Mengembalikan Kefahaman Mengenai Dajjal Kepada Alquran Dan Sunnah

Sejak akhir-akhir ini, saya sering menjumpai orang memperkatakan di sana sini mengenai Dajjal. Titik tolaknya adalah dari tersebarnya pelbagai jenis artikel-artikel teori konspirasi di sana sini, yang mengaitkan kewujudan pertubuhan-pertubuhan tertentu dengan dajjal, salah satu tanda kiamat.

Saya secara peribadi pada mulanya agak sangsi. Pertama, kerana perkara berkaitan teori-teori konspirasi ini adalah sesuatu yang masih kabur, belum dibuktikan. Nama pun teori, jika dibuktikan maka bukan lagi bergelar teori sebaliknya sudah menjadi hukum dan kebenaran.

Keduanya, adalah berkaitan dengan dajjal. Dajjal disisi Islam adalah dikaitkan sebagai tanda-tanda definite/besar pengakhiran alam, iaitu hari kiamat. Kita semua sedia maklum, bahawa Islam itu tertegak dengan hujah dan dalil. Maka saya yang sering berfikir ini, bertemu dengan dua titik yang cukup berbeza – titik kekaburan dan ketidakpastian mengenai teori-teori konspirasi tersebut, dengan titik kebenaran dan hakikat mengenai dajjal disisi Islam yang tetap hukumnya! Bagaimana mungkin dua perkara yang berbeza ini, disatukan menjadi satu.

Lalu membawa saya kepada menyiasat asal-usul mengenai perkaitan dajjal dengan teori-teori ini. Hinggalah akhirnya, menemukan saya dengan beberapa artikel, yang menyatakan bahawa mereka mengambil tanda-tanda dajjal ini (atau digelar “kod-kod dajjal”) daripada alquran dan hadis serta daripada kitab-kitab lain termasuklah kitab yahudi (talmud, torah), kristian (bible, testaments), kitab-kitab india (Vedi) dan sebagainya.

Dajjal itu perkara ghaib

Di sisi Islam, terdapat beberapa aspek yang dinamakan perkara ghaib. Ramai yang tersalah anggap mengatakan perkara ghaib itu adalah perkara-perkara yang melibatkan alam ghaib, paranormal, hantu dan jin semata. Tidak, sebenarnya. Bagi orang Islam, perkara ghaib itu adalah perkara-perkara yang tidak dapat dinampak oleh pancaindera serta tidak dapat ditentukan kebenarannya, namun wajib diimani, dipercayai dan diakui.

Sesetengah orang, terutamanya saintis dan rasionalis berpendapat disebabkan Islam mempunyai aspek perkara ghaib inilah mereka gagal memahami Islam. Ini kerana bagi para saintis dan rasionalis, mereka gagal/sukar untuk akur kepada perkara-perkara yang bukan saintifik iaitu tidak dapat diukur dari segi kualitatif mahupun kuantitatif.

Sedangkan sesetengah yang lain pula, berpendapat perkara ghaib inilah yang menjadi asas kepada keimanan (faith) dalam Islam. Sepertimana kata pujangga – “To believe after seeing is normal. To believe without seeing is faith”. Ini yang menjadikan para penganut Islam istimewa – kita percaya kepada alam ghaib tanpa melihat dan menyentuhnya, dan dengan kepercayaan inilah kita memusatkan hidup kita terhadap yang ghaib iaitu Allah.

Jadi, apa itu perkara ghaib disisi Islam? Adakah Dajjal juga, perkara ghaib disisi Islam? Dalil kepada kewujudan perkara ghaib ini ada diceritakan di dalam alQuran, surah Al-Baqarah ayat 3

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ

Maksudnya: (Orang-orang yang bertaqwa adalah) mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib… (Surah Al-Baqarah: 3)

Imam As-Syirbini berkata dalam menjelaskan ayat tersebut dalam tafsir As-Siraj Al-Munir sebagai,

يصدّقون بما غاب عنهم من البعث والجزاء والجنة والنار والصراط والميزان

Maksudnya: (Orang yang beriman dengan yang ghaib) iaitu: mereka yang membenarkan apa yang ghaib (tidak kelihatan dengan pancaindera) daripada mereka daripada perkara-perkara berkaitan hari kebangkitan, hari pembalasan, syurga, neraka, as-sirath (jambatan) dan timbangan amal.

Secara ringkas, terdapat tujuh (tetapi tidak semestinya hanya tujuh) perkara ghaib yang ditafsirkan oleh Imam As-Syirbini:

  1. Tidak kelihatan dengan pancaindera – contohnya Allah, malaikat, iblis, jin, hantu dsb
  2. Perkara-perkara berkaitan hari kebangkitan – Alam barzakh, persoalan amal dalam kubur
  3. Perkara-perkara berkaitan hari pembalasan – Mengenai hari kiamat, tanda-tandanya serta bagaimana kejadiannya
  4. Perkara-perkara berkaitan syurga – suasananya, ciri-cirinya, ahli-ahlinya dsb
  5. Perkara-perkara berkaitan neraka – suasananya, ciri-cirinya, ahli-ahlinya dsb
  6. Perkara-perkara berkaitan titian sirat
  7. Perkara-perkara berkaitan timbangan amal

Jadi apa pula itu dajjal? Dajjal itu sebagaimana disebut oleh Rasulullah s.a.w adalah salah satu daripada tanda-tanda besar hari kiamat. Justeru, ya, Dajjal juga sebahagian daripada perkara ghaib!

Mungkin ada yang tertanya-tanya, oleh kerana perkara ghaib ini tidak saintifik, maka apa caranya untuk kita mengetahui mengenainya? Jawapannya adalah dengan berpandukan alQuran dan Hadis.

Perkara Ghaib itu adalah sepertimana yang diceritakan di dalam alQuran dan Hadis. Allah mewahyukan kepada kita mengenai hari akhirat, mengenai jin, mengenai syaitan dsb di dalam alQuran dan Hadis.

Saya ingin membawa kita semua cuba berfikir sejenak, mengenai rukun Iman kita. Tahukah anda, hampir semua rukun-rukun Iman kita adalah terdiri daripada perkara ghaib! Ironinya, semua rukun Iman tersebut kita mesti percaya kepadanya!

