Leokid's Life
Kembara Ilmu : Ibrah Perjuangan Enam Tahun
Artikel ini disumbangkan kepada sidang redaksi majalah The Letter of Avicenna terbitan Persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Mesir. Makluman lanjut, boleh rujuk: http://wp.me/p1hsCR-1SJ
“Anda ditawarkan menjalani Kursus Ijazah Perubatan di Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Russia.”
Ayah saya terkebil-kebil menyebut nama universiti saya tersebut. Novgorod? Nizhniy? Terlalu aneh bunyinya, seaneh bayangan-bayangan yang menerpa ke dalam kepala tatkala nama negara terbesar di dunia itu dibaca.
Mungkin bagi ayah saya yang sudah hampir setengah abad umurnya itu, negara Russia masih berdaki dengan komunisma. Nama-nama dan istilah-istilah seperti Mikhail Gorbachev, perang dingin, Soviet Union, konflik Soviet-Afghanistan 1979 yang menyaksikan penentangan puak Mujahideen dan sebagainya masih menghantui minda. Juga terbayangkan Sputnik dan Yuri Gagarin dan mungkin senjata Kalashnikov dan pesawat Sukhoi.
Itulah agaknya yang bermain di fikiran ayah saya ketika mengetahui bahawa anak lelakinya ini akan dihantar ke negara tersebut.
Sedangkan saya ketika itu, apalah sangat yang diketahui mengenai negara ini. Sehabis mungkin pun, terbayangkan kenderaan artileri V2 dalam permainan terkenal zaman muda remaja, Red Alert. Juga bahasa mereka yang pelik, hatta accent mereka ketika bertutur bahasa Inggeris. Atau jelitanya Maria Sharapova jaguh tenis dunia.
Dengan keadaan jahil dan tidak tahu apa yang perlu dijangkakan tersebutlah, pada tahun 2006, saya menjejakkan kaki ke bumi Russia ini.
Impresi pertama saya – sejuk! Saya tiba di negara ini pada pertengahan musim luruh, disambut suhu sekitar 10 darjah Celsius. Seakan-akan seluruh dunia berada di dalam bilik berhawa dingin. Hampir setiap penduduk Russia yang saya selisihi, tidakpun melemparkan senyuman. Rata-rata mereka tinggi-tinggi belaka, saya cuma separas bahu mereka sahaja. Suara mereka gagah dan kasar, hatta suara makcik tua konduktor bas. Ianya terlalu berbeza dengan adat dan budaya kita rakyat Malaysia, yang mementingkan sikap lemah lembut dan sopan santun dalam bermasyarakat.
Dan di saat awal itulah, saya sedar, memandangkan saya bukan lagi berada di tanah air, justeru saya perlu berhadapan dengan seribu satu perubahan dan cabaran yang ada.
Antara cabaran terawal yang ditempuhi, tentulah, mengenai soal makan. Jika di tanah air, tentulah kita tahu, syurga makanan! Sebut sahaja apa jua makanan, semuanya boleh didapati dalam jarak tak sampai sepelaung. Dan tentulah, masakan paling sedap dan dinikmati oleh setiap manusia, adalah masakan air tangan ibu masing-masing sendiri.
Tetapi tidak di bumi Russia ini. Persoalan halal-haram sudah tentu menjadi pokok permasalahan dalam membicarakan perihal makan. Opsyen yang ada untuk makan di restoran atau di kedai-kedai, adalah sangat terhad. Mungkin di bandar besar Moscow, terdapat banyak pilihan restoran yang menawarkan makanan halal. Tetapi di bandar Nizhniy Novgorod yang tenang ini, hanya satu dua sahaja restoran halal yang ada. Manakala pilihan makanan-makanan lain termasuklah seperti makanan berasaskan seafood atau vegetarian sahaja.
Justeru mahu tidak mahu, memasak sendiri adalah satu kemestian. Tidak pernah saya tahu sepanjang berada di sini, adanya pelajar yang tidak mahu memasak. Tidak tahu memasak, mungkin, tetapi mahu tidak mahu, memasak adalah satu kemestian bagi setiap daripada kami. Saya yang ketika itu 20 tahun dimanjakan dengan masakan ibu dan masakan mamak, pertama kali memegang ayam mentah ketika berada di sini. Teknik dissection yang dipelajari di kelas anatomi, dipraktikkan pada ayam tersebut untuk dipotong. Mujurlah ada pelajar senior yang sudi memberikan tunjuk ajar memotong ayam, menyukat beras dan sebagainya. Jahilnya saya ketika itu, saya tidak tahu membezakan antara serbuk kari dan serbuk cili!
Namun mahu tidak mahu, hidup diteruskan. Kesilapan memang dilakukan, tetapi itulah cara kami belajar. Sedikit demi sedikit, kami mula membiasakan diri. Sebulan lebih berlalu, musim sejuk menjelma.
Rasa teruja melihat wap yang dihembus dari mulut dan hidung, tidaklah terbandingnya dengan terujanya ketika merasai pengalaman salji pertama. Butir-butir indah yang turun perlahan dari langit, mendarat di permukaan tapak tangan. Sejuknya terasa. Keesokannya, seluruh dunia seakan bertukar wajah. Putih menyeliputi segenap pemandangan. Bumbung bangunan, pokok yang hanya tinggal ranting, kereta yang diparkir, pesisir jalan, semuanya bertukar warna menjadi putih belaka. Cuaca juga amat menyelesakan, sekitar minus 5, cukup sekadar berbaju sejuk dengan muffler dan sarung tangan sahaja.
Tersangatlah indah, bagaikan berada di syurga.
Namun, dua minggu berlalu, tiga minggu berlalu, sebulan berlalu. Lapisan salji yang dahulunya suci putih bersih, kini dicampuri kotoran dan lumpur di jalan. Asap kenderaan dan ais hancur bercampur menjadi seakan-akan slurpee. Kesan kuning di kiri dan kanan jalan menandakan perbuatan tidak bertamadun manusia mabuk di malam harinya yang kencing merata-rata. Kepingan air yang membeku licin, menyaksikan beberapa kali saya kesakitan akibat tergelincir jatuh.
Suhu semakin rendah. Minus 15, minus 20. Baju sejuk semata-mata sudah tidak mampu berfungsi memanaskan badan. Adakalanya perlu dipakai 3,4 lapis pakaian, berserta long-john dan sweater, menjadikan saiz tubuh badan meningkat berkaliganda. Dan berhimpit-himpit pula didalam kesesakan manusia diatas bas sepanjang menuju ke kelas.
Musim peperiksaan menjelang, para pelajar perubatan pasti tahu betapa banyak ilmu yang perlu dihadam. Musim sejuk yang malamnya panjang, serta kesejukan itu sendiri, menjadi pendorong untuk malas. Memang semulajadi, jika arnab dan beruang pun mahu berhibernasi pada musim ini, tentulah manusia pun terikut-ikut sekali.
Cabarannya sangat hebat. Cabaran fizikal, cabaran mental. Namun aspek spiritual, saya kira, mengalami cabaran yang terbesar.
Musim sejuk, siangnya pendek. Justeru waktu solat sangatlah dekat dan rapat, meskipun subuh habis lewat. Jika pukul 8.30 pagi itu para pelajar masih boleh menunaikan solat subuh, jarak antara zuhur dan asar pula hanya berbeza sejam lebih sahaja, antara 12.30 dan 2 petang. Ditekan pula dengan jadual kelas yang padat, di celahan masyarakat yang jahil mengenai agama Islam ini. Sememangnya ada sahaja pensyarah yang memandang sinis kepada para pelajar yang memonteng kuliah atau datang lewat ke kelas kerana menunaikan solat Jumaat.
Cabaran musim sejuk juga menyaksikan sukarnya untuk berwuduk, meskipun ada sahaja yang memilih pendapat untuk ber-khuf. Mustahil mahu menanggalkan kasut untuk bersolat di tengah salji, justeru boleh sahaja memilih pendapat sah solat meskipun berkasut. Usahlah menunggu sejadah, cukuplah beg sebagai sutrah. Jika para pelajar perempuan sibuk mahu bertelekung, pastilah dihalau disergah, silap haribulan dipukul!
Sungguh kalaulah kejumudan beragama yang banyak di Malaysia itu dibawa ke sini, nescaya orang itu lebih rela tidak beragama!
Dan itulah sebenarnya yang terjadi, meskipun tidaklah nyata. Kesusahan-kesusahan yang dilihat pada aspek teknikaliti ini, jika tidak dipertahankan dengan iman yang kukuh, mudah sahaja para pelajar menjadi futur dan mengalah. “Susahlah hendak bersolat, ambil wuduk susah, nak solat dalam kelas tak boleh, cari kiblat tak reti”, semua itu menjadi faktor dan alasan untuk gaya hidup beragama ditinggalkan. Sama ada memang kerana diri yang jahil tidak berilmu, atau rasa beragama itu sendiri yang sudah pudar.
Di Russia, bukan seperti di Malaysia. Bukan juga seperti di majoriti negara-negara Muslim yang lain, atau setidak-tidaknya negara yang mesra biasa dengan Islam. Tiada lagi kedengaran berkumandangnya azan. Tiada ustaz ulama’ yang mengisi kuliah-kuliah pada malam hari. Tiada JAKIM untuk memantau produk, restoran mana yang halal. Tiada JAIN untuk membanteras maksiat atau menangkap khalwat. Tiada ibubapa yang memarahi sekiranya pulang lewat, atau meninggalkan solat.
Yang ada hanyalah diri sendiri bertemankan ilmu dan iman. Sama ada ilmu sedia ada sudah cukup sebagai bekalan, atau perlu diusahakan untuk ditambah. Sama ada iman itu perlu dikuatkan seiring dengan cabaran, atau diri akan futhur menjadi mangsa keadaan. Kerana itulah saya sering berkata, mengikut pemerhatian saya, para pelajar yang datang ke bumi Russia ini, akhirnya akan menjadi salah satu antara dua – sama ada menjadi lebih baik dari sebelumnya, atau menjadi lebih buruk daripada sebelumnya. Bukan sedikit yang saya tahu, rakan-rakan yang memilih jalan yang buruk. Benarlah apabila Allah menyebutkan,
“Dan Kami telah menunjukkan baginya dua jalan. Dalam pada itu dia tidak memilih jalan yang mendaki (jalan-jalan kebaikan)” [Al-Balad 10-11]
Sepanjang artikel ini, saya asyik mengulang-ulang mengenai cabaran. Sama ada fizikal, mental dan spiritual dan sebagainya, seolah-olah tiada yang bagus melainkan yang buruk belaka. Maaf saya memang tidak berhajat hendak menggula-gulakan para pembaca dengan sisi-sisi indah negara ini. Keindahan pemandangan di musim bunga, bangunan-bangunan bersuasana Eropah dan sebagainya, ya, semuanya memang ada, sebagaimana di negara-negara lain. Kalian boleh menjenguk sendiri album Facebook rakan-rakan yang berada Russia atau iklan syarikat-syarikat pelancongan yang ada untuk melihat segala keindahan tersebut.
Tetapi sengaja saya ingin memfokuskan kepada sisi keras dan kasar negara ini, agar para pembaca dapat menyelami apa yang saya rasa, fikirkan dan hadapi.
Tentulah jika dilihat pada sisi negatif semata, tersangatlah banyak. Tidak kurang juga pelajar yang menyesali apabila memilih untuk datang ke sini dan dicampakkan ke cabaran-cabaran tersebut heads down. Saya juga, perasaan menyesal dan tertekan itu pernah timbul ke benak perasaan. Bukan sekali, tetapi acapkali.
Tetapi saya tetap masih di sini. Sudah enam tahun, sudah di tahun akhir pengajian. Masih bernyawa, masih sihat (terlebih sihat). Masih bersemangat mahu belajar, dan yang terpenting, alhamdulillah, masih Islam dan sedaya upaya mahu menjadi mukmin yang lebih baik.
Merenung kembali cabaran-cabaran yang saya tempuhi itu, banyak mengajar saya dan menjadikan saya lebih kuat berbanding dahulu. Kuat dari segi ketahanan fizikal, mungkin boleh dipertikaikan memandangkan saya kini lebih “sihat” berbanding dahulu. Tetapi ketahanan mental dan spiritual, pastinya, inshaAllah.
Berada di sini, di tempat yang asing, membuatkan saya lebih rasa bersyukur dan menghargai. Dari segenap aspek. Jika di Malaysia, kita memandang remeh kepada nasi lemak yang tak habis dimakan atau ayam KFC yang dibazirkan. Di sini, kempunan nasi lemak? Masaklah sendiri. Mahu ayam KFC? Gorenglah sendiri. Meskipun rasanya tidak setanding nasi lemak bungkus 50 sen yang ada di simpang-simpang jalan di Malaysia, atau rempah Original KFC yang sedapnya hingga menjilat jari, tetapi itulah yang terbaik yang boleh diperolehi di sini.
