Sedih….dan kecewa~!!

Ya Allah..aku futhur! Engkau sahaja yang tahu akan kesedihan yang bersarang di lubuk hatiku ini.

"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih, kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman" [Ali-Imran:3]

There’s one person in my life.  Seseorang yang aku sangat banggakan. Bangga kerana dapat menjadi salah-seorang dari kawan-kawannya. Berbangga kerana aku memiliki seorang sahabat sedemikian. Ya, dialah sahabat aku, sepertimana yang aku ceritakan dalam bahagian II post sebelum ini. Sahabat yang aku sanggup mati demi mempertahankannya.

Kami mempunyai banyak persamaan. Dia sukakan Good Charlotte, aku juga mmg die-hard-fan Good Charlotte. Dia meminati Avril Lavigne, dan aku mempunyai koleksi semua album dari Avril. Dia cukup suka dengan kucing, sungguhpun aku lebih berminat dengan hamster. Dia beruang polar, dan aku beruang hitam besar..
Syukur alhamdulillah, kami berdua di atas jalan tarbiyyah, mudah-mudahan Allah melindungi kami..

Demi Allah, aku bersahabat dengannya kerana ukhwah, semata-mata ukhwah di jalanNya, Ukhwah Fisabilillah! Tiada terlintas di fikiranku untuk memperjodohkannya. Tiada terdetik di hati aku untuk memilikinya, kerana hati aku milik Allah yang satu! Tiada sanggup aku menduakan Allah semata-mata kerana seorang wanita yang kerdil di sisi Mu! Ya, aku akui aku memang menyayanginya. Sesungguhnya aku menyayanginya keranaMu, ya Allah!

Setidak-tidaknya, itu yang aku fikirkan. Tetapi dia tidak. Kehadiranku disalahertikan, agaknya. Atau aku yang salah dalam mengertikan kewujudan diriku dalam hidupnya. Mungkin itu yang bermain di fikirannya.

Demi Allah, keranaMu Allah, tiada sanggup ku menagih cinta insan yang sungguh tidak sempurna. Tidak sanggup ku menduakan Engkau, ya Allah. Hatiku sudah pudar kepada mana-mana insan yang cuba mendekati aku. Manusia hambaMu, takkan sama sekali menyaingi Engkau, ya Allah~! Cukuplah Engkau bagiku, kepada Engkau tempat ku mendamba kasih sayang, kepada Engkau tempat aku memohon!

Justeru tiada niat di hatiku untuk memiliki sesiapa, ya Allah! Tiada niat di hatiku untuk memiliki dia! Cukuplah dia sekadar temanku. Sekadar sahabatku yang paling berharga. Kenapa paling berharga? Kerana dia satu-satunya sahabat yang aku jalinkan ukhwah semata-mata kerana Engkau! Ku bersumpah dengan diriku ketika mula-mula menghulur salam ukhwah dahulu, bahawa persahabatan ini akan dibina semata-mata kerana Engkau, ya Allah! Tidak terlintas di fikiranku untuk memikirkan soal jodoh. Ku hanya inginkan dia sebagai sahabatku, hidup dan mati!

Dan sekarang, aku rasa bersalah. Bersalah kepada Allah kerana tidak mampu mempertahankan ukhwah yang terjalin. Ukhwah yang dibina Lillahi Ta’ala kini hampir putus. Atau boleh dikatakan gugur sepenuhnya. Futhur. Entah di mana silapnya. Semakin aku cuba perbaiki, semakin ia rebah. Semakin aku cuba mengubati, semakin ia mudarat. Tiada hipotesis lain dapat aku kemukakan..melainkan hanya mampu aku berserah dan redha kepadaMu..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Kini aku pasrah. Aku benar-benar… sedih. Sedih…bukan kerana aku tidak mampu memilikinya. Sedih bukan kerana dia tidak ditakdirkan untuk menjadi jodohku.
Tapi sedih kerana ukhwah yang terbina selama itu rebah di tengah jalan. Ukhwah Fillah – kini tidak lagi abadan abada’.

Dan aku kecewa. Futhur, secara literalnya kecundang. Ya, aku kecundang! Entah apa lagi yang harus aku lakukan untuk menegakkan kembali ukhwah ini. Entah apa lagi yang mampu aku usahakan. Entah doa apa lagi yang harus aku panjatkan ke hadrat Ilahi agar ukhwah ini kembali bertaut!

Teringat kata-kata yang sering aku ucapkan. Kata-kata yang menjadi pegangan hidup aku. "Kalau Allah tak menghendaki, usahalah sekuat mana pun. Nescaya yang pasti pun tidak akan menjadi kenyataan!"

"Dan sekiranya Allah menghendaki, larilah walau ke hujung dunia pun. Nescaya yang mimpi pun akan terjelma menjadi realiti!

Dan aku rasakan di antara aku dan dia hanya sekadar mimpi. Realiti yang terjelma menjadi mimpi. Sekelip mata Allah mampu merungkaikan ukhwah yang terbina, kerana Dia tidak menghendaki. Kenapa Dia tidak menghendaki? Jawapannya ada di atas, 2:216.

Ya Allah, andai dia baik untukku, ditakdirkan untukku, maka aku serahkan segalanya kepadaMu ya Allah untuk Engkau aturkan. Engkaulah sebaik-baik perancang, dan sebaik-baik pelaksana. Engkau Maha Mengetahui, betapa ukhwah yang terbina di jalanMu ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku, kerana sesungguhnya tiadalah yang lebih indah melainkan ia yang aku lakukan keranaMu..semata-mata keranaMu..

Ya Allah, ku pohon kepada Engkau, jauhkanlah aku dari panahan arjuna syaitan dan nafsu di sekeliling aku. Kentalkanlah imanku menghadapi cabaran insan bergelar perempuan. Aku ingin Engkau sahaja yang bertakhta di hatiku. Dan sekiranya ada di antara mereka yang menyinar pada pandanganMu, yang dirasakan selayaknya untuk aku, maka hadirkanlah dia di dalam hatiku. Namun, jangan Kau kurangkan kasihku terhadapMu. Sesungguhnya ku tidak mahu mati melainkan dalam hatiku ini hanya ada diriMu, penciptaku yang satu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s