Usaha + Restu Ilahi = Kejayaan~!!

Pertama-tamanya, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kudratNya, yang tidak putus-putus mengurniakan kejayaan kepada kita semua.

Syukur alhamdulillah, usaha aku sejak beberapa minggu lepas akhirnya berbaloi juga. Aku berjaya menempuh peperiksaan Kimia tadi dengan jayanya! Syukur! Dengan markah maksimum 5 (piat), sesungguhnya aku berasa cukup puas hati setelah bermacam-macam pengorbanan dan tekanan yang aku tanggung!

Walaupun ada yang mempertikaikan kejayaan ‘kami’ kerana guru pemeriksa adalah Irina Vladimirovna – guru kesayangan kami dan memandangkan kami juga murid ‘kesayangan’ beliau. Namun harus diingatkan, kejayaan itu takkan berhasil tanpa izinNya Yang Maha Kuasa. Dialah yang melembutkan hati guru pemeriksa. Dialah yang membuka pintu minda kita ketika menjawab peperiksaan. Dialah yang menenteramkan jiwa yang dilanda resah gelisah.

Pendek kata, tanpa izin Dia Yang Maha Kuasa, studylah sekuat mana pun. ‘Kipas’lah sesejuk mana pun. Walau bersengkang mata hingga terbeliak, tangan mencoret sehingga tergeliat, selagi tiada keizinan dariNya maka mustahil untuk terjadi.

Sesungguhnya memang aku tak nafikan, hidup sebagai student medic adalah amat di luar jangkaan. Amat sibuk! Dengan cabaran yang tak henti-henti, assignment bertimbun2, test tiap2 minggu….benarkah orang kata student medic ni takde life? Well, aku rasa pernyataan tu salah. Medical students did have life. A hectic life. Hehe.

Walau seberat manapun dugaan yang menimpa, sekiranya dihadapi dengan usaha sendiri, disertai dengan restu dan berkat Ilahi, maka kejayaan yang bakal dikecapi adalah kejayaan yang paling indah! Percayalah!

One thought on “Usaha + Restu Ilahi = Kejayaan~!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s