Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • leokid 12:00 am on September 29, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Tags: common law, hudud, kartika, minum arak, potong tangan, qazaf, qisas, rejam, rotan, sebat, sivil, syariah, undang-undang, undang-undang islam, zina   

    Bergosip2 di kelas ENT (II) 

    Alhamdulillah, hari ini walaupun masih sengal-sengal badan, light-headed dan hidung berhingus, saya tetap melangkah di dalam kesejukan 12 darjah celcius untuk ke kelas ENT di Hospital Semashka. Kerana apa? Kerana hari ini adalah hari terakhir kelas ENT, juga menandakan hari exam untuk subjek ENT ini.

    So seperti biasa, saya sampai di hospital tersebut pukul 9 lebih. Prof Yuri Alekseevich belum masuk lagi. Kami berehat-rehat, mengulangkaji skema-skema jawapan yang telahpun tersedia. Pukul 10 lebih, akhirnya Prof masuk. So dia pun semak-semaklah buku rekod markah kami, jadual kedatangan ke kelas dll. Setelah itu, exam pun bermula. Malaslah saya nak cerita camne exam ENT. Hehe. Kepada senior2 di NNSMA, masing2 tahu lah kot exam ENT dengan Prof Yuri camne. As for juniors, bleh tanya sendiri lah kat senior2. Ahaha~

    Anyway, alhamdulillah, semua telahpun setel exam ENT. Saya sendiri, berasa lega sangat2 kerana telah berjaya setel 2 daripada 3 exam untuk semester ni. InshaAllah, kalau semua berjalan lancar, by the end of this year saya akan berjaya menghabiskan semua kelas, dan akhirnya pulang ke Malaysia pada hujung Disember untuk cuti winter selama 6 minggu! Yeyy~!

    So tadi around pukul 11 lebih, berakhirlah sudah cycle (rotation) untuk subjek ENT kami. Kami2 seramai 6 orang, decided untuk singgah ke pusat membeli belah di hadapan hospital, iaitu Fantastika. Cadangnya untuk duduk2 rehat2 sambil makan2 sambil bergossip2. Eheh. Bersembang2. Hehe.

    Tapi mostly, just untuk berehat2 jelah. Kerana cycle ENT ni jelah yang betul-betul rilek pun. Esok kami sudah memulakan cycle Neurology. Antara cycle yang paling berat dalam semester ini. Dan pastinya, ketika itu, kami tidak lagi boleh enjoy, rilek-rilek dan bersukaria seperti sebelum-sebelum ini.

    So lepaklah kami di bahagian medan selera Fantastika tersebut. Group kami ketika itu, 6 orang – 2 India, 4 Melayu termasuk saya. Banyak jugaklah yg dibincangkan, termasuklah lanjutan dari perkara yg dibincangkan aritu (yg saya dalam post I dulu. harharhar). Namun, salah satu isu menarik yang kami bincangkan, yang saya kira menarik untuk dikupas di sini adalah Isu Kartika.

    Ps: Artikel ini agak panjang. Boleh je skip dan baca ikut heading mana2 yang korang tertarik.

    .

    Penguatkuasaan Undang-Undang Islam di Malaysia

    Yang bestnya, isu kartika ni dibangkitkan oleh salah seorang rakan India saya. Terharu jugak saya bila melihat beliau yang turut juga concern akan sebuah isu masyarakat Islam di Malaysia ini. Sedangkan dalam masyarakat sesama Islam pun, ada yang terpinga-pinga serta tidak tahu apa-apa berkenaan isu ini. Siapa Kartika? Apa dia buat? Apa yang panasnya pasal dia?

    Secara ringkas sedikit saya ceritakan. Kartika Sari Dewi, merupakan seorang model Singapura (rakyat Malaysia) yang telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan meminum arak. Sehubungan dengan itu, beliau telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 serta sebatan sebanyak 6 kali. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ikut perbincangan kat iluvislam.

    Isu pertama yang dibangkitkan – “meminum arak adalah kesalahan yang boleh dihukum mahkamah“? Macam tak percaya je rakan-rakan India saya tersebut. Selama ni memang diorg tahu, yang orang Islam tidak boleh minum arak. Berdosa. Tapi diorang terkejut pula bila tahu yang orang Islam meminum arak, boleh dihukum di mahkamah. Ini disebabkan, dah biasa dah tengok/dengar orang Islam minum arak agaknya. Selalu sangat dengar artis-artis minum arak, takde pun kena hukum oleh mahkamah. Orang-orang besar yang Islam, termasuk baru-baru ini salah seorang anak VIP Malaysia, siap dikaitkan lagi dengan sebuah syarikat arak. Biasa je?

    Namun itulah hakikatnya. Bidang kuasa penguatkuasa undang-undang Islam di Malaysia, bukannya besar sangat. Kuasa melaksanakan undang-undang Islam, terletak pada pentadbiran negeri masing-masing. Itu yang tercatat pada perlembagaan, pada asalnya (ada belajar ye dalam Sejarah Form 4, tapi saya sendiri ingat-ingat lupa. Hehe).

    Itulah realiti status perlaksanaan undang-undang Islam di negara kita. Tak keterlaluan, jika saya kata, “ada just sebab nak bagi ada je, nak ambil hati orang Melayu. Perlaksanaannya, bagai melepas batuk di tangga”. Kita sendiri boleh tengoklah – perlaksanaan undang2 sivil, dibantu oleh pihak polis. PDRM. Polis ada kuasa. Boleh bawa gari, bawa pistol. Tapi pelaksana undang-undang Islam? Terletak pada jabatan agama setiap negeri. Kuasa apa sangatlah yang ada pada pegawai-pegawai agama nih. Setakat torchlight ngan buku nota jelah, untuk serbu2 pasangan berkhalwat. Huhu.

    Berbalik kepada isu perbincangan. Melalut-lalut pula saya ni. Mengenai isu Kartika ini, ianya menjadi sebuah isu yang agak panas kerana ia adalah kali pertama seorang wanita Muslim dijatuhkan hukuman sebatan. Ini sekaligus menimbulkan reaksi (melatah?) oleh banyak pihak, terutamanya pihak yang jahil akan hukum-hukum agama dan perlaksanaannya.

    Laporan Al-Jazeera dari YouTube

    .

    Sebatan Sivil

    Bila menyebut mengenai “sebat”, saya teringat ketika saya masih berusia form 4. Ada dianjurkan lawatan oleh Kelab Catur MRSM PDRM ke Penjara Sungai Petani, kerana ada dianjurkan pertandingan chess bersama pegawai dan wadar penjara di sana. Main chess ngan pegawai ye, bukannya main chess ngan banduan. Hehe. Ingatkan lawan style tournament, rupanya pihak penjara hanya diwakili oleh seorang je wadar! Ya, dia seorang je, lawan dengan kami yang seramai lebih kurang 6-7 orang kot otai-otai chess maktab, secara serentak! Tapi memang genius dan hebat la, pakcik tu. Kami semua kalah. Huhu.

    Eheh melalut-lalut lagi. Hehe. Selepas pertandingan chess tersebut, kami turut dibawa ke ruangan pameran, untuk melihat banyak exhibit menarik. Antaranya termasuklah tali gantung, pakaian2 banduan, senjata2 wadar dan lain2. Namun satu sudut yang menarik minat saya, adalah sudut sebat. Ditunjukkan di situ, rotan yang digunakan untuk menyebat. Gerun saya. Huhu. Kemudian diletakkan pula gambar-gambar punggung banduan yang disebat. Imej-imej 18SG seperti darah yang mengalir, isi yang berselirat dan hancur, menjadi mimpi ngeri saya pada malam itu. Huhu.

    Agaknya itulah imej yang timbul di kepala kita, apabila disebut mengenai hukuman “sebat”. Malah, itulah juga yang ditanya oleh rakan-rakan non-muslim saya pada tengahari tadi, berkenaan isu kartika dihukum sebat. “Gila lah, nak sebat sampai macam tu!” Tak kurang juga, reaksi dari rakan saya yang muslim, yang tidak mengetahui akan perihal sebat tersebut! Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada mereka, mengenai sebatan dalam Islam.

    Sebat Sivil

    Sebat Sivil - Click untuk lebih besar

    .

    Sebatan Dalam Islam

    Tak ramai yang menyedari, bahawa sebatan yang akan dijalankan kepada Kartika tersebut, adalah menurut sebatan menurut Islam! Bukannya sebatan sivil yang mengerikan tersebut. Apakah yang dinamakan sebatan menurut Islam?

    Sebat Islami

    Sebat Islami - Click untuk lebih besar

    Rotan yang digunakan, bukanlah seperti rotan sebatan sivil yang tebal dan keras. Rotan dalam sebatan Islam, panjangnya hendaklah tidak melebihi 1.22 meter. Tebalnya tidak boleh melebihi 1.25 sentimeter.

    Tatacara perlaksanaannya juga tidaklah sama seperti sebatan sivil. Kalau sebatan sivil tu, tengok jurusebat pun dah naik gerun. Dihayun rotan tersebut, bagaikan mengetuk karpet di luar rumah. Huhu. Tatacara perlaksanaan sebatan Islam, sama sekali tidak macam tu. Jurusebat yang menyebat, hendaklah dengan kekuatan sederhana, dan tangannya tidak boleh diangkat tinggi melebihi kepala. Malahan, ada juga yang menyatakan, tidak boleh menampakkan ketiak ketika menyebat, dan seandainya diselit sebuah buku di celah ketiak jurusebat ketika menyebat, buku tersebut tidak akan jatuh. (betulkan kalau tersilap). So balik nanti cuba praktis tengok kat member sendiri – sakit ke tak sebat tu? Berdarah-darah kah?

