header image
 

Untitled

Maaflah tak ada post terbaru lately.

Bad mood. Tension. Huhu. Macam-macam benda jadi. Kerja bertimbun-timbun. Masalah berlungguk-lungguk. Baru nak selesai satu perkara, datang 2 perkara lain. Baru nak setel satu masalah, timbul masalah lain pula. Endless.

Macam-macam perasaan ada. Bengang. Tension. Sedih. Frustrated. Indifferent. Dissapointment. Furious. Macam-macam ada!

So I try to hold
Onto a time when nothing mattered
And I can’t explain what happened
And I can’t erase the things that I’ve done
No I can’t

How could this happen to me?
I made my mistakes
Got no where to run
The night goes on
As I’m fading away
I’m sick of this life
I just wanna scream!
How could this happen to me?

I think it’s gonna be quite a while la before I’m posting some good posts. Aku dah draft banyak post yang agak menarik, tapi ntahlah, tak siap-siap lagi. Ade je spoilt mood kat tengah2 tu. Huhu.

Oh ya. My flight details:

MOHD SYAMIRULLAH/RAHIM MR

EK134 28JUNE DME-DXB 1825-2330
EK352 29JUNE DXB-KUL 0925-2325

And..I’m traveling alone, on my own. Not a big deal for me, though. I used to travel between East and Peninsular Malaysia alone when I was a little kid. Finally got some 13-Hours for my own.

Yeap right, it’s one-way ticket. How I wish I could never have to return here again!

Windows Live Writer

Artikel ini ditaip menggunakan Windows Live Writer (WLW)

(Screenshot macam tulis dah tulis banyak. Tapi delete balik sebab tak puas hati. Yaa..macam cakap cikgu psycho tadi, saya seorang perfectionist!)

Wind Of Change

2007, aku berkunjung semula ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Negeri Cek Mek Molek. Program Simposium Perubatan Islam yang dianjurkan ImamRSC.com secara tak langsung menjemput aku berkunjung semula ke Negeri Kelantan itu.

Aku sebelum ini pernah menjadi penduduk Kelantan sekejap. Sekitar tahun 1997 ke 1999 rasanya. Tika itu umurku masih setahun jagung. Heheh. Seolah2 masih segar diingatkanku kenangan2 masa muda di sana. Orang solat terawikh dlm masjid, kami2 melantak somtam n etok kat luar. Bermain gasing, dek cok kat taman permainan. Haha. Kenangan silam menggamit perasaan!

Akhirnya pada hujung 1999, aku sekeluarga berpindah ke Kuala Terengganu pula. Sempat setahun setengah di Terengganu, sebelum aku menerima tawaran ke MRSM sekaligus membesar di sana untuk tempoh 5 tahun.

Justeru kunjungan aku ke Kelantan tahun lepas amat aku nanti-nantikan. Bagaimana la agaknya wajah Kelantan sekarang. Sekali sekala aku ber’kecek’ sendirian, saja nak test power masih pekatkah loghat Kelantan aku yg dah lama x dipraktiskan itu. Hehe. Nyata sudah tersadur dengan dialek pekat Terengganu, Sabah dan Perak. Sungguhpun sudah hilang kelancaran ber’kecek’, setidak-tidaknya aku masih boleh memahami loghat Kelantan. Fuh..

Dan ketibaan aku di kelantan pada pagi itu dengan menaiki bas, aku berasa amat teruja sekali! Dalam hatiku berbaur pelbagai jenis perasaan - teruja dalam tenang. Kagum dalam syukur. Perjalanan menuju ke Kota Bharu diiringi zikir-zikir di tepian2 jalan. Papan-papan iklan melaksanakan tujuannya dengan memaparkan imej2 muslimah berbusana Islam. Pertama kali aku nampak papan iklan DiGi dalam tulisan jawi!

