14 Februari Menjadi Saksi

Ratusan tahun lampau…

14hb Februari menjelma. Dia tunduk sayu, memandang ke arah lantai penjara yang usang. Jubah paderi yang menyelubungi bagaikan satu ironi, sedangkan dia dilayan seperti seorang banduan ketika itu. Ya, dia sememangnya banduan – yang menantikan hukuman. Dia tidak menyangka, akhirnya dia tewas dengan nafsunya sendiri.

Igauan memori lama menerawang di fikirannya. Masih segar di ingatannya tatkala dia diangkat menjadi paderi dahulu. Tatkala dia berjanji di hadapan roh kudus untuk menjaga agamanya ini. Tatkala dia bersumpah akan sanggup menumpahkan darahnya demi Jesus Christ.

Dan tatkala itulah, gadis tersebut hadir dalam dirinya. Seolah-olah membawa satu cahaya baru dalam hidup. Silau, terlalu silau! Sehingga menenggelamkan bayangan Jesus Christ dalam dirinya. Dia hilang arah. Dia terlepas kawal. Dan akhirnya, dia hanyut dalam nafsunya. Dia dihanyuti arus cinta..

"Tuan St.Valentine!" Suara penjaga kamar penjara itu mengejutkannya dari khayalan.
"Masanya telah tiba. Sila ikut kami, tuan!"

Pengawal Emperor Claudius mengiringi St.Valentine ke kamar hukuman. Kerajaan Empayar Roman ketika itu mengharamkan paderi-paderi dan askar menjalinkan hubungan cinta dan berkeluarga. Bagi Emperor Claudius, paderi sepatutnya mengabdikan diri di gereja. Askar tentera pula seharusnya tidak mempunyai kelemahan.

Tapi St. Valentine tidak. Dia mempunyai kekasih. Cinta telah memerangkapnya di antara agama dan maharaja. Dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Cinta telah melemahkannya.

"Adapun kamu, St.Valentine, dengan ini didapati bersalah berkahwin dan mengahwinkan askar-askar, dan atas kesalahan-kesalahan tersebut, dengan nama Maharaja Claudius, kamu akan dijatuhi hukuman pukul sehingga mati dan penggal"

Sejurus selepas algojo tamat melafazkan ucapan hukuman, satu cota kayu pantas menghinggap tengkorak St. Valentine. Darah merah pekat mengalir di pipinya. Matanya kian pudar. Satu lagi pukulan hinggap di belikatnya. Dan satu lagi mengenai lehernya. Dan satu lagi mengenai perutnya. Dan satu lagi..dan lagi..

Apabila dia tersedar, dia sudahpun diikat di atas meja guillatine. Pisau guillatine tajam berkilat menyinar di atas lehernya, menanti untuk jatuh – memisahkan kepala dari badan – memisahkan roh dari jasad.

"Sebelum kamu dibunuh, ada apa-apa yang kamu ingin ucapkan, St. Valentine?"

"Aku mati demi cinta, dan cintaku menjadi sejarah. Kisahku akan menjadi legenda! Kamu mungkin boleh menghalang aku sekarang, tapi percayalah, satu dekad lagi, satu abad lagi, aku akan dikenang! Aku mati sebagai penganut kristian! Aku mati kerana aku menyanggah agamaku sendiri! Aku mati kerana Jesus Christ!"

Dan pisau guillatin jatuh panas memotong saraf tunjangnya. Kepala St. Valentine bergolek di hadapan algojo. Sepucuk surat yang digenggam erat terlepas dari pegangannya. Comot akibat titisan darah, jelas tertulis di surat tersebut, "From Your Valentine". 14 Februari menjadi saksi.

====================================================================

14 Februari, 2007.

    "Hye sayang~! I nak ajak u keluar boleh tak? Jom la kita kuar jalan-jalan" Samat membuat-buat suara manja. Telefon bimbitnya digenggam erat, seolah olah menjadi tali ikatan yang sah antara dirinya dan Timahnya yang ayu.

    "U nak keluar dgn i? Ish, taknak lah! I takboleh keluar la ..adik i ada perkhemahan kokurikulum hari ni, so takde orang nak jaga rumah.."