    Begitu juga soal pemakaian dan posisi pesalah. Kalau tengok sebatan sivil, pesalah dibogelkan hingga bercawat lalu diikat pada tiang sebat. Kalau ikut yang diceritakan oleh pakcik penjara tu kepada saya, lepas sebatan ketiga konfem terkencing. Lepas sebatan kelima konfem terberak. Sampai tahap itu sakitnya.

    Sedangkan sebatan dalam Islam – jika ianya pesalah lelaki, maka ianya akan disebat dalam keadaan berdiri. Jika ia pesalah perempuan, ianya akan disebat dalam keadaan duduk.

    Malahan, pesalah hendaklah memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya ketika hukuman dilaksanakan! Lihat, betapa Islam menitikberatkan soal maruah dan aurat pesalah, even ketika menjalani hukuman pun tuntutan menutup aurat tetap akan terlaksana. Ironinya, ramai pula wanita-wanita Muslim yang “innocent”, “baik hati”, tetapi tidak pula mahu menitikberatkan soal aurat!

    Untuk rujukan lebih lanjut mengenai perlaksanaan hukuman sebat, boleh rujuk kepada artikel ruangan agama akhbar Utusan ini. Sila beri perhatian, tarikh artikel tersebut dikeluarkan adalah beberapa bulan sebelum isu Kartika ini timbul. Tapi berapa ramai yang membacanya, serta mengaplikasikannya pula dalam situasi Kartika ini. Hmm!

    Sebab itu, saya sendiri agak terkilan apabila pemimpin-pemimpin Islam yang liberal pula yang mempersoalkan mengenai perlaksanaan hukum sebat ini. Jikalau yang melatah tersebut adalah dari pihak non-muslim, itu masih boleh difahami kerana keterbatasan ilmu dan pengetahuan serta kefahaman mereka akan hal ini. Malahan reaksi dari sesetengah mereka Islam Liberal turut sangat-sangat mengecewakan. “Hukuman ini membawa imej negatif kepada Islam”. Astaghfirullah, alasan apakah ini. Imej negatif itu boleh diperbetulkan dengan memberikan penjelasan dan penerangan yang benar. Tidak sekali-kali arahan Allah tersebut dibelakangkan, hanya untuk mendapatkan imej yang positif dari pandangan masyarakat!

    .

    Bagaimana penerimaan Kartika akan hukuman ini?

    Gambar terbaru Kartika bersama suaminya. Klik untuk link berita.

    Gambar terbaru Kartika bersama suaminya. Klik untuk link berita.

    Saya tidaklah tahu akan isi hati manusia, namun dari hemat saya, Kartika benar-benar ikhlas ingin menerima hukuman dan bertaubat dari kesalahannya itu. Beliau enggan merayu agar dikurangkan hukuman, malah menggesa pula agar dipercepatkan hukumannya itu.

    “I will accept this Earthly punishment, let Allah decide my punishment in the hereafter…for now the court has yet to tell me when the sentence will be carried out, so I would like to ask them to hasten it.

    Malahan, menurut sumber yang saya terima (namun tidak dapat dipastikan kesahihannya), Kartika meminta agar dijatuhkan hukuman yang maksimum. Ini pula jawapan yang diberikan oleh hakim ketika persidangan tersebut:

    Y.A. Hakim: Dengan ini, saya mendapati bahawa awak, Kartika didapati bersalah
    kerana meminum arak. Jika negara ini mengamalkan hukum-hukum Allah,
    nescaya saya akan menjatuhkan hukuman sebanyak 80 kali sebatan.
    Tetapi, Perlembagaan Negara menghadkan kuasa saya kepada 6 sebatan.

    Kartika, marilah sama-sama kita memohon ampun agar Allah memaafkan
    dosa saya dan awak.

    Penghakiman tamat.

    Kemudian, Kartika dan ibu bapanya menangis teresak-esak. dia kata dia rela menerima hukuman ni. ibu bapanya berterima kasih kepada Y.A. Hakim kerana memberi hidayah kepada anaknya.

    Sejauh mana kebenaran cerita di atas, wallahua’lam. Namun InshaAllah, inilah jiwa seorang Muslim yang benar-benar ingin membersihkan dirinya daripada dosa silam, serta bertaubat nasuha atas perbuatannya tersebut. Laporan dan YouTube terkini yang sempat saya ikuti mengenai beliau, menunjukkan yang beliau telahpun mula memakai tudung sejak akhir-akhir ini. Malahan menurutnya, beliau akan menunaikan umrah setelah hukuman tersebut dijalankan. Alhamdulillah, semoga Allah mensucikan jiwanya dan menerima taubatnya tersebut.

    Terkilan juga saya apabila membaca sebuah laporan Malaysiakini, bahawa Kartika mengadu sejak hukuman diatasnya diputuskan, beliau diganggu dan didesak oleh pelbagai pihak – kerajaan dan bukan kerajaan, agar merayu dikurangkan hukuman. Saya tidak faham kenapa kerajaan atau pihak bukan kerajaan ini gusar dengan perlaksanaan undang2 Islam atau hukum hudud. Belum dilaksanakan lagi pun dah takut. Paranoid sangatkah? Yang dihukum itu Kartika, yang melompat itu mereka pula!

    Malah, perlaksanaan hukuman sebat tersebut juga seolah-olah banyak sangat dihalang atau sengaja dilengahkan. Pelbagai alasan diberikan. Sekejap ditahan, sekejap dibebaskan. “Mahu menghormati bulan Ramadhan.” “Tiada jurusebat bertauliah”. Dan seterusnya, sehingga kini seminggu selepas Aidilfitri tetap masih tiada perkembangan.

    Update terkini dari Berita Harian – Kartika tetap kena sebat

    .

    Undang-Undang Sivil & Common VS Undang-Undang Islam?

    Ramai dalam kalangan non-muslim, even dalam kalangan masyarakat muslim sendiri pun, mempunyai tanggapan yang salah akan perlaksanaan undang-undang Islam (salah satunya adalah “hukum hudud”) ini. Bila disebut undang-undang Islam, ramai yang menganggap itu adalah undang-undang yang kuno. Undang-undang masyarakat Arab Jahiliyah. Jika dilaksanakan, maka jalan tidak akan berbatu kerana batu digunakan untuk direjam. Jika dilaksanakan, boleh dibuat sup tangan kerana banyak tangan-tangan pencuri dipotong. Serta pelbagai lagi analogi yang sengaja dibuat, demi menunjukkan betapa “kejam”nya undang-undang Islam ini.

    Hakikatnya, undang-undang Islam tidaklah zalim seperti yang disangkakan. Satu yang perlu difahami, undang-undang Islam ini adalah undang-undang yang digubal sendiri oleh Allah. Ia bukan seperti undang-undang sivil, yang mana perlu dicadangkan di dewan negara, dibahaskan, dipersetujui oleh lebih 2/3 etc. Undang-undang Islam, tidak dibuat sesuka hati oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. Ianya adalah undang-undang yang digariskan sendiri oleh Allah s.w.t, menurut Al-Quran dan diwahyukan kepada Nabi.

    Justeru itulah, ciri istimewa akan undang-undang ini adalah : Pertama, ianya sesuai di semua zaman, di semua tempat! Dan yang kedua, ianya terjamin akan effective!

    Perlaksanaan undang-undang Islam, tidaklah diambil secara sambil lewa. Boleh dilihat sendiri kepada perlaksanaan hukuman sebatan kepada Kartika tersebut. Tidaklah sekejam sebatan undang-undang sivil, sehingga merobek isi daging pesalah. Malahan, maruah dan aurat wanita terjaga, kerana disebat dalam keadaan tertutup aurat. Nah, katakan dengan jelas, yang mana satu lebih kejam agaknya?

    Begitu juga perlaksanaan undang-undang yang lain. “Mereka yang disabitkan kesalahan berzina, dihukum rejam sampai mati.” Mengerikan, bukan? Tetapi Islam juga menggariskan, bukan mudah hendak disabitkan kesalahan berzina. Perlu ada saksi seramai sekian-sekian orang. Perlu ada syarat-syarat yang tertentu. Malahan, jika orang yang menuduh zina itu gagal membawa bukti, hukuman tersebut boleh berbalik kepadanya pula (Qazaf). Ini adalah method pencegahan yang ada di dalam perlaksanaan hukuman ini, bagi mengelakkan adanya fitnah atau pembohongan.

    Begitu juga dengan hukuman “mencuri akan dipotong tangan“. Bukan semua jenis yang mencuri itu, akan dipotong tangan. Islam ada menggariskan, jumlah-jumlah tertentu, kadar-kadar tertentu. Even keadaan pencuri – adakah beliau sedang lapar, miskin, dibawah tekanan emosi, diugut dsb turut diambil kira! Malahan, yang lebih indah, dalam undang-undang Islam, andaikata mangsa kecurian itu sudi memaafkan dan menghalalkan apa yang dicuri oleh si pesalah, maka kes itu gugur. Indah bukan, Islam yang mempromosi akan kemaafan sesama manusia, lebih penting daripada sikap membalas dendam! =)

    Serta banyak lagi aspek-aspek lain. Contohnya, jika pesalah mempunyai tanggungan seperti sedang mengandung atau mempunyai anak kecil, maka hukuman tersebut boleh ditangguhkan ke suatu masa yang difikirkan sesuai. Islam adalah agama yang mementingkan keadilan. Ia juga menggalakkan sikap memohon maaf kepada manusia, dan memohon keampunan kepada Allah.  “Lebih baik tersalah ampun, daripada tersalah hukum.” Undang-undang Islam yang digariskan oleh Allah adalah serampang dua mata – sebagai hukuman, dan juga sebagai pencegahan.

    .

    Effektifkah Undang-Undang Islam?

    Negara kita telah mengamalkan undang-undang sivil dan common law sejak dari zaman sebelum Merdeka lagi. Diadaptasi dari Undang-Undang British, diubahsuai oleh Lord Reid – itulah undang-undang yang kita semua rakyat 1Malaysia agung-agungkan dari dahulu sampai sekarang. Kita mengatakan kita telah merdeka, bebas dari pengaruh penjajah, namun ironinya undang-undang penjajah itulah yang menjadi tulang dan rangka kepada undang-undang kita pada hari ini.

    Natijahnya, apakah keberkesanan yang ada pada undang-undang ini? Adakah jenayah-jenayah seperti rompak, rogol, ragut, bunuh dsb berkurangan? Kesnya semakin meningkat saban tahun. Malahan, seiring pula dengan teknologi. “Rogol setelah chatting di Internet”. “Bunuh menggunakan bom C4″. “Peragut di dalam LRT”. Pelbagai lagi.

    Mungkin jari boleh dituding pada peringkat perlaksanaan. Perlaksanaan yang ada, tidak cukup efficient. Polis-polis pula banyak yang makan suap. Sebuah kes yang dibawa ke mahkamah, memakan masa berbulan malah bertahun-tahun untuk dibicarakan. Itu semua adalah masalah-masalah teknikal, bukan masalah dasar. Yang menjadi masalahnya, adalah pada dasar. Hakikatnya, dasar yang kita gunakan adalah tidak effektif.

    Kerana apa undang-undang ini tidak effektif? Kerana ianya adalah undang-undang yang dibuat oleh manusia. Dan kita pun tahu, manusia sentiasa ada kelemahan. Manusia sentiasa berada di bawah pengaruh emosi. Manusia sentiasa ada kepentingan – sama ada kepada diri sendiri, kepentingan ekonomi, kepentingan politik, kepentingan reputasi dan bermacam-macam lagi. Dalam usaha menjaga kepentingan-kepentingan itulah, pasti akan ada perkara yang terlepas pandang, lebih-lebih lagi dalam penggubalan dan perlaksanaan undang-undang.

    Bagaimana pula di masa akan datang? Wujudnya sebuah kes baru, justeru perlunya digubal akta yang baru. Maka bersidanglah lagi, para pembuat undang-undang Malaysia. Berbulan lagi masa diambil, dan entah berapa pula kos yang perlu dihabiskan di setiap kali persidangan. Malah, boleh pula meminda akta-akta yang telah dibuat sebelum-sebelum ini. Ini semua membuktikan, bahawa undang-undang buatan manusia ini adalah undang-undang yang tidak perfect.

    Sudah tiba masanya kita beralih kepada sistem undang-undang lain, iaitu sistem syariah. Kerana inilah sistem undang-undang yang perfect, yang sesuai di semua tempat dan di semua zaman. Kenapakah? Kerana asas kepada sistem syariah, adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, yang tidak akan berubah ditelan zaman. Dan andainya muncul kes-kes baru, maka pendekatan qiyas dan ijma’ ulama pula diambil, berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Tidak perlu meminda apa-apa. Tidak ada akta yang obsolete. Kesemua yang kita perlukan, telah lengkap berada di dalamnya.

    Maka begitu juga dengan perlaksanaannnya. Perlaksanaan undang-undang Islam, jika setanding dengan perlaksanaan undang-undang sivil/common sekarang ini, pasti akan mendatangkan hasil yang memuaskan. Jika kita lihat, apa natijah yang diperoleh dari hukuman-hukuman undang-undang sivil? Kesakitan akibat dirotan? Kebosanan akibat dipenjara? Maut?

    Maka apa yang menghalang individu dari melakukan kesalahan? Takut. Takut kepada kesakitan. Takut akan kebosanan dipenjara. Takut akan kematian. Ini adalah perasaan yang timbul ketika melakukan sesebuah kesalahan, namun ternyata, perasaan takut ini tidak juga mampu membendung individu tersebut dari melakukan kesalahan.

    Tetapi dengan undang-undang Islam, apa sebenarnya yang menghalang individu dari melakukan kesalahan? Satu, dan hanya satu - Takut kepada Allah. Ini kerana undang2 Islam ini, diarah sendiri oleh Allah. Digubal sendiri, oleh Allah. Bagaikan Allah sendiri yang menghukum, melalui wakilNya pemerintah/khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya ianya hanyalah sebagai peringatan, agar bertaubat, kerana azab dan hukumanNya di akhirat adalah jauh lebih berat daripada yang diperintahkan di dunia ini. Sungguh, jika inilah yang bermain di fikiran kita tatkala terbayangkan hukum hudud yang boleh dikenakan, nescaya kita tidak akan berani melakukan kesalahan tersebut.

    .

    Bila Lagi?

    Sebuah berita dari AFP, yang dikeluarkan pada pertengahan bulan ini, benar-benar menggamit jiwa saya. Benar-benar membuatkan saya berasa tersentuh, hingga hampir mengalirkan air mata:

    BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.

    Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

    Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.

    Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

    “Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.

    “Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.

    Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

    Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.

    Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguhkan dan dikaji semula.

    “Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad Guntur Romli.

    Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

    – AFP

    Subhanallah, masyarakat Islam di Aceh sudahpun meluat dengan undang-undang sivil yang sedia ada. Malahan, disokong sepenuhnya secara sebulat suara pula tu. Malahan, kerana yakin dengan undang-undang tersebut, mereka sanggup dan berani pula menentang gabenor mereka, yang lebih liberal.

    .

    Dimanakah Kita?

    Perbincangan saya dengan rakan-rakan saya di hadapan restoran itali “Sbarro” tersebut tidaklah sepanjang yang saya nukilkan di sini. Hehe. Namun point yang ingin saya bawa adalah - sedangkan masyarakat non-muslim sendiri cakna dan concern dengan isu umat Islam, di mana pula concern kita?

    Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyebut

    مَن لَمْ يهْتَمْ بأُمورِ المسلميْن فليْس منْهم

    Barangsiapa yang tidak mahu ambil tahu @ prihatin akan urusan umat Islam maka ia tidak termasuk golongan mereka. (Hadis Riwayat Abu Daud)

    So apa peranan kita? Inilah masanya kita sendiri belajar dan mengkaji, mengenai agama kita sendiri. Tatkala kita didatangi oleh rakan-rakan non-muslim, guru-guru russia, hatta rakan-rakan seMuslim lain, inginkan penjelasan berhubung sesuatu isu – maka apa yang ingin kita terangkan kepada mereka? Adakah cukup sekadar mengangkat bahu? Atau menurut jejak langkah puak yang liberal, mempertikaikan agama kita sendiri? Tepuk dada, tanyalah iman.

    Ps: Saya bukan dari jurusan undang-undang, justeru kemungkinan terdapat fakta yang silap atau terminologi yang tersalah guna di dalam artikel ini. Justeru ini, saya memohon agar diperbetulkan pada mana kesilapan yang ada tersebut. Syukran in advance.

    Bacaan Lanjut

    - Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mengenai Sebat

    - Ustaz Zaharuddin Menjawab Kenyataan Tun Dr Mahathir Mengenai Sebat

    - Isu Kartika : Lebih Irish Dari Irish

    - ILuvIslam Forum: Minum Arak, Model Singapura Terima Hukuman Rotan

    - ILuvIslam Forum: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh

     
    • Abdul Malik Azir 5:46 pm on September 29, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Kelompok Islam Radikal atau sering disebut Islam kanan, sebenarnya belum memiliki kekuatan politis maupun taktis yang memadai. Mereka nampak besar karena sikapnya yang radikal, cenderung miltan dan konfrontatif. Namun jumlah mereka secara riel sangatlah kecil, disamping mereka kurang mendapat sambutan rakyat untuk mendongkrak titik quorum untuk menegakkan hukum Allah.

      Hal tersebut disebabkan adanya misunderstanding tentang semboyan yang diusung dan ditawarkan semisal isu negara Islam maupun isu penegakan syari’at Islam yang terkesan tidak menyentuh substansi dasar yang dibutuhkan rakyat secara pragmatis. Bahkan terkadang justru menimbulkan banyak ketakutan seperti hukum potong tangan , hukum rajam dsb.

      Kelemahan lainnya adalah mereka kekurangan ulama yang expert dalam masalah syari’at atau fiqh. Yang semestinya sebuah gerakan Islam haruslah dipimpin oleh ulama kharismatik, semisal ; Hasan al Banna (Ikhwanul Muslimin), Abul ‘ala al Maududi (Jamiat ‘el’ Islamy), maupun beberapa gerakan Islam lokal yang telah ada di sekitar kita saat ini.

      Kalau kita menelaah beberapa contoh di masa lalu, banyak kelompok kecil militan dan revolusioner berhasil mengambil alih kekuasaan seperti NAZI di Jerman , Fasis di Italy , Bolchevik di Russia dan lainnya. Tetapi walaupun mereka kecil, namun mereka sanggup meyakinkan rakyat atas perjuangan mereka.

      Hitler mendapat dukungan rakyat karena mampu melontarkan isu emosional terhadap rakyat Jerman yang merasa tertindas sekian lamanya akibat kekalahannya pada Perang Dunia-I, yang sebenarnya bukan kekalahan secara militer melainkan politis. Demikian pula Lenin mendapat dukungan luas karena semboyan Damai, Tanah dan Roti di tengah suasana kelaparan serta penindasan oleh Tsar dan kaum bangsawan serta embel-embel penderitaan akibat perang.

      Pertanyaannya : Apa jaminan dan stimulus dari Pemberlakuan Hukum Hudud terhadap kepentingan rakyat yang mendesak saat ini? Yang jelas rakyat yang ID Card mereka tercantum sebagai penganut agama Islam, belum tentu memiliki wawasan dan pengetahuan yang merata tentang kemuliaan dan rasionalitas Hukum yang diturunkan Allah di muka bumi ini.

      Wassalam,
      Salam kenal

      Syukran kerana sudi berkunjung ke lamanku ini. Satu perkongsian yang cukup bermanfaat, membuka mata untuk melihat dari satu perspektif berbeza.

