Defense in PC~!

Setelah banyak meluangkan masa di blog-blog problogger lain, saya berpendapat adalah menjadi satu kerugian sekiranya saya tidak berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang2 tertentu dengan pelawat2 blog saya.

Jadi, untuk kali ini, saya akan memperkenalkan kepada anda semua, langkah-langkah penting untuk memastikan PC anda selamat ketika melayari internet, khususnya!

Kita semua sedia maklum, Internet merupakan sebuah dunia tanpa sempadan yang cukup luas. Segalanya ada di Internet, dari resepi-resepi masakan harian, perkhidmatan perbankan hinggalah urusan-urusan perniagaan. Secara analoginya, bolehlah saya katakan Internet adalah seperti manusia – ada yang baik, dan tak kurang juga yang membawa kemudaratan kepada kita.

Apa yang saya ingin fokuskan di sini adalah benteng pertahanan sebuah komputer dalam menghadapi ancaman di Internet. Ancaman yang saya maksudkan di sini adalah secara umumnya seperti virus-virus, risiko digodam hackers, pop-ups dan sebagainya. Seorang pengguna Internet seharusnya tahu bagaimana untuk melengkapkan komputernya agar selamat ketika melayari Internet.

1. Bina kota yg kukuh.

    Sekiranya kita menganggap PC seperti sebuah bandar yang besar, maka untuk menghalang dari ancaman luar, sesebuah bandar perlulah mempunyai sebuah kota yang kukuh. Kota dari aspek PC ini bermaksud "firewall", iaitu sebuah perisian yang dibangunkan khusus untuk menapis sambungan antara sesebuah komputer dengan Internet. Benteng pertahanan pertama antara komputer anda dengan internet adalah Firewall. Sebuah Firewall yang baik dapat mengawal serta mengesan transmisi yang dikeluarkan komputer anda sama ada dengan atau tanpa pengetahuan anda. Antara Firewall percuma yang bagus adalah ZoneAlarm. Namun begitu, Windows Firewall sendiri sudah memadai sebenarnya.

2. Hadapi ancaman perisik-perisik luar.

    Dunia Internet seperti sebuah medan perang yang luas. Kewujudan perisik-perisik (spy) di dunia Internet adalah tidak dapat dielakkan lagi di masa kini. Perisik-perisik ini – Spyware – merupakan sejenis program yang akan merekodkan maklumat mengenai komputer anda, seperti laman-laman web yang pernah dilawat, IP anda, malah kata laluan (password) anda! Justeru, untuk mempertahankan komputer anda dari ancaman spyware ini, anda memerlukan perisian yg khusus seperti Ad Aware. Dengan sentiasa update dan kerap melakukan scanning melalui perisian tersebut, komputer anda akan terpelihara dari ancaman spyware ini.

3. Berwaspada dengan penyakit.

    Penyakit? Ya, penyakit yang disebabkan oleh virus. Virus merupakan satu contoh ancaman yang paling terkemuka di dunia IT. Virus, terdiri dari seuntai skrip (script) sehinggalah sebesar sebuah program, mampu melakukan irreversible damage kepada komputer anda. Terdapat virus yang mampu membuatkan komputer anda tidak boleh start, membuatkan sistem anda menjadi perlahan, malah ada yang mampu melakukan kerosakan kepada harddisk anda, menyebabkan anda terpaksa format semula Windows! Antara antivirus yang saya cadangkan adalah AVG Antivirus. Terdapat pelbagai jenis antivirus di dunia ini, namun semuanya akan menjadi sia-sia, sekiranya jarang melakukan update serta malas melakukan PC-scanning. Namun, diingatkan agar jangan install 2 atau lebih antivirus dalam PC anda, kerana ia boleh menyebabkan terjadinya software conflict antara satu sama lain!

4. Lakukan rondaan dengan pengawal.

    Seringkali, laman-laman web yang mendatangkan ancaman kepada sesebuah komputer sukar untuk dikenalpasti. Oleh itu, perisian seperti SiteAdvisor adalah diperlukan untuk mengenalpasti sama ada sesebuah laman web itu selamat atau tidak. SiteAdvisor dapat mengesan sekiranya sesebuah laman web mengedarkan perisian spyware, menjadi sarang virus, menghantar email spam dan sebagainya serta memberitahu pengguna mengenai hal tersebut.

Walauapapun, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Tiada pertahanan yang lebih baik dari mengamalkan apa yang kita ketahui. Justeru, adalah menjadi satu kemestian kepada pengguna Internet khususnya untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu penting mengenai internet. Dengan sedemikian, barulah ancaman-ancaman di dunia IT ini dapat dicegah sepenuhnya. Sekian!

One thought on “Defense in PC~!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s