Medical – Satu Penyesalan?

Salam sejahtera.

Benarlah orang kata, bidang perubatan adalah antara bidang pengajian yang paling susah di dunia ini. Serta paling serius. Baru satu semester aku berada di bidang ini – beban yg dirasakan maha berat sekali! Beginikah rupanya kehidupan seorang pelajar perubatan?

Pertama sekali, aku agak pasti ada yang tertanya-tanya mengenai tajuk post aku kali ini. Adakah aku menyesal menjadi seorang pelajar perubatan? Susah sangatkah bidang perubatan ni?

Hohoho..tidak sebenarnya. Aku tidak menyesal menjadi pelajar perubatan. Aku cuma menyesal kerana tidak bermula dari awal. Sepertimana yang korang semua boleh baca di post-post sebelum ini, aku masih bermalas-malasan di sini. Ketika rakan-rakan yang lain mula membuka langkah, mengatur strategi – aku masih berlengah – atas alasan ‘menyesuaikan diri’. Nah kau, kid! Sekarang aku merasa bebannya sebagai seorang medical student.

Buat masa ini, satu sahaja punca segala tekanan dalam kepala otak aku – anatomi. Hoho. Subjek asas dalam bidang perubatan. Belajar anatomi tidak susah, sekiranya kena pada caranya. Dan atas sikap bermalas-malasan aku serta habit suka bertangguh membuatkan aku sendiri menjadikan anatomi itu susah. Dalam post sebelum ini, aku ada menerangkan yang penilaian untuk subjek anatomi ini terbahagi kepada 3 bahagian – preparat (praktikal), bertulis, serta berkomputer. Kombinasi ketiga-tiga perkara inilah yg menyumbat-nyumbat foramen rotundumku di dalam kepala ini, menekan-nekan hypglossal fossa. Hehe.

Untuk pengetahuan, minggu hadapan aku akan menghadapi peperiksaan terakhir untuk semester satu tahun pertama – General Chemistry. Dijadualkan pada 25 Januari. Dan, untuk menduduki peperiksaan tersebut, aku perlu mendapatkan pengesahan dari dekanat bahawa aku telah lulus semua 7 subjek dalam pengajian semester pertamaku. Dan untuk lulus kesemua 7 subjek pula, setiap subjek ada teknik penilaiannya sendiri.
Kini, aku telah lulus semua subjek – atau dalam ertikata khususnya, mendapat zachot. Kecuali – anatomi. Kerana penilaiannya yg begitu complicated.

Penilaian subjek anatomi untuk mendapat zachot – mesti lulus semua praktikal, written dan computer test untuk topik – trunk and abdomen, head and neck, upper limb dan lower limb. Dan status aku sekarang ni, aku telah lulus kesemua test untuk topik trunk and abdomen, written dan computer untuk head and neck, praktikal dan computer untuk lower limb, serta praktikal untuk upper limb.

Jadi inilah masalahnya – satu praktikal test untuk topic head and neck, 2 written test untuk topic limbs, serta computer test untuk head n neck dan upper limb. Dan semuanya perlu diselesaikan dalam minggu ini – sedangkan hari ini sudah hari khamis. Bagaimana?

Argh~!! Korang bayangkanlah! Untuk malam ini sahaja aku terpaksa study untuk ketiga-tiga topic tersebut! Huhu..inilah penangan medic student..

Justeru kepada sesiapa di luar sana – junior-junior aku, bakal junior aku, rakan-rakan aku, adik-adik aku – sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor, adalah tidak cukup sekadar anda ingin. Juga adalah tidak cukup sekiranya anda sekadar berusaha. Apa yang penting di sini adalah anda MAMPU.

Ada yang berminat untuk menjadi doktor. Ada yang minat dan berusaha untuk menjadi doktor. Ada yang minat giler-giler, berusaha giler-giler, tapi tak juga jadi doktor. Kenapa? Kerana tidak mampu.

Kemampuan yang ingin saya gambarkan disini adalah global – sama ada kemampuan dari segi rohani, jasmani, emosi, fizikal, mental, iman – semuanya perlu diambilkira sekiranya anda ingin menjadi pelajar perubatan.

As for me, terus terang aku cakap, aku bermula dari kosong. Ketika aku tiada apa-apa perasaan terhadap bidang perubatan. Ketika aku tak berminat langsung! Minat aku terhadap perubatan hanya bercambah ketika permohonan aku diterima (ketika permohonan saya diterima – bukannya ketika aku mengisi borang permohonan!). Tapi, macam yang aku katakan tadi, minat sahaja adalah tidak mencukupi. So, aku kena berusaha.

Apakah usaha aku? Aku berusaha untuk meminati bidang perubatan ni. Aku berusaha untuk terus kekal dalam bidang ini, sehingga tamat pengajian.

So, persoalannya sekarang – mampu. Mampukah aku? Orang kata, hanya yang empunya diri yg lebih mengerti akan kemampuan diri sendiri. Adakah aku mampu menempuh cabaran-cabaran lain di bidang perubatan ini, sedangkan pada semester pertama lagi aku sudah tercabar~? Kalau ikutkan fikiran aku yang melulu ni, aku rasa kemampuan aku dah sampai limit pada semester pertama ni. Sedangkan para senior sendiri memberi pendapat bahawa semester pertama tahun pertama adalah paling senang!

Namun, menurut senior-senior juga, semester kedua tahun kedua adalah yang paling susah dalam bidang pengajian perubatan di sini. Memikirkan sedemikian, aku menjadi gusar – mampukah aku menanggung tekanan yang lagi hebat dari tekanan maha dahsyat yg aku sedia alami ini? Wallahualam.

Aku menjadi takut – apakah yg akan terjadi kepada diri aku tatkala menghadapi tekanan tersebut.

Maka, aku perlu buat keputusan di sini. Dan keputusan aku adalah – aku tak akan mengalah selagi belum tiba cabaran terbesar tersebut. Kita tak akan mengetahui kemampuan diri selagi kita tidak mengujinya. Dan cabaran kali ini hanyalah ujian yang mudah – rintangan pertama – semester pertama medical students. Dan sekiranya aku kecundang di rintangan pertama ini, alangkah lemahnya aku!

(Lemah di kalangan mereka yang cukup kuat – kalian sendiri tahu di mana letaknya diri kalian bukan?)

Esok – aku akan cuba selesaikan kesemua cabaran tersebut. Anatomi – huh, mengeluh saja tidak cukup untuk mengatasi cabaran ini. Namun adalah lebih bagus dari mengalah lebih awal.

Aku mengakui aku tersilap langkah ketika memilih ke bidang ini. Tapi aku tidak menyesal. Mengapa? Kerana hanya dalam bidang inilah aku dapat mengetahui sejauh mana kemampuan aku. Sekiranya aku berjaya menempuh cabaran ini, maka insyaAllah, cabaran-cabaran lain akan lebih mudah bagi aku! Allahu Akbar!

10 thoughts on “Medical – Satu Penyesalan?

  1. erm kid…aku bace neh rs cem saket otak je…aku bace yg ko tulis, tp ko yg blaja ape yg ko da tulis tuh…aku wat konklusi urat hipotalamus ko pon da stst renggang2 kan?tp ye r, sen1 thn 1 ko kate plg sng..aku x tau la plak taun2 dpn ko cmne.. neway, all da best..

  2. assalamualaikum adik……….1st skali i wnt 2 laugh 2 u…….Wakakakaka………hahahahahahaha…….nah hamik kau kne pnangn medik………..hahahahaha…..but dont wory la.truskn usha ko…abg dlu pn cam ko gk.1st ble bce bku 2 ase cam nk trckik jer.tp ble kte dh lme ngn bnde ni,alah bisa tegal biasa la dik.psl paper anatomy yg ko sbt 2,abg bkn nk rik la but for me that paper is very intresting la.bkn nk brlgk la tp abg rse paper 2 xlh pyh mane pn coz slalu skor la kn…heheh.ko kne amik mse ckit la dr rest time ko 2.klu ade bnde xtau @ x fhm trus jer bru kwn ko yg bleh.xyah pdli ape diorg nk kte.jnji kte dpt bnde tuh.lg st ko kne ingt en tau,otak kte 2 bknnye kne strit sgt,hav fun with ur stdy k…gile2kn ckit otk 2.jgn bg die stress sgt.but klu nk relx pn jgn la smpai x peka lgsg trhdp prsktrn…k,en da last wan from me…keep it up en hav fun with ur stdy,it can make ur stresss or whtever disappearsssssss……..

    eheh. da abes da pun anatomy..lega sangat2. bukan pe, dulu time belajar anatomy, slalu pk – ah ape faedahnya? tak nampak macam doktor pun. etc etc. pastu skrg ni bila dah blajar subjek physio, biochem, dah belajar sket2 pasal diseases n treatments, pastu belaja buat injection la, bp, etc etc, jadi makin semangat lak~ hehee. baru rasa cam doc sket~!

  3. em…sangat3 stuju dgn statement
    “minat je x ckup”
    keinginan sy utk mjdi dktor bmula sejak sk rndh-sk men
    tp, smua tkubur sebaik saje kua dewan exam spm paper bio
    trus tfikir “kne tukar cita2 la nmpknye…”
    so, nw i’m an engineering studen
    dek krna x mmpu utk mjadi medic studen

  4. hurm..ble terbce web n rse cm ngh ckp ngn sri sndri plak..actually sy rse bnda yg sme,,adakah sy tslp dlm pilih course.????awal2 cm ykn jew nak amek bdg n mse nak intervw..tp ble dh d dlm progrm medic n,,rse cm dri x kuat je nak troskan..tp,,rse x sggup plak nak bhnti sbb tkowt nak sshkn parentz…(sbb klu kuar dr course n,,nak kne byr blek sume duet)…tgk kwn2 len yg bce bku dgn sgt tkun n mcm dh x d life tu,,rsenya x sggup plak nak ikot cm dy org,,(tkowt stress..),,,so,,,sy nak tnya cket..cmner abg(snce ur r my senior..ok kn??) hdpi sume n and kuatkan tekad nak troskan pgjian dlm medic gak????

    • Sudah 4 tahun berlalu, dan saya kini dalam tahun kelima, bakal graduasi tahun hadapan.

      And I’m loving it! =)

      Ingat, when there’s a will, there’s always a way. Dan banyak2kan berdoa kepada Allah disepanjang perjalanan, kerana tanpaNya, takkan mampu saya bertahan sehingga kini!

      • ok..time ksh..insyallah sy akn kuatkan tekad n semangat sy..hrp2 sy bly mgikut jejak lgkah abg n mnjd sorg doktor yg berjaya!!!!insyallah…^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s