Exam Fever ~ Salam Hijrah ~ Birthdayku~!!!

Assalamualaikum.

Musim peperiksaan akhirnya menjelang tiba. Saat rakan-rakan yang lain melancong ke egypt, sweden, ada yg ke manchester, ada yang sedang berada di budapest, ada yang akan terbang ke paris, aku masih di sini, di meja studyku menghadap list 60 soalan kimia yang akan kujawab 2 daripadanya jumaat ini…huhu…

Itulah stail exam di sini. Sungguh strategik sekali – setiap orang akan dapat soalan yang berlainan. maksudnya – tiada soalan spot. tiada soalan ramalan. tiada peniruan. daripada 60 variant yang ada, seorang calon hanya akan mendapat 2 daripadanya – melalui cabutan. mahu atau tidak, semua calon terpaksa study semua 60 soalan. itu pun nasib baik soalan-soalan exam diberi awal2.

regarding my previous post, syukur alhamdulillah, dapat juga aku menyelesaikan masalah anatomy tu. Selesai hari sabtu, dengan pertolongan dari sahabat-sahabat ku – ya, sahabat sebab merekalah yang sanggup berada di sisi aku ketika aku sangat-sangat memerlukan – halim, surya, safura, winny. Dengan izin Allah jualah yang telah melembutkan hati Andrei Viyaceslavich Bezdenezhnik pada hari sabtu tu, alhamdulillah beliau meluluskan aku dengan mudah. Syukur sangat2~!!

dalam post sebelum ni aku menyatakan betapa tertekannya aku apabila terperangkap dalam situasi tersebut. tapi, apabila aku berjaya mengatasi tekanan itu, berjaya melepasi cabaran tersebut, kepuasannya amat-amatlah terasa! Baru aku sedar, walaupun sesuatu cabaran itu maha hebat, walaupun sesuatu halangan itu sangat memberi tekanan, namun apabila kita berjaya mengharunginya, maka ia akan menjadi satu kejayaan yang amat manis sekali. benar!

apabila aku berjaya mengatasi halangan kali ini, sungguh terasa kemanisannya! tak sabar aku untuk mengharungi cabaran-cabaran seterusnya. Aku dapat bayangkan, 6 tahun kelak apabila aku berjaya menggenggam impianku (insyaAllah), semua cabaran-cabaran ini akan menjadi kenangan yang manis dalam hidupku!

Ok, setakat itu sahaja kali ini. Smoga tahun baru ini membawa seribu keberkatan, sejuta rahmat kepada kita semua insyaAllah. Oh ya, tahukah anda aku menyambut hari lahirku yang ke 19 beberapa hari lepas? hehe. sekarang aku dedahkan, aku ada 2 tarikh lahir. 11 Ogos 1988 = 28 Zulhijjah 1408H. Ya, aku pun baru tahu, rupanya aku dilahirkan pada hari terakhir tahun 1408H! Dan aku mengambil masa 19 tahun untuk menyedari yg aku mempunyai tarikh lahir yang begitu istimewa – at least bagi aku!

Sekian, salam hijrah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s