng 7:12 am on Mac 1, 2009 Pautan Kekal | Balas

      saya suka anda yg ke3.

    • Lachelle 9:41 am on Mac 3, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Just dropping by.Btw, you website have great content!

    • syaa 5:41 pm on Mac 3, 2009 Pautan Kekal | Balas

      tepat dan sangat tepat.tambahan plak mse mula2 insan2 yg mampu menderma rarus2 ribu ketika gambar2 mereka sibuk diambil bersama replika cek dan dipapar dalam newspapers etc. sekarang cam dah sejuk sket, dah tak ade newspaper nak amik gambar lg kan…

      insyaAllah, masih ramai yg cuba bertahan terus memboikot, mengingat peristiwa pahit ini dan berdoa agar keadaan akan semakin baik…walaupun tak mampu derma juta2, walau tidak masuk newspaper…

    • hairul 11:10 pm on Mac 29, 2009 Pautan Kekal | Balas

      yeah,…setuju tu leokid..

    • Tudung Ekin 11:46 pm on April 2, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Salam Alaika,

      Maaf kalau menyibuk kat sini..;-) tapi saya setuju yang orang kita sekarang ni suka sangat “hangat-hangat tahi ayam” ni. Hari ini kata boikot, esok lusa bila dah tak perang, support balik.

      Baru je dengar bunyi flip.

      Tapi tiba-tiba dengar pula bunyi flop.

      Tsk..tsk…

      ~Lis

  • Kisah Benar @Leokid.com 

    leokid 1:53 pm on February 19, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Label: baitulmaqdis, , derma, , Hamas, , , , Palestinians, Pengorbanan, , Sedekah, , Zakat,

    MIDEAST-ISRAEL-PALESTINIAN-GAZA-EID-AL-ADHA

    Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya baru sahaja terjadi dalam bulan Januari lalu.

    Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

    Tragedi dahsyat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

    Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

    Teruskan membaca kisah benar ini di Apa Harta Yang Kamu Ada? @ Leokid.com!

     
  • Suratan @ Kebetulan? 

    leokid 10:44 pm on February 17, 2009 Pautan Kekal |

    Sesuatu yang tak disangka
    Seringkali mendatangi kita
    Itukah suratan dalam kehidupan
    Atau sekadar satu kebetulan

    Kita asyik membicarakan
    Persoalan hidup dan pilihan
    Sedang kejujuran semakin berkurang
    Masih tiada bertemu jawapan

    Walau kita dihadapkan
    Dengan berbagai pilihan
    Mengapa sering terjadi
    Pilihan tak menepati

    Hingga amat menakutkan
    Menghadapi masa depan
    Seolah telah terhapus
    Sebuah kehidupan yang kudus

    Pertemuan sekali ini
    Bagi diriku amat bererti
    Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
    Bimbangkan berulang kesilapan

    There are things you don’t want to happen but you have to accept, and there are things you don’t want to know but you have to learn, and there are people you can’t live without but you have to let go..

     
  • Sekilas 

    leokid 8:00 pm on February 12, 2009 Pautan Kekal | Balas

    Lama betul aku tak update blog ini. Juga blog di Leokid.com itu. Kenapakah? Entahlah, aku pun tak tahu. Hilang mood. Takde idea.

    Adapun 14 Januari haritu, setelah tamat exam Microb dengan markah yang memuaskan (alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan), aku pun berangkat pulang ke Malaysia.

    Tak ramai orang tahu aku balik Malaysia cuti winter ni. Mmg sengaja aku balik senyap-senyap. Hasrat aku, cuti winter tersebut mmg aku nak rehat sepuasnya. Rehat setelah halfway through medical school.

    Cadangan asalnya, aku ingat nak pegi jalan2 di Europe. Destinasi utama – Capri Island. Mmg port untuk rehat n relax yang paling best ah!

    Tetapi arakian setelah tiba di pengetahuan ayahku bahawa aku akan bercuti lebih kurang sebulan lamanya, beliau dengan spontan dan pantasnya membalas msg aku ketika itu – “Abah dah book tiket balik msia” -_-”

    so aku pun pulanglah ke malaysia..

    Sebulan di Malaysia, tak banyak yang aku buat. Biasalah, nama pun cuti semata-mata nak berehat. Di Malaysia, aku banyak berulang-alik dari Juru, Pengkalan Hulu dan Alor Star. Kenapakah?