      Di negaraku Malaysia, setahu aku masih belum ada gerakan Islam yang radikal sehingga memilih jalan militari. Setakat yang paling berpengaruh pun, melalui jalan politik. Gerakan-gerakan yang lain pula, menumpukan ke arah kebajikan, dan ada juga menumpukan kepada pembangunan sahsiah ahli dan masyarakat.

      Namun begitu, aku menyokong sekali pandangan kamu bahawa gerakan-gerakan Islam memerlukan seorang pemimpin yang tersohor dan kharismatik. Yang bebas dari pengaruh politik. Di Malaysia sendiri, ulama-ulama sedemikian boleh dikira dengan jari, dan yang ada pun sudah hilang hormatnya dari kalangan masyarakat, akibat mainan politik dan media.

      Hendak bergantung harap kepada kebangkitan ulama, kita selaku marhaen biasa perlulah bergerak dari langkah sendiri. Realiti ummah yang semakin menderita, sesuai dengan pernyataanmu yang menepuk bahuku ini:

      Yang jelas rakyat yang ID Card mereka tercantum sebagai penganut agama Islam, belum tentu memiliki wawasan dan pengetahuan yang merata tentang kemuliaan dan rasionalitas Hukum yang diturunkan Allah di muka bumi ini.

      Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, untuk membenih dan menyuburkan kembali wawasan dan pengetahuan mengenai Islam dalam diri kita masing-masing. Kalau tidak kita, bagaimana mungkin kita mendidik anak-anak kita pula? Dan siapa tahu, ada di kalangan anak-anak kita di masa akan datang, yang akan muncul sebagai ulama’ berkarisma yang akan memimpin gerakan Islam sekaligus mencetus perubahan kelak. Semoga Islam kembali menyinar, inshaAllah. =)

    • My name means 'hope' in Russian 1:01 pm on Oktober 13, 2009 Pautan Kekal | Balas

      Assalamualaikum.Kak dela v nizhniy?

      First of all,sorry sbb mungkin comment ni x bertempat-tp dh x tahu sptututnya di mana comment ni harus ditulis.Saya ada baca post leokid with the title ‘best ke duduk oversea’(actually jumpa about months ago semasa search in yahoo).I’m currently in Form 5,in smka tok jiring, Trg.The thing is,now that spm is near I’ve to think about the courses and etc that I’d be taking.One thing that makes my head ache is of course,oversea ke local?(I’m not pointing to only medic here,just the general scope of studying overseas).I read ur post,and it adds to the things that I’ve bear in mind before-from shallow reading,what seniors say(and currently got seniors yg pergi mma for medic baru ni)…and….still,I see overseas as an option.I’m not too excited or anything.In fact if people ask whether or not I’m aiming for overseas study I said ‘not really’ and even sometimes ‘no’.Before this I know a few things about russia-I used to have a Ukrainian friend who basically is the key to my knowing things about the country,language,lifestyles,places,politics and etc.From there I know and can picture sikit2 mcm mana life in russia ,tp of course x tahu secara live because x pergi.Still,like I said,I see overseas as an option.May I share with u:I think yg interesting nye about overseas is that we can live in an environment lain drpd malaysia,the surrounding,the people and everything-just like what u said in ur post.And I see the cons there too,but maybe that is ok?I tell myself that maybe this is the time to face all those challenges,and that they’re ok..disamping dpt timba pengalaman,make us tougher and etc.lagipun kita kan balik jugak ke Malaysia eventually.What do u think about this?

      But again,I compare to studying in Malaysia.I don’t know,but (personally) I see that if I study overseas the environment will not be welcoming..mcm x friendly?.ie their people r not friendly to us,etc.In malaysia, it’s like we completely blend into the surrounding…happy2,don’t have to see people with unsatisfied look on their faces,etc.Maybe local is more welcoming?

      And there is family thing to consider.I know that whatever it is,restu mak ayah penting to ensure our well-beings in our studies-this is the most important thing to consider rite..and I am the 1st child dlm family.And I only got one adik who is also taking SPM this year(we r born in the same year,january and november).means..my parents r more to ‘keeping’ us in Malaysia,kalau ada rezeki.This is what I can see.I still x tnya lg diorang secara telus,nk tunggu lps result spm betul2 keluar nnti…for the time being,I’m considering my own choice.But eventually if I say yes and they say no,I will follow what they say.InshaAllah.
      But still(how many still I got here),if I study oversea susah nak balik if ada2 apa t’jadi kt malaysia(na’uzubillah)…tambah2 my parents only got me and my adik.Kesian diorang.Um.Tp…entahlah.Jd,mcm mana ni?

      So,after reading all my mixed thoughts of which I poured the complexity and confusion of my thinking now,may I know what u think about all this?Don’t worry u can be frank and tell things personally.Honestly I really need pendapat yang telus 100% .Tidak mengapa jika anda berunsurkan individualistik(?),haha.Maaf juga sebab x sedar terlalu panjang-rasa mcm tulis post kat blog sendiri pulak.Terima kasih kerana sudi baca dan taburkan pendapat!Kalau ada masa terluang is it too much to ask that u comment about this in my blog?sbb ditakuti sy tidak sempat/lupa nk check di sini memandangkan spm dh dekat (18 nov)..so,thanks again and udachi v nizhniy!

      Ahaha. Thanks for the long comment. A long comment deserves a long reply.

      First of all, yg bab friendly tak friendly tu ek. Yg tu, depends on the location, environment, dsb lah. Rata2 yg pergi oversea, especially di negara2 seperti eropah dan australia, mengatakan yg org2 di sana peramah. But still, the possibility nk jumpa org yg x friendly tu ade gak la, mcm kat negara kita gak pun. Kadang2 kita tengok pendatang asing, usha slack, jeling2 kat diorg. that sort of treatment yg biasa akan dapat especially bila kita jadi minoriti kat sesebuah tempat, n tempat tu memandang rendah kepada kita.

      Apa2pun tu just side-reply jelah., Melihat kepada point sebenar comment anda, memang itu tujuan saya post artikel yg agak kontroversi itu. Hehe. Tujuannya – nak buatkan budak2 yg nak datang oversea ni, fikir dengan pertimbangan yang 100%. Pros dan kontras. Sebabnya, budak2 especially yg baru lepas SPM ini, biasanya tidak berhadapan dengan dilema membuat pilihan. Saya sendiri tahu, sebab saya pun budak SPM gak dulu. Time SPM, semua major decision in our life dibuat oleh orang lain. SPM mesti kena score. Duduk sekolah kena banyak study. Homework mesti kena buat. Jangan langgar peraturan. Dsb. Tak banyak life-changing decision yang perlu dibuat, kalau ada pun maybe masa post-PMR : nak pilih aliran mana, masuk skolah asrama ke tak etc. Itu pun, decision kita itu ada “safety net”, means that should our decision wrong, we can still be successful.

      However, post-SPM. Dunia sebenar. Pilihan demi pilihan datang bertubi-tubi. Nak amik course ape ek? Nak pegi oversea ke tak ek? Nak smbung belajar ke nk kawen ek? (erk!) Dan attitude untuk buat decision pada level ini, perlu diubah. Sebab ini dah jadi perkara serius. Justeru itulah, saya kinda xleh terima bila dengar budak2 kata pegi oversea sebab nak tengok tempat orang, pergi oversea nak main salji, nak jalan2 blablabla. Perlu dicampakkan sedikit “realiti” dalam pemikiran mereka (anda juga :D) agar sedar, betapa besarnya decision ini.

      Dan alhamdulillah, anda sendiri kata anda sukar nak buat decision. That’s a good thing, actually. With difficulties, u tend to be more attentive. More critical. Camne nak buat decision? Well, saya xpt tolong secara spesific sangat. Nasihat saya, berbincang dengan keluarga kerana redha keluarga (ibubapa) adalah penting. Kemudian, beristikharahlah. InshaAllah lepas anda buat 2 benda ni, datanglah ke Russia, inshaAllah tidak akan menyesal.

      As for me, I didnt. Despite all the benda xbest yg saya cerita kat post tersebut, saya tidak menyesal datang ke Russia. =)

      Ps: “Hope” in russian is Nadezhda, often nicknamed as Nadya. Nizhniy dah semakin sejuk, da nak start winter. Hehe.

      • N 1:34 pm on Oktober 14, 2009 Pautan Kekal | Balas

        Thanks for replying my long comment.I’m very lucky that u think long comment deserves a long reply(lol).I agree,it’s Nadezhda initially,but I thought it won’t be a lot of diff and plus u must’ve known the derived one and the fact that we’ve no ‘nadezhda’ in malaysia.Lol.

        I’ve read what u written and see how u perceive things.U r rite about our being foreigners tu,I can understand from that.Yelah,kalau kita sendiri pun ada jugak buat/react mcm tu kat foreigners yg dtg kt ngra kita..betul2…so…I got an answer there.thumbs up.,Thanks!

        Yeah,mmg semasa di arena p’sekolahan kita x buat life-changing decision,like u said.That’s the way it is and those are stages of our life of course.But time by time we learn to make bigger,harder decisions rite.Don’t worry I myself am a school student who doesn’t fikir perihal overseas and its ‘pleasure’ semata-mata.If not I won’t be here ‘investigating’ -I would’ve gone dreaming about playing with snow all day and nite.lol.

        Apa yang anda katakan ada betulnya,tapi ada sesuatu yg sy sdg fikir dan ingin berkongsi tntg ni.And they say take people’s differences as an advantage so I will try to see the bright side of this difference.Hmm.Saya tidak sangkalkan bahawa ramai je pelajar spm yg fikir nak pergi overseas hnya sebab apa yang mereka rasa sedap-winter,melancong,etc,like u said.( and of course,u know better cuz u’ve gone through this post-spm stage as well).Tp x kurang juga ada yg fikir dalam2 tentang ini.Kalau kita fikir,kalau overseas x contain ‘advantages’ seperti itu then semua higher education buat kt malaysialah.I mean,of course mereka yang nk pergi overseas tu nk merasakan suasana dsb di samping belajar..I think overseas education juga dibuat untuk student2 boleh rasa suasana and benda ni semua di samping dr segi education system maybe(and like u said,even ada education yg ngra kita lebih baik).It is a package already.It won’t be abnormal for a student to think that ’sy nak pergi overseas sebab sekian sekian,and I don’t care about the environment and etc,no feeling’.Of course,despite all the challenges and perkara2 yg patut di’consider’ tu lies the ‘bonus’(if we can call it this way).They r there already.For me,of course overseas r there to educate students,a place where challenges r everywhere to overcome but also a place of which lies the kelainan dr Malaysia..But,like u said,kena buka mata luas2lah…

        Thank u for ur advice,saya juga berhasrat nak bincang dgn keluarga dan istikharah,yg tulis2 kat sini ni sekadar menjawab persoalan peribadi yg perlu untuk dijawab secara ‘segera’,dan anda bnyk membantu,trima kasih skli lagi.Buat masa sekrg ni dh nmpk kot,and I think I wanna think further lps keluar result,etc nanti.Spm pun x ambik lagi.Cukuplah kot setakat ni fikir.Haha.Oh tidak,pnjg lagi!Maaf!

        P.S. Student di russia for medic biasanya balik ke malaysia for cuti slps berapa lama daripada first time fly sana ye?I mean,biasa2nyelah…like plg awal lps setahun ke,dua tahun ke bru balik cuti di malaysia?As for u urself?Setakat ni dh brp kali anda balik malaysia and go back and when will u finish ur studies?Hehe.

        Saya berulang alik ke malaysia hampir setiap tahun. Hehe.

        Usually in a year, we have 2 holiday periods. Summer holiday, ranging from a month to two months, usually july-august. Most people will go back home during this time. Another holiday, winter holiday, depends on the date of your examination. Should u get to do the examination early, u’ll get up to 5-6 weeks holiday. Usually in January.

        Ade je 1st year, sampai kat sini September, then January da balik msia for cuti winter 2 weeks. Ahaha. Depends on your willingness to spend ur rm3k++ for the flight ticket.

  • leokid 6:21 pm on September 27, 2009 Pautan Kekal | Balas
    Tags: adil, H1N1, intelek, , konspirasi, New World Order, , , vaksin, virus, ,   

    Konspirasi H1N1 – Sikap Kita 

    Dalam kehangatan badan yang tengah demam, dengan samar-samar mata dan pening-pening lalat, baru sebentar tadi saya terlibat dengan sebuah perbincangan di iLuvIslam. Isunya mudah sahaja, mengenai perkembangan status wabak yang famous ketika ini, iaitu H1N1 dan perkaitannya pula dengan pelbagai jenis teori konspirasi yang ada sekarang ini.

    Apa itu teori konspirasi? Kalau ikut kamus built-in Mac saya, ni, conspiracy theory bermaksud “a belief that some covert but influential organization is responsible for an unexplained event.” Secara ringkasnya, teori konspirasi adalah kepercayaan bahawa wujudnya sesebuah organisasi yang tidak diketahui tetapi berpengaruh, yang terlibat dalam sesuatu kejadian yang berlaku. Antara teori-teori konspirasi yang terkenal, termasuklah seperti New World Order (NWO),  serta ratusan lagi. Boleh rujuk List of Conspiracy Theory di sebuah artikel Wikipedia ini.

    Pandemik H1N1, yang merupakan “event of the year”, tentulah tidak terkecuali daripada teori-teori konspirasi ini. Saya memang mengikuti dengan teliti perkembangan H1N1, dan sejak dari awal kemunculannya saya telahpun mendengar bermacam dakwaan yang dibuat terhadap pandemik ini. Dakwaan seperti ianya penyakit yang direka oleh para kapitalis, ianya direka oleh golongan zionis untuk menghancurkan Islam, ianya merupakan senjata kimia baru negara Russia etc etc, banyak saya jumpai di forum-forum perbincangan di internet.

    Saya secara peribadi, tidaklah bersetuju atau menafikan dakwaan-dakwaan yang dikemukakan ini. Kerana teori-teori konspirasi ini sungguh luas kemungkinannya. Pendek kata, asalkan menjadi seorang yang kreatif, 1001 macam jenis teori konspirasi boleh dicetuskan! Atas sebab itulah saya memilih untuk tidak mempercayainya, kecuali didatangkan dengan bukti-bukti yang kukuh, dari mereka-mereka yang ahli dalam bidang tersebut, oleh media-media rasmi dan dipercayai.

    Dalam perbincangan saya di iLuvIslam tersebut, terdapat  ahli yang membawakan pendapat-pendapat yang mengaitkan H1N1 dengan teori konspirasi NWO (New World Order). Banyak jugalah dakwaan yang dibawanya – dalam vaksin H1N1 ada racun yang dimasukkan, seperti “racun” virus H5N1, Merkuri, dalam vaksin H1N1 ada mikrochip yang boleh membawa kanser dsb.

    Jika saya seorang yang bukan di dalam bidang medik, mungkin saya biarkan sahaja. Atau mungkin saya boleh menjahilkan diri dan mempercayai dakwaan-dakwaan tersebut. Namun, memandangkan saya berada di dalam bidang medik, dan saya ada pengetahuan dan ilmu mengenai apa yang diperkatakan oleh dakwaan-dakwaan tersebut, saya memutuskan untuk memperbetulkan tanggapan user tersebut.

    Justeru, jika kita berhadapan dengan teori-teori konspirasi serta dakwaan-dakwaan ini, kita perlulah menjadi manusia yang berintelek! Apa itu manusia yang berintelek?

    Dari sudut bahasa, perkataan intelek itu sendiri banyak maksudnya, serta banyak bergantung kepada perspektif setiap orang. Namun, maksud intelek yang saya ambil adalah seperti yang dinyatakan oleh kamus built-in Mac saya:

    intellect |ˈintlˌekt|

    noun

    the faculty of reasoning and understanding objectively, esp. with regard to abstract or academic matters : he was a man of action rather than of intellect.

    • the understanding or mental powers of a particular person : his keen intellect.
    • an intelligent or intellectual person : sapping our country of some of its brightest intellects.

    ORIGIN late Middle English : from Latin intellectus ‘understanding,’ from intellegere ‘understand’ (see intelligent ).

    Merujuk kepada part yang bergaris itu, intelek secara ringkasnya bermaksud kebolehan kita untuk menerima dan mengkaji sesuatu secara objektif, terutamanya berkaitan perkara yang abstract atau perkara-perkara akademik

    Point yang paling penting, adalah “mengkaji sesuatu secara objektif”. Kalau orang melayu kita ni, lebih kurang macam – jangan menerima bulat-bulat apa yang diberi. Sebaliknya, kita kena turut melihat dari aspek-aspek lain, secara menyeluruh.

    Menilai secara objektif bermaksud kita perlulah mengenepikan semua faktor-faktor tidak berkaitan, contohnya kebencian terhadap sesuatu @ seseorang, kepentingan peribadi, mencari populariti, keuntungan dsb. Penilaian ke atas sesuatu dakwaan hendaklah dilakukan dalam keadaan mengetahui (berilmu), serta bebas dari pengaruh dalam dan luar (tidak bias).

    .

    Intelek Dalam Islam

    Adakah konsep “intelek” yang saya nyatakan di atas, bersesuaian dengan Islam? Ya, ianya bersesuaian! Islam sangat2 menggalakkan umatnya agar mengkaji satu ke arah kebenaran, justeru menggalakkan umatnya agar menuntut ilmu, ataupun merujuk kepada orang yang berilmu jika kita tidak mengetahui.

    Allah ada menyebut dalam al-Quran sebanyak 2 kali perihal hal ini. Iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 43, serta surah Al-Anbiya’ ayat 7, yang bermaksud:

    “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

    Sikap ini boleh kita ambil, terutamanya apabila berhadapan dengan dakwaan-dakwaan yang di luar bidang ilmu kita. Contohnya, mengenai H1N1. Kita tahu bahawa H1N1 ini merupakan masalah perubatan, maka sebarang teori, konspirasi, dakwaan dan sebagainya perlulah dirujuk kepada mereka yang berada di dalam bidang perubatan tersebut. Ini langkah yang penting, untuk mengelakkan dari adanya individu yang memandai-mandai serta mengiyakan tanpa sebarang pengetahuan yang kukuh.

    Selain itu, sikap intelek yang mengenepikan faktor-faktor tidak berkaitan, emosi terutamanya, juga adalah sesuai dengan Islam! Perihal intelek ini ada disebutkan dalam Al-Quran lebih 1000 tahun lampau, melalui ayatNya iaitu:

    Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. (Maidah 8)

    Kan intelek itu bersesuaian dengan ayat Allah yang suruh kita berlaku adil walaupun kita bencikan sesuatu kaum? Berlaku adil itulah yang dimaksudkan dengan menilai secara objektif, dan orang yang berlaku adil itulah yang dikatakan orang yang berintelek.

    .

    Kenapa Pentingnya Sikap Intelek?

    Kebanyakan daripada kita, mengambil sikap acuh-tak-acuh mengenai sikap intelek ini ketika berhadapan dengan dakwaan-dakwaan dan konspirasi. Dengan ayat-ayat yang memprovokasi, menghasut dsb, kita terutamanya golongan muda mudah sekali menerima apa jua dakwaan yang diberikan, seterusnya menceritakan pula kepada orang lain. Begitulah mudahnya dakwaan-dakwaan seperti ini disebarkan, berikutan kegagalan mengenalpasti antara fakta atau auta.

