Melihat Fatamorgana Dunia
Blog ini satu ceritera. Bukan ceritera dongeng, bukan sekadar fiksyen. Ianya manifestasi sebuah kehidupan melalui mata seorang rijal.
Blog ini ada signifikannya. Mungkin pada kacamata seorang hamba, ianya tak lain dari sebuah coretan biasa. Mungkin pada seseorang, blog ini sekadar sebuah mitos di dunia yang lain. Melihat dunia dari perspektif yang berlainan, persepsi kita menjadi individualistik.
“Satu perkara yang kita lihat, pelbagai kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya.”
Tetapi hakikatnya sama. Dunia tetap dunia. Sekadar persinggahan. Sekadar tempat untuk kita mengumpul bekalan. Bekalan yang lebih berharga dari wang ringgit. Lebih berharga dari segala isinya dunia ini.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara.”
Dunia ini sama sahaja bagi kita semua. Sama ada bagi seorang tuan ataupun hamba. Kepada seorang raja mahupun rakyat. Dunia tetap dunia. Penuh dengan fatamorgana.
“Kami telah menjadikan apa yang di atas bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapa di antara mereka yang amat baik pekerjaannya, dan sesungguhnya Kami menjadikan pula di bumi tanah yang kosong.” [Al-Kahfi:7-8]
Kita insan yang lemah. Insan abdi kepada Allah, yang memiliki segalanya. Fatamorgana dunia tidak hilang dari pandangan insaniah kita. Perhiasan dunia yang sementara tidak akan hilang, malah bertalu-talu datangnya. Bagaikan seorang musafir kehausan dihulurkan air. Bagaikan seorang raja yang tamak dihulurkan kuasa. Tiap di antara kita diuji, dengan fatamorgana-fatamorgana ini.
Kerana seteguk air musafir sanggup menduakan Tuhannya. Kerana segalas kuasa seorang raja menzalimi rakyatnya. Kerana silau dengan fatamorgana dunia, kita sering lupa - pada Dia yang menjadikan segalanya.
“Bahkan kamu lebih memilih kehidupan dunia.Sedang kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.” [Al A'la : 16-17]
Blog ini melukis sejarahnya. Sejarah seorang rijal. Akulah rijal itu. Blog ini menjadi pemerhatinya. Menjadi bukti kehidupanku yang tidak lari dari silau fatamorgana dunia. Acapkali aku terjatuh. Acapkali aku dihanyut. Dan setiap kali itulah aku cuba bangun kembali, bertatih agar tidak lagi terpedaya, terperangkap dalam logamaya.
Antum semua boleh membacanya. Bagaimana aku bermula sebagai seorang yang jahil di zaman awal persekolahanku. Mengajar dan mematangkan aku dari segi realiti kehidupan di dunia.
Dan seterusnya, bagaimana fatamorgana dunia melalaikan aku. Aku hanyut, alpa dan leka.
Dan kini, alhamdulillah. Aku kembali kepada fitrahNya, inshaAllah.
Sesungguhnya mana yang baik, kalian jadikanlah tauladan. Blog ini hanyalah sekadar sebuah ceritera. Ceritera yang benar.



Wah menarik tuh prinsip pak cik, boleh tambah tuh prinsip ya. Akan lebih baik klw kita tuh, bisa berguna orang lain pula. biar peroleh do’a dari banyak orang. Sapa tahu bisa tambah bekal pas ajal.
u..makE m tHink..n sMilE..y?sEcreTlah..hUhu~
tHx..4 evrytiN..
Salam, Bagusla..Prinsip jangan dikalahkan dengan keadaan dan suasana.
salam..
semoga kanta barumu bisa menapis silau fatamorgana itu sebaik mungkin,insyallah..:)
tumpang berlegar-legar di sini ya..mudahan ada yg ditemui dan boleh digunapakai untuk diri sendiri. teruskan melangkah,biarpun bertatih!