Rukun iman pertama, percaya kepada Allah. Bukankah Allah itu perkara ghaib? Kedua, percaya kepada malaikat – malaikat juga perkara ghaib! Keempat, percaya kepada Rasul – tetapi di zaman kita ini, sudah tidak ada Rasul yang hidup di dunia! Kelima, percaya kepada hari akhirat, sedangkan hari akhirat juga adalah perkara ghaib!

Keenam – percaya kepada qada’ dan qadar, iaitu sesuatu yang semestinya abstrak dan tidak boleh di-saintifikkan, maka saya secara peribadi mengatakan ia juga sebahagian dari perkara ghaib.

Antara kesemua rukun iman tersebut, satu yang saya tidak sebut – Percaya kepada Kitab, iaitu di zaman sekarang ini, hanya AlQuran yang benar-benar asli. Sebab itu dikatakan, AlQuran itu kunci keimanan!

Kebatilan merujuk mengenai Dajjal daripada sumber bukan Islam

Kembali kepada topik – Justeru itu, kita umat Islam, ada panduan tersendiri mengenai dajjal yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya, melalui alQuran dan Hadis. Kedua-dua alQuran dan Hadis adalah rujukan kita mengenai perihal dajjal, tanda-tandanya, kedatangannya, kesannya termasuklah siapa dia.

Tetapi para golongan conspiracy theorist kini telah mencampuradukkan perihal dajjal dengan mengambil keterangan-keterangan dari kitab-kitab bukan Islam seperti kitab yahudi dan kristian (testaments), kitab India (veda) dan pelbagai lagi yang entah dari mana sumbernya.

Bagi saya, saya melihat ini sebagai usaha “menyamaratakan” antara kesemua sumber-sumber ini atas alasan ianya “sejarah”, sedangkan perihal dajjal itu bagi umat Islam adalah perkara ghaib. Inilah apa yang dikatakan sebagai konsep “pluralisma” dalam agama, iaitu satu bentuk penyamarataan agama!

Contohnya, perihal hari kiamat. Perihal hari kiamat bagi umat Islam adalah satu perkara ghaib, yang mana kita hanya merujuk kepada alquran dan sunnah untuk mengerti mengenainya. Kenapa tidak menggunakan kitab-kitab dari agama-agama lain juga untuk menerangkan mengenai hari kiamat? Gunalah kitab mayan untuk menyatakan hari kiamat itu pada 2012. Gunalah kitab india yang mengatakan tiada hari kiamat melainkan kesemua manusia mencapai taraf moksya lalu bersatu menjadi nirvana?

Tidak boleh, kan? Kerana kiamat itu perkara ghaib. Begitu juga dajjal. Dajjal itu perkara ghaib. Ia telahpun diceritakan oleh Rasulullah dan Allah melalui hadis dan alQuran, maka cukuplah itu sahaja sumber kita mengenainya.

Ini permasalahan akidah yang cukup berat, sebenarnya. Kerana jika kita mengambil dan percaya keterangan dajjal dari kitab yahudi & kristian, kitab india dsb itu, ini bermakna kita juga beriman dengan kitab-kitab agama tersebut. Kita menyamaratakan taraf alquran dengan taraf kitab-kitab tersebut, itulah pluralisma dalam agama. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari keadaan sedemikian.

Saya menyanjung usaha pihak para conspiracy theorist dalam menyuntik kesedaran, namun hendaklah kesedaran yang disuntik tersebut adalah kesedaran untuk kembali merujuk kepada AlQuran dan Sunnah yang sebenar.

Dajjal Mengikut AlQuran dan Hadis

Pun begitu, saya bersyukur kepada Allah kerana usaha pihak para conspiracy theorist ini yang mula menyedarkan ummah mengenai fitnah dajjal. Namun dalam menghadapinya, kita hendaklah merujuk kepada AlQuran dan Sunnah sahaja. Usahlah mengaitkan dajjal dengan binaan yang pelik-pelik, corak yang pelik-pelik, organisasi-organisasi tertentu dsb.

Saya tidak bercadang membawakan di sini “kod-kod dajjal” kompilasi saya pula, kerana tentunya akan memanjangkan penulisan saya yang sedia panjang ini. Nasihat saya, rujuklah para ulama’ yang menjadikan alquran dan hadis sebagai sumber mereka mengenai perihal dajjal tersebut.

Namun, saya berbesar hati membawakan panduan menghindari dari fitnah Dajjal menurut alQuran dan Hadis. Caranya nampak mudah, tapi sukar untuk kita laksanakan, iaitu – Kembali kepada alQuran dan Hadis. Saya memetik ulasan dari Ustaz Hasrizal dalam sebuah artikelnya, yang ada mengulas mengenai menghindari fitnah dajjal:

_______________________________________________________________

Terkenang kepada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang pendinding yang menyelamatkan manusia daripada fitnah intelektual Dajjal yang terzahir pada Materialisma.

Materialisma bukan gila kebendaan semata.

Ia adalah fahaman yang memaut makna pada yang tersurat hingga buta pada yang tersirat.

Berikut pesan Baginda:

Kepentingan Surah Al-Kahf

Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda – Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal (HR Muslim 809)

Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda – Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Surah al-Kahfi!

Kita digesa Sunnah melaziminya.

Menghidupkan malam Jumaat pada membaca dan menekuninya.

Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya. Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan:

Pandangan Sayyid Qutb:

1. Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)

2. Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap)

3. Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar)

Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.

_____________________________________________________________

Surah Al-Kahfi!

Saya tertarik dengan tafsiran surah Al-Kahfi menurut pandangan Sayyid Qutb tersebut. Dan berdasarkan pemikiran dan pemerhatian saya, itulah yang benar-benar diperlukan oleh umat Islam sekarang ini, bukan sekadar untuk menghadapi fitnah dajjal malah untuk mengembalikan kegemilangan Islam!

Pertamanya, tashih al-Aqidah. Memperbetulkan aqidah dan kepercayaan kita. Hendaklah aqidah kita, berlandaskan alquran dan sunnah yang sahih. Akidah ini memainkan peranan yang penting dalam beribadah! Terpesong akidah, runtuhlah ibadah, rosaklah akhlak.

Murnikanlah aqidah, iaitu dengan memusatkan segala niat ibadah kita hanya kepada Allah. Bukan kerana takutkan sesuatu makhluk @ sesuatu organisasi. Bukan kerana mahukan pengiktirafan dsb. Murnikanlah aqidah, iaitu dengan mengembalikan kembali tatacara ibadah kepada alquran dan sunnah. Hindarkan lah dari khurafat dan kepercayaan yang tidak berasas.

