HikAyAT LiNA jOy~!!

Sejak akhir-akhir ni semua org sibuk bincang pasal mende ni. Dato’ K ngan Siti? Betul, tapi sembang pasal diorng ni xde pekdahnye. Tun M berbalah ngan Pak Lah? Betul gak, tapi sembang politik ni tak kemananye..

Apa yang menjadi tarikan sekarang adalah seseorang lain. Cukup feymes. Namanya dikenali ramai, setanding dgn Pak Lah, Siti Nurhaliza mahupun Sheikh As’Shahid Hassan Nasrullah di Malaysia ni. Siapa dia?

Dia orang biasa je.. Melayu. Nama dia Azlina Jailani. Or..should i say she was Azlina Jailani. Yes, i bet u know about her, or famously, Lina Joy.

Sekarang biarlah saya ceritakan, sebuah hikayat.. Hikayat Lina Joy. Hikayat yang lebih bermakna dari sebuah kisah Tiada Rahsia. Hikayat yang wajib kita, umat Islam, ketahui pucuk pangkalnya agar tidak mudah ditunjal kepala.

Dilahirkan pada 1964, Azlina Jailani merupakan seorang wanita Melayu Jawa yang biasa. Dia dibesarkan dalam keluarga Islam, serta memiliki didikan dan asuhan Islamiah yang sempurna oleh keluarganya.

Namun atas sebab-sebab tertentu (kemungkinan besar kerana CINTA) dia memfailkan permohonan pengesahan perkahwinannya dengan seorang lelaki India pada tahun 2000. Antara kenyataan dia dalam afidavitnya adalah dia mendakwa dirinya tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan mengemukakan sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998~!!

Azlina Jailani telah memfailkan permohonan membuang perkataan "ISLAM" dalam kad pengenalannya sejak dia gagal dalam permohonan tersebut. Namun, dengan had kuasa yang ada, pihak JPN tidak dapat meluluskan permohonan tersebut kerana Azlina Jailani tidak mendapat surat kebenaran dari Mahkamah Syariah yang menyatakan dia telah murtad! Beliau masih belum mahu mengalah, lalu terus berjuang dengan memohon pada Mahkamah Tinggi menggunakan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan sebagai hujahnya. Namun, Mahkamah Tinggi tidak dapat meluluskan permohonan beliau kerana Mahkamah tersebut tiada kuasa membicarakan perkaitan Syariah serta label Melayu pada Azlina mendefinisikan beliau sebagai seorang Islam sepertimana yg dinyatakan dalam Perlembagaan.

Seterusnya, dia terus mengadu kepada Mahkamah Tinggi untuk tidak disebut agamanya dalam kad pengenalan, namun permohonannya tetap ditolak. Hal yang sedemikian turut berlaku apabila dia mengadu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Awas semua, fakta-fakta ini mungkin membosankan. Namun sila beri perhatian, kerana kronologi seterusnyalah yang membawa kepada tercetusnya sentimen keagamaan sekaligus mempopularkan Lina Joy.

Dalam rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan, yang mana ketika permohonannya ditolak, sekumpulan peguam pemerhati memohon untuk diberikan peluang berhujah bagi pihak Lina Joy. And to the world’s suprise, hakim pada ketika itu MEMBENARKAN mereka berhujah~!!

Dan bermula dari saat itulah, kebangkitan peguam-peguam penyokong Lina Joy menghebahkan mengenai kes tersebut, serta mencari pengaruh kuat serta berkuasa yang ada bagi menyokong perjuangan mereka.

Antara pihak luar yang memberikan perhatian kepada kes ini termasuklah Majlis Perunding Agama Hindu, Buddha, Sikh, wakil kedutaan Amerika Syarikat, Australia serta lain-lain lagi!

Jikalau mata kaca seantero dunia memandang kita, maka apakah kita boleh sekadar buat tak tahu? Tidak~!!

Kita tidak boleh tidak tahu, kerana ianya menyentuh sensitiviti kita umat Islam.

Apakah kesannya kalau Lina Joy ini menang? Apa bezanya kes ini dengan kes-kes murtad yang lain?

PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia mendefinisikan istilah "Melayu" sebagai:

  • Beragama Islam
  • Berketurunan Melayu
  • Mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu.

Maka jika dilihat dari sudut ini, sekiranya kemenangan diberikan kepada pihak Lina Joy, kita boleh meringkaskan bahawa : Lina Joy (Melayu) tetapi tidak beragama Islam~!!

So, apa yang akan terjadi? Secara automatik, Perlembagaan Malaysia (perlembagaan tertinggi) tersebut akan TERPINDA menyatakan seorang "Melayu" tidak perlu lagi beragama Islam!

Pemindaan automatik ini secara langsung mewujudkan peluang kepada peguam-peguam serta pertubuhan bukan Melayu ketika ini untuk terus MENDESAK agar lebih banyak pindaan dilakukan terhadap Perlembagaan Malaysia termasuklah:

  • Islam bukan lagi agama rasmi.
  • Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu terhapus.
  • Terhakisnya kuasa YDPA sebagai simbol kedaulatan dan agama Islam negara.

Maka kesan langsungnya? Fikirkanlah~!!

KEBEBASAN MENGISYTIHARKAN MURTAD

Kes Lina Joy mendapat perhatian yang cukup meluas sama ada dari dalam mahupun luar negara. Satu fenomena tercetus, di mana peguam perbicaraan keluar agama Islam di mahkamah-mahkamah seluruh Malaysia secara tiba-tiba memohon penangguhan ke atas kes mereka. Kenapa?

Jawapannya mudah sahaja. Kes Sandaran. Sebaik sahaja isu Lina Joy ini selesai, kesnya akan menjadi kes sandaran, di mana segala verdict yang dibuat akan dijadikan hujah oleh pihak peguam dalam pebicaraan mereka pula! Oleh itu sekiranya Lina Joy ini menang, maka mahkamah seluruh negara terpaksa akur kepada keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi tersebut sekaligus meluluskan permohonan beribu lagi rakyat Malaysia yang ingin murtad.

Lina Joy memohon agar title agama dari kad pengenalannya dibuang. Maka apa yang ada pada IC nya hanyalah nama, alamat warganegara, jantina dan lain-lain.

Maka keadaannya di sini, sekiranya dalam satu serbuan maksiat oleh penguatkuasa dilakukan maka pelaku tersebut dengan mudahnya hanya perlu berdiam dari atau menafikan dirinya Islam, kerana tiada lagi cara untuk mengetahui agama pelaku maksiat tersebut.

Cukuplah negara dibebani maksiat yang terlampau-lampau kini, keputusan yang memihak kepada Lina Joy akan menyebabkan lebih ramai anak muda berani melakukan maksiat, dengan alasan "mereka bukan Islam" (setidak-tidaknya itulah alasan yang akan mereka beri sekiranya tertangkap). Mudahnya menjadi murtad!

KESAN-KESAN KEMENANGAN LINA JOY (Copy and paste)

1. Kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan tidak akan bermakna kerana kepentingan Islam tidak lagi dilindungi oleh perlembagaan.

2. Bidangkuasa Mahkamah Shariah akan terhakis kerana permohonan keluar dari Islam boleh diputuskan oleh hakim mahkamah sivil yang bukan pakar mengenai perundangan Islam termasuk hakim bukan Islam.

3. Kerajaan negeri tidak boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.

4. Selama ini MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan Azlina Jailani mengisytiharkan diri keluar Islam bermakna hubungan istimewa Melayu -Islam yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.

5. Kes ini mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

6. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Shariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.

7. Orang Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsirannya sendiri. Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam tidak mempunyai hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas orang Islam untuk kesalahan seperti berjudi, berkhalwat, berzina, minum arak dan sebagainya.

Mungkin dah tiba masanya kita menebalkan IMAN kita?

2 thoughts on “HikAyAT LiNA jOy~!!

  1. hmmmmmmmmm…. tuff one.. honestly.. tp probnyer, xramai yg tau psl kes ni.. hehehe.. in da other word, bla tau result kes ni bru suma org TERKEJUT.. haha.. time 2 nk kta per lg? nasi dah jadi bubur daa….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s