My MasTeRpiEceS~!!

This evening when i’m packing my things, suddenly  i found a file, containing some of my karya. Hak2. One thing that people doesnt know about me is actually when i was in MRSM, i love berkarya.

Just wanted to reminisce the old memory, i decided to publish some of my works here, so that all of you can read it and leave some comments~!!

My masterpieces are all created based on my mood, triggered by real-time events and some are based on my emotion. so, up to all of you how to evaluate it.

First of all, the longest poem i have ever created. Entitled "Suatu Perjalanan" (A journey), it tells about my love journey at the time. Basically quite emotional, but with some spiritual, science and mathematical (?) touch. Hehe.. At the time i wrote it, i was just give up my love life, just a few days before SPM. So the tone is quite melancholic..hak2. Anyway, try to understand it~!!

Suatu Perjalanan

Ingat senang ke?
Kau berlari ke hulu
Kau berlari ke hilir
Demi apa?

Cinta…
Chiss…mengarut!

Dalam wayang cinta bersemi dalam 2 jam kita menontonnya.
Dalam novel cinta bersemi dalam 2 hari kita membacanya.
Setengah-setengah orang ambil masa 2 tahun untuk cinta terbina.
Maka, apa deduksinya?
Untuk sintesis chinta kita perlukan satu tempoh yang tidak diketahui integernya!
Suatu integer rawak diskret yang hanya Maha Pencipta mampu meletakkan nilainya.
Sama ada ianya nyata? (Suatu kenyataan…)
Sama ada ianya infinite? (Takkan bertemu…)
Sama ada ianya imejan? (Suatu hari nanti…)
Hei, siapa kau nak decide semuanya?
Kau ingat kau boleh cabar ke kuasa Maha Bijaksana?
Ah, kau takkan dapat goyahkan taqdir!

Sudah! Cukuplah kau taburkan prinsip-prinsip dan matra angka.
Ku tahu kau dalam dilema.
Ku tahu kau tengah keliru.
Mari! Ku bawa kau susuri sejarah silam!
Baru kau tahu asam garam dunia.
Baru kau sedar altitud langit bezanya bumi!

Sejarah membuktikan!
Sirah memperlihatkan!
Betapa insan begitu tamak!
Tamak?
Ya, tamak mengejar keredhaan Ilahi!
Begitu khusyuk
Lidah kebas dilingkari zikr
Kaki lenguh melutut menghadap Baitullah
Dahi kebiruan lebam menyentuh Al-Ard.
Sedarkah kau?
Mereka mengejar redha
Tapi kau mencari cinta!

Insaflah betapa zuhudnya Rabiah al-Adawiyah
Tarafnya ‘andartu’ di zaman milenia
Rela membujang ke akhir riwayatnya.
Pernah ditanya, mengapa tidak mencari cinta?
"Ku tidak rela sesiapa merampas kekasihku"
"Siapa kekasihmu al-Adawiyah?"
"Allah cintaku yang Satu!"

Tapi aku…
Aku dah cuba!
Aku dedikasikan cintaku Lillahi Taala.
Aku sumpah! Tidak ku harapkan cinta melainkan demi keredhaan-Nya!
Ku cuba meletakkan Cinta sebagai prioriti utama.
Dan cinta sebagai cara ke arah mendekati Cinta.

Tapi sayangnya, Kid..
You depend solely on what you call as cinta..
Bila cintamu diduga
Kau mula alpa akan Cinta
Apa kau ingat cinta-Cinta ni flip-flop ke?
Bila cinta okay, kau zuhud sekali.
Bila cintamu mula goyah, kau mencari takdir.
Nak buat apa? Ajak bertumbuk?
Hey, Kid! Kau tak boleh cari gaduh dengan "takdir"
Sebab apa? Sekali Dia sebut "Kun!"
"Kun Fayakun!"
Apa-apa pun boleh jadi kat kau!
Kau boleh binasa!
Kau boleh mampus!

Aku tahu, cukup semua itu!
Dan semua itulah yang merunsingkan aku!
Mengapa semua ini berlaku?
Di saat dan waktu ini
Saat dan waktu getir ini!
Ya Allah, kau uji aku pada masa ini, mengapa?
Mengapa?

Dulu…aku pernah cuba mencabar kuasaNya.
Aku meletakkan kata dua pada Yang Esa.
(Siapa kau nak paksa Dia?)
It’s either You and me, God!
(Cantik bahasa? Tak sayang mulut ke?)
Tapi, apa yang terjadi
Dia buat donno je kat aku!
Dia berkuasa nak hukum aku
Dia boleh sumbingkan mulut aku yang celupar ni!
Dia boleh kudungkan tangan aku!
Ya, tangan aku yang begitu angkuh mengacukan genggaman ke hadratMu!
Tapi, Dia tidak berbuat sedemikian.
Dia tidak mengapa-apakan jasmani ini, spiritualisme!
Malah Dia masih menyalurkan oksigen kepadaku.
Dia masih meneruskan impuls di nodus sinoatrium
Memberi nyawa kepada nadi
Lihat! Allah tidak sekali-kali kecil hati dengan perlakuanku
Dia masih menyayangiku!!

