Apabila bala menimpa…

Ikuti sedikit pembentangan hadis oleh saya sendiri, iaitu hadis mengenai 15 perkara yang mendatangkan bala kepada ummat Rasulullah. Semoga dengan pembentangan hadis ini, sedikit sebanyak menyedarkan kita akan betapa kritikalnya ummat kita sekarang ini.

Hadis tersebut berbunyi,
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
Zakat dijadikan hutang
Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
Anak derhaka terhadap ibunya
Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Arak sudah diminum secara berleluasa.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

================================================================

Sekarang, mari kita bincangkan sedikit sebanyak mengenai hadis ini. Saya bukanlah seorang yang arif mengenai bidang hadis ini, tapi saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada mengenai perbincangan hadis ini. Namun diingatkan, rujuklah kepada guru-guru lain yg lebih arif, sebab hal-hal sebegini perlu banyak berguru.

  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.

    Harta negara yg dimaksudkan di sini, adalah aset kewangan negara seperti kutipan cukai dari rakyat, hasil keuntungan negara yang sepatutnya dibelanjakan untuk pembangunan negara.
    Apabila harta negara beredar di kalangan orang2 tertentu sahaja, tentu timbul di fikiran kita, siapakah orang2 tertentu itu? Mengapa Rasulullah mengaitkan frasa "orang-orang tertentu" dengan "harta negara"?
    Pertama sekali, apabila disebut harta negara, adalah bermaksud ianya milik sesebuah negara. Ia menjadi milik semua orang di dalam negara tersebut. Sama ada pemimpin, rakyat, pesawah, ahli korporat – mereka semua adalah pemilik kepada ‘harta negara’. Oleh itu, yg dimaksudkan apabila harta negara beredar di kalangan orang tertentu sahaja, adalah apabila ada di kalangan rakyat yang tidak dapat mengecapi ‘harta negara’ tersebut.
    Persoalannya bagaimana ianya berlaku? Kebenarannya tidak kita ketahui secara terang-terangan, kerana persoalan ‘harta negara’ ini bukanlah di tangan kita rakyat biasa, sebaliknya di tangan pemimpin. Namun bukti-bukti berlakunya penyelewengan terhadap ‘harta negara’ ini tetap tak lepas dari pandangan rakyat. Contoh yang paling mudah – kes rasuah berprofil tinggi. Apabila disebut ‘rasuah’ dan ‘berprofil tinggi’, bukankah ianya bermaksud penyalahgunaan wang di kalangan pemimpin dan golongan atasan?

    2.    Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

    Amanah merupakan satu kepercayaan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain. Di negara kita Malaysia, terdapat banyak program pelaburan yang memanipulasi kepercayaan orang lain. Benarkah begitu? Program seperti ini, mudah untuk dikenali, cukup dengan melihat pangkal namanya sahaja. Contoh – AMANAH Saham Bumiputra, Amanah Saham Wanita dan sebagainya. Bagaimana pula ianya menjadi suatu sumber keuntungan?
    Terlebih dahulu, apakah tujuan institusi-institusi amanah ini ditubuhkan? Program-program pelaburan ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi sesebuah projek, menggunakan kepercayaan dari rakyat. Rakyat digesa untuk melabur dalam institusi amanah ini, serta dijanjikan pulangan yang setimpal. Apakah yg dijadikan keuntungannya di sini? "Dividen" – ya, itulah yang dijanjikan sebagai keuntungan kepada pelabur-pelaburnya. So, memang jelaslah kan, "amanah kini" dipergunakan sbg "sumber keuntungan"?

    3.    Zakat dijadikan hutang.

    Dalam konteks ini, dalam fikiran saya ada 2 perkara berlainan yang berkaitan. Pertama, adakah "Zakat" yang dimaksudkan itu adalah hasil kutipan zakat dari umat Islam, ataupun adakah "Zakat" bermaksud kewajipan oleh semua umat Islam?
    Sekiranya maksud pertama diambil, iaitu zakat sebagai hasil kutipan zakat dari umat Islam, maka yang jadi persoalannya adalah pihak pemungut zakat – amil. Di Malaysia, badan pengurus zakat, PPZ – Pusat Pungutan Zakat. Jadi, bagaimana pula hasil kutipan zakat itu dapat dijadikan hutang oleh PPZ? Apabila PPZ mula terlibat dalam bidang pelaburan, dan hasil pelaburan itu tidak menghasilkan keuntungan, bukankah ini bermaksud PPZ gagal menjalankan tanggungjawabnya, mengedarkan hasil kutipan zakat kepada orang yang sepatutnya? Bukankah ini bermaksud PPZ berhutang wang kutipan zakat dengan orang yang sepatutnya menerima zakat tersebut? Sejauh mana kebenaran fakta ini, saya tidak tahu tetapi kemungkinan untuk ianya berlaku adalah besar sekali.
    Dan sekiranya maksud kedua zakat diambil (zakat sebagai tanggungjawab setiap muslim), maka sudah terang lagi nyata betapa ramai di kalangan kita yang tidak menunaikan kewajipan tersebut, tak kiralah sama ada zakat fitrah, zakat harta mahupun zakat-zakat lain. Sedangkan di Indonesia, yang mana lebih 90% rakyatnya beragama Islam, hanya 1/26 yg menunaikan kewajipan tersebut, inikah pula Malaysia yang penduduk Muslimnya cuma 54%?

    4.    Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat).

    Perkara berikutnya, Rasulullah menekankan mengenai perkara peribadi di dalam hubungan suami-isteri. Kita semua sedia maklum, setelah terikat dengan ikatan pernikahan, seorang isteri WAJIB mentaati perintah suaminya selama perintah tersebut tidak bertentangan dengan syariat. Perkara ini jelas, tanpa keraguan lagi.
    Dalam hal sebegini, yang menjadi persoalannya, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Adakah si suami, yang bacul menuruti kehendak isterinya, takut akan isterinya melebihi takutnya dia terhadap Allah? Atau adakah si isteri yang bersalah pada mulanya kerana bertegas ingin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat?
    Pada pandangan saya, yang salah adalah kedua-duanya. Untuk persoalan ini, kita kembali kepada struktur ayat tersebut – suami menurut kehendak isteri. Bukannya suami memaksa isteri, atau si suami berkehendakkan isterinya melakukan sedemikian, sebalik si isteri yang berkehendakkan untuk melakukan perkara bertentangan syariat tersebut. Maka sudah pasti dosa pertama jatuh kepada si isteri yang mengingkari syariat Allah. Kemudian barulah dituruti dengan klausa berikutnya "suami menuruti..". Sebagaimana yang kita tahu, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik seisi keluarga, iaitu suami akan dipertanggungjawabkan untuk setiap perbuatan ahli keluarga di akhirat kelak. Maka apabila "suami menuruti.." perkara mungkar, bermaksud suami gagal menjalankan tanggungjawabnya.
    Sekarang mari kita bandingkan dengan situasi masa kini. Berapa ramai
suami yang menuruti kehendak isteri yang enggan bertudung? Inilah
contoh yang paling ketara di zaman masa kini.

    5.    Anak derhaka terhadap ibunya
    6.   Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
    7.   Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

    Ketiga-tiga perkara ini saling berkaitan. Akan tetapi Rasulullah mengelaskannya sebagai 3 perkara yang berasingan menunjukkan betapa setiap perkara tersebut mempunyai signifikasi yang besar. Serta, sekiranya anda sedar, ketiga-tiga perkara tersebut disasarkan khusus kepada satu golongan, yang disebut dalam hadis ini sebagai "anak". "Anak" dalam ertikata zaman ini adalah – remaja – golongan yang masih terikat kepada tanggungjawab "ibunya" dan "ayahnya". Mengapa keras sekali amaran Rasulullah, sehingga menggolongkan "remaja" khusus sebagai 3 antara sebab bala diturunkan?
    Dan sekiranya anda sedar juga, ketiga-tiga perkara tersebut melibatkan institusi kekeluargaan – institusi asas dalam sesebuah masyarakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya institusi tersebut dalam pembentukan ummah. Perkara kelima, kewujudan "anak derhaka", sejauh mana kebenarannya adalah di luar pengetahuan kita semua, melainkan sekiranya ianya terjadi dalam keluarga kita sendiri. Tapi kita boleh lihat berapa ramai anak-anak yang melanggar arahan ibubapa melalui gejala sosial yang tersebar luas. Remaja-remaja berpelesaran dengan rakan-rakan sehingga tidak timbul isu batasan jantina. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh perkara keenam tersebut? Perkara ketujuh pula menunjukkan gejala "ayah", yang sepatutnya dihormati dan dipercayai sebagai ketua keluarga, sebaliknya dipandang rendah oleh anak-anak. Buktinya, mengapa ramai di antara kita lebih cenderung menyimpan rahsia sesama rakan-rakan kita, bukan dari ibu @ ayah kita?

Sekian dahulu untuk kali ini, izinkan saya merehatkan tangan yang lenguh ini terlebih dahulu sebelum kita maju dengan perkara-perkara seterusnya. Dalam pada ini, mari kita sama-sama berfikir mengenai kebenaran perkara2 berikutnya pula. Adakah anda turut berfikiran sama seperti saya? Namun, percayalah, kesemua perkara berikut telahpun berlaku di sekeliling kita. Dan sepertimana yang dijanjikan oleh Rasulullah sendiri,
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka.."

Wallahua’lam.

One thought on “Apabila bala menimpa…

  1. hihi setuju dgn fakta yg mengatakan bhw 1/26 umat islam indon menunaikan zakat.mungkin ke sbb hanya 1/26 drpd umat islam indon yg berkemampuan dan berada di atas paras kemiskinan??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s