Dan pagi jumaat itu, riuh benar keadaannya di hadapan hotel penginapanku ketika itu. Pasar mingguan menjadi tumpuan ribuan manusia berdagang. Bebasnya manusia berurusan perniagaan. Dari jauh kedengaran suara lantang Tuan Guru menyampaikan ajarannya. Tersentuh hatiku, yang sedang lantang menuturkan ilmu itu merangkap seorang Menteri Besar. Sungguh, tidak pernah aku mendengar suara seorang MB secara live sebelum ini, apatah lagi yang kedengaran itu bukannya ucapan2 politik; bukannya janji2 manis; bukannya ungkapan2 syok sendiri - tetapi yg lantang diperdengarkan itu merupakan ilmu-ilmu tafsir yang sedang disyarahkan oleh Tuan Guru. Kat mana lagi di Malaysia ni, nak tengok MB mengajar? Hatta “cucu ulama’ terkenal” itu pun tak pernah ku dengar dia menyampaikan ceramah ilmiah di mana2. Sungguh, hatiku terkagum seketika di saat itu.

Sebahagian dari aturcara Simposium itu menjadualkan lawatan kami ke HUSM, di bawah program melihat konsep Hospital Mesra Ibadah dan praktikalnya di HUSM sendiri. Sekali lagi aku menjadi teruja, dan kagum. Pesakit2 di sini bukan setakat disembuhkan penyakitnya, malah turut dirawat rohaninya. Pelaksanaan ibadah wajib di kalangan pesakit amat dititikberatkan. Untuk bertayammum, debu disediakan. Untuk bersolat, tanda kiblat di setiap ward sedia menjadi petunjuk. Hinggakan pesakit yang seumur hidupnya x pernah bersolat pun, mula sedar akan kepentingan ibadah tersebut. Ini baru pesakitnya, belum melihat kepada staffnya lagi. Misi (jururawat) semuanya bertudung litup, dengan tidak berpakaian ketat - bukannya imej seorang jururawat tipikal. Subhanallah!

Dan tiga hari kemudian, ku tinggalkan negeri permai itu dengan sekelumit doa dan sekalung harapan. Doaku semoga negeri ini kekal dengan bi’ah Islamiah tersebut, malah lebih baik lagi inshaAllah. Dan harapanku semoga dapat berkunjung semula di negeri ini suatu hari nanti. Semoga dapatku berkhidmat di hospital sedemikian, suatu hari nanti. Semoga anak2ku di masa hadapan, membesar di dalam bi’ah sedemikian, inshaAllah.

Sabtu, March 08, 2008

Aku tersenyum lebar. Hatiku bertakbir lantang. Semoga negeri kelahiranku, Kedah menurut jejak langkah negeri permai itu. Harapanku semakin menyinar!

ALOR STAR, 9 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan pemakluman bahawa pakatan PAS dan KeADILan telah berjaya menubuhkan kerajaan baru di negeri ini.

Majlis akan berlangsung pada jam 3.00 petang ini di Istana Anak Bukit, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Syed Unan Mashri Syed Abdullah memaklumkan Tuanku Sultan telah memperkenan menerima menghadap rombongan dari PAS yang diketuai Ustaz Azizan.

Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin memaklumkan bahawa rombongan ini akan turut disertai semua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Haji Hassan Abdul Razak.

Keputusan pilihan raya semalam menyaksikan PAS berjaya memenangi 16 kerusi Dun, KeADILan empat kerusi, masing-masing satu kerusi oleh DAP dan Bebas.

Ustaz Azizan malam tadi dalam sidang akhbar sulungnya berkata, pembentukan kerajaan baru di Kedah ini adalah dengan pakatan bersama parti KeADILan yang memenangi empat kerusi Dun.

“Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, kita akan bekerja ke arah Kedah Sejahtera Untuk Semua,” tegas Ustaz Azizan.

Sementara itu beliau menyerahkan kepada persetujuan di peringkat DAP Pusat untuk menentukan sama ada seorang wakilnya, yang memenangi Dun Kota Darulaman untuk menyertai pakatan ini atau sebaliknya, kalau DAP tidak sertai pakatan ini, dia akan jadi pembangkang yang baik, jelas Ustaz Azizan.

Selain DAP, satu kerusi dimenangi telah dimenangi calon bebas, Arumugam Vengatapakoo di Dun Bukit Selambau.

Bagi kerusi Parlimen, BA memenangi 11 dari 15 kerusi dengan enam dimenangi PAS dan lima KeADILan.

Undergoing MyBlogLog Verification

One Heart, One Religion?

Hari ini aku banyak kerja nak buat. Huhu. Nak kena siapkan AsShams, sepatutnya weekend ni nk kena distribute. Lagi nak kena update ImamRSC.com sket2, nk baca untuk Kelas Philosophy lagi. Kelas Philosophy bukan boleh main baca je, kena fahamkan topik - itu yang susah tu. Lebih2 lagi utk topic “being”, “existence”, “space” n “time”, kena fahamkan betul2 dulu baru boleh berbahas untuk topic2 tu.