Tika di sinilah, baru kerinduan kepada suara ustaz tua yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau di tanah air. Atau hatta kepada ustaz ustazah yang sudi meluangkan hujung minggu mengendalikan kelas feqah di sekolah. Kerinduan kepada nasihat-nasihat dan tunjuk ajar yang dahulunya dipandang enteng, sehinggalah bila tibanya di sini baru tertanya-tanya – “Eh air salji boleh buat ambil wuduk tak ek?” “Boleh ke kita solat jamak qasar ni, kelas direct 10 smpai pukul 2 japgi?” “Eh boleh ke solat hormat waktu dalam bas ni?”
Mujurlah perkembangan teknologi menyaksikan sumber ilmu didapati dengan mudah di hujung jari, kuliah-kuliah di YouTube dan download MP3 boleh mengisi lompong di hati. Tetapi itu bagi mereka yang prihatin dan mahu. Tiada suap menyuap. Man jadda, wajada. Berapa ramai yang hanya tidak endah dan menganggap semuanya itu remeh. “Ah aku dah balik Malaysia lepas grad nanti, aku bertaubat lah.”
Betapa tempang agama bagi mereka yang tidak ada ilmu, atau tidak mahu ilmu!
Dan sebagaimana pepatah menyebutkan, kambing yang keseorangan itu lebih mudah dibaham serigala. Atas rasa prihatin, para pelajar sendiri yang mengasaskan dan menubuhkan institusi sokongan kerohanian seperti usrah di sini. Tidak ada matlamat yang diperjuangkan, tiada pertelingkahan antara jemaah, tiada ideologi yang mahu dipertahankan, melainkan matlamat yang ada hanya satu – berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Untuk saling kuat menguatkan, ingat mengingatkan, agar tetap tsabat pada jalan Islam meskipun pelbagai cabaran yang diharungi, serta menarik dan saling menyelamatkan dari terjerumus memilih jalan yang mudah dan indah walhal batil.
Menangis, mungkin itulah yang sering dilakukan pada awal berada di sini. Tetapi tangisan haruslah diseka, hati perlulah dikentalkan, semangat hendaklah dikekalkan menyala. Langkah perlu tetap diteruskan. Hanya niat lillahi taala sahaja yang menjadi sumber kekuatan.
Kini, enam tahun saya berada di bumi ini, menjadikan saya lebih mengenali siapa diri saya. “What doesn’t kill you, make you strong.” Saya mengetahui apa kelemahan saya, dan apa kelebihan yang Allah kurniakan kepada saya. Enam tahun keluh kesah, tangis tawa yang dihadapi, semuanya itu mencorak dan membentukkan diri saya sekarang ini.
Dan kini, saya tiada rasa apa-apa, melainkan kesyukuran yang berpanjangan kepada Allah Jalla wa’ala. InshaAllah, setelah selesai semua peperiksaan (mohon didoakan!) saya akan pulang ke tanah air pada pertengahan tahun ini dalam keadaan bangga dan penuh kesyukuran, sebagai graduan dari Russia, Bumi Salju!
Alhamdulillah!
Mohd Syamirulah bin Rahim
10 Mei 2012
Medicine Street,
Nizhniy Novgorod
Ala, benda kecik je tu!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Jika kita membaca hadis-hadis yang menceritakan sifat-sifat Allah, Rasulullah shalla Allahu alayhi wasallam banyak “meletakkannya didalam konteks”. Contohnya hadis,
“Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada hamba yang berjalan di padang pasir, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuatkan makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur di dalamnya sambil berkata,’Aku akan tidur di dalam lubang ini sehinggalah kematian datang menjemput’
Tiba-tiba kenderaan dan makanan yang ia bawa berada di atasnya. Sampaikan ia berkata, ‘Ya Allah Kau hambaku, dan aku TuhanMu.(tersasul akibat terlalu gembira)
Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada kegembiraan hamba tadi. (Muttafaqun ‘alaih)
Dalam hadis ini, Rasulullah tidak hanya menceritakan bahawa Allah itu Maha Penerima Taubat. Tapi Rasulullah meletakkannya didalam konteks agar pendengar/pembacanya dapat benar-benar merasakan betapa hebatnya sifat Allah itu.
Contoh kedua, dalam hadis,
Dari Umar bin Alkhattab radhiallahu anhu, katanya: “Kepada Rasulullah disampaikanlah tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang wanita dari golongan kaum tawanan itu berjalan ketika menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam kelompok tawanan tadi. Wanita itu lalu mengambil anak tersebut lalu diletakkannya pada perutnya, kemudian disusuinya.
Rasulullah lalu bersabda: “Adakah engkau semua dapat mengira-ngirakan bahawa wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?”
Kami – yakni para sahabat – menjawab: “Tidak, demi Allah – maksudnya wanita yang begitu sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai meletakkan anaknya dalam api.”
Selanjutnya baginda bersabda: “Nescayalah Allah itu lebih sayangkan sekalian hamba-hambaNya berbanding kasih sayangnya wanita ini kepada anaknya.” (Muttafaqun ‘alaih)
Kita memang sedia tahu, “Allah itu Maha Penyayang”. Setiap hari entah berapa kali kita mengulang-ulang Ya Raheem. Namun kita kurang dapat menghayati nilai sebenar dari asmaNya Ar-Raheem tersebut. Tetapi apabila Rasulullah meletakkan dalam bentuk konteks sebegini, serta merta kita dapat tahu betapa tingginya kasih sayang Allah, melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Sunnatullah “meletakkan perkara pada konteks”.
Teknik meletakkan sesuatu didalam konteks ini merupakan satu sunnatullah kepada bagaimana manusia memandang sesuatu. Sebagai contoh, Steve Jobs sering menggunakan teknik ini didalam pembentangannya, bagi meningkatkan impak kepada para pemerhati.
Ketika awal-awal memperkenalkan produk iPod, jika beliau hanya menyebut “iPod mempunyai kapasiti 5GB“, orang yang mendengarnya kurang dapat terkesan dengan sebutan tersebut. Ada apa dengan 5GB? Tetapi apabila beliau menyebut, “Ianya bersamaan dengan 1000 buah lagu didalam poket anda“, ianya meletakkan nilai 5GB didalam konteks dan orang yang mendengarnya terus terasa impaknya. “Huiyo, 100 lagu pun aku tak larat dengar, inikan pula 1000 lagu!“
Begitu juga apabila beliau pernah membentangkan pada tahun 2003, “Pecahan saham (marketshare) syarikat Apple adalah 5% didalam industri komputer“. Pemegang saham melihat nilai 5% itu sebuah nilai yang kecil. Tetapi apabila Steve Jobs menyambung, “Ianya lebih besar dari nilai syarikat BMW dan Mercedes didalam industri automobil“, ianya serta merta memberi makna yang besar pada nilai 5% tersebut!
Allah mengajar kita “melihat” dengan betul
Hakikatnya, Allah sendiri banyak memperbetulkan pandangan manusia melalui ayat-ayatNya didalam alquran, agar kita melihat sesuatu pada konteks yang betul. Banyak perkara-perkara yang kita anggap biasa, tetapi Allah suruh kita memerhatikannya kerana di situ terdapat tanda-tanda keagunganNya.
Sebagai contoh, burung. Kita tiap-tiap hari tengok burung. Di mana sahaja kita pergi, kita jumpa burung. Ada burung gagak, burung merpati, burung belatuk, burung helang, burung pipit, burung enggang, burung penguin (err penguin, burung ke?)
Pendek kata, tiap-tiap hari kita jumpa burung, hinggakan kita rasa ianya satu perkara yang biasa. Tetapi Allah menyebut didalam alQuran,
“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang di atas mereka mengembangkan sayap-sayap mereka, dan mengatupkannya? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) kecuali Yang Pemurah.” (Al-Mulk 67:19)
Dalam ayat ini, Allah memperbetulkan pandangan kita, agar kita melihat pada burung dari sudut konteks yang lain. Selama ini kita tak pernah terfikir pun, tapi bila kita melihat dari konteks yang Allah sebutkan ni, “Betul juga ek? Hebatnya Allah menetapkan prinsip aerodinamik yang membolehkan seekor burung terbang tinggi tanpa jatuh, malah kita manusia pula mengambil ibrah darinya lantas membina kapalterbang!“
Allah mengubah pandangan manusia dari melihat sesuatu yang nampak “ordinary” kepada sesuatu yang benar-benar bermanfaat, menakjubkan, dan menimbulkan pada diri kita keinginan untuk menyebut “Subhanallah!” dan “Allahuakbar!” Begitu cara Allah meletakkan pandangan manusia pada konteks yang betul.
Ambil contoh lagi, Allah menyebut,
Dia (Allah) menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya, dan Dia (Allah) meletakkan gunung-gunung di atas bumi mengukuhkan kamu; dan Dia (Allah) membiakkan padanya (bumi) pelbagai jenis binatang. Dan Kami (Allah) turunkan air dari langit, lalu Kami (Allah) tumbuhkan padanya pelbagai jenis ( tumbuh-tumbuhan) yang baik. Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah kepadaku apa yang telah diciptakan oleh yang selain Dia (Allah); bahkan orang yang zalim itu dalam kesesatan yang nyata. (Luqman 31:10-11)
Semua itu perkara-perkara biasa yang kita lihat setiap hari. Langit, gunung, binatang, hujan, pokok, semuanya adalah perkara-perkara yang pada zahir manusia yang melihat selapis, ianya benda yang biasa. Tetapi Allah mengistimewakan benda yang “biasa” ini dengan mengatakan, inilah ciptaan Allah. Apa konteksnya?
Allah mencabar, tunjukkanlah apa benda yang diciptakan oleh sesiapa sahaja selain Allah? Apa benda yang mampu berhala ciptakan? Kita menganggap perkara itu biasa dan kecil, jika ya maka cuba lah cipta sesuatu yang setanding dengannya. Nescaya kita tidak akan mampu!
Bila diletakkan dalam konteks sebegini, sepatutnya sudah cukup untuk membuat kita terduduk! Melihat seekor semut yang melintas di hadapan kita, seraya kita teringat akan ayat ini, kita akan cakap kat diri kita – “Sepandai-pandai pun aku, aku tak boleh nak cipta serangga sekecil semut!” Subhanallah, begitulah Allah meletakkan sesuatu perkara yang kita anggap biasa, pada konteks yang betul sehingga membuatkan kita benar-benar terasa kebesaranNya!
Baaaaaaanyak lagi didalam AlQuran, Allah memberi contoh-contoh sebegini! Kalau tak percaya, rajin-rajinkanlah diri membaca dan mentadabburnya.
Meletakkan “Keajaiban” Pada Konteks
Bukan setakat itu, malah Allah juga memperbetulkan pandangan kita terhadap sesuatu yang kita anggap menakjubkan. Dalam surah Al-Kahf, Allah menempelak orang yang menganggap kisah pemuda kahfi ditidurkan didalam gua selama ratusan tahun itu sebagai sesuatu yang “menakjubkan”.
Adakah engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Al-Kahf 18:9)
Dalam Surah Maryam, bila Nabi Zakaria bertanya bagaimana mungkin dia dan isterinya akan mendapat anak, sedangkan mereka sudah tua. Allah menjawab, “Hal itu mudah bagiKu” (19:8-9). Begitu juga apabila Maryam bertanya bagaimana mungkin dia mendapat anak sedangkan dia tidak pernah disentuh lelaki, sekali lagi Allah menegaskan, “Hal itu mudah bagiKu” (19:20-21)
Dalam akhir Surah Yaasin, Allah memberi penegasan yang cukup powerful, bilamana orang mempersoalkan bagaimana Allah akan mengumpulkan debu-debu orang yang mati lalu dihidupkan balik. Allah tidak melayan pertanyaan sedemikian dengan menjawab secara terperinci bagaimana, sebaliknya Allah cukup hanya menegaskan – semudah “Kun! Fayakun!” (36:77-83). Begitulah nilainya sesebuah perkara yang kita anggap “ajaib” pada mata kita, disisi Allah.
Sejadah sujud? AlQuran tidak terbakar dalam kebakaran? Masjid tidak runtuh dalam tsunami? Ya, semua ini perkara-perkara yang mengagumkan pada pandangan kita. Tetapi Allah memperbetulkan pandangan kita, bahawasanya semuaaaaaaa itu sangatlah mudah disisi Allah!
Adalah amat rugi jika perkara-perkara “keajaiban” ini yang kita selalu gembar-gemburkan, bangga-banggakan, sedangkan yang Allah suruh kita memerhati adalah pada perkara yang sebenarnya nampak “biasa” disisi kita, tetapi perlu dilihat dengan konteks yang betul barulah membawa kita kepada menghayati sebenar-benar keajaiban keagungan kekuasaanNya!
Aplikasi penghayatan konteks
Menghayati konteks yang betul sangat penting dalam kehidupan. Nilai RM5 contohnya, mungkin bagi kita nilainya sedikit, sekadar sekali makan di kedai mamak atau topup seminggu pun tak sampai. Mungkin ramai yang tidak kisah sekiranya RM5 terbasuh dalam mesin basuh atau tercicir. Tetapi jika kita disedarkan bahawa nilai RM5 tu cukup untuk membeli sepaket beras, yang bila diberikan kepada fakir miskin, membolehkan dia makan nasi selama tiga hari, maka kita terasa besarnya nilai RM5 tersebut.
