Awal Muharam – Adakah satu perayaan?

Saya terpanggil untuk menulis post kali ini berikutan saya juga banyak menerima sms2, msg2 friendster dah sebagainya dari rakan-rakan mengucapkan selamat tahun baru kepada saya.

Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada rakan2 tersebut kerana masih ingat kepada diri saya. Maaflah saya tidak berkesempatan membalas ucapan2 selamat tersebut. Bukan tidak berkesempatan sebenarnya, tetapi tidak boleh. Bukan saya sahaja tidak boleh, tetapi kita semua, sebenarnya, tidak boleh mengucap selamat tahun baru kepada rakan2 yang lain.

Sebelum saya meneruskan dengan bercerita lebih lanjut mengenai kehadiran awal muharam kali ini, serta beberapa perkara berkaitan amalan doa awal dan akhir tahun, moleklah kiranya saya menampilkan dulu sebuah fatwa yang menjadi tunjang tajuk post kali ini.

Syaikh Al-Allamah Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah ditanya :

Apa hukum mengucapkan selamat tahun baru islam.Bagaimana menjawab ucapan selamat tersebut??

Syaikh menjawab: Jika
seseorang mengucapkan selamat,maka jawablah, akan tetapi jangan kita
yang memulai.Inilah pandangan yang benar tentang hal ini.Jadi jika
seseorang berkata pada anda misalnya:”Selamat tahun baru!, anda bisa
menjawab “Semoga Allah jadikan kebaikan dan keberkahan ditahun ini
kepada anda” Tapi jangan anda yang mulai, karena saya tidak tahu adanya
atsar salaf yang saling mengucapkan selamat hari raya.Bahkan Salaf
tidaklah menganggap 1 muharram sebagai awal tahun baru sampai zaman
Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu.

Baiklah, itu adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang syeikh, maka tiadalah mampu saya pertikaikan melainkan berijtihad berdalilkan fatwa tersebut. Sekarang, mari kita lihat mengapa dan apa faktor yang digunakan oleh beliau dalam mengeluarkan fatwa berikut.

Laman web http://www.islam. gov.my/program/ doa.html
mencatatkan satu hadis tentang kelebihan membaca doa awal tahun
bermaksud: Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan
bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini
dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,
Allah ampunkan dosanya setahun”

Sememangnya menjadi
amalan sebahagian masyarakat Muslim Melayu berhimpun pada hari terakhir
tahun hijri untuk berdoa dengan doa awal tahun dan akhir tahun. Doa
yang selalu dibaca dan kononnya datang daripada Nabi berbunyi:

اللهم
ما عملته في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم ترضه ، ونسيته ولم تنسه ، وحلمت
عليَّ في الرزق بعد قدرتك على عقوبتي ، ودعوتني إلى التوبة بعد جراءتي على
معصيتك ، اللهم إني استغفرك منه فاغفر لي ، وما عملته فيها من عمل ترضاه
ووعدتني عليه الثواب فأسألك يا كريم ، يا ذا الجلال والإكرام أن تقبله مني
، ولا تقطع رجائي منك يا كريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
وسلم

Untuk pengetahuan semua, doa tersebut TIDAK pernah diriwayatkan di dalam mana-mana kitab hadis! Sepertimana yang pernah kita pelajari di peringkat menengah dahulu, penentuan tahun-tahun hijrah hanya bermula 7 TAHUN selepas kewafatan baginda s.a.w! Oleh itu, secara lojiknya, masakan nabi pernah menyambut tahun baru hijrah, kerana sepanjang hayat baginda, masih tidak wujud tahun-tahun hijrah tersebut! Penentuan kalendar hijrah bermula ketika pemerintahan Saidina Ummar dengan Tahun 1 Hijrah diambil bersempena tahun hijrah nabi ke Madinah. Justeru, hadis ini adalah palsu dan HARAM serta tidak wajar sama sekali untuk disebarkan, atau diamalkan!

Baginda s.a.w. bersabda:



مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “sesiapa yang berdusta menggunakan nama ku,maka tersedialah untuk dirinya satu tempat duduk dalam neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)
 

Diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi bersabda:


مَنْ حدَّثَ عنِّي بحديثٍ يرى أنَّه كذبٌ فهو أحدُ الكاذبيـن

Maksudnya: “sesiapa yang bercerita atas namaku satu hadis  yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong. (hadis riwayat Muslim) 
 

Apa yang pentingnya di sini, nak berdoa silakan tetapi dengan mengkhususkan sekian2 doa
adalah untuk sekian2 upacara adalah salah. al-ustaz Mohd Khairuddin
Aman Razali at-Takiri sememangnya seorang yang tinggi ilmu dan ramai yang menghormati beliau, web darufuqaha.com adalah antara web yang bagus.
Cumanya tulisan itu mungkin perlukan sedikit tambahan. Di laman web
islam.gov.my tersebut tidak disandarkan fadhilat2 tersebut kepada Nabi
s.a.w jadi mereka terlepas daripada kesalah berdusta keatas Rasulullah
s.a.w.

TETAPI…

Apa yang meragukan adalah kenyataan:

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

dan

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah
amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Saya
ingin bertanya darimanakah sumber mereka menyatakan syaitan bercakap
sekian2 dan Allah telah mewakilkan sekian2… Perihal Syaitan dan Allah
adalah perihal alam ghaib. Tidak mungkin mereka berjumpa Syaitan atau berjumpa Allah sehingga mereka tahu tentang perkara2 tersebut. Sumber kepada mengetahui perkara2 ghaib adalah hanya daripada al-Quran dan al-Hadis yang Sahih.
Saya tidak ketemu hadis mahupun ayat Quran berkata sedemikian. Maka
pihak yang mendakwa kelebihan2 sedemikian perlu membawakan bukti dari
kedua sumber tersebut. Kerana saya percaya mereka tentunya tidak
berjumpa Allah atau Syaitan secara langsung. Sekiranya bukti sahih
dapat dibawa kehadapan maka saya tarik balik kenyataan saya ini. Selagi
tidak maka ianya adalah sesuatu yang batil.

Wallahua’lam.

======================
Dipetik dari Embrace Islam – Jiwang.org

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s