Sebab tu la bila Larisa Nikolaevna nak buat kelas ganti + excursion hari ni, jiwa aku agak memberontak. Membengangkan. Huh. Kelas lain pun cuti gak, tapi xde la kena ganti. Kelas Russian ni nak jugak buat kelas ganti. Nasib baik la bukannya kelas formal, lebih kepada “lawatan sambil belajar”. Kalau tak aku buat2 sakit la, cam ade org tu. Heheh.

Anyway, lawatan sambil belajar. Kami (aku n group aku, + group ezwan) pergi ke Nizhegorodskaya Yarmarka. Lebih kurang macam pasar besar Nizhny Novgorod la. Hari ni ada sambutan perayaan Maslenitsa. (Масленыца). Kami berpeluang melihat sendiri bagaimana perayaan tradisional masyarakat Russia ini disambut.

Terus membaca ‘One Heart, One Religion?’

My Personality? The Quest Continues..

psycho_semua.jpg

Semalam, hari Selasa. Kelas kedua untuk subjek psikologi aku yang membincangkan mengenai topik personaliti. Hmmm…

Kalau dalam post sebelum ni, aku ada cerita mengenai teknik menilai personaliti secara self-assessment. Secara klinikal, terdapat pelbagai kaedah untuk menilai personaliti seseorang. Self-assesment yang aku buat 2 minggu lepas merupakan antara kaedah termudah, serta sering digunakan sebagai preliminary assessment.

Namun terdapat setengah2 kes yang mana keputusan self-assessment invetory tersebut tak dapat diterimapakai, macam kes aku tu. So, dalam keadaan sebegini, clinically psychologist akan beralih ke teknik kedua - Projective Test.

Teknik Projective Test ini cukup efektif. Antara kelebihan dia adalah, pertamanya test ini adalah transparent terhadap subjek. Maksudnya, subjek tidak tahu bagaimana dia akan dinilai. Ini menyukarkan subjek untuk cuba melakukan penipuan/tidak jujur dalam keadaan sengaja.

Kelebihan kedua pula adalah, test ini merupakan satu indirect approach terhadap subjek, menyebabkan ianya efektif dan sensitif terhadap tindakbalas luar-sedar subjek (unconsciousness), serta ciri-ciri terpendam (latent features) personaliti subjek.

So, semalam, kami berlatih menggunakan salah satu projective test yang digunakan secara meluas dalam bidang psikologi klinikal, iaitu Draw-A-Person Test, yang mana dipelopori oleh psikoanalisis Machover pada tahun 1949.

Caranya mudah sahaja. Subjek diberikan 4 keping kertas bersaiz setengah A4. Arahan yang psikologist akan keluarkan mudah sahaja:

“Draw a person.”
“Draw a person of the opposite sex of the first drawing”
“Draw a person under the rain”
“Draw a family”

Itu sahaja. Psikologist tidak dibenarkan memberi apa2 stimuli/arahan lain. Hanya 4 ini sahaja. Selepas itu terpulang kepada subjek untuk melukis, sama ada secara detail atau tak, etc etc, segalanya terpulang kepada subjek.

Dan aku pun lukislah keempat2 benda tu.. Hasil lukisan aku ada kat atas tu. Sekarang mari kita analisis personaliti diri aku..hehe.

Terus membaca ‘My Personality? The Quest Continues..’

Masih adakah esok?

Baru kembali dari majlis tahlil dan zikir yang diadakan oleh saudara Affifudin, seorang senior saya di sini. Abg Fudin, saya menggelarnya. Abg Fudin merupakan super-senior kat sini, iaitu dia pelajar tahun keenam. Tahun terakhir dia kat sini. Orangnya mmg saya respek, sebab bagi saya dia sangat matang. Dan professional, dari segi tindak tanduknya. Memang respek habislah!

Tapi bukan mengenai dia yang ingin saya bicarakan. Abg Fudin baru saja kehilangan ayah tercinta, lebih kurang seminggu yang lalu. Dan sejujurnya saya agak tersentak dengan berita itu.

Maut, sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah, boleh menimpa sesiapa sahaja, pada bila-bila masa sahaja. Dan kebetulan semalam, ketika usrah, kami berbicara mengenai kasih terhadap ibu bapa. Ada satu persoalan yang ditimbulkan saudara Hafiz ketika usrah tersebut, yang membuatkan saya terfikir - bagaimana sekiranya ibu bapa yang tersayang pergi menemui ilahi ketika kita di sini, kita tak dapat bertemu dengan mereka? Itulah yang dialami Abg Fudin.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul derita tersebut. Sungguh, ketika arwah datuk saya meninggal tahun lepas pun, saya nyaris2 terlepas peluang terakhir bertemu dengan beliau. Syukur, Allah melapangkan masa yang sangat singkat ketika itu, untuk saya berbakti buat kali terakhir terhadap arwah datuk.

Tapi bagaimana sekiranya kali ini giliran nenek saya pula? Atau ibu bapa saya? Atau saudara mara saya yang lain? Ketika saya ada di sini, tak mampu untuk bertemu mereka. Tak mampu untuk pulang secepat mungkin kerana Russia dan Malaysia bukanlah sehari jarak perjalannnya?

Maut datang bila-bila masa sahaja. Mari kita sama-sama renungkan, bilakah kali terakhir kita mencium tangan bapa kita. Kali terakhir memeluk ibu kita. Kali terakhir kita meminta maaf dari mereka. Dan sekarang, bayangkan, takdir Allah mengatakan itulah peluang terakhir kita sepanjang hayat. Sungguh menyayat hati, bukan?

Tahun 2006 merupakan tahun terakhir saya beraya di kampung, tahun terakhir saya menyambut Aidilfitri bersama arwah datuk. Andai saya tahu aidilfitri tersebut adalah yang terakhir bagi datuk, pasti saya akan menghargainya. Dan kini, tiada lagi mengucup tangan datuk sambil diselitkan duit raya. Tiada lagi bertakbir di malam hari bersama datuk. Tiada lagi tawa riang datuk bermain bersama-sama cicitnya. 2007, Aidilfitri menjadi terlalu hiba buat kami sekeluarga tanpa datuk.

Hargailah mereka yang tersayang, sementara masih ada masa dan ketika. Sementara kita masih ada ruang dan peluang. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada mereka, kerana kata-kata itu mungkin menjadi kata terakhir dari kita kepada mereka. Segalanya dalam ketetapan Allah..

Buat Abg Fudin,  tabahlah menghadapi semua ini. Sesungguhnya tiadalah dibebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ya Allah, kuatkanlah iman di dadaku, agar bila tiba waktu yang dijanjikan olehMu maka tetaplah aku redha dengan apa jua keadaanku ketika itu nanti inshaAllah..

Hati

Post ini telah ditaip beberapa ketika yang lampau. Entah kenapa, baru sekarang aku rasa nak publishkan. 

Brrr…sejuknya hari ni. Although dalam bilik yg ada heater 2, dgn bersweater dan even berstokin 2 lapis, aku still rasa sejuk. Huhu.

Post kali ni aku nak cerita pasal hati. Ye..aku tau pernah ada post pasal hati dah sebelum ni. Tp itu sekadar sebuah sajak. Bukan semua org suka sajak. Hehe. And sajak perlu difahami isi tersiratnya, baru smpai maksud. Maksudnya, hanya org yg berjiwa puitis saja dapat tangkap maksud yg ingin disampaikan. =p

Tp post kali ini, aku nak specifickan kat hati aku. Yeap, pasal hati aku. Dan hati ni pula, bukanlah aku nk sentuh pasal hati “hepar” organ manusia nih. Hehe. Although otak aku tengah pening pasal hepar utk exam anatomy 2 minggu lagi, tp hati yg aku nk sentuh ni adalah sebuah elemen yang membezakan antara manusia dan binatang. Inilah ‘Qalb’.

Ps: post ni agak selfish. dan merepek. so stop membaca unless korg dah mmg bosan n taktau nk buat ape. Terus membaca ‘Hati’

My 8 Random Facts

I was kinda messed up lately. Seriously. I’ve been pushing myself too hard, i believe. Huhuh.

And just formatted my laptop. Kinda spring cleaning, though spring is not there for another month or two. And found out a faulty battery/power supply, quite lucky though it can still be powered up using AC adapter. Guess that gotta spend another thousands of ruble to repair it. The moral of it - don’t buy Twinhead laptop. It might look sleek, cool etc, but belief me - it needs regular expenditure for the maintenance. =p

And i’m quite under stressed right now. Huhu. This problem, that problem, this person, that person, this subject, that subject. Seriously kinda thought that death will be much easier. Haha. (Like i’ve experienced death, though!).

Am having some weird dreams also, lately. Huhu. I’m not going to story it in details.. One of my dream, I was having a disease (my muscles were falling apart - literally in my dreams!) and then, i can see some of my friends who still stand by my side despite that disease. Some of them, however, walk away and no longer care about me. It was not a nightmare, yet frightening. Yes, of course, it’s a dream - but will it be much different if it happens in reality?

My second dream - i met with my school counselor back when i was in MRSM. Mr. Amin, his name. I met him, we have a session together, i asked him lots and lots of question regarding my life, my problem, etc etc. Huhuh. And yet, he didnt come out with any answer. “You gotta find it urself”, if i wasnt mistaken, the answer given by him in my dream. Hmm…now that’s something.

I feel really terrible right now. The reality world is too hard! Not everyone can be trusted. Not everyone is willing to share ur laughs n tears. Not everyone have a good shoulder to cry on.

I really missed the time when i was in MRSM. I was really happy there. I was really calm, peaceful at least. I have my friends, my teachers. Hakuna Matata - no worries.

Enuf bout it. Back to the point of this topic - Recently Mr Kipp.tagged me. I was kinda surprised though! Hehe. Let’s see..

Terus membaca ‘My 8 Random Facts’

Personaliti?

Hari ini hari yang memenatkan!

Seawal pukul 7.30 pagi aku sudah keluar dari Hostel 3 di Medicine Street, menuju ke Gorkava Square. Atau setepatnya, menuju ke Military Hospital of Nizhny Novgorod (entah betul ke nama dia -_-” ). Ini kerana pada hari ini, bermulalah subjek baru aku iaitu Surgical & Nursing Care.. Group aku dimandatkan kepada Dr. Rhizov Valeriy, seorang doktor bedah, yang mana beliau akan mendedahkan kami kepada prosedur-prosedur, protokol-protokol serta tugas-tugas setiap bahagian pentadbiran, rawatan dan segala-galanya yang membentuk sebuah institusi yang dipanggil “hospital”

Taknak cerita banyak, nanti lah aku cerita 1st experience aku masuk OR. Takut lari topik pula. Hehe. So..habis je kelas di Gorkava Square tu, aku bergerak pula ke Hospital Semashka, untuk membeli baju scrub dan mask (persediaan untuk masuk ke OR nanti). Dan dari Semashka, aku pulang semula ke bangunan Bufeka di Medicine Street untuk kelas practical 2 jam subjek Biochemistry. Dan sejurus selepas itu, aku bergegas pula ke Minina Square, dengan traffic jam punyalah teruk, untuk kelas Psychology pula. Huhuh.

Dan itula yang aku nak kisahkan sedikit di sini, mengenai kelas Psychology tadi. Aku sebenarnya agak takut dengan lecturer Psychology aku (serius aku tak tau nama dia!). Atau maybe tak keterlaluan kalau aku mengatakan aku sebenarnya takut dengan semua manusia bergelar Psychologist/Psychiatrist ni!

Terus membaca ‘Personaliti?’

Questions!

I have a question running through my mind lately. Alright, 2 questions actually. Yeap, questions about love. Love as in context of 2 people towards each other. Not in the context of Love towards The Most Righteous, nor Love as in family or siblings, or even friends. It’s about love between a loving couple.

I’ve been asking lots of my friends, and honestly, i received quite a little incongruent answer. Hehe. So i want to ask you as well, readers!

Dun worry, it’s a simple 2 choices question. Okay, 1st question:

Would you sacrifice your own happiness so that the person you love happy?

See? A simple question, right. It’s either yes or no. Don’t worry, everyone is invited to answer it, whether u’re in love, or was in love, currently searching, currently hanging on, puppy love, platonic love, etc etc, try to answer that question. =)

And now, for the second question. It might be quite same as the first one, but it’s quite tricky. So think well.

Between you and the person you love, you rather be the one hurts, or the one being hurt?

Like i said, it’s quite same. But think of the differences and try answer it from the bottom of your heart.

Terus membaca ‘Questions!’