Hatred vs Hurted

Aku cuba pertahankan ukhwah fillah ini dengan pelbagai cara sekalipun. Ukhwah ini sudah tiada harapan, agaknya. Apa lagi mampu aku lakukan?  Semakin aku mencuba, semakin aku tersiksa. Adakah ini ujian? Perlukah aku terus mencuba, lillahi taala? Atau perlukah aku mengundur diri, lillahi taala? Ya Allah… sesungguhnya aku perlukanMu..

    "Alasan yang kuat hanya pada Allah. Maka kalau dia menghendaki, nescaya kamu semua mendapat petunjuk." [6:149]

Aku bukanlah seorang penyair untuk menuturkan kata-kata puitis, tak pernah aku menempuh aliran sastera di sekolah menengah. Apa yg muncul di mindaku, berasal dari jiwaku, lancar di tanganku untuk ku luahkan. Mereka pelik apabila aku menuturkan kata-kata puitis, sedangkan aku bukannya pelajar aliran sastera. Tetapi mereka tidak pelik apabila Rasulullah yang buta huruf mampu menyampaikan firmanNya yang penuh dengan gaya bahasa agung dan sintaks yg hanya Dia yg mampu ungkapkan? Alangkah dangkalnya pemikiran mereka!

Sepertimana yang aku sedia maklum, ramai orang menyangka diri mereka memahami aku. Walhal tiadalah sedikitpun mereka faham akan perasaan aku. Apatah lagi meneka apa yang bermain di fikiranku. Dan hanya dengan sedikit pemahaman yang mereka ada itu, mereka cuba menghukum aku. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penghukum!

Justeru acapkali apabila aku menuturkan kata puitis, mereka menyangka aku seorang penyair. Apabila aku mengerutkan dahi, mereka menyangka aku pemarah. Apabila aku berprasangka baik, mereka menyangka aku penakut.

Tapi tak apalah…sesungguhnya Allah mengetahui, sedang mereka tidak!

Sukarnya mencari manusia yang betul2 memahami diri ini, ya Allah.. tiada siapa pun yang memahami diri aku. Yang cuba untuk memahami pun cuma beberapa orang. Lebih ramai yang suka menghukum aku tanpa membicarakan diri aku. Moga Allah menghukum mereka tanpa membicarakan diri mereka pula.

    "Maha Suci Tuhan kami, sungguh, janji Tuhan kami pasti dipenuhi!" [18:108]

One thought on “Hatred vs Hurted

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s