Keduanya, Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap). Allah menganugerahkan kepada kita pancaindera, untuk kita saling memerhati dan berfikir akan keagungannya! Bukannya memerhati dan berfikir, di mana agaknya tanda-tanda kod-kod dajjal itu. Asyik mencari dajjal, sehingga lupa kepada Allah.

Juga, perbetulkan metodologi berfikir kita. Tidak Allah jadikan semua benda di atas bumi ini, sia-sia. Fikirkanlah hikmah di sebalik kejadian tersebut. Fikirkan, bagaimana boleh kita memanfaatkan sesuatu itu untuk membangunkan Islam! Dan jangan lupa, hindarilah dari mengikat alquran dengan sains.

Dan ketiganya, Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar). Setelah kita berjaya memurnikan akidah kita, maka segala nilai-nilai lain seperti akhlak dan ibadah inshaAllah akan turut berlandaskan akidah tersebut. Dari situlah kita boleh kembali kepada tauhid tasawwuf yang asli, iaitu yang bersandarkan AlQuran dan Sunnah. Dari situlah, kita aplikasikan kegunaannya dalam kehidupan seharian – dalam berurusniaga, dalam berpolitik, dalam pendidikan, dalam ekonomi dan sebagainya.

Kesimpulan

Justeru itu, saya menyeru secara khusus kepada para conspiracy theorist, rujuklah kembali kepada AlQuran dan Sunnah dalam memperincikan dajjal. Kalaupun anda mahu berkonspirasi mengenai organisasi-organisasi rahsia seperti Freemason, Illuminati dsb, jangan libatkan mengenai dajjal iaitu perkara ghaib disisi Islam. Kita mahukan ummah kembali ke akidah yang murni, sebagaimana ummah di zaman Rasulullah. Ummah di zaman rasulullah, tidak perlukan bukti freemason illuminati dajjal dsb untuk beriman kepada Allah. Ummah di zaman Rasulullah, tidak perlu ditakut-takutkan dengan ancaman2, kerana Iman mereka itu cukup tebal berpandukan alQuran dan Sunnah.

Jika benar kalian hendak memperingati ummah akan bahaya fitnah Dajjal, maka lakukanlah apa yang disarankan oleh Rasulullah dalam hadis di atas tersebut. Anjurkanlah kuliah mentadabbur surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Galakkanlah ummah membaca dan menghafaz 10 ayat pertama dari surah alKahfi. Itulah sebaik-baik perlindungan daripada fitnah Dajjal, kerana ia datang sendiri daripada Allah dan RasulNya.

Dan kepada para pembaca pula, saya menyeru agar kita sentiasa berhati-hati. Kita sering berwaspada terhadap musuh-musuh Agama, namun kita lupa berwaspada terhadap diri kita sendiri. Dalam tak sedar, tangan kitalah yang melakukan fitnah dan kerosakan terhadap agama kita. Astaghfirullah. Marilah sama-sama kembali kepada alQuran dan Hadis, sebagai sumber keimanan kita. Dari situ kita bangkitkan ummah yang menyanjung alQuran dan Hadis, sebagai ummah kegemilangan inshaAllah!

19 thoughts on “Mengembalikan Kefahaman Mengenai Dajjal Kepada Alquran Dan Sunnah

  1. Salam. Satu artikel yang menarik. Saya mencadangkan saudara membaca satu buku keluaran Hijjaz Record iaitu Membongkar Misteri Dajjal tulisan Muhammad Nurani Maarif.

  2. Hadis riwayat Mughirah bin Syu`bah ra., ia berkata:

    Tidak ada seorang yang bertanya kepada Nabi saw. tentang Dajjal lebih banyak dari apa yang aku tanyakan.

    Beliau bersabda: Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu.

    Aku bertanya: Wahai Rasulullah, mereka mengatakan bahwa Dajjal itu membawa makanan dan sungai? Beliau menjawab: Perkaranya lebih ringan di hadapan Allah dari itu.

    (Shahih Muslim No.5231)

  3. Pingback: AJL 24 « Lindahpadlee writes

  4. Salam alaik. Seronok membaca artikel ini. Hm. Ana pernah terdengar dari naqibah ana masa tingkatan satu dulu… Dia kata, mungkin juga Dajjal yang dikatakan bermata satu itu ialah TV, komputer dan alat elektronik yang berskrin seakan-akan satu mata yang menghadap kita. Saya pegang kata-kata beliau dengan sekadar mempercayainya sebagai satu teori dan kemungkinan…

    • @nurazahfathirah:

      Sedangkan dalam kalangan ulama’ sendiri ada banyak yang berbeza pendapat dalam menafsirkan kalam2 alQuran dan Hadis berkaitan dajjal. Ada yang mengatakan dajjal itu suatu kaum. Ada yang mengambil pendapat dajjal itu secara literal, yakni makhluk setinggi 60 hasta bermata satu dan sebagainya.

      Dan tak mustahil juga, kalau ada ulama’ yang mengatakan dajjal itu sebenarnya televisyen, seperti yang saudari katakan.

      Walaupun nampak mengarut, asalkan ianya berdalilkan alQuran dan Sunnah maka ia bergantung pula pada tafsiran ulama’ ke atas dalil tersebut.

      Namun yang pasti tidak boleh dipakai/disandarkan, adalah sekiranya ia berdalilkan BUKAN dari alQuran dan Sunnah, malah ditafsirkan pula oleh pseudo-ulama. Ini adalah sesuatu yang sangat membahayakan akidah dan kefahaman kita.

  5. Salam, nasihat yang sangat bagus dan bernas. kita harus berkempen kepada penyucian aqidah, ittiba’ kepada al-Sunnah secara total dan berusaha kepada menyelamatkan dan mengembalikan cara hidup Islam dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Saya menyokong penuh kempen tuan. Di JTR sendiri insyaAllah dalam kempen menyedarkan saudara muslim dan bukan muslim, apapun aqidah merupakan yang terpenting.

