Updates from April, 2009 Hide threads | Kekunci Pintas

  • [Reply] Selesema Babi 

    leokid 4:21 pm on April 27, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Label: avian flu, influenza, orthomyxovirus, , , selesema burung, swine flu

    Untuk pengetahuan, selesema babi (swine flu) ini berasal dari virus yang sama seperti ketika merebaknya Avian Flu beberapa tahun lepas, iaitu Orthomyxovirus.

    Orthomyxovirus adalah satu virus yang unik, kerana ianya sangat cepat mengalami mutation terutama apabila terancam. Kalau dahulu Avian Flu diakibatkan oleh Orthomyxovirus variant H5N1. Kali ini, swine flu, ia mutate ntah kepada variant apa pula.

    Virus ini, apabila perkembangan geneticnya terancam, ia akan dengan pantasnya mutate ke variasi lain, sama ada secara antigenic shift atau antigenic drift. Contohnya dulu masa Avian Flu merebak, kita manusia lakukan sedaya upaya menghalangnya, secara quarantine, prevention, vaccination etc. Dan sekarang tengoklah dalam masa lebih kurang 5 tahun je ianya dah mutate ke variation lain pula.

    Kali ini, kita cuba menghalang variation swine flu ini pula. Percayalah, dalam 5-10 tahun nanti, pasti ia akan mutate kepada variation jenis lain, menyebabkan epidemic lain pula. mana tahu nanti jadi selesema kucing ke, selesema kambing ke etc.

    So apa cara terbaik untuk menghalangnya?

    Cara terbaik bukannya dengan one-time measurement seperti sekarang ni. Maksud saya, kalau ada kes epidemik cam sekarang ni baru nak jalankan langkah extreme seperti quarantine dan vaccination, ini tidak betul lah. Time sekarang ni la baru nak tekankan masyarakat untuk berjaga2 dsb. Bukan tak boleh, tetapi tindakan kita ini akan membentuk macam satu “barrier” @ “depression” dalam perkembangan genetic virus tersebut, lantas menggalakkannya untuk mutasi ke variasi lain pula.

    Cuba kita fikir – virus ini sentiasa mahu target kepada manusia. Kerana apa? Kerana manusia adalah medium terbaik untuk ia membiak – kita manusia berada at the top of food chain, komunikasi kita yang sangat2 meluas (kapalterbang, etc), dan lain-lain. Dan yang paling penting sekali – manusia sekarang kian lemah dari segi imun kerana gaya hidup yang tidak sihat. Pemakanan tidak seimbang, seks terbuka secara meluas, tingginya kebergantungan kepada teknologi seterusnya menyebabkan kita kurang bersenam. Ya, virus itu tahu mengenai hal ini, sebab itu ia sedaya upaya hendak menjangkiti kita manusia. So halanglah camne pun – ia nak menjangkiti melalui burung (avian flu), kita dah halang. Ia nak menjangkiti melalui babi (swine flu), pun kita nk halang juga. Ia takkan berakhir, sebab virus ini akan mutasi ke variasi lain yang menggunakan cara lain pula untuk menjangkiti kita.

    Sebab itulah, langkah paling baik adalah dengan mengekalkan gaya hidup sihat secara berterusan. Banyakkan makan buah-buahan dan vitamin, untuk meningkatkan sistem imun badan. Apabila terasa selesema, jangan bertangguh2 terus cepat2 pergi klinik ambil ubat, dan habiskan ubat yang dipreskripsi. Kalau anak2 ada tanda2 selesema, jangan benarkan dia bergaul dengan rakan2 yg lain. Jaga kebersihan tempat tinggal dan persekitaran, jangan sampai menjadi tempat pembiakan haiwan2 yang boleh menjadi vektor (tikus dsb). Perusahaan perladangan pula haruslah mengambil berat akan keadaan haiwan ternakan dan pekerjanya, seperti memberikan suntikan vaksin secara berkala dll.

    Dengan cara itu, kita dapat membendung virus tersebut secara perlahan-lahan tanpa memaksanya mutate dengan pantas ke variasi lain. Lama kelamaan, ia akan mendapati semakin sukar untuk menjangkiti manusia, lantas ia akan mutate untuk menjangkiti haiwan lain pula tanpa membahayakan manusia.

    Sekadar teori dari saya, berdasarkan apa yg telah saya pelajari =)

    Reply di RE: Selesema Babi @ ILuvIslam.com

    Reply?

    Saya banyak meluangkan masa di laman web komuniti Islam – ILuvIslam.com. Sungguhpun begitu, saya jarang memberi reply di forum-forum di sana, kecuali mengenai topik-topik yang betul2 menarik minat saya. Tujuan saya bukannya nak mengejar posting, tetapi hendak berkongsi pendapat dengan user-user di sana. Sungguh seronok!

    Cuma selalunya reply2 saya di sana agak panjang-panjang..huhu. Itulah yang membuatkan saya terfikir, reply saya itu boleh dijadikan post di Leokid’s Life! Justeru itulah saya buat satu format baru dengan kategori baru iaitu “Reply”.

    Post-post saya di bawah kategori “Reply”, akan ditag dengan [Reply] di hadapan tajuknya dan akan diletakkan di dalam quote. Post tersebut merupakan reply saya kepada mana-mana ruangan forum, yang saya rasa berbaloi untuk dikongsi bersama di Leokid’s Life ini. Saya juga akan menyertakan link balik ke perbincangan asal, supaya post saya itu tidaklah nampak tergantung sangat.

    Tujuan? Hmm..saya lihat ramai di antara bloggers sudah semakin matang dan berani meluahkan pendapat di blog masing-masing. So saya nak menggalakkan pula dalam kalangan kita untuk menyertai perbincangan-perbincangan online, bertukar-tukar buah fikiran. Sungguh, seronok! Semoga ianya mendatangkan lebih banyak manfaat bagi kita.

    Anyway, dengan cara ini juga at least saya tidaklah mengabaikan Leokid’s Life ini terlalu lama. Haha.

     
    • nazliah 3:41 am on April 28, 2009 Pautan Kekal | Balas

      wah nice artikel.if i wanna share on my blog, i’ll put ur link ok?thanks. anyway ada award for u n ur blog. check it out!;)

      err..i don’t do awards, sorry. tags pun da lame org bg x buat2 lagi. huhu.

    • hamba allah 1:46 pm on April 29, 2009 Pautan Kekal | Balas

      saya rase selesema babi ni brlku krana mnusia 2 sndri.. mreka dh tawyg babi 2 smmgny mmpnyai byk kuman tp mreka ttap mmbla dan plng jijik mreka makan babi 2.. masyaallh.. ni adalh salah stu ptnda bhwa dnia sdah tdk lame lg boley brthn.. ya allah.. selpas ni vrus ape plak yg akn dtg. tp kte sbgai rkyt malaysia prlu brsykr krana slsema babi 2 x mrebak ag kt ngra kita.. kte msty tros brdoa agar kte dijauhkan dry slsema babi ni.. jauh kn dry dari maksiat ssunghnya azab allah 2 amat pedh… anak cina mkan pengat sndiri mau igt r.. assalamualaikum..

    • dilla fadhilah 8:49 pm on April 29, 2009 Pautan Kekal | Balas

      salam…artikel yg menarik. izinkan saya link ke sini.. :)

    • kefahamanku 4:53 am on April 30, 2009 Pautan Kekal | Balas

      salam.. artikel y sgt bguna.. syukran! :D

    • heidir 6:24 am on April 30, 2009 Pautan Kekal | Balas

      setujukah saudara bahawa babi menjadi punca banyak penyakit, sebab tu dalam islam babi adalah haram. tapi bolehkah saudara membantu sebagai ahli perubatan untuk membuktikannya dari sudut klinikal? ini penting untuk kempen saya dalam projek “no babi in malaysia” tq..

      setuju dan tidak setuju. babi sememangnya menjadi pembawa kepada banyak patogen berbahaya, dsb.

      tetapi itu bukan semata-mata sebab kenapa Islam mengharamkan babi. Sebab utama Islam mengharamkan babi adalah kerana itu adalah perintah secara terus (direct order) dari Tuhan melalui ayat 5 surah Maidah.

      Jika kita mengatakan babi itu diharamkan kerana ia membawa banyak penyakit dan kuman, adakah sekiranya sekarang atau di masa akan datang apabila kita berjaya menghapuskan kuman2 di dalam haiwan tersebut, maka ia akan menjadi halal? Tidak, masaklah daging babi tersebut sehingga suci bersih dari patogen, ia tetap tidak akan halal.

      Kehidupan kita Islam ditentukan sepenuhnya oleh peraturan-peraturan yang ditetapkan Tuhan. Atas sebab apa peraturan-peraturan tersebut dikenakan, kita hanya boleh fikirkan “hikmah” disebaliknya, namun sebab sebenar hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sebagai Muslim kita akan menuruti 100% perintah Tuhan tersebut tanpa ada kompromi atau dolak-dalih lagi.

      • maher 5:39 pm on Mei 6, 2009 Pautan Kekal | Balas

        ya, saya benar-benar setuju dengan heidir…
        Imam Al-Ghazali sendiri pernah menyebutkan dalam kitabnya Deliverance From Error, adalah tidak wajar untuk seseorang itu menyatakan kebaikan-kebaikan solat disusun 2, 3 dan 4 rakaat….kerana tidak ada yang tahu tentang rahsianya melainkan Allah.

        ….dan sembahlah Allah sampai datang yakin….

    • maher 3:05 pm on Mei 9, 2009 Pautan Kekal | Balas

      oh, rupa2nya yang tulisan italic tuh reply dari kid rupe2nyer….baru faham design blog nih …..

      hehe..ada 2 cara aku reply comment user dalam blog ni, satu dengan guna blockquote italic tu, satu lagi aku reply directly. biasanya aku guna cara blockquote sebab dengan itu bilangan comment per post tak affected by my own comment. =)

  • Membakar Mac n Cheese~! 

    leokid 5:50 pm on April 20, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Label: Baking, Cheese, Cook, Macaroni and cheese

    Salam, lama betul aku tak update leokid.wordpress.com nih. Tambah2 pula selepas pemergian harddisk aku minggu lepas..huhu..seminggu jugaklah berkabung. lalala~ Alhamdulillah, kebetulan sekarang ni pun aku sedang bercuti cycle break 2 minggu, maka aku ambil kesempatan ini untuk update blog ini.

    Tak banyak yang aku ingin updatekan. Di tengah kedinginan hari ini 20hb (semalam baru je snow!), merupakan hari birthday Hitler. Takde signifikan sangat pun bagi aku, since aku sememangnya dah bercuti cycle break. Kini tinggal lagi 2 cycle menanti, iaitu Internal Medicine dan Pathologic Anatomy, dan lepas tu..exam!! Huaaa~! T_T

    Apapun hari ini aku nk update leokid.wordpress ini dengan satu lagi masakan western yg sempat aku cuba. Actually minggu lepas masak bnde ni, da prepare da gambar2, resipi2 etc tu, tapi hari ini baru nk luangkan masa update.

    Masakan yg aku maksudkn itu adalah sebuah makanan yg common bagi penduduk America dan Canada, iaitu Mac n Cheese! Seperti namanya, mudah disimpulkan bahawa makanan ini terdiri daripada – macaroni, dan cheese. Terdapat banyak versi makanan ini, sama ada simple, atau complicated, dan yang aku nk tunjukkan hari ini adalah baked mac n cheese. =)

    Seperti resepi lasagna aku yang dulu2 tu, aku juga tak pernah makan mac n cheese sebelum2 ni. So aku tak tau langsung bagaimana rasa original dye, sama ada aku buat ni jadi ke tak. Huhu. Main bedal je. Kalau jadi, then jadi la tu. Hehe. Apapun rujukan asas aku adalah di sini : http://www.foodnetwork.com/recipes/alton-brown/baked-macaroni-and-cheese-recipe/index.html


    Peralatan2 yang diperlukan adalah sebuah periuk untuk merebus makaroni, sebuah kuali, serta baking pan, dan tentunya sebuah baking oven.

    Okeh so here we go~ bahan2 yang aku gunakan adalah:

    jom masak~!

    jom masak~!

    (Lagi …)

     
    • INFINITY 6:50 pm on April 20, 2009 Pautan Kekal | Balas

      aku, saya…
      adeh!

      I’ll try, cuti sem ni. 2 minggu dari sekarang! hahaha.

      Lasagna nampak lagi bes. hihi

      ahaha ko prasan gak ek. actually tulis post ni sket-sket. tu yg ade part guna mood “aku”, ade part guna mood “saya”. hehe.

    • nadeeya 7:45 pm on April 20, 2009 Pautan Kekal | Balas

      erm..nampak cam sedap nie…nnt ana try..thanks for sharing recipe..

    • tazkirah_88 12:05 am on April 21, 2009 Pautan Kekal | Balas

      salam….
      wah, dah jadi site recipe pulak dah..bgs2…..len kali kne huluq sini sket for QC….muahahaha

    • i E j A 1:17 am on April 21, 2009 Pautan Kekal | Balas

      nmpk best~!!!!!!!!!!!!! lapaq la plak~!! haha

    • acu 5:03 am on April 21, 2009 Pautan Kekal | Balas

      cam best ja resipi nie..

    • acu 5:07 am on April 21, 2009 Pautan Kekal | Balas

      eh,mmg tak yah letak gula ngan garam ka?

      garam guna masa nak rebus makaroni tu je, bagi dia ada taste sket. as for the filling, most of the flavor will come from the cheese.

      still kalau nk letak apa salahnya. =)

    • aad_lfcfn 4:01 pm on April 21, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Woot..nampak sedap! Nk kena print ni.. :p

    • namasayaialahnamasaya 7:09 pm on April 21, 2009 Pautan Kekal | Balas

      erm …..jadi tukang beli blh tak hak3x

    • nazliah 5:45 am on April 22, 2009 Pautan Kekal | Balas

      wahhhh bestnyaaa.nk try la.heheh.tq for sharing.

    • nil 12:39 pm on April 22, 2009 Pautan Kekal | Balas

      “ambil sedikit makaroni yang ditoskan tadi tu dan spread di atas baking powder tersebut,”

      kena bubuh baking powder ke?

      or baking pan?

      aiyak~ kesilapan. huhu. tertukar perkataan. -_-”

      dah dibetulkan dah, “baking pan”. thanks~!!

    • INFINITY 7:14 am on April 24, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Kid tanya sikit,
      Blog Stat memang berubah-ubah ke kat wordpress ni?
      Maksud aku yang dia pamerkan kat widget/sidebar ni ha?
      Kiraan dia boleh menurun menaik sesuka hati ke? Maksud aku macam let say kau 75+++ esok esok dia boleh jadi 20+++?
      Aku jadi musykil dengan wordpress.

      Kau kan pakar. hoho

      ouh aku da lebih 75k ek? waa best2~

    • sarah 4:15 pm on April 25, 2009 Pautan Kekal | Balas

      nyummy2…
      sedapnya..nk sikit…:)

    • 'Ain Nasir 9:01 pm on April 27, 2009 Pautan Kekal | Balas

      owh..resepi kita tak sama…

  • Bye2 T_T 

    leokid 11:20 am on April 12, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Label: Grey's Anatomy, Hard disk drive, Western Digital My Book

    Image of a Western Digital 250Gb SATA Hard Dri...
    Image via Wikipedia

    Lama tak update. Mmg sangat2 bz semester ini. Plannya xnk update sampaila sem depan.

    Tapi sesuatu yang sangat menyedihkan baru berlaku.

    Setelah lebih 2 bulan nazak, akhirnya dia meninggalkanku. Teringat kali pertama bertemu dengannya, hampir 3 tahun lepas. Di celahan orang ramai, dia menyerlah. Memang aku telah research terlebih dahulu, dialah pilihan terbaikku.

    Dua bulan lepas, dia mula meragam. Merengek2 bagaikan anak kecil. Bila dicucuk 2,3 kali, baru dia diam. Kusangkakan dia hanya mengada-ngada mahukan perhatian. Tidak kusangka dia semakin tenat.

    Hinggalah pagi tadi. Aku cuba kejutkannya dari tidur. Dia merengek2 seketika, lalu terus terdiam. Ku kejutkan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dia diam terus.

    Bye2..harddiskku, WD MyBook 500GB T_T

    —————————————————————–

    Harddisk tersebut aku beli hampir 3 tahun lepas, ketika PC Fair. Macam2 benda best aku letak dalam tu. Lebih 300GB mengandungi movie2, tv series yang latest2. Huaa..

    Complete collection of grey’s anatomy, fringe n hustle. Then ade season latest house, scrubs, gossip girls…huhu

    Tapi aku tidak kisah sangat akan movies+series. Benda2 tu sumer boleh didownload balik. No worries.

    Kemudian lebih 15GB mengandungi mp3 aku. Lebih 4000 mp3s kesemuanya. Hilang. So aku terpaksa la menutup ruangan request mp3 di blog ini. Huhu. Syukur, 2-3 hari lepas aku sempat sync top-rated playlist aku ke dalam handset aku. Setidak2nya selamat la 600-700 lagu.

    Tapi aku tidak kisah sangat akan mp3s. Mp3 yang ada pun semuanya da lapuk2.

    Kemudian ada disimpan data-data penting sepanjang khidmat aku. Semua koleksi AsShams dan Risalah Mingguan sepanjang aku di dalam BPI. Semua salinan2 mesyuarat. Presentation-presentation. Nota-nota softcopy untuk semua subjek dari 1st year sampaila 6th year. Slide-slide motivasi, dsb. Lebih 10gb saiznya.

    Tapi aku tidak kisah sangat akan fail2 itu. AsShams dan Risalah Mingguan ada di-backup di laman web Imamrsc. Nota-nota dan salinan mesyuarat boleh di-copy balik dari kawan2 dan senior2. Slide2 motivasi dan presentation2, boleh dibuat balik.

    Kemudian ada disimpan dokumen2 ilmiah yang cukup berharga. Koleksi kitab2 dari ulama2 terkenal, koleksi kitab2 hadith. Presentation2 dan movie/videoclip best2 utk dakwah. ISK, Shift Your Paradigm, etc. Semua material pembentangan. Huhu.

    Tapi aku pun tidak kisah sangat akan benda2 tu. Benda2 sedemikian ada banyak di web2 sekarang. Di youtube, scribd. Boleh je dicopy dari rakan2 yang lain.

    Tetapi yang paling aku kisah, adalah simpanan photo-photo aku yang berjumlah lebih 5GB. Photo-photo aku sejak dari kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi russia ini. Photo ke kelas, ke exam. Photo sepanjang 2 kali aku beraya di sini. Photo 4 musim. Photo ketika cuti summer di malaysia. Ketika di sunathon. Ketika di tioman. Ketika di KEM. Ketika di manukan. Huaaa..

    Cari punya cari~alhamdulillah, aku teringat website Leokid’s Eyes yang aku sesaje buat lebih setahun lepas. Nasib baik photo2 kenanganku setidak-tidaknya ada aku backup di laman web tersebut. Walaupun tidak semuanya ada, sekurang2nya menawar duka di hatiku ini.

    So sekarang, mana pergi harddisk aku? Aku sedang cuba sebuah cara yang agak ekstrim, untuk recover data yang mungkin masih ada. Harddisk aku sekarang telah dibalut dengan suratkhabar dan plastik lalu diletakkan di dalam freezer peti ais aku. Tiada kajian yang rasmi, namun mengikut testimoni ramai pengguna di internet, cara tersebut mungkin berkesan. Tengokla esok camne, jadi ke tak. Huhu.

    Kalau tak jadi juga, mungkin cuti summer nanti aku akan bawa HDD ini ke mana2 data recovery center di KL/Penang. Dengar citer mahal. Kalau rosak system, boleh kena RM200-500 untuk recovery. Kalau rosak physical, mau rm1000-1500. Huhu. I’m pretty sure that this is physical damage.

    And then? Time for a new harddisk. 1TB cam best, tapi ramai orang guna 1TB. Roomate aku pun da ade 1TB harddisk.

    Nak cari superdisk lah, 5TB ke. Harharhar.

    Tapi yang pastinya, taknak cari yang besar2 seketul terus. Nak cari yg combination punye. Maybe 250GB x 8 ke. Hmmmm….

    Reblog this post [with Zemanta]
     
    • Suluh Hati 12:18 pm on April 12, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Salam..leokid.com tak functioning lagi ke dik?akak tengok tak de update pun..anyway takziah atas hard disk tu ye…mesti ada hikmahnya..

      a’ah, leokid.com pun. huhu. maybe next semester kot. rasa cam nak ade idea utk update, tapi malas lak nk menulis. T_T

    • Sekolah Pramugari 11:21 am on April 15, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Hi There… Just looking around,
      Your blog is very nice,
      would you like link x change with me..?

      sure, why not! already done!

    • i E j A 2:45 pm on April 15, 2009 Pautan Kekal | Balas

      btol la kid..better bli yg kecik2 skit but a few…akak pun guna 2 ext..tapi about 230 gb je each..
      hope ur lil baby akan sihat balik lps hibernate dlm fridge (^_^)

      a’ah nk beli yg kecik2 dah la lepas ni. takleh gak, sempat recover 8 keping files je after letak dlm fridge. da mmg corrupt la tu. huhu. xpelah x kisah sgt pun. -_-”

    • shiedahkamil 1:10 am on April 16, 2009 Pautan Kekal | Balas

      huhu
      takziah diucapkan..
      btw, can i link ur blog??
      syukran~

      sure! =)

    • INFINITY 7:19 am on April 18, 2009 Pautan Kekal | Balas

      AKu masa nak beli hardisc aku tnya buruk baik 500 gb. Dia kata paling 0k 250. 500GB heavy sangat bla..bla..blaa. dia tak suggest aku beli y tu.

      Ala kid, dah nama benda benda buatan manusia. Tapi ko kira cool la. Kalau aku mahu down 2 minggu.

    • INFINITY 4:36 pm on April 18, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Aku tag hang. Baik hang buat. hahahaha

      boleh2. tahun depan. or if u’re lucky, lepas raya.

    • INFINITY 8:07 am on April 20, 2009 Pautan Kekal | Balas

      I know that I always lucky, am I?

      Yuhuuu!

      If not, Iill let next year come, kid! Hahaha

    • shairah 2:07 pm on April 20, 2009 Pautan Kekal | Balas

      alamak. how sad external rosak =( sye pon penah jdi cmtu gak, external 160GB tetibe meragam, abes ilang sume bende. seb bek 160GB je. tpi hilang sume Prison Break season 1 n season 2 ok! huhu skng dh bli yg bru =) bengong2 la jgk tpi xpenah kong lg la hehe.

      “I physically feel the pain of having my heart broken”-i think i felt that too hehe

    • How I Lost T h i r t y P o u n d s in Only a Month 5:15 pm on Mei 6, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Hi, good post. I have been pondering this issue,so thanks for blogging. I’ll likely be subscribing to your posts. Keep up great writing

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal