Route To Moscow – Part I – Challenge~!

Pengembaraan di Moscow membawa seribu pengalaman – dan pengajaran – kepada aku. Aku akan cuba ceritakan sedikit demi sedikit berkaitan pengembaraan aku ke moscow ni. =)

[ PROLOGUE ]

Di dalam kesejukan -17 darjah celcius, Zulhusni-Dauh-Surya-Izyan-Farah-Farehah-Fatin-Safura dan aku memulakan perjalanan ke Mosckovskiy Vakzal – untuk menaiki tren pada pukul 10.45 malam. Kami dijangka tiba di stesen Kurskiy di Moscow 7 jam selepas tren bertolak. Pada pandangan aku, tren di Russia tak banyak berbeza dengan tren di Malaysia. The same old gerabak, katil yang sempit, standard ar. Suhu di dalam kabin agak panas, selesa. Perjalanan 7 jam ke Moscow tidaklah terlalu memenatkan, nak menikmati pemandangan kat luar pun tak sesuai sebab diselubungi kegelapan malam…

[ MONOLOGUE ]

Pagi di Moscow – takdela sejuk sangat, aku agak around -5 to -10 darjah celcius je. Sia-sia je aku bawak shawl, pakai longjohn. Padahal takle sesejuk yang disangkakan, heheh. Satu yang aku respek pasal tren2 kat Russia ni adalah – diorang VERY punctual. Kalau dalam tiket tulis pukul 10.45 bertolak, 6.20 pagi sampai, maka tidaklah dilengahkan walau seminit pun! Tepat 6.20, tren berhenti di Kurskiy Vakzal, Moscow. Setelah kedatangan rakan-rakan naqib dari Kursk, kami mengambil kesempatan untuk bersolat subuh terlebih dahulu.

(First Encounter With Gangster Russian)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Maka setelah menemankan Safura dan Fatin membeli kad topup, aku bersendirian menuju ke tandas di Kurskiy Vakzal tersebut untuk mengambil wudhu’. Tandas tersebut terletak di tingkat 2, agak terasing serta tersorok dari pandangan orang. Di sekeliling tandas tersebut terdapat ruang-ruang perniagaan yang terbiar. Gipsi-gipsi serta orang2 merempat penuh meniduri ruang tersebut. Kelihatan sekumpulan remaja Russia galak bersembang berhampiran.

Selesai mengambil wudhu, Dauh n Ismail (Kursk) tiba ke tandas yang sama untuk mengambil wudhu. Memandangkan aku telah selesai terlebih dahulu, maka aku pun jalanlah dahulu.. Tatkala melintasi kumpulan remaja Russia tersebut, tiba-tiba salah seorang dari mereka datang menghampiri aku sambil mengucapkan sesuatu yang aku tidak fahami. Aku mengabaikan mereka, terus berjalan tanpa mempedulikan mamat russia yang muka macam beruk baru lahir tu.

Tanpa disangka-sangka, mamat tersebut memegang tangan aku, mencegah aku dari beredar. Aku dah tak sedap hati dah waktu tu. Aku berpatah balik ke tandas, menunggu Dauh dan Ismail selesai berwudhu, dengan harapan apabila beredar beramai-ramai, mamat russia tu tidak akan mengganggu kami.

Sangkaan ku meleset. Mamat tu siap ajak geng lagi mengerumuni kami. Mujur Dauh sempat melarikan diri. So tinggal aku dan Ismail sahaja – di hadapan 2 pemuda Russia bangsat.

Ni antara perbualan kami dengan mereka (telah ditranslate).

Mamat 1 : Kami polis. Sila tunjukkan dokumen anda. (Sambil menunjukkan pas polis yang aku ragui kesahihannya kerana warnanya yang luntur seolah-olah difotostat)

Maka aku pun menunjukkan passportku. Mamat 2 cuba mengambil passport aku, tapi aku dengan tegas mengatakan "Tolka pakazat, pazhalsta! Ne vasmite!" (Only to show, please! Don’t take it!) Aku tengok Ismail dah terlambat waktu itu – passportnya telahpun berada di tangan Mamat 1. Maka bermulalah episod baru dalam hidup kami..

