La Taghdob!

Assalamualaikum~

[ Untuk post pasal Interview….sila tgk post seterusnya! ]

Huhu..lama tak post something. Saja nak bg chance untuk calon2 interview semua menimba ilmu =)

Marah? Saya tak suke la marah2 ni. Serius! I dont even remember when was the last time i’ve gotten angry at something and/or something. Bagi saya marah tu satu sikap yang tak produktif. Apa yang kita dapat dengan marah? Takde improvement langsung. Sedang nabi pun tak suka marah2. Marah itu dikaitkan dengan api, dan api itu dikaitkan dengan syaitan, tak gitu?

Telah datang seseorang kepada Nabi s.a.w. memohon kepada baginda agar berpesan sesuatu kepadanya. Baginda menjawab, "La Taghdob! (Jangan marah!). Sahabat itu meminta lagi agar baginda berpesan sesuatu kepadanya. Dan sekali lagi baginda mengulangi, "La Taghdob!", diulang sehingga beberapa kali. (HR Bukhari)

                

Jangan marah!

Tapi apa nak buat kalau kita tiba ke sesuatu keadaan di mana kita perlu marah? Keadaan apabila kesabaran sudah tak dapat dibendung?

Sebab itu Allah berfirman dalam Surah Al-Asr, tidak termasuk dalam kerugian bagi orang-orang yang "berpesan-pesan dengan kesabaran". Maksudnya di sini Allah suruh kita saling ingat memperingati antara satu sama lain agar terus bersabar. Sebab apa? Sebab kalau sabar itu sudah tidak dibendung, maka apabila seseorang itu hilang sabar dan dikuasai nafsu amarah, maka sudah tentu dunia ini dipenuhi persengketaan!

Ketika saya masih kanak2 dahulu, ibu saya selalu memarahi saya. (Saya kecik2 dulu nakal betul!) Sungguhpun begitu, saya dah pandai menafsir sifat marah ni sejak dari kecil lagi. Saya tak suka apabila dimarahi ibu saya apabila saya melakukan kesilapan. Pandangan saya ketika itu adalah "kita perlulah move forward walau apa pun kesilapan yg telah dilakukan, sebab benda dah berlaku, tak guna marah-marah. Bukan dapat apa pun marah-marah ni!" Haha. Naive betul saya waktu kanak2 dulu.

Tapi sekarang ni saya bersyukur sebab pernah dimarahi oleh ibu saya. Sebab kena marah itulah, saya tak berani mengulangi kesilapan yang sama. Saya dulu teramatlah delinquent. Hehe. Curi duit mak, letak paku tengah rumah, bukak cc kat umah tanpa kebenaran…miahaha! Tapi sekarang bila terkenangkan kembali memori lama, ianya menjadi satu pengajaran kepada saya.

So the point is, boleh ke tak kita marah-marah ni?

Kita tengok sket sejarah Nabi. Pernah tak nabi marah? Nabi Yunus pernah marah. Dia pernah marah kat umat dia yang tak dengar seruan, sampai dia futhur dan tinggalkan umatnya. Dan akhirnya dia diuji dengan bahaman Nun.

Seorang lelaki, Abu Mas’ud al-Anshari, pada
suatu hari mengadukan keberatannya kepada Rasulullah tentang imam
solat di lingkungannya memanjangkan solat (contohnya rukuk/sujud telalu lama, baca surah panjang2 lepas Fatihah). Mendengar pengaduan itu, Nabi marah, sampai lelaki itu
berkata: “Aku belum pernah melihat Nabi marah melebihi marahnya ketika
beliau memberi nasihat pada hari itu
kepada orang ramai dengan
sabdanya; Wahai umatku sekalian! Sesungguhnya ada di antara kalian yang
menyebabkan orang jauh dari agama. Maka siapa di antara kalian menjadi
imam (solat), hendaklah mempercepat solatnya kerana di belakangnya
terdapat orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang-orang yang
mempunyai keperluan lain.” (HR Bukhari dari Abu Mas’ud al-Anshari).

                        

Tengok, Nabi pun pernah marah! So, adakah sifat marah ni dibolehkan? Saya ada cuba mencari info sket2 kat internet, tapi kebanyakan artikel yang saya jumpa semuanya memberikan pandangan negatif tentang marah ni.

Saya? Saya pun kalau boleh nak marah. Selalu sangat ada orang cari pasal dengan saya. Antara prinsip saya "I dont mess up with anybody, and i would expect anybody wont mess up with me!"

Tapi, yelah manusia, takdenya yang camtu. Kadang2 saya duk diam2….tak kacau orang, ada je yang nak jolok2 nafsu amarah saya. Contohnya cam pagi ni. Hari ni hari minggu, saya berhasrat nak rehatkan badan di atas katil sepanjang pagi. Tuhan je yang tahu betapa penatnya saya sepanjang minggu ni! Maka sepatutnya saya mengqada rehat saya di hari minggu ni. Ni pun rehat kejap je, sebab petang sket dah nak kena start study untuk test-test minggu depan.

Tapi apa yang terjadi? Ada je manusia yang mengganggu privasi ni. Datang bersembang2 hal bisnes la, apa la. Dalam hati saya yang ketika itu terganggu tidur, memang membara! Siapa yang tak marah kalau diganggu tidurnya? Even kalau seseorang tidur pun, kita takleh baca Quran kuat2 sebelah dia, takut terganggu! Inikan pula sembang kosong yang benar2 menguji keimanan saya di pagi hari. Bukannya takleh nak sembang tempat lain.. Bukan sekali, hampir tiap2 minggu privasi saya terganggu. Huhu..

So, wajarkah saya marah dalam keadaan ini? Apabila hak dan privasi saya diganggu. Akhirnya saya memendam rasa juga. Bersabar…menelan rasa amarah tu.

Marah ini datang dari emosi. Dan saya tak suka diri saya ni dikuasai emosi, sebab apabila dikuasai emosi, kita meletakkan iman dan akal sebagai perkara kedua dan ketiga. Apabila diri tidak lagi dikuasai akal (untuk memikirkan perkara baik atau buruk) dan iman (yang menggariskan mana yg baik @ buruk), maka perkara yang haram pun boleh disalahanggap jadi halal!

                              

Huhu…kid…la taghdob…

[ MENANGANI MASALAH MARAH ]

Saya banyak mencari artikel-artikel mencegah marah, atau cara-cara menangani nafsu amarah. Satu persamaan dalam banyak2 artikel tersebut mencadangkan, agar kita berwuduk ketika marah. Benar, sekiranya marah itu dikaitkan dengan api maka hanya dengan air sahajalah mampu memadamnya. Tapi saya tak rasa ini satu solusi yang bagus. Sebab apa? Well, berkonfrontasi dengan sesuatu yang membuatkan kita marah. Pastu kita amik wudhu, hilang sekejap rasa amarah tu. Pastu kita jumpa lagi benda yang sama. Pastu kita berwudhu lagi. N so on and so forth. Persoalannya, sampai bila?

Selagi punca atau trigger kepada perasaan marah tu tak ditangani, selama itulah ianya akan tetap menghantui diri kita!

Saya masih teringat lagi di waktu MRSM, saya pernah juga hilang kawalan terhadap perasaan marah ni (dalam ertikata lain, dikuasai emosi). Akibatnya? Saya pernah menampar seorang rakan saya. Saya pernah menghentam pintu loker sampai pecah. Heheh.

Orang kata, manusia yang banyak memendam marah ni (contohnya saya), bila sekali amarah dia terlepas, maka buruk akibatnya! Seperti gunung berapi yang dah lama memendam tekanan lava! Betul ke? Ya, saya pernah menghadapinya.

Tolonglah…jangan la buat saya marah. Saya tak suka betul marah2 ni. Habis kuat pun saya benci je, tapi tak marah.

So kesimpulannya, dalam mengatasi masalah marah, kenalah mengatasi puncanya dahulu, kan? Hmm…bunuh je semua orang yang mendatangkan marah dalam hidup ni…(satu cara yang cukup efektif dalam mengatasi punca marah!). Betul tak? =p juz kidding.

Nak wat camne? Tu semua masalah orang lain, bukannya masalah diri. Apa yg kita boleh buat? Akhirnya, final solution, kita kembali juga kepada Al-Quran "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali yg berpesan2 dengan kesabaran…"

                                 

5 thoughts on “La Taghdob!

  1. Salam, aha.. baru tadi baca La Tahzan macam mana nak tangani marah~ huhu
    Bila marah pada orang, saya akan cepat2 beredar, memblahkan diri. Kena hold dari menatap muka org tu..huhu..
    Marah pada benda pula, sama juga, beredar… bila dah sejuk sikit baru tengok balik macam mana nak settlekan=P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s