    Pelbagai teori telah dikupas dan dikaji oleh sahabat-sahabat kita, seharusnya usaha seorang muslim ini perlu diberi penghargaan. merujuk kepada penulisan di atas, saya beranggapan bahawa mungkin mereka yg mengkaji dari sumber2 bukan al-Quran dan al-Sunnah itu bukan atas dasar menyamaratakan entiti sesebuah fahaman agama, ttpi mereka menggunakan sumber tersebut sebagai fakta kewujudan konpirasi ini. Cntohnya metod yg digunakan oleh Ahmed deedat, hanya menggunakan bible dlm berhujjah, tidk bermaksud merujuk kitab tersebut sebagai kepercayaan tetapi merujuk kepada apa yg mereka (nasrani) percayai.

    Apapun, kita tidak lari dari terkadang lupa dan terbabas. so, sangt baik untuk kita ingt mengingati… terima kasih. Tapi sy berasa, sangat penting untuk muslim tersebut, separuhnya menceburi bidang yang berbeza dari yang lain, jika semua ingin bercakap mengenai fiqh, siapa yg ingin ckp pasal aqidah. begitu juga isu ini. cuma sebagai seorang yg sedar, kita perlu pastikan yang sahabat2 kita tersebut berhati-hati dan tidak terbabas dari landasan al-Quran dan al-Sunnah.

    Kembali kepada sunnah yang tepat, itu lebih selamat. jauhi yang bukan sunnah kerana inilah punca hidupnya satu perkara keji dan merosakkan organisasi muslim. membaca surah al-Kahf hukumnya sunnah, tetapi adakah mengadakan suatu majlis untuk membaca surah al-Kahf itu sunnah? maaf jika ada yang tertinggal dalm pembacaan saya. Muslim, kembalilah kepada sunnah secara keseluruhannya, barula kita akan terhindar dari fitnah al-Masih al-Dajjal.

    Leokid:

    Menggunakan kitab kristian/yahudi, untuk berhadapan dengan kristian/yahudi adalah relevan dan difahami kerana hanya mereka yang mempercayai kitab mereka.

    Tetapi menggunakan kitab kristian, untuk berhadapan dengan Muslim – bagi saya adalah tidak relevan, dan hanya relevan jika Muslim mempercayai kitab kristian/yahudi itu terlebih dahulu. Tentunya sesuatu yang bercanggahan dengan akidah, bukan?

    Mengenai surah al-Kahf, rujuki tulisan Ustaz Hasrizal yang saya petik di atas yang turut menyatakan,

    “Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya. Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan…”

    Membacanya sahaja sudah sunnah, tidak kiralah sama ada berseorangan atau beramai-ramai. Majlis membaca beramai-ramai, adalah lebih mendekati sunnah daripada tidak membaca langsung. MeWAJIBkan majlis membaca beramai-ramai, itu yang menjadi masalahnya. Pun begitu, saya ulang ungkapan Ustaz Hasrizal tersebut – “Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya.”

    Oh baru tersedar, anda merupakan penulis JTR tersebut. Justeru suka saya memberi peringatan dan amaran, langkah yang anda sedang ambil ini merupakan langkah di atas ais yang nipis. Kerana apa yang anda tulis bukan memberi kesan kepada anda seorang, sebaliknya it’s a butterfly effect. Dan kesannya bukan serta-merta, sebaliknya anak cucu kita kelak yang akan merasakan tempiasnya. Jauhilah sangkaan, dan menulislah berdasarkan dalil, hujah dan bukti. Watawa sau bil haq, bukannya watawa sau biz zhon. Semoga Allah membimbing kita semua.

    Penulisan saya di link satu ini, ada saya perincikan mengenai perkaitan permasalahan akidah:

    http://leokid.wordpress.com/2009/12/07/monolog-i/

    Wallahua’lam. Wassalam.

  6. Apa salahnya jika menggunakan bible dan lain2 utk menerangkan kesalahn dan kontradik dlm kitab berkenaan kepada muslim,dan perlukah muslim itu percaya dulu kitab tersebut bru boleh kite gunakan kitab itu utk penerangan? atau sy tidak faham dengan penjelasan anda. maaf.

    Leokid:

    itu yang saya maksudkan. kita menggunakan bible untuk menerangkan kesalahan dan kontradiksi kepada orang kristian, maka itu adalah logik dan relevan. kerana orang kristian yang mempercayai bible. kita tidak mempercayai pun ayat-ayat di dalam bible tersebut.

    tetapi menggunakan bible untuk menerangkan (dan kononnya membenarkan?) perkara disisi Islam, KEPADA ORG ISLAM? Saya menceritakan mengenai hari kiamat kepada anak saya, berpandukan kepada Bible? Bolehkah?

    Hujah dari bible, adalah ditujukan kepada orang kristian. Kalau nak guna alquran memang tak boleh, kerana orang kristian tidak percayakan alquran.

    Hujah dari Veda, adalah ditujukan kepada orang India. Kita takleh guna bible, kerana orang india tidak percayakan bible.

    Habis, untuk orang Islam, kita campur semua, camna? Orang Islam ni, percayakan semua kitab tu ke? Muhasabah balik.

    Ya, mmg membaca al-Kahf pada malm jumaat hukumnya sunnah, tetapi cara membaca beramai-ramai dan membuat jemaah yang demikian menyalahi sunnah (maaf jika anda mendapati ada hadith yg menerangkan cara tersebut), dan ingat satu hadis nabi yang sahih dari Bukhari dan Muslim ” من عمل عمل ما ليس فيه أمرنا فهو رد ” yg bermaksud, sesiapa yg melakukan sesuatu perkara yg bukan datangnya dari kami, maka ianya akan tertolak.

    membaca beramai-ramai tu, ada atau tidak “membaca” di dalamnya? ada ke saya datangkan pengkhususan, barangsiapa baca ramai2 maka ada baginya sekian2 pahala, atau saya bawakan hukum, wajibnya baca beramai2 dsb? sesiapa nak baca, maka baca lah. sesiapa taknak baca, maka tiadalah perlu dihukum apa!

    anjuran bacaan beramai-ramai itu, adalah atas dasar kerana “membaca” itu sendiri sudah sunnah. membaca beramai-ramai itu lebih mendekati sunnah, daripada tidak membaca langsung baik beramai2 atau seorang diri.

    fine, andai perkara ini pun sukar untuk anda fahami, maka silalah abai sepotong ayat saya tersebut. ah even better, saya tukarkan ayat tersebut di artikel saya dengan ayat lain. ianya bukan akar kepada artikel saya di atas. mungkin anda boleh cuba memikirkan dan menghayati asal-usul “membaca yassin malam jumaat” dalam masyarakat kita, untuk memudahkan anda memahami apa yang saya cuba utarakan.

    alhamdulillah, setakat ini, saya tahu apa yang dimaksudkan dengan amanah ilmiah dan apa itu jenayah ilmiah. Dalam pengajian sangt dititik beratkan hal ini. So, dalil, fakta dan hujjah sudah tentu menjadi isu penting. saya risau jika anda mengatakan yang kajian sahabat2 kita tidak didasari dengan perkara2 tersebut.

