iN a ReLatiOnshIp~?

Just wanna wasting time writing sumthing here, though knowing that there are still another 3 pages of notes regarding the commisura fibres,  capsula interna and olfactory analyzer. Huhu.

Baru2 ni, ada orang tanye aku. Nape kat profile aku, aku set status "In a Relationship". Aku dah berpunya ke? Hoho..

Well, sorry to say, aku memang dah berpunya. Miahaha. Actually bukan aku sorang. Kita semua sudah berpunya sebenarnya.

Kenapa? Well, aku dilahirkan oleh ibu aku. So ibu aku ada hak ke atas aku. Ayah aku menjaga aku dari kecil. So ayah aku juga ada hak ke atas aku.
Bukankah aku kepunyaan mereka?

Aku mendapat ilmu dari guru-guru aku. Ilmu yang asalnya kepunyaan diorang. Bukankah diorang juga ada hak ke atas aku? Bukankah ilmu yg aku ada ni pada asalnya kepunyaan mereka? Maka sepatutnya diri aku sekarang ni juga kepunyaan mereka?

Rasulullah insan yang sangat mulia. Menempuh segala macam dugaan demi menyampaikan Islam. Islamlah yang membentuk diri aku sekarang ni. Islamlah yang mencorakkan hidup aku. Menjadi sebahagian dari umat Rasulullah, yang merupakan sebaik-baik umat, tidakkah Baginda mempunyai hak ke atas aku? Bukankah menjadi kewajipan aku untuk meneruskan keberlangsungan dakwahnya?

Dan setiap yg wujud adalah milikNya yang abadi. Sama ada yang hidup, mahupun yang mati. Sama ada yang nyata mahupun yang ghaib. Dia memiliki kuasa yang agung, yang memiliki segalanya. Sudah semestinya diriku yang kerdil ini menjadi milikNya!

So, am i in a relationship? Yes, of course!

Heheh…i know mesti ada orang tgh confius ni. Well, to be honest, cinta aku skrg ni hanyalah milikNya sahaja… cukuplah Dia bagiku.

Ada gak orang suruh aku mendekati sape2. "Apa salahnye..kid, prepare untuk masa depan?"
Sori guys, bukan aku taknak berkapel. But can’t u see it? Ramai di antara kita yang mengaku cintakan Allah, yang mengaku cintakan Rasul. Tapi mengapa tak semua perintahNya yang wajib kita laksanakan? Mengapa tak semua sunnah Rasul tidak kita cuba hidupkan?"

Aku bukan taknak menerima sesiapa dalam hidup aku. Tapi tolonglah, kalau tak mahu sedar diri pun, fahamla keadaan aku. Lantak korang la nak berkepit dengan awek2 korang kehulur kehilir menagih dosa. Ada gak member2 aku yang berselindung di bawah panji "Islam". "Kami kapel ni persediaan untuk masa depan, baitul islam!"
Baitul Islam korokmu!

The only accepted Baitul Islam in Allah is NIKAH. Yeah! Why not? Kepada member2 aku yg sedang berkapel dengan ‘bahagianya’ di luar sana, aku nak tanya korang. Kenapa korang tak nikah terus?

Maka akan timbullah jawapan2 penuh berfalsampah yg memberi seribu satu alasan. "Kalau kawin nak bagi makan ape kat bini?" "Nak kena balas jasa mak ayah dulu" "Tunggula tercapai cita2 dulu" "Nak abih study dulu"

Sori ek, no offense, ni pendapat aku. Kalau betul la itu alasan-alasan korang, kenapa korang kapel gak? Dah tahu takde duit nak bagi makan anak bini orang, kenapa kapel? Dah tahu tanggungjawab mak ayah tak terbalas lagi, kenapa gatal nak tambah lagi satu tanggungjawab?

            

Betul, cinta itu takleh dipaksa. Lumrah hidup, fitrah manusia! Aku pun pernah terperangkap dalam ilusi ni jugak, tapi syukur alhamdulillah Allah tunjukkan aku mana yang benar mana yang batil.

Aku nak cadangkan satu solusi la kat korang2 ni. Pernah tak korang cuba bercinta dengan Allah dan RasulNya?

Aku pernah cadangkan mende ni kat member2 aku. N diorang gelak-gelakkan aku. Standard ar kan, diorang kata "Nape nak bandingkan cinta tuhan dengan cinta manusia..of course la cinta tuhan lebih agung"
Pandai…tahu pun cinta tuhan lebih agung. Tapi kenapa cinta manusia juga yg korang puja-puja?

Aku dulu tak pernah terfikir pun untuk ‘bercinta dengan Allah’ ni. Of course la di luar jangkauan batasan minda manusia. Tapi kalau kita fikir2 balik, untuk apa kita bercinta. (cinta sejati, kalau cinta nafsu tu dah bertopengkan binatang namanya..).