Melihat kepada konteks yang betul sangatlah penting dalam menerajui hidup di dunia ini. Kita melihat orang yang diputuskan bersalah di mahkamah kerana menggelapkan wang RM300,000 sebagai perkara yang biasa, namun tanyalah kepada seorang ibu yang memerlukan wang untuk pembedahan jantung berlubang anaknya.
Malah melihat dengan konteks yang betul bukan hanya terhad kepada soal wang semata. Kita pernah terbaca mesej yang banyak disebarkan kerana banyaknya manfaat ini;
If you want to know the value of one year, just ask a student who failed a course.
If you want to know the value of one month, ask a mother who gave birth to a premature baby.
If you want to know the value of one hour, ask the lovers waiting to meet.
If you want to know the value of one minute, ask the person who just missed the bus.
If you want to know the value of one second, ask the person who just escaped death in a car accident.
And if you want to know the value of one-hundredth of a second, ask the athlete who won a silver medal in the Olympics.
Serta pelbagai lagi perkara dalam aspek kehidupan yang perlu dilihat dengan kerangka dan konteks yang betul. Apatah lagi dalam persoalan-persoalan subjektif dan abstrak seperti perihal moral, keadilan, keamanan, kebahagiaan dan sebagainya. Bagi seorang pesawah, menikmati makan tengahari berupa ikan goreng di tepi danau itu bersama isteri tercinta lebih membahagiakan berbanding seorang kaya yang dihadapannya ada 10 jenis lauk pauk yang lazat.
Malahan menghayati konteks yang betul juga sangat penting sepanjang kita melaksanakan kehidupan dalam kerangka agama Islam sendiri. Terlalu banyak ayat alQuran dan hadis yang membetulkan perkara-perkara yang kita anggap biasa dengan pandangan yang betul.
Dengan konteks sebeginilah apabila Rasulullah berpesan didalam hadis, “Janganlah kamu memandang remeh kepada kebaikan, walau sekadar engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria.” (HR Muslim). Kita setiap hari senyum kepada ramai orang, sudah terbiasa hingga hilang maknanya, tetapi Rasulullah menyuruh jangan kita memandang remeh akan ia.
Dengan konteks sebeginilah Rasulullah memberi amaran, “Peliharalah dirimu dari api neraka walau dengan bersedekah hanya sebiji tamar” (HR Muslim). Apalah yang ada pada sebiji tamar, kita kata. Tak luak pun. Tetapi Nabi membesarkan nilainya dengan meletakkannya pada konteks sebegini.
Dengan konteks sebeginilah Rasulullah mengkhabarkan, “Hatta makanan yang engkau suapkan kepada mulut isteri kamu (adalah kebaikan)”. (Muttafaqun ‘Alaih)
Dengan konteks inilah Rasulullah membandingkan sesuatu yang saaaaangat penting, iaitu IMAN, perihal akidah, pembeza muslim dengan kufur, dengan seremeh-remeh perbuatan menghilangkan gangguan di tengah jalan (HR Muslim).
Dengan konteks inilah Rasulullah memberitahu, jika kita tahu betapa besarnya nilai duduk di barisan hadapan saf solat, nescaya kita akan mengundi-ngundi untuk mendapatkannya! (HR Bukhari)
Dengan konteks inilah Rasulullah menyebut bandingan orang mukmin yang melakukan dosa itu bagaikan gunung yang akan menghempapnya, sedangkan bagi ahli maksiat itu hanyalah bagaikan lalat yang hinggap di hidung lalu ditepisnya. (HR Bukhari)
Semua perkara di atas ini, pada pandangan kita nampak kecil, tetapi Rasulullah meletakkannya didalam konteks yang betul, sekaligus membesarkan nilainya, agar kita para muslimin benar-benar dapat menghayati nilainya yang sebenar disisi Allah. Nilai pandangan kita di dunia ini, adalah satu justifikasi yang fana. Rasulullah sebut lagi, bandingan dunia dengan akhirat itu bagaikan air yang menitis dari satu jari yang dicelupkan ke dalam lautan. Alangkah kecilnya bila kita disedarkan dengan bandingan sedemikian. Tetapi itulah hakikatnya.
Jika kita memahami konteks yang diberi, nescaya kita tidak akan meremehkan perkara-perkara di atas.
Begitulah juga bila Rasulullah menyebutkan betapa beratnya azab bagi orang yang mendustakan baginda, iaitu dijamin tempat didalam neraka, dengan konteks yang betul ini nescaya kita akan takut untuk forward apa sahaja yang dikatakan “Rasulullah bersabda”.
Jika kita memahami dengan konteks yang betul bilamana Rasulullah menceritakan betapa orang yang bermain tilik nasib tidak diterima solatnya, nescaya untuk membaca horoskop pun kita menggeletar takut (apatah lagi share di Facebook!)
Jika kita memahami dengan konteks yang betul bilamana Allah membandingkan orang yang mengumpat tu dengan memakan daging manusia, nescaya kita tak berani untuk mengumpat!
Jika kita memahami dengan konteks yang betul bilamana Rasulullah menceritakan orang yang mendedahkan aurat itu tidak akan mencium bau syurga sedangkan bau syurga itu boleh dirasai pada jarak sekian-sekian, nescaya kita lebih rela menghabiskan berjam-jam didepan meja solek memastikan aurat kita benar-benar tertutup hatta sehelai rambut (wanita), berbanding untuk mekap tebal-tebal!
Subhanallah betapa Allah sudah mengajar kita dengan sebaik-baik pengajaran, serta mengutuskan kita seorang Rasul yang menjadi pembawa mesejNya dalam kerangka manusia untuk kita contohi dan renungi. Seorang mukmin yang sangat teguh imannya, akan melihat sesuatu itu pada konteks yang betul, tidak hanya pada apa yang zahir pada pandangan manusiawi nya. Itulah ciri-ciri mukmin sejati!
“Do not think about how small the sin is, but think about who you have just disobeyed” (Ibn Al-Mubaarak, Al-Zuhd wa Al-Raqaa`iq Vol.1 pg.150.)
Ala, benda kecik je tu! Really? Think again!
Mencari Iman Di Topkapi
“Mencari Iman di Topkapi”
Kita dahulunya dari kaum yang hina,
Maka Allah muliakan kita dengan Islam.
Barangsiapa mencari kemuliaan selain dengan Islam,
Nescaya akan dihina oleh Allah.
Kehijauan dataran Topkapi,
Selat Bhosphorus disinari mentari,
Tatkala silaunya mengenai mata sang Sultan,
Alpa dan leka dek kurniaan Tuhan.
Utuh menara Galata,
Tatkala Sultan memerhati wilayah jajahannya,
Ke mana lagi harus dikerahkan bala tentera?
Timur dikuasainya, Barat ditaklukinya
Selatan, Mekkah dan Madinah yang barakah,
Utara, gunung ganang dan kaum gasar yang tiada megah.
Khilafah tidak lagi terbenteng iman,
Tatkala rakyat mula sinis terhadap Sultan,
Megah tahtanya dihiasi permata, intan dan berlian,
Tiada lagi yang bersimpuh di Masjid Sofia, bertemankan Tuhan.
Bangkitnya sekularisma membawa harapan,
Kamal Attarturk diangkat, simbol perjuangan,
Menundukkan hedonisma dan kemewahan Sultan,
Menyanggah kesombongan dan totalitarian agamawan.
Khilafah lebur di tangan penjajah,
Empayar Islamiyah habis dijarah,
Tiada lagi mewah, tiada lagi megah,
Apabila yang disangka penjajahan,
Rupa-rupanya satu pengkhianatan.
Inni, mimma akhofu alaikum min ba’di,
Ma yuftahu alaikum, min zahrati dunya..
Wa zinatiha..
Tangisan Al-Fateh tenggelam dalam sorakan zaman,
Keringatnya meruntuhkan Constantinople,
kering sepertimana keringnya jiwa insan.
Ungkapan Umar Al-Khattab itu,
Bergema merentasi zaman;
Berdengung melangkaui sempadan;
Berapa ramai yang –
mahu mendengarnya,
mahu membacanya,
mahu melihatnya,
mahu memikirkannya?
Mencari iman di Topkapi,
Tidak kutemuinya di balik Aya Sofia,
Mahupun indahnya kubah Sultanahmet,
Walau ku selam ke dasar Bhosphorus,
Atau ke puncak Pierre Lotti,
Mahupun jauh ke selatan Faralya,
Dicelahan butiran pasir Olúdeníz,
Diufuk mentari senja Mediterranean,
Atau meredah kesaljian Cappadocia,
Tiada dijumpai iman itu.
Kerana iman itu,
Terbit dari hati yang yakin denganNya,
dan HanyaNya,
Mencari iman;
dalam diri sendiri, tempatnya.
Mohd Syamirullah Rahim.
Topkapi Palace,
4 Februari 2012
12:48pm
Final Lap
Bismillahi tawakkaltu ala Allah.
Saat awal ketibaanku di bumi salju ini, aku sering mengira-ngira hari. Ketika di dua minggu pertama keberadaanku di sini, aku mengira aku sudah menghabiskan 0.5 peratus dari perjuanganku. Tinggal 99.5% peratus lagi yang berbaki. Hanya dengan nilai 0.5 peratus itu pun aku sudah cukup gembira.
Minggu lepas, Jumaat lepas setepatnya, merupakan hari terakhir aku bagi semester pertama tahun terakhir. Sepatutnya dijangkakan tamatnya kelas pada hujung minggu ini, namun memandangkan jabatan perubatan kanak-kanak perlu bersiap sedia untuk menguruskan sesi peperiksaan pelajar tahun kelima, maka kami diberi pelepasan awal. Syukur alhamdulillah, daripada 12 semester pengajianku di sini, aku telah lalui 11 dengan jayanya.
11 semester, 11/12 dari keseluruhan perjuanganku, hampir 92 peratus telah aku selesaikan. Subhanallah. Lucu terkenangkan tatkala aku baru sampai, mengira-ngira kalendar dan hari tersebut.
Rupanya sudah terlalu lama masa berlalu..terlalu cepat juga.
11 semester yang aku lalui, bukanlah mudah. Setiap semester, ada sahaja ceritanya. Setiap semester aku beroleh ibrah. Ada yang aku pegang erat dengan kemas di hati, dan ada juga yang aku lalai melupakannya membuatkan aku tidak putus-putus dihempuk dengan masalah yang sama berulangkali.
Tetap, kehidupan berjalan seperti biasa. Mustahil untuk aku pause, mustahil untuk aku rewind. Memang jika diberikan peluang untuk aku rewind kembali kehidupanku, terdapat beberapa ketika yang aku harap aku dapat ubah. Namun difikirkan kembali..jika aku ubah ia, mungkin aku tidak lagi berada di tempat aku berada sekarang, buat apa yang aku sedang buat sekarang, bersama dengan orang yang bersamaku sekarang.
Maha Suci Allah yang mentakdirkan bagi hambaNya liku-liku perjalanan, bagaikan mengalirnya air dari puncak bukit yang tinggi ke lembah pantai bertemu lautan. Mengalirnya air itu tiada diketahui arahnya. Menempuhi batu, menuruni bukit, menjadi air terjun. Adakalanya bertakung menjadi kolam, tasik. Adakalanya dicemari pencemaran, adakalanya menjadi tempat unggas melepaskan dahaga dan keletihan.
Namun pengakhirannya tetap sama. Ke lautan yang luas dan kaya. Dan begitulah Allah menceritakan analoginya apabila lautan yang luas itu tersejat menjadi awan, kembali turun menjadi hujan, membentuk anak-anak sungai yang baru. Alangkah mudah bagi Allah, membangkitkan kita dihadapanNya kelak, dan para penghuni syurga itu, akan terkenang-kenang kehidupan perit jerih dan nikmat suka duka mereka di dunia.
Dan berilah khabar gembira, kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya bagi mereka syurga itu, yang didalamnya mengalir sungai-sungai, tiap-tiap mereka direzekikan dengan buah-buahan syurga, lantas mereka berkata – “Inilah yang kami dapat dahulu (semasa di dunia)!” mereka diberi rezeki yang sama rupanya tetapi berbeza hakikatnya,, dan disediakan bagi mereka pasangan-pasangan yang suci, sedang mereka kekal didalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25)
Segala liku-liku yang aku lalui sepanjang 11 semester ini, bahkan, sepanjang kehidupanku ini, mencorakkan aku menjadi aku yang sekarang ini. Terlalu banyak lompong dan kecacatan yang aku tabirkan, dan apa yang aku harap adalah pengampunan dan kasih sayang dariNya. Kekuatan perlu dicari dan dibina, tidak lagi hanya boleh ditunggu jatuh dari langit.