Ismail : Dokumen saya semuanya sah. Passport saya asli. Visa saya valid. Migration Card saya valid. Sila bagi balik dokumen saya.
Mamat 1 : Tidak, tidak. Kami tak percaya. Kamu dari mana? Kenapa datang ke sini? Ada apa urusan di sini?
Aku : Kami dari Malaysia. Baru tiba di sini dari Nizhny. Datang ke sini bercuti, tinggal di Moscow Medical Academy.
Mamat 1 : Kami perlu periksa beg anda (sambil menunjuk ke arah beg pakaian Ismail). Mari ikut kami ke situ (menunjuk ke arah suatu lorong, agak gelap).
Aku : Tidak! Kamu boleh periksa di sini! Tak perlu ke sana!

Mamat 2 memegang kolar belakang baju aku, mengheret aku ke lorong tersebut. Dauh yang nampak keadaan tersebut dari jauh menelefon Zulhusni.

Bermula dari situlah, aku dan mamat-mamat Russia tersebut bertengkar2. Macam2 tuduhan dia lemparkan kepada kami. Kononnya kami bawa dadah, mahu memeriksa poket kami dan sebagainya. Tapi alhamdulillah, mereka masih belum berkasar. Ismail pula merayu-rayu meminta passportnya dipulangkan, tetapi tidak diendahkan sebaliknya dijamu dengan caci-maki yang kami sendiri tidak faham.

Hampir 10 minit kemudian, Zulhusni tiba di tempat tersebut. Sebagai senior kami, dia cuba menyelesaikan keadaan tersebut. Passport Ismail ditawar agar ditukarkan dengan passport husni. Setelah tawar menawar lagi, akhirnya passport husni ditukarkan dengan tiket keretapi husni. Sebagai seorang yang pertama kali terperangkap dalam keadaan sedemikian, aku hanya berdiam diri – membiarkan husni yang bercakap. tengah2 duk bertengkar, mamat 2 datang menghampiri aku meminta sebatang pen dan secebis kertas. Dia menulis sesuatu atas kertas tersebut.
"1000 Rublei"

Dia menunjukkan kertas tersebut di muka aku. Muka Ismail. Muka Zulhusni. "Panyatna?!" (Faham?!). Saat tu baru aku yakin – mereka ni bukan polis betul. Sekadar bajingan di tengah jalan menyamar sebagai polis. Namun Zulhusni berkeras enggan membayarnya. Aku juga tidak mahu, kerana dalam dompetku ada 5000rub yang baru withdraw pagi tersebut. Takut2 time nak bayar nanti, mereka ternampak duit tersebut. Husni bertengkar lagi. Tangan Husni telahpun bersedia di dalam poket. Aku tahu di dalam poket tersebut ada satu pepperspray. Mungkin husni akan menggunakannya.

Tapi tidak. Akhirnya husni berputus asa. Kami diajaknya untuk melarikan diri, sungguhpun ketika itu tiket keretapinya masih berada di tangan mamat2 hanjeng tu. Setelah isyarat diberikan, kami terus beredar pantas dari situ. Mamat2 tersebut menjerit2 memanggil kami, tetapi tidak cuba mengejar. Syukur alhamdulillah, tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut. Tapi pengalaman pertama encounter perkara sedemikian benar2 membuatkan aku trauma sekejap. Trauma dengan orang Russia. Trauma dengan Moscow.

[ EPILOGUE ]

First impression adalah sangat penting. Peristiwa yang berlaku hanya 30 minit setelah aku menjejakkan kaki ke bumi Moscow meninggalkan satu bad impression yang amat buruk. Untuk hari-hari berikutnya di moscow, aku tak berani untuk keluar. Moscow sucks~! Aku serik nak datang ke moscow selepas ni!

=============================
Ikuti kisah seterusnya pengembaraan aku dalam post2 berikutnya. Sementara itu, bolehlah lihat gambar-gambar sepanjang perjalanan aku di sana. Assalamualaikum.

5 thoughts on “Route To Moscow – Part I – Challenge~!

  1. Waaa….bapak x best camne…rusian mob!!!…kat nizhny x de ke pengalaman camtu???…hehehehe….patot la ramai kengkawan kate kat sane x slamat…hak3…tp g sane nak blaja..x kisah lorh…doa je slamat…hahaha

  2. dahsyatnya!
    rase cam susah nak caye..(sebab macam karya sebuah novel)
    anyway, tu kire pengalaman pa’it kan =(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s