Kita bercinta untuk memberi dan menerima. Bila kita betul2 cinta kan seorang, kita suka sangat memberi sesuatu kepada orang tu. Memberi pertolongan, hadiah, dan sebagainya.
Dan kita bercinta juga untuk menerima. Bila kita memberi-beri, maka kita harapkan untuk menerima sesuatu sebagai balasan.

Dan aku terfikir, semua ni boleh ke seorang perempuan berikan kat aku? Based on my experience, susah woo… Aku pernah jumpa macam2 jenis pompuan. Ada yang tak suka menerima apa2. Ada yang terlebih pemurah memberi macam2. Ada yang jenis tak reti menghargai. Ada yang demand lebih.

Apa kelebihan bercinta dengan Allah? First, pada pendapat aku, cinta kepada Allah lebih assurance. Aku tak perlu risau Allah akan tinggalkan aku. Aku tak perlu risau Allah akan kecewakan aku. So aku boleh terus mencintaiNya tanpa memikirkan apa yang akan terjadi? Tak perlu risau Dia dirampas orang lain. tak perlu bimbang Dia berubah hati.

Bercinta dengan Allah – dia sentiasa ada dekat di sisi aku. Bukan cam awek2 aku sebelum ni. Time aku tensen, time tu la nak nyusahkan aku. Tapi dengan Allah, time aku tensen, aku boleh meluahkan segalanya kepadaNya. Time aku dilanda kesusahan, dilanda kesedihan, maka Dia berfirman "Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih, kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman! (3:139). Time hati aku tengah berkecamuk, Dia berfirman lagi "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan tenteram (13:28)! Semua masalah aku aku boleh mengadu kat Dia. Semua problem aku, rintihan aku, aku hadapkan kat Dia. Dan aku tak perlu risau, kerana Dia Maha Mendengar!

So terpulanglah kepada rakan2 aku semua, korang dapat terima ke tak pendapat aku ni. Tapi bagi aku, aku bahagia di sisi Allah. Aku tak bimbang apa2, kerana aku tahu selagi aku setia denganNya, Dia akan sentiasa membantu aku. Aku percayakan kekuasaanNya, kerana Dialah tempat bergantung kita semua. Korang lak camne? Korang percaya ke ngan balak@gf korang? Sekarang bercinta bersumpah sehidup semati kononnye, forever n everafter la, ape la, padahal yang nak menentukan korang hidup ke tak pun Allah yang tentukan.

Sayang Allah kat korang, korang tak pernah nampak. Sayang BF @ GF kat korang, korang tagih-tagihkan. Allah tahu korang kadang2 tak pernah bersyukur kepadaNya, tapi ada Dia tarik balik nikmat yang Dia bagi kat korang? Tu pun ada hati nak curahkah kasih sayang kat orang lain…kasih sayang Allah pun tak pernah hargai.

Tak tahu la mesej aku sampai ke tak kat korang. But as for me, cukuplah Allah bagi aku. Aku tak perlukan sapa2 pun dalam hidup aku. Malah aku takut, kalau2 kehadiran wanita dalam hidup aku karang me’limit’kan cinta aku kepadaNya. KepadaNya aku memohon, agar dijauhkan aku dari fitnah paling besar bagi lelaki ini…

Kepada perempuan2 yang nk cuba mendekati aku, sila2, aku tak menolak kehadiran korang. hehe. Tapi ketahuilah, dalam hati ini ada satu sahaja, iaitu Allah. Kalau korang nak berkongsi tempat dalam hati aku, berdoalah kepada Allah banyak2, moga dibukakan sedikit ruang dalam hati aku ni..

N las mesej kepada kawan2 aku yang tengah syok bercinta:

Korang ucap kata2 cinta, sayang, i love u, etc etc ngan awek@balak korang tu, dah cukup ke korang ucapkan kata2 cinta kat Allah dan RasulNya?

Cuba korang nisbahkan, berapa kali ucapan sayang korang kepada Allah, kepada RasulNya, dan kepada mak bapak korang. Bandingkan dengan berapa kali ucapan sayang korang kepada awek@balak korang. Tak malu ke?
Lepas banding, kalau tak sedar diri gak tak tahu ar.

=============================================================================

Coretan kat atas ni mungkin nampak kurang bertamadun, tapi percayalah itu suara hati aku yang ikhlas. Aku kesiankan kawan-kawan aku yang pandangan mereka terhijab dengan realiti yang mereka sendiri tak sedar akan prioritinya.

Anyway, aku dengan ini memohon maaf kalau coretan tersebut terlalu offensive, terlalu kasar dan sebagainya. Coretan tersebut merupakan pendapat peribadi aku, maka terpulanglah kepada korang nak terima atau tak. Aku bersyukur kerana sempat sedar akan hakikat ni, dan aku harap rakan-rakan aku yang lain pun turut sedar sama, sebelum terlambat..

Sekian, wassalam.
(no comment please, these is absolutely subjective towards my mind)