    "Ala, u ni. Potong daun la… I nak bersama dengan u.. Lagipun hari ni kan hari valentine..huhu.."

    "Ala…samat.. I memang ingat nak keluar dgn u hari ni, tapi parents i suruh jaga rumah la.. Diorang takde, diorang pegi kursus. I tak berani nak tinggalkan rumah ni…"

    "Takpe la…kalau camtu kita keluar sekejap saja cukup la. Tgk satu wayang ke…main boling satu game ke…jadi lah.. Please…i nak bersama dengan u. I jeles tengok member-member i semua kuar dengan girlfriend diorang..huhu.."

Timah mengerling ke arah jam di dinding rumah. "Baru pukul 9 malam.." getus hatinya. Dia berkira-kira sebentar – "Hmm..tgk wayang pukul 10..habis pukul 12. Pastu balik rumah. Boleh jugak ek. Hihi~!!"

    "Oklah kalau camtu Samat! U datang amik i kat rumah ok? I tunggu tau!"
    "Ha…camni la awek Samat.. Bertambah sayang Samat kat Timah. Pakai seksi-seksi tau! Honey, i come!"

    Setengah jam kemudian, Samat tiba dengan kapcai buruknya. Dimuatkan Timah di seat belakang. Dengan badannya yang gebu, badan Timah yang montel-montel, seat motor kapcai tu cukup-cukup je untuk mereka berdua. Timah memeluk Samat manja. Sekali sekala, dicumbuinya Samat, tak ubah seperti pasangan mempelai baru kahwin mengusik pasangannya. Samat apa lagi, air sudah penuh di kepala. Seribu satu perancangan di fikirannya. Segala macam pil memenuhi poketnya, dari ecstasy, pil ghairah, pil kuda, pil perangsang hinggakan pil viagra pun ada! "Aku mesti makan si Timah ni hari ni jugak!"

    Mereka menyelusuri Lebuhraya Persekutuan, di samping ribuan kenderaan yang dinaiki warga kota. Yang turut menuju ke bandar, turut ingin menyertai sambutan valentine, agaknya. Sambutan valentine sudah sebati dengan negara tersebut. Media menghebah2kanya, seolah2 dapat pahala dengan mempromosikan sambutan valentine. Tak kurang pula anak-anak muda yang telah diracun doktrin2 barat, yang semakin lama makin menghakis maruah bangsa. Valentine disambut lebih meriah dari Awal Muharram, Maulid Nabi dan 10 Zulhijjah. Sambutannya dihiasi dengan movie2 romantis di kaca televisyen, tak kurang juga pasangan belum berkahwin yang membuat movie sendiri.

    Timah dan Samat dibawa enjin kapcai buruk itu. Samat memecut laju. Nafsunya telah bergelora, lebih-lebih lagi melihatkan si Timah yang cukup seksi pada hari itu. Si Timah pula, ghairah mengenakan baju Tank-top. Hanya seutas tali menutup bahunya. Hanya secebis kain yang jarang menutup badannya. Pusatnya sengaja didedahkan, seolah-olah dia berbangga apabila orang melihat jijik pusatnya yang berdaki. Rambutnya dibiarkan mengerbang, sesekali sengaja dia menggayakan aksi pontianak sundal malam. Nampak seksi kononnya.

    "Abang Samat!!!" Timah menjerit. Terlambat. Treler di hadapan sudah gagal dielak. Kapcai buruk melambung seketika, di hadapan pusat membeli-belah tersebut.Tubuh Timah terhempas ke jalan raya. Tubuh Samat digilis sang kereta. Darah berjejeran memenuhi muka Timah. Matanya semakin kabur. Mulutnya berkumat-kamit mengucapkan sesuatu. Bukan kalimah syahadah yang Timah ungkapkan. Bukan ungkapan keinsafan yang Timah rintihkan. Bukan rintihan penyesalan yang Timah syahdukan. "Abang Samat…i love you…" Matanya tertutup perlahan.

14 Februari menjadi saksi.

3 thoughts on “14 Februari Menjadi Saksi

  1. Hmmmm…what else can we say…people kept drowning in their very own confiusing life…influenced from the invisible curse…which most of us still cant predict from where does it comes….perhaps da holy light from the most gracious the most mercifull could unmasked ‘them’….i wonder..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s