Nizhniy Novgorod…winter??

BANDAR NIZHNIY NOVGOROD

Nnov_1

Rajah menunjukkan jalan yang perlu aku ulang alik hampir setiap hari kecuali hari minggu untuk ke kelas yang terletak di Semashka. Setiap hari, kena keluar asrama at least sejam awal untuk berebut2 berhimpit2 dalam marshrutka (bas mini). Jarak : 9.8km. Tambang : 8 ruble (lebih kurang Rm1).

Turut kelihatan masjid Nizhniy Novgorod yang terletak di antara perjalanan aku dari hostel ke semashka. Juga boleh dilihat pusat membeli belah Ramstor (ala-ala sabasun terengganu @ pasaraya aneka, ade cinema ngan bowling) serta pusat membeli-belah Dvorets Sporta, bersebelahan Nizhegorodskaya Yarmarka (ala-ala pasar tani). Tapi sekarang ni dah ada IKEA-MEGA-ASHAN, pusat membeli-belah terbesar pernah aku jumpa, di bahagian tenggara bandar Nizhniy Novgorod. Selalu gi shopping kat situ je, lagipun ada bas free~!! =)

Bufeka

Yang ni pulak menunjukkan area asrama dan bangunan akademik. Aku n  daus duduk kat hostel 3 (hostel baru, lawa). Manakala first year yang lain duk hostel 1 (hostel lama, baru renovate). Hostel 2 dan 4 di belakang hostel 3, yang mana hostel 2 untuk russians sahaja dan hostel 4 masih dalam pembinaan. Bufeka pulak adalah bangunan akademik aku, di mana semua kelas dan lecture fizik, subject2 sociology dan bahasa diadakan. Dekat je ngan hostel, lebih kurang 300m. Kedai produkti (tidak ditanda dalam rajah) – ala-ala kedai runcit, terletak di antara hostel 3 dan 1 (pepenjuru atas kiri).

Semashka

Ini pula gambarajah satelit atas kawasan Semashka – kawasan akademik kedua. Semashka Balnitsa (Hospital Semashka) merupakan tempat di mana lecture kimia, lecture biology dan subjek-subjek klinikal diadakan. Semashka Corpus 4 pula tempat di mana kelas anatomy dan biology diadakan.

Dsc00035 Dsc00024

Pokok2 kehilangan daun…lopak2 air membeku…

Mungkinkah petanda musim sejuk akan tiba?


Leave a comment

Create a website or blog at WordPress.com