    Terimakasih kepada kerenah birokrasi dan polisi KERAjaan, mak aku tak dapat-dapat lagi pindah ke Juru. So selalunya bila weekend, sama ada ayah aku balik ke Pengkalan Hulu, atau mak aku melawat ayah aku di Juru, atau masing2 bertemu di Alor Star T_T

    Di Malaysia, aku banyak menghabiskan masa membela badan. Makaaaann je sepanjang masa. Huhu. Mak & ayah aku macam dah ada satu polisi untuk aku – apa saja aku nk makan, pasti akan dicarikan! Pendek kata, bukan soalan “hang nak makan apa lagi, syam?” yang ditanya, sebaliknya soalan “apa lagi yang hang belum makan, syam?” 0_o”

    so kini berat aku agak bertambah dengan drastik lah. huhu.

    juga di malaysia, aku agak loya bila melihat rancangan2 di televisyen, terutamanya berita-berita di channel2 utama. loya sangatlah. tengok raja lawak pun tak seloya tu.

    11hb february (semalam), baru aku balik semula ke russia ni. alhamdulillah, sehari sebelum tu, sempat jua aku menghantar adik aku masuk mrsm. dapat pun, mrsm transkrian. dekat sgt ah dengan rumah tu. ape best duduk asrama dekat2 dengan rumah.

    teringat kenangan masa aku 1st time masuk mrsm tingkatan 1, pada tahun 2001. rumah aku ketika itu di Kuala Terengganu, manakala aku diterima masuk ke mrsm kulim, kedah. aku ingat lagi time tu, ayah aku berkejar nak ke KL kerana mesyuarat. smpai2 je kat asrama, da setel sumer registration, dapat asrama etc, ayah aku chow trus gi kl. tinggal la aku sorg2 terkontang-kanting time tu.

    dulu bukan macam sekarang. takde henfon. guna syiling je call umah malam2. ape benda yang tak cukup, sumer kena pandai2 cari sendiri. cuti hujung minggu, aku balik kampung di alor star. family jauh, nak buat camne.

    dari situ aku mula belajar berdikari sedikit demi sedikit. cuti semester, aku pulang sendirian ke rumah. masa rumah di terengganu, pulang sendiri menaiki bas di butterworth, turun kat kuala terengganu sorg2. time tu form 1. masa rumah di sabah, pulang sendiri menaiki flight dari alor star, ke sandakan. tukar flight 2 kali. sorang2. masa tu form 3.

    sekarang ni – balik malaysia untuk cuti winter ni pun, aku travel sorang2. member2 aku yg balik malaysia, rata2 postpone exam microb diorang (so that diorg boleh balik awal, cuti panjang sket). Tapi aku berkeras nk buat exam dulu baru balik. So baliklah aku sorang2. Tunggu train pukul 5 pagi kat Moskovskiy Vakzal. Lepak kat Bangkok 8 jam sorang2. rilek je. heheh.

    so skrg aku pun balik ke nizhny novgorod. ketibaan disambut oleh serpihan salji-salji nipis yang putih. bermulanya sem baru. separuh masa kedua. di dalam perlawanan menentang medical school 6 tahun yang penuh dengan cabaran ini. alhamdulillah, separuh sudah selesai. lagi separuh. ayuh!

    “Maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain pula)” 94:7

    *post ini di-update menggunakan internet broadband 3G Beeline.

     
    • INFINITY 2:22 am on Februari 13, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Lain macam je aku baca entry kau kali ni. Hoho~
      Dan aku ketawa untuk ini,
      “apa lagi yang hang belum makan, syam?”

    • nEmo 4:37 am on Februari 13, 2009 Pautan Kekal | Balas

      “apa lagi yang hang belum makan, syam?

      ada benda lagi ka yg x sempat nak makan? :D

      *kasih sayang ibu ayah pada anaknya jarang dimata. Nanti “kita” pula bagaimana?

    • eTzaTiey 8:27 am on Februari 13, 2009 Pautan Kekal | Balas

      pun rindu nk baca p0st kamu ni, bro kiD!
      =]

      sm0ga dpermudahkan sgala urusan..

    • anum 1:46 pm on Februari 13, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Setuju dgn komen2 di atas. Sgt menggelikan hati. Parents…kasih syg yg tak perlu nk dinilai lagi. Selamat berjuang di bumi Rusia!

    • syaa 7:19 pm on Februari 13, 2009 Pautan Kekal | Balas

      salam..

      syaa tau ape yg blum mkn..sate..huhu..len kli eh..klu pnjg umur,murah rezeki…

      ngade :D

    • rifhan 9:18 am on Februari 17, 2009 Pautan Kekal | Balas

      uit.. salam.. kiddo.. hehe..
      selamat blaja kat sberang..
      best blog nie.. bwu 1st tym leave u my comment. slalu bc je..

      ahaha. cik rifhan yg comel. lame x nmpak! =D

    • war-g-ya 2:09 am on Februari 21, 2009 Pautan Kekal | Balas

      assalamualaikum..salam ziarah.. moga dipermudahkan segalanya.

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal