Updates from Jun, 2009 Hide threads | Kekunci Pintas

  • Perginya Seorang Ulama’ – Fathi Yakan 

    leokid 4:11 pm on June 13, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Label: Apa Erti Saya Menganut Islam, Fathi Yakan, ilmu, , kiamat, Maza Yakni, tanda kiamat, tokoh, ulama

    REPLY @ ILuvIslam : RE: Syeikh Fathi Yakan Kembali Ke Rahmatullah…

    Al Fatihah

    Syeikh Fathi Yakan

    Syeikh Fathi Yakan

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan. (HR. Bukhori dan Muslim).

    Dari Abdullah bin Amr ra berkata bahwa Rasulullah saaw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan. (HR Bukhori dan Muslim)

    Kita sepatutnya sangat2 bersedih atas pemergian seorang ulama yang banyak berjasa kepada dunia Islam. Saya yakin majoriti dari kita mengenali beliau melalui bukunya yang terkenal, “Apa Erti Saya Menganut Islam?“. Buku ini telahpun dijadikan syllabus2 usrah di seluruh dunia, menerangkan dan memahamkan asas dan aspek2 penting seorang Muslim dalam diri kita.

    Berikut sedikit biodata mengenai beliau, diambil dari http://azhari4ummah.blogspot.com/2008/03/biodata-ringkas-berkenaan-syeikh-fathi.html

    Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

    Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

    Fakta lain:-

    Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

    Sekiranya sesiapa ingin membaca online atau men-download buku Apa Erti Saya Menganut Islam tersebut, boleh lawati link ini http://www.scribd.com/doc/3173772/Apa-Artinya-Saya-Menganut-Islam-Fathi-Yakan

    Semoga peninggalan buku-bukunya serta semangatnya membenihkan dalam jiwa generasi umat Islam sekarang agar menyambung perjuangannya, menggantikannya sebagai ulama’ di masa akan datang. InshaAllah.

    Al- Fatihah.

     
  • FIMA International Camp 

    leokid 10:39 pm on June 3, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Label: FIMA, FIMA International Camp, , IMAM RSC, , Langkawi, , Pro Bono, Sunathon, Volunteerism

    FIMA Student Camp

    FIMA Student Camp

    Hmmm…menarik2!

    Seperti tahun-tahun lepas, aku takkan biarkan cuti musim panas aku berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti atau pengisian. Contoh macam tahun lepas, jadual aktiviti aku packed giler dengan aktiviti2! ahaha!

    Untuk summer tahun ni, alhamdulillah tak packed sangat. Aku practical 2 minggu je, bermula 6 hingga 19 Julai, kemudian aku dah tak ada apa2 program. So since 2,3 minggu lepas aku survey2 jugak apa aktiviti aku nak buat cuti summer ni ek.

    Kalau cuti summer masa aku first year dulu (2007), aku join Sunathon 07 di Endau-Mersing, Johor. Menarik sangat2, dan very balanced! Belajar pasal sunat-menyunat budak2, then dapat parents angkat, ada ceramah pasal tokoh sejarah, dan diakhiri dengan berehat2 di Pulau Tioman!

    Kemudian cuti summer second year, 2008. Aku join Kem Eksplorasi Minda (KEM), anjuran satu group budak2 europe nih. Aku join sebab aku tertarik dengan idea diorg dan cara diorg buat kerja, smooth and kemas. 2 bulan sebelum program, semua benda dah setel dan finalize. Then bila aku join, personally aku seronok sangat berada dalam kelompok group tersebut. Kitorang gi wat motivational camp kat sekolah2 di Kuching dan Kota Kinabalu, and it’s really worth it! Sempat ada pengisian ISK, ada pengisian motivasi oleh Ustaz Hasrizal, jadi faci budak2, then jalan2 di Manukan. Sungguh seronok.

    So tahun ni…ape nak buat ek. Hmm. Perasan gak IMAM-RSC ada anjurkan Rehlah Mahabbah 09 Summercamp kat Selangor, tetapi personally aku macam tak berapa berminat. Dah usha2 tentatif program, tema dsb, tapi honestly aku rasa macam program untuk enjoy, rehat2 dan main2 je. Tak nampak banyak input yang aku boleh dapat. Huhu. Tapi satu pilihan yang baik la kalau aku just nak rehat2, rilek2 je cuti summer ni. -_-”

    So aku pun jadi blur, taktau nak join aktiviti apa cuti musim panas ni. Ingat nak join ESQ, tapi mahal sangat. Rasa macam nak masuk pondok Kuak Luar kejap dalam seminggu dua, tapi takut tak tahan lak. Haish2.

    Then alhamdulillah, jumpa info pasal International Camp ni! First nampak da berminat dah, satu sebab program ni program antarabangsa. InshaAllah boleh dapat member2 baru from all over the world, dengan foreign guest speaker! Boleh dapat perspective baru, idea-idea baru dan semangat2 baru.

    Tema dia pun best – Volunteerism. Macam2 boleh dibincangkan, dari sudut agama, sudut perubatan, mahupun sudut ethical. Tapi jarang dibincangkan. Hehe. Tengok macam Robo ade mention pasal bab2 ni kat blog dia - Sincerity Is Our Policy.

    Meh aku tempek sket info pasal program ni kat sini:

    THE 11TH FIMA INTERNATIONAL CAMP
    FOR MEDICAL STUDENTS

    24th – 31st July 2009 (2 – 9 Shaaban 1430H)

    KAMPUNG TOK SENIK RESORT,
    PULAU LANGKAWI, MALAYSIA

    ORGANIZERS:
    Islamic Medical Association in Kingdom of Saudi Arabia (IMAKSA)/ World Assembly of Muslim Youth (WAMY)

    HOST & COLLABORATORS:
    • Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)
    • Islamic Medical Association, Malaysia (IMAM)
    • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)

    VENUE:
    • Kampung Tok Senik Resort, Pulau Langkawi, Malaysia

    THEME:
    “Medical Students and Volunteerism”

    Ni yang aku jadi teruja nak join ni! So far, aku tengah tunggu beberapa maklumat je untuk make-up mind sama ada nak join ke tak.

    - Tentatif penuh: nak tengok apa pengisian yang diorang sediakan. Khabarnya program adalah berbentuk “educational, cultural, social, sport, tourist and recreational activities.”

    - Berapa kena bayar? Program ni program international, so aku x expect la murah sangat. Huhu. Maybe antara RM300-RM500 gak kot, tambah2 program seminggu, entah2 boleh sampai enam-tujuh ratus ape. -_-”

    - Berapa limit participation? Kalau xde limit atau limit tinggi, boleh gak aku promote kat ILuvIslam. Kumpul ramai2 then hantar satu delegation from ILuvIslam, woh macho giler! Ahaha.

    Sebut pasal ILuvIslam, Mr. Presiden ada mention aritu ILI nak anjurkan program FEWWIT – Fun and Exciting Week With iLuvislam Team, cuti summer ni gak. But so far takde official announcement, official date or official info pasal tu lagi. Huhu. Harap sangat2 x clash dengan kem FIMA ni, so that aku boleh gi dua-dua. Tapi kalau clash, terpaksa korbankan kem FIMA ini lah nampaknya.

    Anywho, sape nak pegi ngan aku? Jommm!

     
    • shiedahkamil 11:51 pm on Jun 3, 2009 Pautan Kekal | Balas

      tp summer sem de kls laa..xbalik..huk3~

    • n.nurani 8:00 am on Jun 4, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Helooo… suke suki je kate Rehlah Mahabah just untuk rehat dan main-main je… Ade slot motivasi, pembinaan kendiri ada combat medicine.. kau setakat tgk tentatif yg general je mmg laaa…

      eheh, well, itu first impression aku, pendapat aku bila cuba melihat situasi dari kasut orang luar =)

      ouh ada tentatif yang lain ke? tentatif “untuk kita2 aje” ek? Hehe. Harapnya tak jadi program syok sendiri, k? All the best, moga banyak manfaat dan pengalaman yg diperolehi!

    • disney 9:19 am on Jun 4, 2009 Pautan Kekal | Balas

      dua dunia yg berbeza -_- selamat beraktiviti lah ek

      ada orang lebih suka nak habiskan cuti bermanja dengan mak. hehe. betul2 dua dunia berbeza :D

    • husna 4:49 am on Jun 5, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Salam

      its husna from the logistics committee

      1. gv me ur email, ill send the itenary (cant upload it just yet cause still not finalized)
      2. NO fees (all accommodation and course which is >RM1000) is fully sponsored by IMAKSA (saudi arabia), u jsut need to buy ur tix to langkawi, and we may impose a bit fee for msian participants for the recreational activity (RM150-RM200 – yet to be finalized will inform later)
      3. YES. 150. and limit jugak from the hosting country but im not sure.

      see u there insyaAllah? do email us fimastudentcamp2009@gmail.com if u hv any more enquiries.

      • leokid 4:19 pm on Jun 5, 2009 Pautan Kekal | Balas

        Thanks for the visit from the organizer! =)

        Wow, fully sponsored? Now that’s quite an impression. (^_^)v

        I’ve emailed my inquiries and personal details. But i’m yet to finalize my decision, I’ll confirm about it later k.

        • hemart 5:51 pm on Jun 9, 2009 Pautan Kekal | Balas

          artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
          ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com

          ahaha, terima kasih. =)

          • Abdullah Al Hashem 11:44 am on Julai 19, 2009 Pautan Kekal | Balas

            Hi , Iam Abdullah Al Hashem
            Organizer from IMAKSA
            Thanks for your post

            your welcome. unfortunately, i’m not going to the camp. T_T

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal