Konspirasi H1N1 – Sikap Kita
Dalam kehangatan badan yang tengah demam, dengan samar-samar mata dan pening-pening lalat, baru sebentar tadi saya terlibat dengan sebuah perbincangan di iLuvIslam. Isunya mudah sahaja, mengenai perkembangan status wabak yang famous ketika ini, iaitu H1N1 dan perkaitannya pula dengan pelbagai jenis teori konspirasi yang ada sekarang ini.
Apa itu teori konspirasi? Kalau ikut kamus built-in Mac saya, ni, conspiracy theory bermaksud “a belief that some covert but influential organization is responsible for an unexplained event.” Secara ringkasnya, teori konspirasi adalah kepercayaan bahawa wujudnya sesebuah organisasi yang tidak diketahui tetapi berpengaruh, yang terlibat dalam sesuatu kejadian yang berlaku. Antara teori-teori konspirasi yang terkenal, termasuklah seperti New World Order (NWO), serta ratusan lagi. Boleh rujuk List of Conspiracy Theory di sebuah artikel Wikipedia ini.
Pandemik H1N1, yang merupakan “event of the year”, tentulah tidak terkecuali daripada teori-teori konspirasi ini. Saya memang mengikuti dengan teliti perkembangan H1N1, dan sejak dari awal kemunculannya saya telahpun mendengar bermacam dakwaan yang dibuat terhadap pandemik ini. Dakwaan seperti ianya penyakit yang direka oleh para kapitalis, ianya direka oleh golongan zionis untuk menghancurkan Islam, ianya merupakan senjata kimia baru negara Russia etc etc, banyak saya jumpai di forum-forum perbincangan di internet.
Saya secara peribadi, tidaklah bersetuju atau menafikan dakwaan-dakwaan yang dikemukakan ini. Kerana teori-teori kontroversi ini sungguh luas kemungkinannya. Pendek kata, asalkan menjadi seorang yang kreatif, 1001 macam jenis teori kontroversi boleh dicetuskan! Atas sebab itulah saya memilih untuk tidak mempercayainya, kecuali didatangkan dengan bukti-bukti yang kukuh, dari mereka-mereka yang ahli dalam bidang tersebut, oleh media-media rasmi dan dipercayai.
Dalam perbincangan saya di iLuvIslam tersebut, terdapat ahli yang membawakan pendapat-pendapat yang mengaitkan H1N1 dengan teori konspirasi NWO (New World Order). Banyak jugalah dakwaan yang dibawanya – dalam vaksin H1N1 ada racun yang dimasukkan, seperti “racun” virus H5N1, Merkuri, dalam vaksin H1N1 ada mikrochip yang boleh membawa kanser dsb.
Jika saya seorang yang bukan di dalam bidang medik, mungkin saya biarkan sahaja. Atau mungkin saya boleh menjahilkan diri dan mempercayai dakwaan-dakwaan tersebut. Namun, memandangkan saya berada di dalam bidang medik, dan saya ada pengetahuan dan ilmu mengenai apa yang diperkatakan oleh dakwaan-dakwaan tersebut, saya memutuskan untuk memperbetulkan tanggapan user tersebut.
Justeru, jika kita berhadapan dengan teori-teori konspirasi serta dakwaan-dakwaan ini, kita perlulah menjadi manusia yang berintelek! Apa itu manusia yang berintelek?
Dari sudut bahasa, perkataan intelek itu sendiri banyak maksudnya, serta banyak bergantung kepada perspektif setiap orang. Namun, maksud intelek yang saya ambil adalah seperti yang dinyatakan oleh kamus built-in Mac saya:
intellect |ˈintlˌekt|
noun
the faculty of reasoning and understanding objectively, esp. with regard to abstract or academic matters : he was a man of action rather than of intellect.
• the understanding or mental powers of a particular person : his keen intellect.
• an intelligent or intellectual person : sapping our country of some of its brightest intellects.ORIGIN late Middle English : from Latin intellectus ‘understanding,’ from intellegere ‘understand’ (see intelligent ).
Merujuk kepada part yang bergaris itu, intelek secara ringkasnya bermaksud kebolehan kita untuk menerima dan mengkaji sesuatu secara objektif, terutamanya berkaitan perkara yang abstract atau perkara-perkara akademik
Point yang paling penting, adalah “mengkaji sesuatu secara objektif”. Kalau orang melayu kita ni, lebih kurang macam – jangan menerima bulat-bulat apa yang diberi. Sebaliknya, kita kena turut melihat dari aspek-aspek lain, secara menyeluruh.
Menilai secara objektif bermaksud kita perlulah mengenepikan semua faktor-faktor tidak berkaitan, contohnya kebencian terhadap sesuatu @ seseorang, kepentingan peribadi, mencari populariti, keuntungan dsb. Penilaian ke atas sesuatu dakwaan hendaklah dilakukan dalam keadaan mengetahui (berilmu), serta bebas dari pengaruh dalam dan luar (tidak bias).
.
Intelek Dalam Islam
Adakah konsep “intelek” yang saya nyatakan di atas, bersesuaian dengan Islam? Ya, ianya bersesuaian! Islam sangat2 menggalakkan umatnya agar mengkaji satu ke arah kebenaran, justeru menggalakkan umatnya agar menuntut ilmu, ataupun merujuk kepada orang yang berilmu jika kita tidak mengetahui.
Allah ada menyebut dalam al-Quran sebanyak 2 kali perihal hal ini. Iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 23, serta surah Al-Anbiya’ ayat 7, yang bermaksud:
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”
Sikap ini boleh kita ambil, terutamanya apabila berhadapan dengan dakwaan-dakwaan yang di luar bidang ilmu kita. Contohnya, mengenai H1N1. Kita tahu bahawa H1N1 ini merupakan masalah perubatan, maka sebarang teori, kontroversi, dakwaan dan sebagainya perlulah dirujuk kepada mereka yang berada di dalam bidang perubatan tersebut. Ini langkah yang penting, untuk mengelakkan dari adanya individu yang memandai-mandai serta mengiyakan tanpa sebarang pengetahuan yang kukuh.
Selain itu, sikap intelek yang mengenepikan faktor-faktor tidak berkaitan, emosi terutamanya, juga adalah sesuai dengan Islam! Perihal intelek ini ada disebutkan dalam Al-Quran lebih 1000 tahun lampau, melalui ayatNya iaitu:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. (Maidah 8)
Kan intelek itu bersesuaian dengan ayat Allah yang suruh kita berlaku adil walaupun kita bencikan sesuatu kaum? Berlaku adil itulah yang dimaksudkan dengan menilai secara objektif, dan orang yang berlaku adil itulah yang dikatakan orang yang berintelek.
.
Kenapa Pentingnya Sikap Intelek?
Kebanyakan daripada kita, mengambil sikap acuh-tak-acuh mengenai sikap intelek ini ketika berhadapan dengan dakwaan-dakwaan dan konspirasi. Dengan ayat-ayat yang memprovokasi, menghasut dsb, kita terutamanya golongan muda mudah sekali menerima apa jua dakwaan yang diberikan, seterusnya menceritakan pula kepada orang lain. Begitulah mudahnya dakwaan-dakwaan seperti ini disebarkan, berikutan kegagalan mengenalpasti antara fakta atau auta.
Islam melarang kita dari bersikap sedemikian, kerana sikap sedemikian (menyebarkan tanpa menyelidiki) buruk padahnya. Kalau sesiapa pernah bermain permainan “telefon karat”, tentu boleh memahami dan menganalogikannya dengan point saya ini. Tak pernah main? Boleh rujuk kepada artikel sahabat saya di Indonesia ini. Dengan sikap menyebarkan tanpa menyelidik inilah, adanya tokok tambah, putar-belit, campur-aduk antara fakta dan auta dan sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak.
AlQuran sendiri ada mengajar kita untuk menyelidiki terlebih dahulu sebelum kita menyebarkan sesuatu,
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kebodohan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Hujurat 7)
Malahan, Rasulullah sendiri ada bagi warning kat kita
Daripada Hafs bin ‘Asim katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar”. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Best kan Islam? Tanpa kita sedari pun, sebenarnya Islam telahpun mengajar kita agar menjadi manusia yang berintelek!
Begitulah juga akibatnya, jika kita mengamalkan sikap menyebarkan kepada rakan-rakan tanpa terlebih dahulu mengenalpasi sama ada ianya betul atau tidak. Kalau betul, alhamdulillah, tak apa lagi. Tapi kalau salah? Dan orang yang kita sampaikan tu pula, mempercayai apa yang kita sampaikan?
Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa memulakan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang yang beramal dengannya selepasnya tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga, dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga”.
Astaghfirullah, berat tuh. Dosa sendiri pun entahkan tertanggung ke tidak, ini pula dosa org lain. Nauzubillah.
.
Intelek Dalam Beribadah?
Selain merujuk kepada sikap intelek dalam berhadapan dengan teori-teori, dakwaan dsb, sikap intelek juga penting dalam beribadah! Ini kerana, ia adalah antara syarat-syarat agar sesuatu ibadah kita diterima.