    Islam melarang kita dari bersikap sedemikian, kerana sikap sedemikian (menyebarkan tanpa menyelidiki) buruk padahnya. Kalau sesiapa pernah bermain permainan “telefon karat”, tentu boleh memahami dan menganalogikannya dengan point saya ini. Tak pernah main? Boleh rujuk kepada artikel sahabat saya di Indonesia ini. Dengan sikap menyebarkan tanpa menyelidik inilah, adanya tokok tambah, putar-belit, campur-aduk antara fakta dan auta dan sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak.

    AlQuran sendiri ada mengajar kita untuk menyelidiki terlebih dahulu sebelum kita menyebarkan sesuatu,

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kebodohan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Hujurat 7)

    Malahan, Rasulullah sendiri ada bagi warning kat kita

    Daripada Hafs bin ‘Asim katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar”. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

    Best kan Islam? Tanpa kita sedari pun, sebenarnya Islam telahpun mengajar kita agar menjadi manusia yang berintelek!

    Begitulah juga akibatnya, jika kita mengamalkan sikap menyebarkan kepada rakan-rakan tanpa terlebih dahulu mengenalpasi sama ada ianya betul atau tidak. Kalau betul, alhamdulillah, tak apa lagi. Tapi kalau salah? Dan orang yang kita sampaikan tu pula, mempercayai apa yang kita sampaikan?

    Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Barangsiapa memulakan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang yang beramal dengannya selepasnya tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga, dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga”.

    Astaghfirullah, berat tuh. Dosa sendiri pun entahkan tertanggung ke tidak, ini pula dosa org lain. Nauzubillah.

    .

    Intelek Dalam Beribadah?

    Selain merujuk kepada sikap intelek dalam berhadapan dengan teori-teori, dakwaan dsb, sikap intelek juga penting dalam beribadah! Ini kerana, ia adalah antara syarat-syarat agar sesuatu ibadah kita diterima.

    Apa syarat-syarat yang diletakkan kepada sesuatu ibadah, agar diterima? Secara umumnya, terdapat 2 syarat terpenting, iaitu pertama – niat, dan kedua – mengikut syariat.

    Part kedua “mengikut syariat” itu yang paling penting, untuk kita terapkan sikap intelek. Kenapa penting? Kerana, hanya syariat yang sahih daripada Rasulullah, sahih melalui alQuran dan Sunnah sahaja yang diterima. Ini kerana, jika ibadah tersebut tidak bersandarkan kepada sunnah atau quran, maka ibadah tersebut akan menjadi bida’ah.

    Contoh-contoh ibadah yang perlukan permurnian dengan sikap intelek, banyak sebenarnya. Contohnya, seseorang datang kepada anda dan mengatakan kepada anda, “adalah wajib membaca surah yassin di malam jumaat”. Jika kita mendengar seseorang mendatangkan dakwaan seperti itu, maka kita juga perlu mengaplikasikan sikap intelek dalam berhadapan dengannya. Apa langkah pertama perlu kita buat? Rujuk ayat surah an-nahl yang saya berikan di atas. Hehe. Itu cara kita bersikap intelek ketika berhadapan dengan dakwaan tersebut.

    Apa implikasi kita tidak mengamalkan sikap berintelek dalam beribadah? Seperti yang saya nyatakan tadi, sekiranya ibadah kita tidak berasaskan daripada sumber yang sahih, maka ibadah kita tertolak. Sebab itulah, kita perlu mempraktiskan sikap intelek ini.

    .

    Kembali kepada isu H1N1 dan teori konspirasi.

    Secara umum, saya tidaklah mengambil berat sangat akan teori-teori konspirasi ini. Kerana saya berpendirian, daripada saya menghabiskan masa berkonspirasi itu ini, adalah lebih baik saya meluangkan masa menyumbang sesuatu yang benar-benar boleh membantu kepada masalah yang wujud. Contohnya, untuk isu H1N1, instead of menceritakan konspirasi-konspirasi itu ini kepada rakan2, adalah lebih baik saya menceritakan mengenai bagaimana mencegahnya, bagaimana membasuh tangan yang betul, apa ubat-ubatan dan vitamin yang boleh diambil dsb.

    So pendek kata, sucikanlah pemikiran kita. Tidak mengapa nak membaca mengenai teori NWO ke, Illuminati ke, etc etc. Benda2 tu mmg la seronok nak baca, dah nama pun konspirasi. Tapi setakat membaca, boleh lah. Untuk mempercayai, saya selaku seorang yang sedaya upaya mengamalkan sikap berintelek, tidak akan semudah itu untuk percaya bulat2 dengan hanya menonton video, membaca artikel2 dll. Apatah lagi untuk menyebarkan pula kepada orang lain. =)

     
    • eizan 7:09 pm on September 27, 2009 Pautan Kekal | Balas

      salam..
      entry yang bermaklumat..

      • hani shuhaireen 8:26 pm on September 28, 2009 Pautan Kekal | Balas

        salam…sy tak bersetuju kalau kita sekdar membaca teori tanpa membidas.seharusnya,kita membaca dan membidas supaya kita tak biarkan yang jahil membacanya trus membuta tuli percaya.lagi satu,kita orang islam.kita kena baca dengan teliti dan kaji apa segala perkembangan yang nak menusuk ummah kita…jadi,tak perlulah buat ayat “tidak mengapa membaca mengenai teori NWO le..illuinati ke….benda2 tu mmg la snok nak baca……….bla bla bla…………”

        betul hani, itu point yang dibawa oleh post ini. konklusi telahpun anda buat iaitu dengan ayat anda “kita kena baca dengan teliti dan kaji apa segala perkembangan yang nak menusuk ummah kita”

        isu-isu mengenai H1N1 yang dibawakan oleh user tersebut, telahpun saya bidas melalui link perbincangan di atas. namun tentulah, untuk membidas semua, kita ni bukannya tahu mengenai semua benda. langkah yang terbaik adalah setiap dari kita mengamalkan sikap berhati-hati dan menyelidik sebelum mempercayai.

        berkenaan ayat saya tersebut, ada yg x kena ke dgn ayat tersebut? ayat tersebut tidaklah saya melarang, mahupun menggalakkan, tetapi sekadar menyuntik semangat ingin tahu dan mengkaji kesahihannya terlebih dahulu sebelum mempercayainya. maaf seandainya ayat saya tersebut mengelirukan anda. =)

        • dz_shiro 8:51 pm on September 29, 2009 Pautan Kekal | Balas

          illuminati.. apakah itu??.. pk2 kan la… kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang…
          jadilah seorang yang berilmu…
          kalau takat sijil bergulung2 itu tak tahu ini tak tahu..
          apa guna blajar tinggi2
          duk rumah blajar memasak lagi bagus
          knowledge is power

          betul tu, shiro. tapi janganlah bila melihat pokok bergoyang, terus kita assume itu disebabkan angin.

          kerana itulah kita dianjurkan untuk menuntut ilmu, kerana hanya dengan ilmu lah kita dapat mempersiapkan diri. tanpa ilmu, mudahlah untuk kita mempercayai sesuatu secara membuta tuli, mudahlah untuk mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu. =)

          • hani shuhaireen 4:59 pm on Oktober 8, 2009 Pautan Kekal | Balas

            sekrang ni tak de angin pun pokok goyang saudara….tawu tak cmner?…sbb ade monyet kat bawah tu goyangkan……tue bidalan melayu dah tak sesuai zaman skrg.

            haa..sebab tu la kita kena check! pokok goyang sebab angin ka, sebab ada monyet goyangkan ke, sebab gempa bumi ke, sebab ade yahudi tengah panjat ke etc. Kalau kita kreatif, 1001 macam sebab kita boleh bagi “kenapa pokok goyang”. Bagi orang yg jahil, dia just pilih je mana2 sebab yg best bagi dia. Bagi orang yg berintelek, dia akan siasat dulu – tengok betul2 kat pokok tu, letak kamera, catat sape yg lalu lalang kat pokok tu, sukat berapa kelajuan angin dsb.

            Pilih lah nak jadi yg jahil, atau yang berintelek? =)

        • hani shuhaireen 5:02 pm on Oktober 8, 2009 Pautan Kekal | Balas

          kalau saudara melarang pun, doesnt mean anything at all….sbb saudara pun insan biasa.sama ja dgn saya…

          Tak..tak larang. Cuma menyampaikan peringatan dan larangan dari Allah dan RasulNya. Kalau Dia yang larang pun cik kata “doesnt mean anything at all”, I rest my case lah. Hehe.