Ku sedari semua itu
Sejak ku mula diuji, telah ku sedari semua itu
Tanganku yang dulu ku genggam
Kini ku depakan
Ku layangkan menghadap arasy memohon seribu keampunan
Mengharap sejuta rahmat
Simbolik anatomi sebuah kesyukuran

Allah
Ujian demi ujian kau timpakan ku hadapi dengan redha
Ya Muhammad, kau menyuruh ummah bersabar dengan dugaan.
Tabah menghadapi kesengsaraan!
Yakin akan kuasa Tuhan!
Telah ku sabar meletakkan batu asas keyakinan, ya Allah!
Aku sabar menanggung semua ini, ya Allah!
Aku sedar
Kesabaranku tidak setahap kesengsaraan Ayyub a.s.
Kesengsaraanku tidak setahap Muhammad s.a.w dicerca, dipukul, dicemuh!
Tapi Ya Allah,
Sedangkan Yunus hilang sabar akan kaumnya
Kau uji dengan bahaman Nun di tengah samudera.
Apatah aku yang hina
Tiada apa yang mampu aku lakukan
Selain mengharap belasmu, Ya Allah
Ku sangsi adakah aku tabah menghadapi dugaan seperti para ulul-azmi
Sedang dengan dugaan sebegini, aku mula sangsi,
Sangsi akan taqdirMu, Illahi..

Ya Zal Jalal Wal Iqram..
Ya Allah
Kesabaran hambaMu ini ada batasnya.
Sesungguhnya demi Mu aku tidak mengetahui
Setakat mana kesabaranku dapat bertahan
Diracun patogen penderitaan
Sedang zikr dan wudhu’ menjadi penawar
Solah dan puasa membentuk ketenangan
Ku impikan damai abadi, Ya Allah.
Ku redha sekiranya Engkau enggan memaqbulkan doaku
Cuma Ya Allah,
Kurniakanlah aku ketenangan.

Akhirnya kau sedar, Kid!
Kau sedar koordinatmu di sisi Illahi!
Kau sedar magnitudmu takkan menyaingi kudrat-Nya!
Sekarang beritahu aku, Kid!
Apa reaksimu?
Apa tindakbalasmu?
Apakah kau akan tunduk menuruti nafsu?
Atau mengekori dalil aqli yang palsu?
Atau memenuhi tuntutan keinginan, bukan deklarasi keperluan?

Diam kau, hati kecilku!
Kau yang bernama hati membisikkan aku kata-kata berpanah arjuna
Kadangkala intuisi yang kau cetuskan tersimpul leraian hawa syaitan
Benar kata hukamak tua
Akan dituruti hati kelak mati
Akan dituruti rasa kelak binasa
Jangan kau berani bentak aku!
Sesungguhnya dalam manusia ini ada seketul daging.
Refleksi diri tercermin di sifat daging itu.
Hitamkah? Atau putihkah?
Dan ketahuilah, seluruh cakerawala
Bahawa daging itu adalah kamu
Hati!
Kerana hati aku jatuh cinta
Kerana hati aku menderita
Jatuh hati..patah hati
Kenapa semuanya berkisar mengenai kau?
Laksana spiral memutar
Infiniti paksi, segalanya berteraskan hati
Kerna itu wujudnya frasa ‘Berhati-hati’
(Apa manusia tidak mempunyai hati?)
Kerna itu wujudnya frasa ‘hati kering’
(Apa selama ini ianya sentiasa basah?)
Kerna itu wujudnya frasa ‘berhati perut’
(Apa relevannya hati dengan perut?)

Ah, semuanya silap aku!
Membiarkan kau dicemari titik-titik noda hitam
Membiarkan kau busuk! (Busuk hati?)
Kerana kondisi kau yang buruk
Maka peribadiku kini teruk@
Berjaga-jaga kau, wahai hati.
Aku sudah tidak kisah kau dihancurkan
Aku tak peduli kau diretakkan
Aku biarkan kau dipatahkan
Selama ini aku terlalu memanjakanmu
Membiarkan kau menguasai jasadku
Kini tidak!

Aku nekad kali ini
Untuk berhenti mengejar
Untuk berhenti berharap
Aku harap intuisiku kali ini jitu
Insya Allah..

4 thoughts on “My MasTeRpiEceS~!!

  1. saya kagum!! lenggok bahasamu Kid, ianya menngambarkan keperibadian mu.. betol!!
    hmm, benar..cinta yang maha agung ialah Allah S.W.T..harap saya turut mendapat manfaat dari masterpiece kid nie..thanx!!

    ya Allah..tak perlulah dikagum akan diri ciptaanNya yang seketul ni.. sesungguhnya tidak dinamakan hati kalau tak kerana sifatnya yang berbolak-balik.. keperibadianku? wallahua’lam.

    pulangkanlah kekaguman itu kepada Allah jua.. T_T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s