Apa syarat-syarat yang diletakkan kepada sesuatu ibadah, agar diterima? Secara umumnya, terdapat 2 syarat terpenting, iaitu pertama – niat, dan kedua – mengikut syariat.
Part kedua “mengikut syariat” itu yang paling penting, untuk kita terapkan sikap intelek. Kenapa penting? Kerana, hanya syariat yang sahih daripada Rasulullah, sahih melalui alQuran dan Sunnah sahaja yang diterima. Ini kerana, jika ibadah tersebut tidak bersandarkan kepada sunnah atau quran, maka ibadah tersebut akan menjadi bida’ah.
Contoh-contoh ibadah yang perlukan permurnian dengan sikap intelek, banyak sebenarnya. Contohnya, seseorang datang kepada anda dan mengatakan kepada anda, “adalah wajib membaca surah yassin di malam jumaat”. Jika kita mendengar seseorang mendatangkan dakwaan seperti itu, maka kita juga perlu mengaplikasikan sikap intelek dalam berhadapan dengannya. Apa langkah pertama perlu kita buat? Rujuk ayat surah an-nahl yang saya berikan di atas. Hehe. Itu cara kita bersikap intelek ketika berhadapan dengan dakwaan tersebut.
Apa implikasi kita tidak mengamalkan sikap berintelek dalam beribadah? Seperti yang saya nyatakan tadi, sekiranya ibadah kita tidak berasaskan daripada sumber yang sahih, maka ibadah kita tertolak. Sebab itulah, kita perlu mempraktiskan sikap intelek ini.
.
Kembali kepada isu H1N1 dan teori konspirasi.
Secara umum, saya tidaklah mengambil berat sangat akan teori-teori konspirasi ini. Kerana saya berpendirian, daripada saya menghabiskan masa berkonspirasi itu ini, adalah lebih baik saya meluangkan masa menyumbang sesuatu yang benar-benar boleh membantu kepada masalah yang wujud. Contohnya, untuk isu H1N1, instead of menceritakan konspirasi-konspirasi itu ini kepada rakan2, adalah lebih baik saya menceritakan mengenai bagaimana mencegahnya, bagaimana membasuh tangan yang betul, apa ubat-ubatan dan vitamin yang boleh diambil dsb.
So pendek kata, sucikanlah pemikiran kita. Tidak mengapa nak membaca mengenai teori NWO ke, Illuminati ke, etc etc. Benda2 tu mmg la seronok nak baca, dah nama pun konspirasi. Tapi setakat membaca, boleh lah. Untuk mempercayai, saya selaku seorang yang sedaya upaya mengamalkan sikap berintelek, tidak akan semudah itu untuk percaya bulat2 dengan hanya menonton video, membaca artikel2 dll. Apatah lagi untuk menyebarkan pula kepada orang lain. =)


eizan 7:09 pm on September 27, 2009 Pautan Kekal |
salam..
entry yang bermaklumat..
hani shuhaireen 8:26 pm on September 28, 2009 Pautan Kekal |
salam…sy tak bersetuju kalau kita sekdar membaca teori tanpa membidas.seharusnya,kita membaca dan membidas supaya kita tak biarkan yang jahil membacanya trus membuta tuli percaya.lagi satu,kita orang islam.kita kena baca dengan teliti dan kaji apa segala perkembangan yang nak menusuk ummah kita…jadi,tak perlulah buat ayat “tidak mengapa membaca mengenai teori NWO le..illuinati ke….benda2 tu mmg la snok nak baca……….bla bla bla…………”
dz_shiro 8:51 pm on September 29, 2009 Pautan Kekal |
illuminati.. apakah itu??.. pk2 kan la… kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang…
jadilah seorang yang berilmu…
kalau takat sijil bergulung2 itu tak tahu ini tak tahu..
apa guna blajar tinggi2
duk rumah blajar memasak lagi bagus
knowledge is power
hani shuhaireen 4:59 pm on Oktober 8, 2009 Pautan Kekal |
sekrang ni tak de angin pun pokok goyang saudara….tawu tak cmner?…sbb ade monyet kat bawah tu goyangkan……tue bidalan melayu dah tak sesuai zaman skrg.
hani shuhaireen 5:02 pm on Oktober 8, 2009 Pautan Kekal |
kalau saudara melarang pun, doesnt mean anything at all….sbb saudara pun insan biasa.sama ja dgn saya…
hani shuhaireen 4:17 pm on Oktober 9, 2009 Pautan Kekal |
smoga teguran ni takde niat lain dari sekdar tegur