    Selama saya mengetahui hal ini, sy tidaklah meninggalkan al-Quran dan al-Sunnah dan terus mencari si dajjal yang buta mata sebelahnya, malah saya selalu berpesan utk sahabat seIslam berdoa utk dijauhi fitnah dajjal yg cukup bsar seperti yg diajar oleh nabi dalm hadis2 baginda yang sahih. fitnahnya yg besar itu mungkin kita sedang lihat sekarang ni, ade yg sukar percaya mengenai tanda2 kehadiran kiamat dsb. saya mempunyai rujukan2 bertulis mahupun melalui lisan individu. Utk meyakinkan anda, sy harap anda boleh dapatkan buku tulisan Dr. Sulaiman Noordin, Sejarah pemikiran 1, bagi saya beliau diantara individu yang turun padang dalam menyiasat teori yg mungkin anda tidak percaya ini. Percaya atau tidak, itu hak anda yg punya hak berfikir. Selain itu, sy selalu merujuk pakar2 tafsir berkaitan isu2 ini yg boleh dikaitkan dengan verse2 yg terdpt dlm al-Quran. Alhamdulillah, sekarang sy sedang menuntut di Jordan dan disini terlalu ramai pakar dlm membicarakan isu ini. Anda kenal dengan Ismail Omar yg juga merupakan kenalan Ust Hasrizal Jamil? sy rasa anda juga boleh korek apa yg mungkin menjadi tanda tanya mengenai isu yang anda rasa tidak wujud ini, atau teori semata-mata ini.. Ismail Omar juga merupakan penulis buku Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. sgt baik dlm mengupas perihal aqidah ahli sunnah yang sahih.

    saya dengan rendah dirinya memohon anda agar berhati-hati, kerana menyebut nama para ustaz dan ulama’ terbabit dalam usaha meyakinkan saya dan pembaca, secara tidak langsung menyandarkan perbuatan anda kepada mereka. saya berharap tidaklah anda menjadi fitnah kepada mereka, inshaAllah. Moga Allah memelihara mereka.

    Apa pun, sy berterima kasih kepada anda atas usaha menyedarkan kita supaya tidak terlajak.. Juga sya ingin berpesan, jangan sekat mereka, tetapi pimpinlah mereka kerana kita punya matlamat yang sama…

    Exactly, itulah yang saya harapkan. Tidaklah saya berhasrat nak sekat ataupun tentang “gerakan” anda ini. Cuma yang saya usahakan adalah kembalinya merujuk kepada alquran dan sunnah. Anda nak percaya Freemason ke, NWO ke, Illuminati ke, terpulanglah. Tapi biarlah di atas landasan alQuran dan Sunnah. Anda orang yang terpelajar bab2 ini, justeru saya tidak risaukan, namun awasilah pengikut-pengikut anda. Sungguh, andalah orang yang bertanggungjawab menyampaikan kefahaman kepada mereka.

    Sudah banyak fitnah yang ditaburkan, dan selama ini kita menyangka hanya dari yahudi dan nasrani fitnah itu berasal. Sekarang saya sendiri menjadi saksi, bahawa ramai di antara kita tidak menyedari yang bahawasanya kitalah yang menjadi fitnah kepada ummah sendiri.

    Saya ulang kembali peringatan yang saya tulis dalam artikel di atas:

    Rujuklah kembali kepada AlQuran dan Sunnah dalam memperincikan dajjal. Kalaupun anda mahu berkonspirasi mengenai organisasi-organisasi rahsia seperti Freemason, Illuminati dsb, jangan libatkan mengenai dajjal iaitu perkara ghaib disisi Islam. Kita mahukan ummah kembali ke akidah yang murni, sebagaimana ummah di zaman Rasulullah.

    Wassalam.

    • Salam kepada semua pembaca yang mencari kebenaran,

      Disini saya ingin memberi pandangan, Injil, Taurat dan al-Quran turunnya dari Allah,dan asasnya adalah SAMA.buktinya terdapat dalam al-quran sendiri.

      “dan kami iringkan jejak mereka (nabi-nabi bani israel) dengan Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya, yaitu: Taurat, Dan kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) PETUNJUK dan cahaya(yang menerangi), dan membenarkan kitab yang sebelumya, yaitu Kitab Taurat. Dan menjadi PETUNJUK serta pengajaran untuk semua orang yang bertakwa.”(Al-Maidah: ayat 46)

      “Dan kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, MEMBENARKAN apa yang sebelumya, yaitu kita-kitab(yang diturunkan sebelumnya) dan BATU UJIAN terhadap kitab-kitab yang lain itu:maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan JANGANLAH kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan KEBENARAN yang telah datang kepadamu.Untuk tiap-tiap umat di antara kamu. Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan, hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,”(Al-Maidah: ayat 48)

      apabila merujuk kepada kitab injil dan taurat, maka penilaiannya mesti berlandaskan kepada al-quran. seandainya injil dan taurat berselisihan antara al-quran, maka dalil dalam injil dan taurat akan ditolak.

      Dakwah sesama islam adalah untuk membetulkan akidah umat islam, dakwah umat islam kepada umat manusia yang bukan islam adalah mengembalikan keimanan mereka kepada Allah, kerana nabi Musa dan Nabi Isa dan nabi-nabi yang lain juga beriman kepada Allah. Dan mereka semuanya adalah Islam. Ingatlah, kalimah tauhid itu adalah ;

      “aku bersaksi bahawa TIADA tuhan yang disembah melainkan Allah”

      apabila orang Hindu berdoa di dalam kuil, orang buddha berdoa, orang kristian berdoa, orang yahudi berdoa, yang mendengar rintihan hati mereka, yang memakbulkan doa mereka adalah Allah semata-mata.cuma cara dan fahaman mereka yang berbeza. andainya kita mengatakan doa mereka didengar dan dimakbulkan oleh tuhan mereka, secara tidak langsung kita telah mengakui adanya tuhan selain Allah!..berhati-hati!