Masa depan. Satu perkara yang cukup sulit untuk difikirkan, direnungkan. Mungkin kerana itu jualah, perbuatan meramal masa depan merupakan perbuatan yang cukup tercela disisi agama. Masa depan itu, fitrahnya adalah ketidakpastian. Dengan ketidakpastian itu melahirkan usaha yang berpanjang, serta doa dan harapan yang tidak putus-putus kepadanya. Dengan ketidakpastian itu, membebaskan manusia dari pergantungan sesama manusia dan sesama makhluk, meletakkan pergantungan kepada Allah dan hanya Allah.
Jika kita tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita sejam selepas sekarang, sehari selepas sekarang, setahun selepas sekarang, maka apa gunanya segala usaha, pengharapan dan munajat?
Dan hakikatnya itulah yang aku lalui. Sungguh suatu ketika dahulu langsung tidak pernah terdetik didalam hatiku, menjejakkan kaki ke bumi salju ini, menempuh jalan ilmu perubatan ini. Sungguh aku langsung tidak pernah terdetik banyak perkara dalam kehidupanku. Maha Suci Allah yang mentakdirkan untukku perkara-perkara yang baik bagiku, meskipun ada diantaranya pahit dan kelat dan perit untuk ditelan.
“Walaa takilni ila nafsi tarfata ayn”
InshaAllah, hujung minggu ini aku akan merantau bersendirian ke bumi Turki. Ianya sesuatu yang aku perlu lakukan dalam usaha mencari makna diri, pulang ke sebuah ketenangan. Sebuah kampung bernama Faralya menjadi tempat tujuan, moga bertamu dalam keredhaan Tuhan.
Mengambil ibrah dari bertamunya Musa bersama Khidir, mengambil ibrah dari perjalanan rehlah para ulama hadis, mengambil ibrah dari semangat Abu Ayyub Al-Ansari mahu pergi sejauh-jauhnya.
Aku bercadang untuk membuat video travelog sepanjang perjalananku nanti. Sekadar untuk kenangan peribadi, untuk tatapan diri, keluarga, anak cucu di masa hadapan kelak. InshaAllah akan dimuatkan di saluran YouTube ku dari masa ke semasa.
Akhir kata, aku memohon salah silap pada sebarang penulisanku dari awal blog ini hingga akhir. Leokid’s Life wujud sebagai tempat insan ini membicarakan mengenai kehidupannya, sebarang manfaat yang diperoleh dari laman ini maka kupohonkan sekuntum doa dari kalian mendoakan penulisnya. Agar laman ini menjadi saksi kepadanya di sana kelak, inshaAllah.
Wallahua’lam, wassalam.
Unpredictable Spark
Terjaga aku dari tidur di pagi Selasa itu. Ketukan di pintu bilik bertubi-tubi mengejutkanku dari lamunan mimpi. Dilihat pada jam, baru pukul 6.30 pagi. Sedangkan subuh pun, pukul 8 baru masuk. Aku terpinga-pinga, mataku digosok-gosok. Pintu bilik dibuka.
“Abang Kid, abang Daus ada? Dia kata nak pergi Moscow kalau ada tempat kosong, ada satu tempat kosong ni!” Nasir bertanya kepadaku yang masih dalam keadaan mamai. Muizz pun ada sekali. Sebenarnya aku tidak pasti sama ada Muizz atau Nasir yang bertanya. Maklumlah blur di pagi hari. Daus pun terjaga dari tidurnya, dalam mamai juga menjawab, tidak.
“Daus kata dia tak mahu pergi, Muizz.”
Terngiang-ngiang hadis yang aku ucapkan kepada seseorang sebelum aku tidur malam tadi. Man salaka thoriqan yabtaghi fiihi ilmu, sahhalallahu lahu thoriqan ilal jannah. Berebut-rebut ke syurga, aku tidak mahu ketinggalan. Aku tahu aku perlukan ini.
“Abang jelah pergi, boleh?”
“Betul ni? Boleh, boleh, tapi kena bersiap cepat-cepat sedikit lah. Bas menunggu pukul 7 pagi.”
Aku mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air, bersiap-siap. Aku kurang mengambil port mengenai program Konvensyen Pelajar Muslim Malaysia anjuran organisasi Azam Russia tersebut. Ada aku lihat posternya berulangkali melalui newsfeed rakan-rakanku. Khabarnya seorang pakar perbidanan dan sakit puan, konsultan dari Hospital KPJ akan datang menyampaikan perkongsian. Mungkin seperti biasa, mengenai perihal kerjaya, bagaimana hidup seorang doktor, fiqh perubatan, etika perubatan, benda-benda yang sememangnya biasa disampaikan oleh speaker-speaker jemputan ke bumi Salju ini. Sebab itu aku kurang ambil port agaknya.
Aku memasukkan iPad ke dalam beg sandang, dan iPhone ke dalam poket. Mujurlah kedua-duanya telah di-cas sempurna. Aku diberitahu yang kami akan pulang sejurus selepas program berakhir, maksudnya bermalam didalam perjalanan sahaja. Alhamdulillah. Lantas bertolak keluar bersama Muizz dan Nasir, dua orang juniorku.
Didalam bas, setelah mengambil tempat duduk, Ezwan pula duduk di hadapan. “Eh Kid, join jugak engkau?” “Two things come unexpected – Opportunity, or trouble” selorohku. Kami berdua sahajalah pelajar tahun akhir yang menyertai rombongan tersebut. Bas sudah dipenuhi dengan para pelajar. Hampir 3/5 bas dipenuhi pelajar wanita. Penuh. Semenjak dua hari lepas sudah ada sebilangan pelajar yang bertolak sendiri ke bandaraya Moscow tersebut menaiki keretapi. Ada yang bercadang untuk bersiar-siar di bandaraya besar tersebut sebelum program bermula, dan ada juga yang kerana tiada lagi tempat duduk kosong didalam bas tersebut.
Aku boleh dikatakan langkah kanan. Seorang juniorku tidak dapat menyertai rombongan pada minit terakhir, kerana itu ada kekosongan. Alhamdulillah.
“Man salaka thoriqan yabtaghi fiihi ilmu, sahhalallahu lahu thoriqan ilal jannah. Biiznillah.” Bisikku perlahan tatkala bas memulakan perjalanannya, memecah kegelapan pagi Nizhniy di hari itu.
Perjalanan ke Moscow melalui bas, mengambil masa yang agak lama. Kami singgah di beberapa tempat/stesen minyak, terutamanya untuk urusan tandas lah. =.= Alhamdulillah, ada yang menyediakan makanan sarapan yang dikongsi beramai-ramai. Setidak-tidaknya tidaklah kebosanan dan kelaparan. Sekitar jam 4 petang, kami tiba di bandar Moscow, mencari-cari lokasi program dijalankan. Pemandu bas pula tidak arif dengan jalan-jalan di Moscow. Aku membuka Google Maps & GPS di iPad ku, membantu pemandu bas. Alhamdulillah, ada hikmahnya aku terjun last minute. Hee. Tak lama selepas itu, kami pun tiba di perkarangan Hotel University, tempat program bakal dilaksanakan.
Beberapa orang urusetia & petugas konvensyen sudah sedia menanti. Ada kelibat yang aku kenal. Hazwan Zharif, atau Mete, kelihatan dari jauh, lantas aku mendapatkannya, memeluk dan bersalam dengannya. Entah sudah berapa tahun tidak berjumpa. Sekarang sudah bergelar suami orang pun. Mungkin next time apabila berjumpa, dah bergelar bapak orang agaknya. Dari jauh juga kelihatan Ramdan, dari Volgograd. Sempat bertukar khabar dan cerita, teguhnya rakan-rakan dari Volgograd yang menghadiri, mengharungi perjalanan keretapi selama 24 jam untuk sampai ke Moscow! “Tan Sri” Azif, tahun lepas pernah menumpang di bilikku tatkala melawat Nizhniy, turut kutemui. Rasanya bagai semalam baru berlalu. MasyaAllah.
Tetapi sedikit sangat muka-muka yang aku kenal. Menyedari hakikat bahawa aku kini di tahun akhir, sudah “tua”, tentulah tidak ramai yang aku kenal di program yang rata-rata dianjurkan dan dihadiri oleh rakan-rakan junior. Setidak-tidaknya aku bersyukur, kerana sempat jua menyertai program sebegini, mungkin untuk kali terakhirku di bumi Russia ini.
Kali pertama dan kali terakhir. Kali pertama aku menyertai jaulah di Moscow, adalah ketika aku di tahun pertama, seingat aku. Aku mengenangnya sebagai satu peristiwa pahit, apabila ditimpa musibah sejurus ketibaanku di sini. Ada aku coretkan didalam Leokid’s Life, pandai-pandailah kalian cari kalau nak tahu. Dan semenjak itu, aku tidak lagi berkunjung ke jaulah-jaulah atau gathering-gathering musim sejuk yang dianjurkan. Mungkin peristiwa pahit itu hanyalah sebagai escapism, setidak-tidaknya dapat juga hatiku diketuk Allah untuk menyertai program kali ini, inshaAllah.
Program dijangka bermula selepas Maghrib, iaitu sekitar jam 5.30 petang. Sempatlah kami berehat-rehat sebentar di lobi dewan tersebut, termasuklah bersolat dan berbual-bual sesama sendiri. Hampir tiba waktu program bermula, kami pun memasuki dewan dan mengambil tempat. Slot pertama adalah perkongsian daripada Dr. Fauziah, pakar perbidanan & sakit puan tersebut.
Perkongsian beliau ada aku catatkan di sini: Evernote – Konvensyen Pelajar Muslim Malaysia
Ada dua slot, slot pertama disampaikan oleh Dr. Fauziah, seterusnya ada rehat selama setengah jam untuk makan, sebelum dimulakan slot kedua menampilkan Dr. Fauziah dan suaminya, Prof. Alauddin (Vice Director ANGKASA), dipertemukan dalam satu forum bersama moderator yang menghiburkan =^_^= Alhamdulillah, banyak juga pengisian yang bernas yang disampaikan oleh mereka.
Cuma aku sahaja yang tidak dapat menyalin sangat, kerana kurang fokus ketika itu. Dilanda gundah gulana yang menyesakkan dada. Huhu. Ka’annama yasso33adu fis samaa’, bak kata Al-Quran. T_T
Mujurlah, selepas itu ada sesi persembahan pentomin ringkas, serta persembahan nasyid yang antaranya menampilkan juniorku Azli. Aku tak tahu apa lagu nasyid berbahasa Inggeris yang mereka sampaikan, namun ianya menyegarkan dan syahdu dihatiku. Alhamdulillah..
Jam 11 malam, setelah program tamat, kami pun menaiki semula bas. Pihak penganjur menyediakan bekalan makanan tambahan untuk kami yang kelaparan di sepanjang perjalanan pulang. Tidurku yang tidak nyenyak, seringkali terjaga dan terlelap. Setelah 8 jam perjalanan, tibalah semula aku ke bumi Nizhniy jam 7 pagi, menandakan genapnya 24 jam permusafiranku yang tidak disangka-sangka ini.
“Two things arrived unannounced – opportunity, and trouble”. Aku memetik kata-kata ini melalui dialog seorang watak didalam rancangan televisyen British, Hustle. Mungkin tidak berapa sesuai, tetapi konsepnya aku renungi jauh.
Kadang-kadang, Allah mengaturkan beberapa perkara dalam hidup kita, perkara yang tidak kita sangka-sangka. Perkara yang kita tahu, keputusan yang kita ambil akan merubah keseluruhan trek kehidupan kita.
Contohnya, that split second when we are first being offered a cigarette by a friend. Pilihan akan menentukan perjalanan kehidupan kita. Jika di kali pertama itu kita mengatakan ya, maka mungkin keputusan itu akan menentukan kita menjadi perokok sepanjang hayat kita. Dan jika kita kata tidak, maka alhamdulillah.
Ramai dalam kalangan kita, sebenarnya tidak menyedari kewujudan “split second moments” ini. Kerana ianya selalu terlepas pandang, kita sering mengabaikannya. Walhal ramai di luar sana, yang menanti-nantikan saat “split second moment” ini. Seorang yang selama ini tidak pernah bersolat, mungkin hanya memerlukan sekali ajakan “jom, solat” untuk berubah. Seorang yang selama ini tidak pernah menyertai solat jemaah, mungkin dengan hanya pelawaan yang menghangatkan “malam ni kita ada solat jemaah, datanglah ye”, melembutkan hatinya yang selama ini sengaja dikeraskan.
Hidayah Allah, sering datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Orang menyangka, disebabkan dakwah itu berterusan non-stop, maka itu sudah cukup. Tidak, bagi saya jika dakwah itu diibaratkan seperti minyak yang mengalir, maka apa yang dinantikan oleh seseorang itu hanyalah satu spark – pancaran hidayah, untuk membuatkannya menyala-nyala menerangi kegelapan yang selama ini bersarang.
Dan banyak cara, Allah menurunkan hidayah kepada seseorang. Ramai yang beranggapan hidayah itu milik Allah, yang tidak ada pilihan dari kita mengenainya. Benar, memang benar, kerana disebut didalam satu hadis,
“Man yahdihillahi, falaa mudhillalah. Wa man yudlil hu, falaa haadiyalah.”
Barangsiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah takdirkan kesesatan padanya, tiadalah apa yang boleh menjadi hidayah kepadanya.
Allah memilih-milih hambaNya untuk nikmat hidayah, dan hidayah yang kuat sepertimana spark-plug mampu menghidupkan jentera yang selama ini sudahpun dipenuhi minyak. Kita dapat saksikan, dalam sirah, betapa hanya satu spark hidayah yang membezakan Umar yang menentang Islam, kepada Umar yang tegar menyokong Islam. Hanyalah atas satu spark hidayah, that sweet split second moments!
Hidayah memang milik Allah, tetapi kita boleh menjadi sebahagian dari hidayah tersebut kepada seseorang. Nabi shalla Allahu alayhi wasallam menyebut didalam satu hadis,
فَوَاللَّهِ لأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
“Demi Allah, sungguh satu orang saja diberi petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu, maka itu lebih baik dari unta merah.
Unta merah yang menjadi lambang kemewahan orang Arab ketika itu, mungkin sama ertinya di zaman ini dengan Ferrari merah atau tiara berlian. Namun yang lebih menarik didalam hadis ini – hidayah Allah itu disalurkan melalui seseorang. Maka beruntunglah seseorang itu yang menjadi asbab kepada “spark” hidayah yang selama ini dinanti-nantikan orang tersebut.
Dan atas sebab itu jugalah, melalui hadis-hadis dapat dilihat, Rasulullah sangat-sangat marah kepada orang yang menyebabkan orang lain jauh dari agama ini. Sahabat baginda yang terkenal, Muadz, dimarahi dengan kata-kata yang keras kerana memanjang-manjangkan solat dan tersilap memanggil seseorang sebagai “munafiq”. Disebut didalam hadis daripada Abu Mas’ud Al-Ansari;
Tidaklah aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam marah dalam memberikan nasihat sama sekali yang lebih hebat dari kemarahan beliau pada hari itu. Lantas beliau bersabda, “Wahai manusia, sesungguhnya di antara kamu itu ada orang-orang yang membikin manusia lari (dari agama)!
Di zaman baginda juga, terdapat seorang muslim yang kerap sangat ditangkap atas kesalahan meminum arak. Sudah berkali-kali dihukum, dia tetap tidak dapat meninggalkan tabiat tersebut. Sehingga ada yang mencela beliau, mendoakan beliau dilaknat. Tetapi baginda larang! Baginda marah! “Sesungguhnya apa yang aku tahu, dia sangat cintakan Allah dan RasulNya!”
Memutuskan harapan seseorang kepada Allah adalah sebesar-besar dosa yang boleh dilakukan oleh seorang da’ie. Kerana ia bukan sahaja mengkhianati perjuangan yang dibawanya selama ini, tetapi ia juga mengambilalih tugas Allah selaku Al-Hakam!
Diceritakan didalam sebuah hadis yang panjang, mengenai kisah seorang pembunuh yang membunuh 99 orang. Ramai kita mengetahui akan kisah ini. Tetapi tidak ramai yang meneliti akannya secara detail. Tatkala pembunuh itu berjumpa seorang rahib, iaitu orang yang kuat beribadah, rahib itu MEMUTUSKAN HARAPAN beliau dan mengatakan beliau pasti akan memasuki neraka. Lantas dibunuh rahib itu, mencukupkan 100. Sedangkan apabila berjumpa dengan seorang aalim, iaitu orang yang berilmu, orang alim itu menjawab dengan jawapan yang cukup cantik:
منْ يحُولُ بيْنَهُ وبيْنَ التوْبة ؟
Siapa yang berdiri menghalang diantara engkau dengan taubat?
Signifikan disebutkan didalam hadis ini beza diantara rahib dan aalim menunjukkan bahawa ibadah-ibadah yang kita lakukan, boleh jadi menimbulkan perasaan “holier than thou” sebagaimana yang berlaku kepada rahib tersebut. Apabila kita merasakan diri kita sudahpun berada di tempat yang selamat, kerana kita banyak beribadah, banyak buat program, banyak join itu ini bertahun-tahun usrah dan sebagainya, ianya tidak membebaskan diri kita dari ego dan sifat judgemental yang boleh menghancurleburkan kebaikan yang selama ini kita kumpul.
Hal ini sering ditempuhi oleh seorang pendosa yang ingin bertaubat. Didalam usahanya melupakan sejarah lamanya, akan ada insan-insan yang akan mengungkit kembali kisah lama tersebut. Untuk apa? Jika Allah sendiri sudah berjanji orang yang bertaubat nasuha itu terhapus dosanya, maka apa hak kita selaku manusia untuk menjadikannya satu isu? Perihal dosa didalam Islam adalah urusan diantara Khaliq dan Makhluq, tidak pernah disuruh seorang hambaNya memperlihat-lihatkan bukti taubat dan dijaja kepada orang ramai. Cukup sekadar sedu tangis di malam hari yang menjadi pengharam tubuhnya dimamah api neraka, sebagaimana yang disebutkan didalam hadis, dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana ketakutannya kepada Allah, (laksana mustahilnya) air susu kembali dalam kantung susu.”
Haruslah kita berhati-hati dalam menyusuri jalan dakwah ini, kerana dirisaukan kita lebih banyak membinasakannya. Menyoroti hadis-hadis Nabi shalla Allahu alayhi wasallam, membuatkan saya gementar memikul nama “pendakwah”, mahu sahaja saya campaknya jauh-jauh. Kerana sesungguhnya seorang mukmin itu tidak perlu menggunakan apa-apa gelaran. Dialah da’ie, dialah mad’u. Dialah pendakwah, dialah yang didakwah. Mencontohi kehidupan baginda shalla Allahu alayhi wasallam adalah serealistik mungkin yang kita boleh dapat menjadi seorang muslim, mukmin, muttaqin.
Aku bersyukur kepada insan-insan yang mengetuk pintu bilik di pagi hari, mengajak kepada kebaikan, kerana ianya mungkin menjadi satu spark hidayah dalam diri tuan bilik tersebut. Aku bersyukur kepada insan yang membuang jauh-jauh segala persepsi dan sentiasa melihat yang positif dalam diri orang lain. Aku bersyukur adanya insan-insan yang istiqamah dalam mencontohi thariqah Rasulullah, cara hidup dan sikap baginda. Aku berbangga apabila insan-insan ini mengintegrasikan sepenuhnya apa yang Islam bawa, sama ada dari segi akidahnya, ibadahnya, sehinggalah kepada sikap dan akhlaknya, inshaAllah.
Moga Allah membahagiakan insan-insan seperti ini, dan meramaikannya sehingga tenggelam kegelapan (dzulumaat) itu dek terangnya cahaya “spark” yang mereka cetuskan!
From the ashes of 2011, a new hope shall arise.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Merenung ke skrin Macbook, jari yang jemari terhenti dengan spontan. Kedinginan subuh yang membaluti diri, menggigilkan diri Abu Suhayl tatkala comforter biru biliknya memanggil-manggil beliau untuk bergomol bersama. Hari ini hari terakhir 2011. Tahun 2011, adalah tahun yang cukup memeritkan buat Abu Suhayl. Ah, cliche! Tiap-tiap tahun pun, itulah yang disebutnya. Tidak pernah tiada tahun yang tidak menjadi ujian buatnya.
Coretan ini dinukilkan pada subuh yang hening hari terakhir 2011. Sengaja ditulis lebih awal agar Abu Suhayl dapat berbaring di atas bumi salju seraya merenung langitnya yang disinari cahaya bunga api menyambut kedatangan 2012. Merenung akan dirinya, apa yang telah ia tempuhi dan apa yang bakal mendatang..dia menjadi gementar! Entah apa Yang Maha Kuasa aturkan untuknya, sama sekali ia tidak tahu. Yang pastinya, dirinya tidak henti diuji, sememangnya hakikat seorang hamba sentiasa layak diuji, dan ujian itu berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain tanpa dia sedari.
Tahun 2011 ini, ujian itu datang dalam bentuk yang cukup berlainan sekali. Ia datang bagaikan angin dingin salju yang lembut, tanpa disedari membekukan setiap yang dihembusnya. Ia datang membelit kaki dan seraya perlahan mengheret tubuh ke dalam kegelapan yang bersarang jauh. Ia datang bagaikan terik mentari yang memanaskan dan menyejukkan batu, sedikit demi sedikit merekahkannya dan menghancurkannya menjadi debu.
2011 bermula dengan kasar sekali bagi Abu Suhayl. Memasuki 2011 dalam keadaan yang tergesa-gesa, dihurung dengan pelbagai program dan aktiviti. 2011 melakarkan penglibatan terakhir Abu Suhayl bersama persatuan Muslim di sini. Seminar “Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam” merupakan produk terakhirnya berbakti kepada rakan-rakan di bumi Salju ini. Setidak-tidaknya itulah yang beliau sangkakan ketika itu.
Belumpun Januari berlalu, salju menyaksikan tunduk dan titis air matanya yang pertama. Kata-kata dari pensyarah subjek Pediatrik yang menjadi kegerunan ramai itu, benar-benar meruntun hatinya didalam peperiksaan tersebut. Bukan, ianya bukan kata-kata yang kejam. Ianya bukan kata-kata yang memusnahkan. Ianya hanyalah kata-kata berupa kebenaran dalam kekecewaan. Abu Suhayl berazam sedari itu, nama Maria Gregoryevna akan sentiasa terpahat dalam dirinya, sebagai insan yang mengetuk hati yang membuku dan kepala yang membatu.
Bukan Abu Suhayl juga. Dunia pun, menyaksikan dilema dan gundah gulana yang berpanjangan di tahun 2011. Tatkala umat Malaysia sendiri dibius dan dimabukkan sama ada dengan candu-candu politik mahupun hiburan, tanah padang pasir di Arab bergetaran dengan hentak kaki dan sorak laung para pejuang membebaskan diri dari cengkaman sang kuku besi. Pertempuran yang sama berlaku, dalam diri Abu Suhayl, bergelut dengan kelemahan sendiri. Sedikit demi sedikit dia teruji. Bulan yang besar (supermoon) sangkanya satu keindahan, rupanya satu gerhana yang membayangi dan menghantui hidupnya. Retak menanti belah, dirinya hanyalah bagaikan telur di hujung tanduk menanti masa.
Di satu sudut yang lain pula, 2011 menyaksikan Abu Suhayl dirundum rasa gementar, akan hakikat bahawa dirinya cuma tinggal setahun lebih sahaja sebelum beliau melangkah ke dunia serius berurusan dengan nyawa manusia. Sangkanya boleh berehat setelah pencen, namun hasil ikhtiar rakan-rakannya, entiti baru The Avicenna Project ditubuhkan, menjadi platform melonjakkan diri setinggi mungkin, agar setanding dengan para graduan negara berlainan. 2011 juga menyaksikan keterlibatan beliau dalam penulisan perubatan, apabila dua artikel perubatannya diterbitkan laman sains.
Namun di sudut akademik juga, mengujinya di saat akhir semester pertama 2011. Rentetan peristiwa yang bermula dari kekecewaan terbesarnya didalam peperiksaan bagi subjek Infectious Diseases, rupanya berlarutan apabila ujian demi ujian datang bertubi-tubi. Wajah rektor berkepala bulat itu terabadi didalam benak fikirannya dengan perasaan marah dan dendam kesumat yang tinggi. Dalam keadaan yang menekan, beliau akhirnya meloloskan diri, kembali ke kampung halaman.
Summer 2011 sebuah musim panas yang cukup banyak menghasilkan fatamorgana bagi beliau. Sungguhpun sebulan setengah yang beliau habiskan di tengah-tengah Jabatan Kecemasan tersebut menjadi distraction but somewhat greatly beneficial ia tetap tidak dapat menolak hakikat bahawa Abu Suhayl sedang diuji. 23 datang menjelma tatkala dirinya hanyut alpa dan leka. Namun di celah-celah ujian tersebut yang tampak menghanyutkan, hakikatnya beliau mencari dimanakah ketenangan itu. Setelah jalan biasa yang ditempuhi membawanya ke jalan buntu dan memakan diri. Puncak Gunung Jerai..pesisir Pantai Merdeka..deru ombak dan desir bayu Pantai Bersih menjadi bisik kata alam yang meluaskan dunianya dan melapangkan jiwanya. Tanpa dia sedari, bisik alam itu sebahagian dari bisikNya.
Dan bagai tenang awan sebelum taufan.. the worst is yet to happen. Tali kukuh yang selama ini dipegang dan dibalut dengan doa dan dititipkan dengan harapan semakin dan semakin tegang, mereput dan meretas. Aidilfitri 2011 mencarik-carik dirinya, lantas dengan lafaz nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim dia membuat keputusan itu, yang baginya ironi. Jika dalam perubatan ada prinsip “ubi pus, ibi evacua”, begitulah juga. Apabila sesuatu yang diharapkan menjadi sumber kekuatan, membawa Abu Suhayl ke darjat yang rendah dan hina, maka hatta taring singa menjadi berbisa buatnya. Ubi pus, ibi evacua.
Sangkanya segalanya akan berlalu dengan sejahtera. Sangkanya, segala yang terlerai telahpun disimpulkan dengan sempurna. Sangkanya, yang terkubur sudah rata, yang tertinggal sudah tercantas. Namun Rabb Tabaraka Wataala Maha Mengetahui Segalanya, apabila Dia menjanjikan “Wamakaru wamakarallah, wallahu khayral maakirin.”
Menyebut mengenai kesakitan jugalah, seiring dengan mulanya tahun terakhir pengajian, Abu Suhayl menjejakkan kaki ke hospital. Kali ini bukan sekadar seorang bakal doktor, sebaliknya diperiksa bakal doktor. Diagnos penyakit chronic yang diterimanya mungkin dianggap leceh dan remeh oleh sesetengah, namun ia menjadi bukti fizikal betapa erroded diri Abu Suhayl, batiniyyah dan ruhiiyah sehingga menempel ke jasadiyyah. Di celahan itu, laksana orang diambang derita, halusinasi dan fatamorgana silih berganti, Abu Suhayl tidak lagi dapat membezakan antara nyata dan maya. Bahkan! Abu Suhayl tidak lagi menjadi Abu Suhayl, bersalin kulitnya dan apa yang tinggal adalah cangkerang keras yang membelakangi segala jua yang selama ini diletakkan di hadapannya..
Arakian, bak kata murabbi kesayangan, apabila mawar yang selama ini didambakan menjadi kaktus yang melukakan, kunang-kunang yang diharapkan menjadi penyuluh jalan bertukar menjadi ulat bulu yang berbisa dan menyakitkan, tidak ada yang lain melainkan disingkapNya sedikit demi sedikit tabir dan melalui rekahan dan retakan hatinya, dia membenarkan Cahaya itu menyinari benak hatinya..
Min az-zhulumaati ila an-nuur.
Dan kaktus pun mulai berbunga, dan ulat bulu bermetamorfosis menjadi rama-rama, tatkala sang Penghafaz menawarkan apa yang tidak ditawarkan oleh sesiapa jua kepadanya sebelum ini – bukanlah mimpi indah yang mengkhayalkan, dan bukan juga sesuatu ketidakpastian yang membinasakan, sebaliknya akan hakikat RahmatNya mengatasi KemurkaanNya ke arah sebuah ketenangan dan keyakinan berpaut pada janjiNya.
2011 dirumuskan dengan sebuah perkataan tiga huruf bahasa Inggeris,
“END”.
And as they say, “N” is always the beginning of “NEW”.
“Ya Allah, peganglah hatiku, genggamlah hatiku, jangan biarkan ia terlepas lagi dariMu!”
My last Eid in Nizhniy Novgorod. In the picture, me sitting next to Rahmie, our first year student who just experienced his first Eid here. It’s quite a reminiscence, seems like it was just yesterday I’m celebrating my first Eid in NN. 6 years has passed. Wow!
Will I still be a Muslim today, if I were not born as a Malay?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ini memandangkan hujung minggu, saya bagi sebuah post yang agak berat sedikit. Lama benar tidak mengemaskini Leokid’s Life dengan sebuah post yang sarat. Hehe. Saya jarang menulis sesuatu berkaitan hal bangsa. Mungkin kerana saya sedar, saya ini pun lahirnya dalam keluarga Melayu, belajar 5 tahun di MRSM yang tentunya tertubuh demi Melayu, datang ke luar negara pun di bawah tajaan MARA kerana saya seorang Melayu. Jadi seolah-olah sudah ada satu preemptive thinking yang menghalang saya dari mempersoalkan nilai keMelayuan ini. Seperti kata pepatah Inggeris,
“You don’t bite the hand that feeds you.”
Saya bukanlah anti-kebangsaan sangat pun, sebenarnya. Saya tetap berbangga memakai Baju Melayu pada bila-bila masa saya suka tanpa terhad kepada Hari Raya mahupun Hari Jumaat sahaja. Saya tetap berbangga memakai Baju Kemeja Batik pada majlis-majlis rasmi. Baru sebentar tadi, makan tengahari dengan Nasi Lemak, dan saya masih terkenang-kenang jurus-jurus silat yang dipelajari 6 tahun lalu meskipun saya yakin saya tidak selincah dulu (errr).
Tapi kesedaran ke atas apa yang diteladani didalam Islam, membuatkan saya jelik kepada orang yang mengaitkan bangsa dengan agama. Kerana ianya dua entiti yang berbeza. Saya jelik kepada orang yang menghadkan keluasan skop Islam kepada kesempitan bangsa sahaja. Ianya meletakkan batasan kepada ISLAM, sedangkan ISLAM yang diturunkan Allah kepada Muhammad adalah rahmatan lil ‘alamin, bukannya rahmat kepada bangsa tertentu sahaja atau kaum tertentu sahaja.
Tempoh hari, saya ada meletakkan satu status update yang agak “kritikal” di laman Facebook saya. Status tersebut berbunyi,
Will I still be a Muslim today, if I were not born as a Malay?
Hari ini saya terpanggil untuk mengulas sedikit berkenaan status update berkenaan. Saya bukannya nak highlight sangat pun sentimen kebangsaan dalam status ini, kerana status ini mengajak kita berfikir lebih mendalam, melangkaui rangka kebangsaan yang ada. Namun tentulah, ada yang menafsirkannya dari sudut kebangsaan semata.
“Nilai” – Satu Persoalan
Sejak dari kecil, saya sering diajar – kita seharusnya bersyukur, lahir di negara Malaysia yang Islamnya terpelihara dari segi undang-undang. Kita seharusnya bersyukur, dilahirkan dalam keluarga Melayu yang mendidik kita dengan Islam sejak kita kecil hingga dewasa. Kesyukuran kita bertambah, apabila kita dibandingkan dengan negara-negara luar yang penganut Islamnya tidak mengecapi keselesaan beragama sebagaimana yang kita ada. Sejak dari dahulu, cerita-cerita penindasan ke atas Muslim diperdengarkan – membuatkan kita rasa bertuah dilahirkan di bumi Malaysia ini.
Saya yakin, majoriti dari kita akan bersetuju dengan pemikiran sebegini. Saya pun, pada superficial-nya, bersetuju dengan statement sedemikian. Tiada apa yang salah, tidak ada apa yang bercanggah dengan syarak pun. Malah, sesetengah akan berkata bagus, kerana amalan bersyukur adalah amalan yang sangat digalakkan dan dituntut disisi Islam.
Tetapi saya pesan kepada para pembaca – sila renung kembali, apa NILAI/HARGA Islam yang anda sendiri letakkan kepada diri anda.
Hakikatnya, persoalan ini merupakan satu retrospeksi kepada diri kita sendiri, mengenai NILAI sebuah Islam yang kita miliki ini.
Bagi menjelaskan point saya ini, mari kita keluar dari kerangka “Melayu” sebentar. Ada banyak pernyataan-pernyataan yang membawa konotasi yang sinonim dengan pernyataan di atas. Kita sering mendengar orang berkata,
“Beruntunglah aku lahir sebagai anak seorang ustaz, (kerana itu aku mendapat didikan agama)”
“Bertuah aku bersekolah di sekolah agama, (kerana itu aku mendapat Islam)”
Sepertimana persoalan yang saya lontarkan tersebut, tentulah tidak ada yang salah terhadap statements sebegini. Ianya jelas difahami. Namun hakikatnya, mari kita renung kembali, adakah kita menyandarkan nikmat Islam yang kita ada ini kepada sesuatu faktor yang di luar kawalan kita?
Selalu kita dengar orang menyebut – Islam itu tidak dapat diwarisi. Anak seorang ustaz – bahkan – anak seorang Nabi pun, sebagaimana yang diceritakan Allah didalam surah 11:42-43 – tidak menjamin dirinya mendapat keimanan yang mantap dan ketaatan kepada agama Islam. Begitu juga, adakalanya kita mendengar kes-kes maksiat melibatkan para pelajar sekolah agama, ianya menjadi satu keaiban kepada institusi berkenaan.
Bukanlah kita hendak merendah-rendahkan atau memperlekehkan para anak ustaz ataupun para pelajar sekolah agama, dan jauh sekali kita memperlekehkan bangsa Melayu (jika kerangka melayu digunapakai), hakikatnya kita sedar bahawa Islam itu sama sekali tidak disandarkan kepada siapa bapa kita, di mana kita belajar, dari keturunan mana kita berasal.
Begitu juga jika kita memandang statements berkenaan dari sudut pandang lain. Jika dilahirkan sebagai anak seorang ustaz itu dikatakan beruntung, maka adakah satu kerugian jika dilahirkan sebagai anak seorang petani, atau hatta anak seorang penzina? Dan jika disekolahkan di sekolah agama itu dipandang sebagai bertuah, maka malang lah mereka yang belajar di sekolah biasa? Pastinya bukan ini yang kita cuba maksudkan dan sampaikan dari pernyataan di atas, namun dengan pernyataan tersebut, tidak dapat tidak ia akan memberi konotasi sebegini kepada sebilangan yang lain.
Begitulah hakikatnya jika kita menggunakan kerangka “Melayu” sekalipun. Berapa ramai yang dilahirkan dalam keluarga Melayu, tetapi tidak mempunyai penghayatan Islami yang tinggi? Dan berapa ramai pula yang dilahirkan Melayu, dari kalangan para penjenayah, pemaksiat dan ahli bida’ah di negara kita?
Dengan menyebut bahawa kemenangan Islam terletak di tangan orang Melayu, secara tidak langsung kita awal-awal sudah mengisytiharkan kekalahan bangsa-bangsa lain didalam perjuangan Islam yang sebahagian dari mereka bawa. Sedangkan kita sendiri mengenali, tokoh-tokoh tempatan seperti Shah Kirit, Lim Jooi Soon, Xifu Naseer yang banyak mengembangkan dakwah Islam merentasi batasan budaya, bangsa dan bahasa di Malaysia, tidakpun berasal dari bangsa Melayu. Malah ada pula dalam kalangan kita yang tergamak mengatakan, dakwah kepada kaum Cina di Malaysia sudah tidak relevan, kerana mereka mustahil menjadi “tuan” di tanah air kita. Ini sesuatu yang memalukan, dan ofensif kepada kaum lain, namun kerana ianya disebut atas kapasiti “Islam”, maka ianya membawa fitnah ke atas Islam itu sendiri.
Nilai Sebuah “Islam”
Kembali kepada perbincangan kita, iaitu mengenai NILAI sebuah Islam itu. Hakikarnya apabila berkata sedemikian, kita menyandarkan nilai/harga Islam yang kita ada, kepada faktor-faktor yang di luar kawalan kita – siapa ayah kita, di sekolah mana kita belajar, dari keturunan mana kita dilahirkan.
Contohnya, menyandarkan nilai/harga Islam kita ini kepada “Melayu”.
Which is, apa itu “Melayu”? Banyak dan besar perbahasan mengenai istilah ini. Ada yang mengambil definisi tersebut sebagaimana yang disebut didalam perlembagaan, walaupun sukar untuk kita menerima hakikat bahawa definisi itu sudah tidak relevan dan telah obsolete. Ada yang membincangkan mengenai definisi “Melayu” dengan mengambilkira sejarah, epistemologi dan asal usul, menjangkau ke zaman pre-kesultanan lagi.
Namun saya pasti kita semua bersetuju, seorang anak yang dilahirkan kepada satu pasangan Melayu (atau salah seorangnya Melayu?), maka automatik anak tersebut juga Melayu. Maka dari perspektif saya, ini bermaksud “Melayu” itu hanyalah bergantung kepada jujukan kod-kod genetik yang datang dari sperma ayah dan ovum ibu kita, itu sahaja.
Maka renunglah sendiri, adakah kita menyandarkan nilai/harga sebuah ISLAM itu kepada barisan kod-kod ini yang jika dikira dari segi saiz, tidak sampai 10 nanometer?
Tujuan Satu Persoalan
Setiap persoalan ada tujuannya. Persoalan yang tiada tujuan, adalah satu persoalan yang sia-sia. Begitulah juga dengan persoalan yang saya lontarkan ini, sebenarnya mempunyai satu tujuan yang sangat penting.
Persoalan ini penting kerana ia membuatkan kita menilai kembali, di mana kita meletakkan HARGA ISLAM yang kita katakan nikmat ini. Kerana punca pasak segala permasalahan yang melanda ummah hari ini, titik tolaknya berasal dari bagaimana kita meletakkan nilai Islam dalam diri kita.
Permasalahan seperti krisis identiti, masalah gejala sosial, kemurtadan, dan sebagainya – jika kita trace dan tentukan semula, nescaya kita akan dapati ianya bertitik tolak dari persoalan yang satu ini.
Sukar untuk diakui, namun hakikatnya ramai di antara kita yang menganggap ISLAM yang kita miliki ini adalah Islam yang kebetulan. Iaitu kebetulannya kita lahir dalam keluarga yang Islam, maka kita menjadi Islam. Mungkin ramai yang zahirnya pada lidah menafikan, namun hakikatnya itulah yang menjadi jati diri kita. Atas jati diri yang rapuh inilah, masalah-masalah seperti kemurtadan berlaku. Kenapa seseorang itu murtad? Kerana dia tidak merasakan pentingnya “ISLAM” itu pada dirinya. Dia merasakan yang nilai sebuah ISLAM yang dia ada itu boleh ditukarganti dengan sesuatu yang lain. Kenapa masalah sosial berlaku? Kerana penghayatan ke atas syariat-syariat ISLAM itu dirasakan tidak perlu, tidak penting untuk menjadi panduan dalam hidup. Apabila ISLAM itu dinilai pada sudut materi dan duniawi yang mudah untuk kita letakkan secara kuantitatif dan fizikal.
Dengan memahami perkara ini, kita boleh memahami kenapa ada segelintir pihak mempunyai sikap tersendiri ke atas isu-isu tertentu. Contohnya, mengenai isu undang-undang menghalang orang murtad. Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, merupakan antara yang berpandangan bahawa menghalang orang murtad dengan cara sebegini adalah satu usaha yang membuang masa. Kerana hakikatnya kita bukan mempertahankan akidah orang tersebut. Sebaliknya kita hanyalah mempertahankan tulisan “ISLAM” pada kad pengenalan orang itu sahaja. Kerana seolah-olahnya, nilai dan harga agama Islam bagi kita, adalah terletak pada lima huruf I.S.L.A.M. pada kad pengenalan!
Kita rasa seronok apabila kita berjaya dari segi undang-undang, menghalang si polan tersebut dari menukar perkataan Islam didalam kad pengenalannya. Namun tanyalah diri kita sendiri balik, adakah kita benar-benar berjaya menghalang si polan tersebut dari murtad? Jika ada yang menjawab ya, maka keluarkanlah diri anda dari perangkap delusi ini. Hakikarnya, secara akidahnya, si polan tersebut tetap sudah murtad. Kita rasa kita sudah berjaya “memperjuangkan akidah”, sedangkan kita cuma syok sendiri.
Nilai Islam Berdasarkan Sirah
Hakikatnya, nilai jati diri berlandaskan ISLAM, bukannya berlandaskan “aku lahir sebagai melayu” atau “aku ini anak seorang ustaz” dan sebagainya yang menjadi bata kukuh melapisi akidah para sahabat radhia Allahu anhum. Lihat sendiri latarbelakang mereka. Kebanyakan mereka, lahir dalam keadaan jahiliyah. Dibesarkan dalam keadaan jahiliyah. Ulama’ tafsir terkenal, Ibnu Kathir, ketika mentafsirkan Surah Hujurat ayat 13, iaitu ayat yang sering disalahguna untuk membuktikan idea kebangsaan disisi Islam, menyebut sebuah hadis yang terkenal:
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari didalam sahihnya, bahawa Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata, terdapat beberapa orang bertanya kepada baginda Rasulullah shalla Allahu alayhi wa sallam,
“Siapakah orang yang paling mulia?”
Maka baginda menjawab, “Orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling tinggi taqwanya”
Mereka yang bertanya itu berkata, “Kami bukan hendak mengetahui mengenai itu, ya Rasulullah”
Baginda menjawab lagi, “Maka orang yang paling mulia adalah Yusuf, Nabi Allah, anak Nabi Allah, anak Khaleel (Kekasih) Allah.”
Mereka yang bertanya tersebut berkata lagi, “Kami bukan hendak mengetahui mengenai itu.” Ketika itu tahulah Rasulullah, bahawa mereka sebenarnya mahu Rasulullah menyebut mengenai bangsa mereka. Lantas Rasulullah bertanya,
“Jadi, kalian mahu bertanya aku mengenai keturunan Arab?”
“Ya,” jawab mereka. Maka Rasulullah menjawab dengan jawapan yang cukup komprehensif,
فَخِيَارُكُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِي الْإِسْلَامِ إِذَا فَقُهُوا
“Mereka yang terbaik ketika jahiliyah, maka terbaik juga ketika Islamnya, jika mereka memahami (Islam)”.
Dari kisah ini kita dapat lihat, sama sekali Rasulullah tidak mahu mempertahankan bangsa Arab. Kali pertama ditanya, Rasulullah menyebut dengan jelas sebagaimana yang disebut didalam surah Hujurat ayat 13 tersebut, iaitu orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa, bukannya berdasarkan kepada susur galur keturunan bangsa. Didalam hadis ini juga, apabila ditanya mengenai di mana letaknya kemuliaan, Rasulullah tidak menjawab dari sudut bangsa tetapi baginda shalla Allahu alayhi wa sallam menyatakan dengan cantik sekali, bahawa ianya terletak pada kefahaman Islam. Jawapan tersebut applicable untuk semua bangsa – tidak hanya Arab sahaja, ironinya di zaman kita ini lebih 1400 tahun setelah Rasulullah wafat, ada pula yang cuba mengkhususkannya hanya kepada bangsa Melayu sahaja.
Kerana itulah, pada hari pembukaan Kota Makkah (Fathul Makkah), setelah Rasulullah shalla Allahu alayhi wasallam bertawaf, baginda menyampaikan khutbah di atas unta baginda dengan berkata,
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَتَعَظُّمَهَا بِآبَائِهَا، فَالنَّاسُ رَجُلَانِ: رَجُلٌ بَرٌّ تَقِيٌّ كَرِيمٌ عَلَى اللهِ تَعَالَى، وَرَجُلٌ فَاجِرٌ شَقِيٌّ هَيِّنٌ عَلَى اللهِ تَعَالَى، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ:
“Wahai manusia! Allah yang Maha Tinggi telah membuang daripada kamu slogan jahiliyah dan tradisinya menyanjung-nyanjung nenek moyang (keturunan). Sesungguhnya manusia itu ada dua – yang bertaqwa, takutkan Allah, mereka ini mulia disisi Allah, atau (yang kedua) mereka yang ingkar, kecil mereka disisi Allah. Sesungguhnya Allah azza wa jalla berfirman (dan Rasulullah membacakan ayat 13 Surah Hujurat tersebut).
Kedua-dua hadis ini boleh dirujuk didalam tafsir Ibnu Kathir bagi ayat Hujurat 13 tersebut.
Langkah Penyelesaian
Ini adalah backward error-analysis saya terhadap masalah ummah,  secara introspektif. Iaitu menganalisa dan mengenalpasti bahawa punca masalah-masalah yang berlaku dalam ummah ini, titik tolaknya berasal dari diri kita sendiri. Banyak kali Allah sebut, bahawa keburukan dan kerosakan yang menimpa kita, adalah berpunca dari tangan-tangan kita sendiri. Boleh rujuk didalam alQuran pada 2:195, 30:36, 30:41, 42:48, 22:10. Semuanya Allah tegaskan, ianya berpunca dari diri kita sendiri. Dan kerana itu jualah, sebagai penyelesaiannya Allah berfirman didalam surah 13:11, ayat yang terkenal “Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.
Sesetengah orang, tidak gemar akan pendekatan ini. Kerana pendekatan ini, memerlukan kita untuk meruntuhkan ego bagi mengakui kelemahan diri. Ia memerlukan kita untuk berhijrah dari keadaan kita yang sedia selesa ini. Bagi orang sebegini, mereka lebih gemar pendekatan meletakkan beban kesalahan kepada orang lain atau faktor-faktor luaran dan cuba sedaya upaya untuk mengekang faktor-faktor ini. Contohnya, menyalahkan Yahudi bagi segala kebejatan sosial yang ada. Atau menyalahkan gerakan kristianisasi sebagai punca masalah murtad, sehingga mengadakan rapat umum sebagai amaran kepada gerakan kristianisasi ini.
Hakikatnya, sebagaimana yang di-sunnatullah didalam ayat-ayat yang saya nyatakan di atas, melihat kepada masalah ummah dan menyelesaikannya PERLU secara introspektif. Kerana kita bukan berhadapan dengan masalah kristianisasi sahaja. Apostasy secara umum iaitu meninggalkan agama terus dan bukannya berhijrah agama, tetap menjadi satu ancaman yang kuat. Malah, kita mengalami ancaman internal juga. Usahkah disebut senarai segala isme yang ada, cukup melihat TV atau suratkhabar didepan mata. Takkan tiap-tiap bulan kita nak adakan rapat umum sebagai usaha mengekang masalah ini? Saya siap mencadangkan lagi, kita tetapkan setiap bulan ada temanya. Jika bulan Oktober ini kita berkumpul menentang kristianisasi, apa kata bulan hadapan kita berkumpul menentang sekularisma pula. Bulan Disember, menentang komunisma. Bulan Januari, menentang Freemasonry. Tentulah tidak ada orang yang akan melarang, kerana ianya sebahagian dari nahi munkar, namun tanyalah diri kita adakah ianya satu langkah yang wajar?
Kesimpulan
Sesungguhnya, persoalan
“Will I still be a Muslim today, if I were not born as a Malay?”
mengajak kita untuk muhasabah kembali di mana kita meletakkan nilai/harga Islam pada diri kita. Adakah pada satu hakikat kita dilahirkan oleh ibubapa Islam, sedangkan di luar sana ramaaaiii Muslim yang tidak mempunyai ibubapa yang Islam. Atau mungkin pada hakikat IC kita tertulis “Islam”, walhal saudara-saudara seakidah kita di Perancis tidak ada pun peruntukan undang-undang melindungi Islam.
Ayuh kita renung sendiri dan fahami sendiri, di mana HARGA sebuah ISLAM yang kita ada ini. Kalaulah jawapannya semudah mengkhatam buku “Apa Erti Saya Menganut Islam” oleh Syeikh Fathi Yakan, maka saya mencadangkan kita suruh budak-budak kita mengaji buku ini dua tiga kali pun dah cukup untuk membanteras isu murtad. Sayangnya, ianya tidak semudah itu.
Mencari nilai Islam yang sebenar, adalah satu perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kita semua regardless of siapa kita, siapa ibubapa kita, dari keturunan mana kita berasal. Kerana perjuangan yang sama inilah yang ditempuhi Bilal bin Rabah dan Sumayyah, sehingga membuktikan betapa harga Islam itu priceless dan sudi dibayar dengan nyawa sendiri. Perjuangan yang sama inilah yang ditempuhi Ah Chong dan Muthi yang tatkala memeluk Islam, disisih oleh keluarga mereka dan dipulau dan putus saudara dan sebagainya. Mereka ini, layak untuk memanggil Islam yang mereka ada sebagai satu “nikmat”.
Kita? “Nasib baik aku beranak-beranak dah terus Islam,”. Dengan ayat ini, pun kita ada hati nak panggil Islam satu “nikmat”? =.=
Wallahua’lam, wassalam.
WW#4
Technically, it’s Thursday already. Ah, what the hell. Here’s the picture for the fourth Wordless Wednesday (and now it’s not “wordless” anymore!)
Berbicara Dengan Manusia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pulang dari kelas di Hospital Semashka, saya sengaja memilih laluan bas yang agak jauh. Iaitu melalui pesisir pusat bandar Nizhniy Novgorod. Walaupun agak jauh, tetapi acapkali laluan ini lebih cepat berbanding laluan bas biasa yang merentasi pusat bandar, selalunya disebabkan ianya mengelak dari kesesakan lalulintas. Namun, laluan ini kurang digemari oleh para pelajar, kerana perlu transit bertukar bas di satu perhentian.
Dan seperti biasa, tatkala berseorangan didalam bas, saya mengelamun bersendirian. Kali ini, imbauan saya kembali ke zaman kanak-kanak saya. Iaitu di masa ketika saya tinggal di pekan Pengkalan Kubor, Kelantan, ketika saya berusia sekitar sepuluh tahun.
Saya teringat secara samar-samar, akan kehidupan sekolah rendah saya. Untuk artikel kali ini, suka saya ceritakan mengenai guru Bahasa Inggeris saya. Seorang lelaki yang sudah berusia, saya tidak ingat namanya, namun saya mengingati secara vague, suasana di kelas tersebut. Metodologi pengajarannya berbeza, unorthodox. Kami diajar mengenai grammar menggunakan apa yang beliau namakan sebagai “magic box”. Ianya hanyalah jadual biasa, yang membahagikan grammar Bahasa Ingeris kepada Past, Present, Future tense, serta singular dan plural. Dan kami menghafal “magic box” tersebut. Jika pelakunya seorang dan sekarang (single and present tense), maka guna “Box 1″. Begitulah juga lainnya.
Justeru apabila saya berpindah dari pekan tersebut ke bandar Kuala Terengganu di akhir darjah empat, guru Bahasa Inggeris baru saya bertanya kepada saya mengenai tahap kefahaman saya. Apabila saya menjelaskan mengenai “magic box”, tentulah, beliau mengerut dahi dan saya diketawakan rakan-rakan sekelas saya.
Pekan “Pengkalan Kubor” adalah sebuah pekan kecil. Sekurang-kurangnya pada masa saya berada disana tersebut. Rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan, atau penanam tembakau. Berlari-lari di tepi pantai dan bermain galah panjang adalah rutin harian saya di sana, bersama rakan-rakan saya, selaku budak kampung.
Berbeza dengan Kuala Terengganu, ibu negeri penyu tersebut, Meskipun saya ketika itu menetap di Gong Tok Nasek, kawasan yang dikategorikan sebagai pinggir bandar, penduduknya ramai yang bekerja di pusat bandar sama ada dalam sektor awam mahupun tidak. Waktu masa lapang saya dihabiskan dengan berbasikal ke Cybercafe berdekatan untuk bermain permainan video, adakalanya menaiki bas ke pusat bandar mencari kedai CD permainan. Suasananya berbeza sekali berbanding di Pengkalan Kubor.
Ketika itu, saya tidak memahami kenapa saya diketawakan oleh rakan-rakan sekelas tatkala menceritakan “teori magic box”. Juga masih melekat dalam kepala saya, reaksi guru Bahasa Inggeris menggeleng-gelengkan kepalanya tatkala melihat buku nota saya dari sekolah lama. Seolah-olahnya ianya satu perkara yang negatif, dan saya ada melakukan kesalahan atau kesilapan pada pandangan beliau.
Kini, setelah hampir 15 tahun peristiwa berkenaan, satu demi satu saya mula memahami apa sebenarnya yang berlaku. Ianya selari dengan sebuah hadis, mauquf (terhenti/disandarkan) kepada Saidina ‘Ali radhi Allahu anhu,
حَدِّثُوا النَّاسَ بِمَا يَعْرِفُونَ
(Berbicaralah kepada manusia berdasarkan apa yang mereka tahu)
Ungkapan ini diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari didalam Kitab Sahihnya, dibawah bab Kitab Ilmu. [rujukan]
Dua situasi berbeza diantara suasana saya di Pengkalan Kubor dengan Kuala Terengganu, menjadi sebab kepada perbezaan tersebut. Saya bersyukur ditemukan dengan guru Bahasa Inggeris yang bijaksana di Pengkalan Kubor, yang mengajar anak muridnya yang berasal dari pelbagai latarbelakang, dengan kaedah sendiri yang bersesuaian dengan tahap kefahaman mereka.
Dan tentulah, senarionya berbeza dengan suasana saya di bandar, kerana jika kaedah yang sama – “magic box” digunakan untuk mengajar kanak-kanak bandar, pastilah ianya terlalu asing dan diketawakan!
Berbicara Kepada Semua
Berbicara agar orang faham apa yang dibicarakan adalah satu teknik yang sukar, namun cukup penting untuk dimiliki khususnya kepada mereka yang berhadapan dengan ramai orang. Kepakaran seorang guru bukanlah bergantung kepada berapa banyak ilmu yang beliau miliki, tetapi kepada bagaimana beliau “menterjemahkan” ilmu itu kepada bahasa yang difahami anak-anak muridnya. Ada pemikir menyebut, bukti kefahaman seseorang adalah apabila dia mampu menceritakan balik sesuatu itu kepada seseorang yang tidak tahu apa-apa, yang apabila selesai bercerita maka orang itu pula tahu menceritakan kepada seorang yang lain.
Err pening kejap.
Saya teringat peristiwa di satu malam tatkala saya sedang on-call, bersama saya seorang HO, Dr. Gan. Saya selesa bersama beliau kerana beliau seorang doktor yang peramah, banyak mengajar saya dan memberi peluang kepada saya untuk berlatih prosedur-prosedur. Pada malam tersebut, terdapat seorang pesakit wanita berusia sekitar 30-an datang kerana sesak nafas. Hasil x-ray menunjukkan ada tanda-tanda pada paru-paru, menunjukkan kemungkinan jangkitan kuman atau pneumonia.
Memandangkan pada waktu itu tengah malam, Dr. Gan meskipun mengantuk namun tidak sibuk, meluangkan masa yang panjang kepada pesakit tersebut dan ahli keluarganya untuk menerangkan mengenai penyakit pneumonia. Beliau membawa lampu xray dan memaparkan xray, sambil menceritakan mengenai xray berkenaan. Sehingga ke tahap beliau menawarkan stetoskopnya kepada ahli keluarga pesakit! “Makcik kalau nak dengar, dengar la, nanti saya cerita apa benda sebenarnya yang makcik dengar!”
Kebolehan menterjemahkan konsep dan istilah perubatan kepada bahasa awam (laymen) adalah satu skil vital yang perlu dimiliki para petugas kesihatan. Begitu juga sebaliknya, apabila orang awam menggunakan istilah-istilah awam mengenai penyakit dan sebagainya, doktor perlu memahaminya dengan tepat.
Contohnya, saya selalu sebut – Perkataan “Urat” kita nak terjemahkan kepada apa? Vessel? Nerve? Tendon? Heee.
Berbicara Mengenai Agama
Terdapat sebuah lagi ungkapan yang lebih kurang sama bunyinya dengan ungkapan di atas, namun saya tidak menjumpai sumbernya, iaitu:
خَاطِبِ النَّاسَ عَلَى قَدْرِ عُقُوْلِهِمْ
“Serulah manusia sesuai dengan kadar kemampuan akal mereka“
Ungkapan ini, dan ungkapan yang diatas, perlu harus direnungi dan difahami oleh sesiapa sahaja yang berhasrat ingin berbicara mengenai agama kepada orang lain. Sama ada orang tersebut seorang ustaz yang ber PhD tinggi atau berijazah bersanad, mahupun sekadar da’ie jadi-jadian di tempat masing-masing.
Hakikatnya Allah Yang Maha Bijaksana menjadikan setiap daripada kita itu berbeza-beza tahap kemampuannya. Ada yang tinggi sekali ilmunya sehingga boleh menggunakan istilah-istilah khusus dalam bab berkenaan. Namun ada juga yang masih baru nak bertatih yang memerlukan kepada penjelasan dan kefahaman terlebih dahulu.
Ada seorang individu, anak muda remaja yang baru hendak mengenali apa itu “usrah”. Sering beliau melihat teman sebiliknya keluar “berusrah”, lantas hatinya menjadi tertarik, lalu ditanyakan kepada temannya itu
“Apa yang korang buat time usrah ek?”
Maka dijawab olehnya – “Oh kitorang buat halaqah, diketuai oleh naqib. Selalunya kitorang start dengan tadarus seket, lepas tu tasmi‘ hadis oleh naqib. Lepas tu naqib check mutabaah amal, kemudian baru ada sesi ikut tema yang ditetapkan. Kadang2 kitorang buat tazkiyyatul nafs, kadang2 pasal tazkiratul maut. Sekali sebulan kitorang pegi rehlah, kadang2 murabbi pun ikut join sekali. Tiap2 tahun kalau ada kelapangan, kitorang pegi jaulah, kadang2 konvoi ramai2 pegi ijtima‘ blablablabla”
Terpinga-pinga sahabat tersebut mendengar istilah-istilah yang keluar dari mulut rakannya itu. Mungkin satu-satunya perkataan yang dia faham adalah “maut”!
Dan kita pula tertanya-tanya, kenapa ramai kawan-kawan kita tak suka usrah.
Menuruti apa yang terbaik mengikut keadaan itu sunnah
Memerhatikan kepada siapa kita berbicara adalah satu pengajaran yang cukup bernilai yang boleh kita contohi dari hayat Rasulullah shalla Allahi alayhi wasallam sendiri. Ada banyak hadis dan riwayat yang menceritakan bagaimana Rasulullah mensikapi manusia berdasarkan apa yang manusia itu sendiri biasa. Saya bawakan ke sini sedikit contoh
Pernah satu ketika,Rasulullah diberitakan, Raja Parsi tidak akan membaca surat tanpa cop mohor, maka Rasulullah meminta untuk dibuatkan cop mohor baginda. Boleh rujuk didalam Sunan Abu Daud, Kitab 29, Bab menghias mohor dalam bentuk cincin, hadis ke 4202. Kisah ini menjadi pengajaran, bahawasanya dalam mendekati manusia, tak semestinya kita kena minta orang ikut cara kita. Rasulullah merupakan manusia paling agung, keagungannya mengatasi segala raja manusia di muka bumi ini, namun kesanggupan baginda shalla Allahu alayhi wasallam menuruti kebiasaan para raja ketika itu menunjukkan tolak ansur dan fleksibiliti yang beliau ada, yang membawa kepada manfaat yang lebih besar.
Ada sesetengah pendakwah, meletakkan dirinya sendiri sebagai “benchmark” kepada orang lain, khususnya sasaran dakwahnya. “Aku tak dengar muzik sebab muzik itu haram, jadi engkau mesti ikut aku”. “Tak payahlah tengok anime korea series ape sumer tu, aku tak tengok pun boleh je hidup” “Jangan makan McDonald, McDonald itu menyumbang kepada Israel, antum semua tak kesian ke kat anak-anak Palestin (sambil menayangkan slideshow gambar mayat2 anak2 Palestin).
Selain itu, Rasulullah shalla Allahu alayhi wasallam cukup tegas ke atas para sahabatnya, tetapi cukup berlembut kepada orang jahil. Para sahabat baginda radhi Allahu anhum merupakan insan-insan yang menerima tarbiah (didikan) secara langsung dari Rasulullah. Justeru itu, Rasulullah cukup tegas terhadap mereka. Contoh yang ditunjukkan melalui peristiwa Muad’z yang mengimamkan solat dengan membaca surah yang AlBaqarah yang sangat panjang sehingga menyusahkan jemaah, ditegur oleh Rasulullah dengan perkataan yang cukup keras. “Adalah engkau nak buat fitnah, ya Muadz?!” Tiga kali Rasulullah mengulang sebut perkataan ini. [rujukan]
Walhal apabila berinteraksi dengan orang jahil, Rasulullah mengambil pendekatan yang berbeza. Ramai mengetahui kisah orang Badwi yang kencing didalam masjid, bagaimana Rasulullah menghalang para sahabat dari memukul badwi tersebut, malah Rasulullah sendiri yang menasihatkan dan memahamkan orang Badwi tersebut. [rujukan]
Melihat secara retrospeksi kepada zaman sekarang, kadang-kadang kita keliru kepada dengan siapa kita berhadapan. Kita cukup keras permusuhan terhadap orang yang jahil – memandang jelek dan serong kepada orang yang pergi konsert, orang yang tidak menutup aurat sempurna, orang yang berkapel bercinta dan sebagainya, sedangkan peranan yang perlu kita mainkan adalah lebih besar kearah membawa perubahan secara berhikmah.
Cukuplah dahulu dengan dua contoh hikmah peristiwa yang Rasulullah tunjukkan untuk kita renungkan di zaman ini. Kadang-kadang bila saya membandingkan antara contoh-contoh baginda shalla Allahu alayhi wasallam dengan bagaimana kita mensikapi sesama kita di zaman kini, adalah sangat berbeza meskipun kita memakai gelaran da’ie pendakwah dan sebagainya. Ianya membawa satu persoalan yang besar dalam minda saya – apa sebenarnya yang kita perjuangkan. Kita memperjuangkan AlQuran dan Sunnah tetapi sikap yang kita tonjolkan tidak selari dengannya. Kita memperjuangkan hudud dilaksanakan tetapi kita tidak melaksanakan “hudud” keatas diri kita sendiri. Kita memperjuangkan perhimpunan selamatkan akidah tetapi kita berdiam diri melihat gambar seksi pada akhbar yang beriya-iya melaporkan mengenainya.
Ok saya makin mengarut dan jauh dari perbincangan asal. Hehe.
Peringatan kepada semua
Matan penuh ungkapan diatas yang mauquf kepada ‘Ali radhi Allahu anhu berbunyi,
حَدِّثُوا النَّاسَ بِمَا يَعْرِفُونَ ، أَتُحِبُّونَ أَنْ يُكَذَّبَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
“Berbicaralah kepada manusia berdasarkan apa yang mereka tahu! Adakah engkau suka (menyebabkan seolah-olah) Allah dan RasulNya berdusta?“
Ianya satu teguran yang cukup keras kepada sesiapa yang membawa panji Islam dan menyebarkannya. Kerana apabila kita berbicara mengenai Islam kepada orang lain, kita membawa bersama “Islam” itu dalam kata-kata dan tindak tanduk kita. Walaupun perkara yang kita cuba sampaikan itu benar, namun apabila ianya tidak kena pada tempat dan keadaannya, maka ia bertukar menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Orang akan melihat Islam sebagaimana cara kita menyampaikannya.
Ingatlah, Allah berkata di awal permulaan surah Taha,
مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ
“Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;”
Wallahua’lam, wassalam.