First Time in Russia~!!

Assalamualaikum~!!

Haha…aku skang ni nak citer pasal diri aku kat russia je. Dari awal masa kat klia, sampaila camna aku bleh online kat sini, first night kat russia~!!

Well, flight aku pada malam 25 Sept, 2310Hrs dari KLIA (KUL) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Charles De Ghauss, Paris (CDG). Flight yang mengambil masa 12 jam 30 minit tu memang benar2 mengebaskan punggung aku. Hak2. Nasib baik Interactive System MAS cukup menghiburkan~!! At last aku habiskan 12 jam tu dengan selamat menonton filem She’s The Man, Senario Pemburu Emas Yamashita, Over The Edge serta main games2 yang ada. Hak2.

Dalam pesawat Boeing777 MAS. Excited gler~!!

6 pagi waktu Perancis. Setibanya di Charles De Ghauss (CDG), time tu mmg awal sangat pun. Nasib baik sepanjang flight kami ke Moscow ditemani seorang pegawai MARA, En.Shahidan. Time sampai tu mmg ktorang blur gak ar. Ikut je mana en.shahidan pergi. CDG mmg pelik giler, terminal dia jauh-jauh antara satu sama lain. In fact, nak gerak dari terminal ke terminal kena naik shuttle bas~!! Tapi pengalaman baru bagi kami adalah apabila menjejakkan kaki ke tanah Paris, angin sejuk bersuhu 14 darjah celcius berpuput, rasa macam satu dunia lam aircond~!! Hak2. Sempat gak beli souvenir kat paris, habis 12 euro aku. (12 euro x rm4.5 = rm54~!!)

Dengan ezuwan dalam shuttle CDG. Best n penat~!!

Seterusnya flight dari CDG ke Moscow, direct menggunakan carrier Aeroflot. Mmg best. Opps, before i go on, nak bagitau aku tak puase ari ni. Hak2. Bukan pe, antara sebabnya adalah aku sendiri dalam keadaan musafir, so lebih afdhal sekiranya ambil rukhsah yang diberikan tu. Pastu lak, tak dapat kenalpasti masuk waktu imsak dan maghrib sebab berlainan tempat. So aku tak puasa….n dalam flight aeroflot tu plak nasib bek dapat halal food, so tak lapar sangat la. Flight aeroflot dari CDG pukul 1145Hrs Paris, n setelah 3 jam 45 minit, sampaila aku ke moscow dekat2 pukul 6 camtu..(waktu moscow). Memula aku mmg letak least expect kat airport moscow, sebab diorang yang fly aritu pun cakap teruk. Hak2. Well, jangkaan aku meleset sekali. Kami tiba di moscow disambut dgn begitu selesa, siap nak lalu imigresen pun ikut lorong khas lagi~!!! Haha. Pastu amik bagasi, and then heading outside towards the bus. Dan pada ketika inilah, kesejukkan moscow yang pada ketika itu 7 darjah celcius, benar2 menggamit tangan…

Kat luar airport Moscow, sejuk~!!

Seterusnya kami dibawa dalam bas mengelilingi bandar moscow. Sempat gak ar tengok pasaraya Mega, (Gabungan Mega + IKEA + satu lagi shopping centre ala2 tesco, besar gler~!!), Victory Park, Bangunan Russian State University yang masyaAllah punyala cantik~!!, n lastly kami dibawa ke hotel kami, hotel Korston.

HOTEL KORSTON. Nama penuh dia KORSTON – HOTEL AND CASINO. Wow~!! 4 bintang punya hotel~!! Mmg tersedak aku bila dapat tau rate dia satu bilik lebey kurang rm1600 semalam!! Pulak tu kami dapat satu bilik 2 orang, semua govt. sponsor. Mmg mewah giler ar!!!! N then pulak disebabkan bulan puasa, maka breakfast kami digantikan dengan dinner, setiap malam sampai 28th Sept ni! Tapi makan bukan sebarang makan ar…aku makan caviar, pastu ade gak cheese, buah2buahan..mende2 camtu la. Mende2 daging of course tak halal..huhu…

Mewah giler makan...mmg super-high-class..

Red Caviar, with cheese, mushroom n etakdali..

Apa yang aku suka dengan hotel ni – mewah giler, bilik 2 katil (1 queen 1 single) yang bagak luas, internet wifi free~!!! Hahaha. Apa yang aku tak suka pulak – rasa bersalah pulak bila dimanjakan dengan kemewahan yang sebegini, tambah2 pulak dengan duit cukai rakyat…huhu…

Ini katil besar~!! Dalam bilik besar~!! Huahuahua

Aku tanya en.azman (pegawai jpa), sebab apa bagi hotel yang mahal sangat camni~!! Well, dia kata, kitorang sampai silap time la, hotel2 medium rate semua dah habis kene book. Diorg boleh nak bagi hotel2 murah 70usd semalam, tapi obviously hotel tu tak selamat la. Dan nak dibandingkan dgn hotel 4 bintang kami ni, mmg gler2 punye secure. Nak masuk hotel pun kene xray ngan scan barang!! Pastu lak kami tak dibenarkan langsung keluar sampaila 29th ni sebab passport kami kena tahan… tapi tak kisah. internet laju giler~!! Hahaha~!!

Well, taktau la esok ade apa yg menanti, tapi sesungguhnya Russia ni memang penuh dgn kelainan~!!!

2 thoughts on “First Time in Russia~!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s