      Mengenai dajjal, dia bukanlah ancaman kepada umat islam semata-mata, tetapi ancaman kepada manusia sejagat. kita yang islam perlu bersatu padu sesama islam, dan kita sebagai manusia perlu bersatu padu sesama manusia, kerana umat islam adalah saudara sesama islam, dan semua manusia adalah saudara sesama manusia.
      dan untuk menyatupadu kan manusia apakah suatu perkara yang mudah?apakah dengan perasaan bahawa kita sahaja yang betul?mesti ada satu penyelesaian yang telah Allah nyatakan dengan penuh hikmah dan tersirat, iaitu PERSAMAAN kita bukan PERBEZAAN kita. dalilnya;

      ‘Allah Berfirman;”Apakah yang menghalanimu untuk bersujud(kepada Adam) si waktu Aku menyuruhmu?”Menjawa iblis:”Aku lebih baik daripadanya,engkau ciptakan aku dari API sedang dia engkau ciptakan dari TANAH”(Al-Araf:ayat12)

      Lihatlah sifat Iblis yang takabur, membezakan API dengan TANAH, sedangkan api dan tanah itu adalah ciptaan ALLAH, Asal usulnya dari Allah.dan itulah PERSAMAAN nya, iaitu makhluk ciptaan Allah.

      apa persamaan yang kita kongsi bersama?
      1.kita perlukan bumi untuk hidup
      2.kita perlukan air untuk hidup
      dan Kita perlukan Tuhan untuk terus hidup, buktinya
      cuba lihat dunia nyata, semua manusia yang beragama sejahat mana mereka, akhirnya mereka akan berdoa, itu tandanya manusia perlukan Tuhan(pencipta). tetapi, ada satu golongan manusia yang cuba menghapuskan Tuhan(Pencipta) dari pemikiran manusia sejagat,..Siapa??tepuk dada tanya selera..

      Dan, Kita sebagai umat islam yang lurus mengikut jalan Allah, menjadi tanggungjawab kita membetulkan akidah sesama islam, dan membetulkan kepercayaan manusia sejagat bahawa hanya Allah lah tuhan yang Esa dan patut disembah, bukan kita yang patut membezakan antara kita dengan mereka, sebaliknya kitalah yang mengajak mereka kembali kepada persamaan sesama manusia dan seterusnya mengembalikan keimanan manusia kepada Allah.kerana umat islam sahaja harapan umat manusia.

      Lihatlah kesan PERBEZAAN yang dicari selama sepanjang hayat dunia ini. Iblis telah menjadi musuh kepada manusia sampai akhir dunia, agama kristian asalnya satu kini terpecah menjadi 2 mazhab utama iaitu katolik dan protestan, agama islam juga berpecah belah seperti yang kita ketahui iaitu sunni dan syiah. bangsa yang sama juga dipisahkan dengan ideologi dan fahaman.ini semua kerana kita sibuk mencari PERBEZAAN.

      ingatlah pesanan Allah,
      “Sesungguhnya(agama tauhid)ini, adalah agama kamu semua,agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.”(Al-Mukminun: ayat 52)
      “Kemudian mereka(pengikut pengikut rasul itu)menjadikan agama mereka terpecah belah ,menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).”(Al-Mukminun: ayat 53)

      sekian
      wallahu’alam.

  7. Baiklah, saya harap, awk lebih open dan dpt menerima realiti zaman sekarang, awk berdakwah melalui pentas awk, dan saya melalui pentas saya. Semua harus kreatif melalui medium masing2, atas satu objektif, utk mentauhidkan Allah.. Wallahu ‘A’lam..
    wassalam alaik!

  8. Assalamualaikum Wa RahmatuLLAHI wa barakaatuh. Sidang blog pencari kebenaran yang saya hormati, Alhamdulillah, banyak yang dibincangkan disini mengenai conspiracy theory mengenai Dajjal dan tanda tanda kiamat besar yang sewaktu dengannya. Memang saya akui banyak perbezaan pendapat mengenai perkara tersebut.
    Saya juga sedang membaca buku yang dikarang oleh Syeikh Imran Hosein yang bertajuk Jerusalem in the Quran. dan saya mengesyorkan anda semua membacanya. Kerana penulis ini telah banyak menerangkan dan menyedarkan manusia yang membaca bukunya dan mendengar syarahannya, kerana dia bersyarah menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah diikuti juga dengan sejarah yang diceritakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah dari zaman nabi-nabi terdahulu hinggalah kezaman yang kita hidup sekarang, Sebagai rumusan, buku tersebut merangkumi semua pelajaran agama, dimana Al-Quran dan Sunnah dijadikan sebagai dalil meperkuatkan komennya, sejarah sejarah umat terdahulu, hukum hukum syarak, penafsiran al-quran berbentuk perbincangan dan memberi kesedaran terhadap pembaca.
    Oleh itu, digalakkan kita membaca surah al kahfi dan menhafal 10 ayat dari surah alkahfi, yang dimaksudkan disini ialah kefahaman terhadap surah berikut. Maka oleh itu lihatlah video ini sebagai satu penerangan. http://www.youtube.com/watch?v=-ZUwxy02GyM

      • Salam…

        untuk dapatkan ebook tu ; http://www.imranhosein.org/books/37-jerusalem-in-the-quran.html
        InsyaAllah, kalau xde aral melintang, tuan sheikh akan dtg ke Malaysia mgkn April thn depan lepas menghadiri 2nd International Islamic Retreat kat cape town.

        pada sufian and leokid, bagus pemikiran korang ni tapi aku harap2 kalau ada khilaf tu, jgn la sampai bermusuhan. banyak dah blog and forum aku check and ramai skang ni yg dok bertekak pasal bab agama. x kira la apa subject pun.. aku pun sendiri penah kena. baru tegur sket dah melenting -siap declared yg aku ni dari “golongan Islam lain.” ^^ bagi aku Islam tu 1 aje.

        Btw, just nak share aje. mgkin sufian dah tau. Pesawat tempur Israel salah 1 jenis tu di beri nama – K F I R. maksudnya, “young Lion”. Jadi, Leokid…. em… aku xmaksud apa2, cuma.. cadangan aje, tukar la nick name tu..

        Harap masing2 teruskan usaha dlm bab masing2 sbb Alhamdulilah, dapat la sket ilmu dengan membaca artikel n komen korg ni.

        wassalam…

  9. skrg tentera-tentera dajjal sudah keluar.kita b’hati-hati dgnnya.gunalah utk kebaikan bknnya keburukan tanamkan sifat mencintai allah dan rasullnya sblum kamu mencintai sesama manusia.

  10. Kupasan yg bagus. Sebenarnya kafirun sudahpun berjaya menyimpangkan akidah umat Islam. Memimpin kita menjadi kaya raya sama ada dengan cara halal atau haram dengan tujuan mencari kekayaan dunia lebih daripada akhirat.

  11. Dajjal menurut Hadis Rasulullah SAW

    عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الْأَعْوَرَ الْكَذَّابَ أَلَا إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَمَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ
    ك ف ر

    Dari Qatadah, beliau mendengar daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis “kaaf”, “faa”, “raa”. Hadis riwayat Muslim

    عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى جُفَالُ الشَّعَرِ مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ

    Dari Huzaifah, Rasulullah SAW telah bersabda ; Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. Hadis riwayat Muslim

    عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ الدَّجَّالِ حَدِيثًا مَا حَدَّثَهُ نَبِيٌّ قَوْمَهُ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّهُ يَجِيءُ مَعَهُ مِثْلُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَالَّتِي يَقُولُ إِنَّهَا الْجَنَّةُ هِيَ النَّارُ وَإِنِّي أَنْذَرْتُكُمْ بِهِ كَمَا أَنْذَرَ بِهِ نُوحٌ قَوْمَهُ

    Dari Abu Salmah, beliau mendengar daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Mahukah kamu sekiranya aku menerangkan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. Hadis riwayat Muslim

    عَنْ صَالِحٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا حَدِيثًا طَوِيلًا عَنْ الدَّجَّالِ فَكَانَ فِيمَا حَدَّثَنَا قَالَ يَأْتِي وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ الْمَدِينَةِ فَيَنْتَهِي إِلَى بَعْضِ السِّبَاخِ الَّتِي تَلِي الْمَدِينَةَ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ أَوْ مِنْ خَيْرِ النَّاسِ فَيَقُولُ لَهُ أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ الَّذِي حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَهُ فَيَقُولُ الدَّجَّالُ أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ أَتَشُكُّونَ فِي الْأَمْرِ فَيَقُولُونَ لَا قَالَ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ فَيَقُولُ حِينَ يُحْيِيهِ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ فِيكَ قَطُّ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي الْآنَ قَالَ فَيُرِيدُ الدَّجَّالُ أَنْ يَقْتُلَهُ فَلَا يُسَلَّطُ عَلَيْهِ

    Abu Said Al-Khudri RA, ia berkata: Suatu hari Rasulullah SAW pernah bercerita kepada kami suatu cerita panjang tentang Dajjal. Di antara yang beliau ceritakan kepada kami adalah: Ia akan datang tetapi ia diharamkan memasuki jalan-jalan Madinah, kemudian ia tiba di tanah lapang tandus yang berada di dekat Madinah. Lalu pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang terbaik di antara manusia atau termasuk manusia terbaik menemuinya dan berkata: Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah SAW kepada kami. Dajjal berkata: Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini lalu menghidupkannya lagi, apakah kamu masih meragukan perihalku? Mereka berkata: Tidak! Maka Dajjal membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Ketika telah dihidupkan, lelaki itu berkata: Demi Allah, aku sekarang lebih yakin tentang dirimu dari sebelumnya. Maka Dajjal itu hendak membunuhnya kembali, namun ia tidak kuasa melakukannya. Hadis riwayat Muslim

    عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ مَا سَأَلَ أَحَدٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الدَّجَّالِ أَكْثَرَ مِمَّا سَأَلْتُ قَالَ وَمَا يُنْصِبُكَ مِنْهُ إِنَّهُ لَا يَضُرُّكَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّ مَعَهُ الطَّعَامَ وَالْأَنْهَارَ قَالَ هُوَ أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ ذَلِكَ

    Mughirah bin Syu`bah RA, ia berkata: Tidak ada seorang yang bertanya kepada Nabi SAW tentang Dajjal lebih banyak dari apa yang aku tanyakan. Beliau bersabda: Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, mereka mengatakan bahwa Dajjal itu membawa makanan dan sungai? Beliau menjawab: Perkaranya lebih ringan di hadapan Allah dari itu. Hadis riwayat Muslim

    عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ

    Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik.”Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

    عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ انْطَلَقَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَهْطٍ قِبَلَ ابْنِ صَيَّادٍ حَتَّى وَجَدَهُ يَلْعَبُ مَعَ الصِّبْيَانِ عِنْدَ أُطُمِ بَنِي مَغَالَةَ وَقَدْ قَارَبَ ابْنُ صَيَّادٍ يَوْمَئِذٍ الْحُلُمَ فَلَمْ يَشْعُرْ حَتَّى ضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ظَهْرَهُ بِيَدِهِ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِابْنِ صَيَّادٍ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَنَظَرَ إِلَيْهِ ابْنُ صَيَّادٍ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ الْأُمِّيِّينَ فَقَالَ ابْنُ صَيَّادٍ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَرَفَضَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ آمَنْتُ بِاللَّهِ وَبِرُسُلِهِ ثُمَّ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاذَا تَرَى قَالَ ابْنُ صَيَّادٍ يَأْتِينِي صَادِقٌ وَكَاذِبٌ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُلِّطَ عَلَيْكَ الْأَمْرُ ثُمَّ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي قَدْ خَبَأْتُ لَكَ خَبِيئًا فَقَالَ ابْنُ صَيَّادٍ هُوَ الدُّخُّ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْسَأْ فَلَنْ تَعْدُوَ قَدْرَكَ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ذَرْنِي يَا رَسُولَ اللَّهِ أَضْرِبْ عُنُقَهُ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ يَكُنْهُ فَلَنْ تُسَلَّطَ عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَكُنْهُ فَلَا خَيْرَ لَكَ فِي قَتْلِهِ وَقَالَ سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ انْطَلَقَ بَعْدَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ الْأَنْصَارِيُّ إِلَى النَّخْلِ الَّتِي فِيهَا ابْنُ صَيَّادٍ حَتَّى إِذَا دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّخْلَ طَفِقَ يَتَّقِي بِجُذُوعِ النَّخْلِ وَهُوَ يَخْتِلُ أَنْ يَسْمَعَ مِنْ ابْنِ صَيَّادٍ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ يَرَاهُ ابْنُ صَيَّادٍ فَرَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُضْطَجِعٌ عَلَى فِرَاشٍ فِي قَطِيفَةٍ لَهُ فِيهَا زَمْزَمَةٌ فَرَأَتْ أُمُّ ابْنِ صَيَّادٍ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَتَّقِي بِجُذُوعِ النَّخْلِ فَقَالَتْ لِابْنِ صَيَّادٍ يَا صَافِ وَهُوَ اسْمُ ابْنِ صَيَّادٍ هَذَا مُحَمَّدٌ فَثَارَ ابْنُ صَيَّادٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكَتْهُ بَيَّنَ قَالَ سَالِمٌ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ ذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ إِنِّي لَأُنْذِرُكُمُوهُ مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ لَقَدْ أَنْذَرَهُ نُوحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنْ أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلًا لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ تَعَلَّمُوا أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَر

    Dari Salim bin Abdullah, beliau telah diberitahu oleh Abdullah bin Umar RA: Bahwa Umar bin Khathab pergi bersama Rasulullah SAW dalam suatu rombongan menuju tempat Ibnu Shayyad dan menjumpainya sedang bermain dengan anak-anak kecil di dekat gedung Bani Maghalah, sedangkan pada waktu itu Ibnu Shayyad sudah mendekati usia baligh. Ia tidak merasa kalau ada Nabi SAW sehingga beliau menepuk punggungnya lalu Nabi berkata kepada Ibnu Shayyad: Apakah kamu bersaksi bahwa aku ini utusan Allah? Ibnu Shayyad memandang beliau lalu berkata: Aku bersaksi bahwa engkau adalah utusan orang-orang yang buta huruf. Lalu Ibnu Shayyad balik bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah? Beliau menolaknya dan bersabda: Aku beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Apa yang kamu lihat? Ibnu Shayyad berkata: Aku didatangi orang yang jujur dan pendusta. Maka Rasulullah SAW bersabda: Perkara ini telah menjadi kabur bagimu. Lalu Rasulullah melanjutkan: Aku menyembunyikan sesuatu untukmu. Ibnu Shayyad berkata: Asap. Beliau bersabda: Pergilah kau orang yang hina! Kamu tidak akan melewati derajatmu! Umar bin Khathab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya! Beliau bersabda: Kalau dia Dajjal, dia tidak akan dapat dikalahkan, kalau bukan maka tidak ada baiknya kamu membunuh dia. Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata: Sesudah demikian, Rasulullah dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun beliau segera berlindung di balik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat beliau. Maka Rasulullah SAW dapat melihat ia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat dipahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah SAW yang sedang bersembunyi di balik batang pohon kurma lalu menyapa Ibnu Shayyad: Hai Shaaf, (nama panggilan Ibnu Shayyad), ini ada Muhammad! Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia. Diceritakan oleh Salim, bahwa Abdullah bin Umar berkata: Maka Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah orang banyak lalu memuji Allah dengan apa yang layak bagi-Nya kemudian menyebut Dajjal seraya bersabda: Sungguh aku peringatkan kamu darinya dan tiada seorang nabi pun kecuali pasti memperingatkan kaumnya dari Dajjal tersebut. Nabi Nuh as. telah memperingatkan kaumnya, tetapi aku terangkan kepadamu sesuatu yang belum pernah diterangkan nabi-nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur tidak buta. Hadis riwayat Muslim

    عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ صَحِبْتُ ابْنَ صَائِدٍ إِلَى مَكَّةَ فَقَالَ لِي أَمَا قَدْ لَقِيتُ مِنْ النَّاسِ يَزْعُمُونَ أَنِّي الدَّجَّالُ أَلَسْتَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّهُ لَا يُولَدُ لَهُ قَالَ قُلْتُ بَلَى قَالَ فَقَدْ وُلِدَ لِي أَوَلَيْسَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ وَلَا مَكَّةَ قُلْتُ بَلَى قَالَ فَقَدْ وُلِدْتُ بِالْمَدِينَةِ وَهَذَا أَنَا أُرِيدُ مَكَّةَ قَالَ ثُمَّ قَالَ لِي فِي آخِرِ قَوْلِهِ أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ مَوْلِدَهُ وَمَكَانَهُ وَأَيْنَ هُوَ قَالَ فَلَبَسَنِي

    Dari Abu Said Al-Khudri RA, ia berkata: Aku menemani Ibnu Shaid pergi ke Mekah, ia berkata kepadaku: Aku telah bertemu dengan beberapa orang yang menganggap bahwa aku adalah seorang Dajjal. Apakah kamu pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu tidak mempunyai anak. Aku jawab: Ya! Ia berkata lagi: Dan aku telah mempunyai anak. Bukankah kamu telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Dajjal itu tidak akan memasuki Madinah dan Mekah. Aku menjawab: Ya! Ia berkata lagi: Dan aku telah dilahirkan di Madinah dan sekarang aku sedang menuju ke Mekah. Kemudian di akhir pertanyaannya dia berkata kepadaku: Demi Allah, sesungguhnya aku tahu waktu kelahirannya, tempatnya dan di mana dia. Ia berkata: Ia telah mengaburkanku tentang perkara itu. Hadis riwayat Muslim

    عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ رَأَيْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَحْلِفُ بِاللَّهِ أَنَّ ابْنَ صَائِدٍ الدَّجَّالُ فَقُلْتُ أَتَحْلِفُ بِاللَّهِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ عُمَرَ يَحْلِفُ عَلَى ذَلِكَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُنْكِرْهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

    Dari Muhammad Al-Munkadir ia berkata: Aku melihat Jabir bin Abdullah bersumpah demi Allah bahwa Ibnu Shaid adalah seorang Dajjal, maka aku bertanya: Kenapa kamu bersumpah demi Allah? Dia menjawab: Aku mendengar Umar bersumpah tentang hal itu di hadapan Nabi SAW dan beliau tidak mengingkarinya. Hadis riwayat Muslim

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلَاثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ

    Dari Abu Hurairah RA: Dari Nabi SAW, beliau bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh, semuanya mengaku bahwa ia adalah utusan Allah. Hadis riwayat Muslim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s