          Oh ya, cik Hani. Knape xleh tinggal comment kat blog cik hani ek? Browser saya problem kot. By the way, cuma nak sampaikan teguran, kat post cik hani yang ini

          http://haniainulmardhiah.blogspot.com/2009/07/firman-firman-allah.html

          Ada sedikit kesilapan kat part ini:

          “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
          (Surah Yusuf: Ayat 12)

          Sebenarnya ayat ini dari Surah Yusuf (Surah ke 12), ayat 87. Bukannya ayat 12. Banyak sebenarnya orang copy-paste benda ni turut melakukan kesilapan yang sama. Termasuklah saya, ketika saya pun copy-paste benda yang sama 3 tahun lepas kat post ni:

          http://leokid.wordpress.com/2006/07/19/kenapa/

          See, ini antara hikmah kita kena check dulu apa yang kita dapat sebelum kita menyebarkan. =)

          • hani shuhaireen 4:17 pm on Oktober 9, 2009 Pautan Kekal | Balas

            smoga teguran ni takde niat lain dari sekdar tegur

            err..niat ape lagi ek yg ade? Huhu -_-”

            jgn salah faham ye. saya pun pernah melakukan kesilapan yg serupa gak dulu. xtaulah anda rasa camne, but as for me, saya rasa berdosa sgt2 sebab entah berapa ramai org baca, entah berapa ramai org copy artikel yg tersilap tersebut, malah mungkin menyampaikan pula kepada org lain. entah berapa ribu org mendapat artikel yg tersilap tersebut – kerana kelalaian saya untuk semak.

            since that lah saya berazam kat diri sendiri, kalau saya jumpa artikel yg sama yg ada kesilapan tersebut, akan saya tegur dan perbetulkan. kerana mungkin artikel tersebut di-copy dari saya suatu masa dahulu. sebab tu kalau tgk kat post saya yg dah diperbetulkan tu, even ada sorg blogger indonesia mengucapkn terima kasih kpd saya kerana menegur kesilapan yg sama tersebut.

            mungkin ia tak dapat menebus dosa kelalaian saya selama2nya, namun semoga usaha saya ini dipandang oleh Allah lalu dikurniakan keampunan terhadap dosa tersebut T_T

            Atas sebab itulah, saya menyeru kepada semua orang – agar menyemak terlebih dahulu berita yg diperolehi sebelum menyebar. Kelalaian saya untuk semak artikel tersebut, telah menyebabkan saya berdosa mendustai ayat Allah. Kelalaian kita yang membaca artikel2 konspirasi tapi malas nk menyemak? Kalau betul takpe la, tapi kalau x betul, dah jadi fitnah namanya. Disebarkan pula kepada org lain, entah berapa ribu copy, berapa ribu kali ganda fitnahnya itu. Astaghfirullah.

            Siasat sebelum sebar!

  • leokid 2:36 pm on September 24, 2009 Pautan Kekal  

    Bergosip2 di kelas ENT 

    In Russia, we learn everything from the basics. That includes the mirrorhead. (^_^)v

    In Russia, we learn everything from the basic. That includes the mirrorhead. (^_^)v

    Sekarang ni aku tengah cycle ENT (Ear-Nose-Throat @ Telinga-Hidung-Tekak). Walaupun cycle ini merupakan cycle exam, tetapi kelas ENT adalah sangat relax. Memandangkan cikgu kami, Prof. Yuri Aleeksevich slalu bz dengan appointment with patients, operations, procedures etc, so kami menghabiskan banyak masa dalam bilik kelas..

    Macam hari ni. Kelas sepatutnya start pukul 9. Tapi oleh sebab2 yg x dapat dielakkan, prof masuk pukul 11. Hehe. Dia masuk kejap, bawak lampu xray then tengok2 sape yg ada, pastu dia keluar balik. Then dia masuk balik pukul 11.30 camtu..ajar sket2. Pukul 12 kelas habis…boleh balik..hehe.

    Tapi xdela nak kata x belajar langsung. Banyak jugak la yg belajar. Macam hari ni, dia terang pasal xray & investigations for sinuses. Jugak dia terangkan mengenai beberapa procedure berkaitan frontal sinus, maxillary sinus, etc etc. Sesetengah kelas, dia bagi ikut buat procedure kat patient, contohnya macam anterior nasal packing, rhinoscopy, etc.

    Malah ditakdirkan aku sekarang tengah suffer from tonsillitis. Since sabtu aritu lagi. Huhu. Orang x perasan (sebab tengok aku makan banyak kat open2 houses kot -_-”), tapi actually sakit oo bila menelan T_T. Namun alhamdulillah tengah cycle ENT, aku consult la prof aku tu pasal tonsillitis. Consult pulak kebetulan kelas pada hari tu topik pharyngoscope..dah aku jadi test subject dalam kelas. So prof pun perform pharyngoscope kat aku depan sumer org laen, dan nampak ada accumulation of pathologic substances kat lacunae tonsil. Kena perform lacunae drainage. Aku dibawa la ke procedure room, then dengan satu jarum yg besar dan panjang serta antiseptic solution, prof demonstrate camne nak buat drainage. Xde la sakit sangat pun, although keluar jugak la air mata (tu reflex, xpe. heheh).

    Then dia prescribe aku ubat, so xde masalah lah. But still, x surut2 lagi sakit tuh. Tension betul. Hopefully before weekend ni hilang la tonsillitis ni, aku nk enjoy makan open house byk2 T___T

    Berbalik kepada hari ni. Well, dalam tempoh prof xde dalam kelas tu, macam2 lah aktiviti yg kitorg buat. Although most of the time, kitorg bergossip je. Eheh diorg yg bergossip, aku tumpang dengar je. Although ade gak la kadang2 menyampuk. Kire partner-in-crime lah kan?

    Antara topic yg dibincangkan, adalah kedatangan junior2 first year yang dijangka akan tiba malam esok. Hmm…bila sembang pasal budak2 baru ni, timbul jugaklah kisah budak2 first year tahun lepas (2nd year sekarang)

    Lepas sorang, sorang rakan2 bergosip aku menyatakan – budak2 2nd year kurang ajar. budak2 2nd year x respect senior. Malah sorg member aku tu punya la semangat bergossip, sampai ada unsur2 keganasan dan threatening lagi. X penah2 aku tengok dia semangat bergossip camni. Haha!

    However the topic kinda buat aku terfikir la. Ye ke ek budak2 2nd year x brape respect senior? Aku ingat lagi masa diorg datang, last year. Aku antara yg terlibat first hand menyambut kedatangan diorg. Tolong bawak beg, tunjukkan bilik, belikan itu ini, etc. One of the reason was because I was one of the PPIM at that time, but mostly because aku tahu it’s hard to adapt in here, especially bila baru sampai. Terkenangkan masa aku first year lah, buatkan aku jadi agak concern dengan diorg.

    But somehow, sesetengah mereka salah faham pula akan concern aku. Mungkin aku terlalu peramah ke? Tapi aku biasa je peramah camtu ngan sumer org. Malah aku pun ada je junior2 yg rapat ngan aku dalam 3rd year. Even dalam kalangan kawan2 aku, sesetengahnya lah. Huhu. Then salah faham tersebut makin tersebar, dan menjadi fitnah pula ke atas diri aku. Astaghfirullah.

    So bila rakan2 bergossip aku tu mention yg budak2 2nd year ramai x respect senior, aku actually rasa nak backup diorg. Yelah, bukan semua kan. Tapi bila fikir2 balik, teringat-ingatkan balik, somehow I do agree with them. Tapi xdela nak kata diorg sampai tahap kurang ajar, tapi personally bagi aku, agak disrespectful la. Dan bukan semuanya, ramai je budak2 2nd year yg aku senang bergaul dan beramah mesra. So secara peribadi, I don’t despise or dislike them, I just kinda disappointed with them,

    So tahun ni, budak2 baru first year datang. Aritu terserempak dengan Abe (org kuat baru MSA), ada sembang2 pasal budak2 yang baru nak datang ni. Dia ada gak la invite aku datang tolong2 bila diorg sampai nanti. Tolong2 biasa lah, macam tahun2 lepas. Somehow, I feel reluctant – nak gi tolong ke tak ek. Maybe xyah kot, biar jelah budak2 3rd year n 2nd year lak yg tolong2 diorg. But honestly, dah xnak nk tolong kot, sebab takut2 nnt tak di-appreciate jugak. Huhu. Tak kisahlah, after all ramai lagi yg boleh tolong korang.

    As for budak2 1st year nanti, I really hope u all behave urself k. Jangan lah menyombong diri. Kitorg xde la minta korg balas balik pertolongan2 kitorg tu, but a simple respect and appreciation would be nice. After all, tahun2 akan datang korang pulak yg akan tolong junior2 korang nanti. Kalau awal2 korang dah disrespectful kat senior, then bila korg jadi senior and korg punya junior lak yg disrespectful kat korg baru padan muka balik. Harharhar.

    Since budak2 baru nak datang, aku dengan ini memulakan kembali bisnes Skype aku secara serius balik. Dulu aku guna middle man, supplier, guna perantara PayPal. Tapi since kena tipu ngan PayPal aritu, terus tergendala bisnes aku. Kali ini, aku start balik, eliminate the middle man and supplier, to he** with Paypal. Aku deal directly je sumer, senang citer. Xde la untung hilang kat mane2, sumer masuk poket aku sendiri.

    So as a token of welcoming to the juniors 1st year, sape2 yg ade nak call rumah atau SMS ke, boleh contact aku. Sementara korang nak dapat line phone @ line internet ni, aku boleh gak la bagi service skype free, pro-bono. Tapi untuk call umah @ makbapak jela. Kalau call pakwe/makwe aku hempuk ngan monitor aku. hehe.

    Anyway, skrg tengah dalam proses nak gather balik my momentum, and recoup my pace. Dalam study, dalam life, dalam blogging, dalam habluminallah, dalam habluminannas. Hmmm… Apa2pun, selamat hari raya dari Leokid’s Life, and stay tuned for my next posts.

    Wassalam.

     
    • Mukhlis 7:27 pm on September 24, 2009 Pautan Kekal

      Salam kpd saudara Leokid,
      terus terang mmg ak amt terkilan dgn kenyataan yg mengaitkan 2nd year. Ak x salahkan sesiapa, apatah lagi kepada saudara, cuma sudi ak peringatkan kepada saudara jikalau ada apa2 salah yg dilakukan oleh mana-mana rakan-rakan kami, mohon dibawa berbincang dan bukan saling mengumpat. Ingatlah akan ad satu golongan yang akan muflis di hari akhirat kelak, hanyasanya kerana balasan amalnya telah diberikan kepada org lain kerana dosa yang beliau lakukan tanpa disedari yakni mengumpat. Sama-samalah kita membawa kepada muhasabah diri dan nasihta-menasihati, insya-Allah sama-sama kita menuju syurga Allah tanpa ad iri hati dan hasad dengki. Semoga silap dan salah pelajar tahun kedua dimaafkan dan kami sentiasa memaafkan Insya-Allah.

      Ahaha, mukhlis. Jangan risau, rasanya anda bukan antara yg diperkatakan. Mostly, takde ape yg serious sangat rasanya. Yang ada cuma yg “terasa” di hati jelah. Biasalah, hal masing2 individu masing2. Hehe. Saya sendiri macam yg saya kata, tidaklah sampai tahap “membenci” atau “tak suka”, cuma lebih kepada “kecewa” jelah.

      That’s why saya x ambil hati sangat dgn korg. Sesape antara korg yg rasa ada wat salah kat sesape yg laen tu, sendiri2 boleh faham kot. Sendiri2 boleh usaha inisiatif sendiri minta maaf kat sesape tersebut lah. Takdenye dalam post ni teguran disampaikan secara spesifik kepada mana2 individu. xde pun mention budak mara ke, jpa ke, laki ke, pompuan ke, etc etc. so isu ngumpat tu inshaAllah x wujud lah dalam post ni. Perbualan siang tadi pun lebih kepada sesi meluahkan perasaan dan merungut2, tanpa ada niat membuka aib atau menjatuhkan peribadi sesape. Rasanya x perlulah melatah, kalau anda rasa anda xde masalah ape2. Apapun terima kasih atas perkongsian. =)

      Oh ya, bytheway, post ini cuma menceritakan kejadian yg berlaku di kelas ENT siang tadi, serta ulasan saya dari sudut peribadi ye. Ia sama sekali tidak melambangkan tanggapan para senior2 yg laen. Kalau anda rasa x betul, x perlu react sangat kot. Macam la “discussion” kami tadi tu grand @ serius sangat. Sekadar perbualan kosong mengisi masa lapang. :D

      Saya di sini sentiasa mengharapkan habluminannas yang baik antara kita setiap pelajar di nizhny ni. so bila timbul rungutan2 camni yg saya dengar, adalah sangat xbest lah. Hehe. Jom masing2 kita muhasabah diri ye, kalau2 kita ada terkasar bahasa tersalah kata kat mana2. Permohonan maaf anda, saya secara peribadi maafkan lah antara kita. Tapi x tahu la org laen cmne. =p

    • Aisyah 3:07 am on September 26, 2009 Pautan Kekal

      salam,
      people help each other not to get sumthin in return….
      kite ni sume manusia…..
      kalau ade tersilap ke hape bwk bincang…bak kate mukhlis…..
      x puas ati knape??ade 2nd yr cari gaduh?
      mmg btol maybe kitorg ade wat slh silap…
      korg da 4th yr…..pttnye tunjuk contoh yg baek…..bukan b’gossip sampai ada unsur2 keganasan dan threatening lagi….
      kalo sy nk kate pon bole je…4th yr pon bukan sume baek….but bukan sume yg bukan baek…
      kite pon same2 Islam n same2 malaysian kt sni kan….
      so watpe nk kecoh2….x puas ati dgn sesetgh org x de kaitan dgn batch or sape2…
      biase r dlm relationship mmg ade yg x puas ati kan…..
      sy komen kt sni juz nk sampaikan majority 2nd yr x puas ati dgn post ni…..
      thnx

      Seperti yang saya katakan, post ini adalah ulasan saya terhadapan kejadian ketika kelas tersebut. Secara peribadi, saya xde masalah pape dengan most of 2nd years. Malah saya menyanjung tinggi sesetengah anda, seperti Hafiz (xroomate saya), hairi (ketua chef), K.A dll (sekadar menyebut beberapa nama.)

      So terpulanglah kepada bagaimana korang semua nak react dengan post ini. Whether korang nak still in denial, atau start to think “is it really true or not?”.

      kalau still nak marah2, still in denial, i’ve got no problem with that. Kalau korang nak saya delete dan padamkan balik yg saya tulis berkaitan korg di atas pun, saya takde masalah. Korang nak saya minta maaf, fine, boleh je saya nak minta maaf. Saya tidak ada apa2 benefit or loss dengan post saya ni, tapi in the end it’s up to korang lah nak terima ini as teguran atau tidak. =)

      • efenem 2:20 pm on September 26, 2009 Pautan Kekal

        Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

        Aku uruskan kemasukan 1st year tiap2 tahun termasuk tahun ni… 5th yr skarang masa diorang 1st ada jugak masalah, tp last2 kamcing jugak… 4th yr, wlpn xbrape kamcing sngt (sbb mostly duduk hostel no 1), tp respect ada sesama kitorang… 3rd yr sporting and respectful… 1st yr skrang no komen lg…

        But the 2nd yrs – they annoy the most. Wlpn maybe sbb beberapa senior bagi muka, but complains of the 2nd yr third hostel adalah yg paling banyak. PALING BANYAK!

        Tanya kesimpulan seniors yg komplen: 2nd yrs kurang ajar… Actually at first aku xstuju gak, sbb diorang mcm ok je… but after setahun memerhati, I have to agree…

        Wlpn bukan semua 2nd yrs yg terlibat dalam bidang kurang ajar ni, namun, semua org yg komplen nk refer 2nd yrs… Kami tidaklah mahu mengganas, kami cuma nk korang tau korang sekarang tengah dibenci… Muflis di akhirat, senior perlu tunjuk contoh yg baik semua tu alasan utk korang tak mahu berubah utk jadi more respectful saja…

        Kami cakap pun xdenga, nasihat xmakan… bukanla menunjuk ego seorang senior atau apa, just show to everyone u r part of the community and willing to live as a good community… smiling, jawab salam, tegur menegur are not too much too ask…

        Now that the sentiment of hatred is growing like wild fire, it’s imperative u all buck up! We know how to work around things to make your ACADEMIC life much more living hell such as lodging more complains to your anat or histo teachers or whatever… Lodging complains have been doing hell to some students so far (e.g. anat, pharmaco, path anat), so pls dont make us do it…

        This is NOT a threat.

        @fnm: well said.

        @all : so, untuk mengelakkan pertelingkahan lanjut, saya lock ye ruangan comment. also, certain words/links are removed.

        post ini dibuat atas dasar peribadi, untuk berkongsi apa yang saya lihat dan dengar. somehow, sesetengah orang x dapat terima hakikat / realiti yang sedang terjadi.

        juga, seniority bukanlah isu di sini. it’s how u bring urself in a community.

        and lastly, saya tidak berapa mengalu-alukan komen yang bersikap judging, terutamanya dari orang luar. setakat melontarkan pendapat, boleh terima lagi. tapi kalau dengan x tahu apa2 terus menyampuk judging itu ini, bagi saya itu adalah zalim lah. seek first to understand, then to be understood.

        anyway, sempena hari raya ini jom lah kita sama2 memaafkan antara satu sama lain, serta memuhasabah kembali diri kita masing2. wassalam.

    • Leokid 3:23 pm on September 27, 2009 Pautan Kekal

      dicopy dari komen di artikel bawah:

      salam,,,nak bagi komen tuk yg atas, tapi dikunci so komen sini je k?? aci? aci? (if x sudi, delet je lah huh)

      orait,,,erm,,,manusia kena sanggup menerima kritikan utk berjaya,,sanggup utk di’ketuk’ so for me, bila kita junior so kenalah open, kalau dikritik tu biasalah then perbetulkan apa yg dirasakan perlu…erm thx lah bro efenem, byk jasa tuh uruskan junior 5 thn berturut2x ~_^,,kalo senior langsung tak care sal junior, lagi sedeh tau seyes cakap…(nasihat tuk junio2 termashuk lah saya opssso~!)

  • leokid 11:03 pm on September 23, 2009 Pautan Kekal | Balas  

    Laskar Pelangi 

    mimpi adalah kunci
    untuk kita menakhlukkan dunia
    berlarilah tanpa lelah
    sampai engkau meraihnya

    laskar pelangi
    tak kan terikat waktu
    bebaskan mimpimu di angkasa
    warnai bintang di jiwa

    menarilah dan terus tertawa
    walau dunia tak seindah surga
    bersyukurlah pada Yang Kuasa
    cinta kita di dunia
    selamanya…

    cinta kepada hidup
    memberikan senyuman abadi
    walau hidup kadang tak adil
    tapi cinta lengkapi kita

    laskar pelangi
    tak kan terikat waktu
    jangan berhenti mewarnai
    jutaan mimpi di bumi

    menarilah dan terus tertawa
    walau dunia tak seindah surga
    bersyukurlah pada Yang Kuasa
    cinta kita di dunia

    menarilah dan terus tertawa
    walau dunia tak seindah surga
    bersyukurlah pada Yang Kuasa
    cinta kita di dunia
    selamanya
    selamanya

    Download di sinih~ lepas download tukar extension jadi .mp3 ye.

    Ps : Maaf lama x update. Banyak benda yg nk diceritakan smpai xtau nk citer apa. Hehe. Amiklah lagu atas ni sebagai sinopsisnya =p

    Ps2 : Leokid.com terpaksa di-design semula, lalu dijenamakan semula menjadi Leokid.My. Konsep diubah menjadi multi-genre. Sila2 lawat~

    Oh ya – latest pic:

    Raya Pic~

    Raya Pic~

     
    • sudah kawen ka belom 8:59 am on September 27, 2009 Pautan Kekal | Balas

      salam,,,nak bagi komen tuk yg atas, tapi dikunci so komen sini je k?? aci? aci? (if x sudi, delet je lah huh)

      orait,,,erm,,,manusia kena sanggup menerima kritikan utk berjaya,,sanggup utk di’ketuk’ so for me, bila kita junior so kenalah open, kalau dikritik tu biasalah then perbetulkan apa yg dirasakan perlu…erm thx lah bro efenem, byk jasa tuh uruskan junior 5 thn berturut2x ~_^,,kalo senior langsung tak care sal junior, lagi sedeh tau seyes cakap…(nasihat tuk junio2 termashuk lah saya opssso~!)

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal