mEnCAri kEjaYaaN~!!

a poem i recite, with guidance from Allah, and He who makes this true

Dengan ketentuan-Nya
Aku masih di sini
Masih memikul tanggungjawab
serta amanah yang telah diberikan
untuk meneruskan perjuangan sebagai
khalifah dalam mencari keredhaan-Nya
apakah itu PERJUANGAN?
Adakah tembak menembak sesama kita untuk menunjukkan
kekuatan?
Adakah saling bersaing sesama kita sebagai hamba yang
hina ini demi memperolehi satu kemenangan satu keangkuhan
sehingga berani mengatakan bahawa dunia ini dialah yang punya?

BUKAN itu semua adalah palsu belaka!
Kita telah diperintahkan oleh-Nya untuk mencari ilmu
Ilmu yang diredhai-Nya
Ilmu yang disukai-Nya
Ilmu yang boleh memberikan kita kebahagian
di dunia dan di akhirat
Bukan ilmu yang dimurkai-Nya
Bukan ilmu yang merosakkan

Ingatlah wahai sahabatku
Aku berdiri pada hari ini bukanlah untuk bercerita kosong
Aku berdiri di pagi ini bukanlah untuk mencari publisiti murahan
Aku berdiri pagi di hadapan kamu bukanlah untuk menunjuk akan kehebatanku
Kerana semua ini adalah daripada kehendak-Nya
Kerana semua ini adalah daripada ketentuan-Nya
Dan yang paling utama
Aku berdiri sebagai hamba-Nya yang
Sentiasa mendambakan
Sentiasa mengharapkan
Sentiasa meminta
Akan kasih dan sayang daripada-Nya

Aku senantiasa bermimpi
Dengan ilmu yang aku ada aku memperolehi kejayaan
Dengan ilmu yang aku ada aku merasakan aku ini pandai
Dengan ilmu yang aku ada aku memperolehi kebahagian
Dengan ilmu yang aku ada maka cerahlah masa depanku
Tetapi masih adakah di antara kita yang masih terfikir
Ilmu yang kita perolehi adakah mendapat keredhaan daripada-Nya
kita senantiasa melakukan kesalahan
kita senantiasa melakukan dosa
Semasa kita dalam keadaan sedar ataupun tidak

Oh! Tuhan
Ampunkanlah dosa-dosaku
Terimalah segala amalan dan I’badahku
Aku ini hamba-Mu yang hina
Senantiasa terjerumus dalam lubang penuh penderitaan
Bagaimanakah keadaan ku nanti tika berhadapan dengan-Mu?
Berkatilah segala ilmu yang telah ku pelajari daripada-Mu
Semoga aku berjaya di dunia dan di akhirat
Semoga aku berjaya menjadi khalifah yang bertanggungjawab
Semoga aku berjaya memikul segala amanahku dengan baik
Semoga aku senantiasa menghargai jasa
Kedua ibu bapa ku
Guru-guru yang telah mendidikku
Sahabat rakan seperjuangan yang senantiasa bersamaku
Dan akhirnya,
Semoga aku menang dalam PERJUANGAN ku
Mencari keredhaan daripada-Mu

Insya Allah…

3.200 . O ye who believe! Endure , outdo all others in endurance , be ready , and observe your duty to Allah , in order that ye may succeed .

One thought on “mEnCAri kEjaYaaN~!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s