HapPy aNniverSary~!!

Assalamualaikum..

[ PART 1 –  HOW TO SAY NO? ]

Baru2 ni aku perasan yang aku ni susah nak cakap tidak. Ye ke? Kenape ek?

       
Aku suka sgt tolong orang. Betul, tak tipu. Pada pendapat aku apa salahnya tolong orang, inshaAllah satu hari nanti Allah balas balik pertolongan kita di saat kita memerlukan. Aku pun suka ajar something kat orang. Sebab Rasulullah ada bersabda, sesungguhnya bagi setiap yang mati itu adalah terputus segala amalannya kecuali 3, dan salah satu antaranya adalah "Ilmu yang dimanfaatkan" (Sunan At-Tirmizi:1297). So memang aku tak kisah ajar2 orang ni, lgpun bukannya aku lose something..

            
Tapi habit ‘positif’ aku ni jadi masalah bila aku tak reti lak nak kata tidak kepada orang. Especially orang yang aku respek, orang yang bermakna dalam hidup aku, etc etc. Dah berapa kali dah jadi kat aku, bila seseorang yg aku respek dtg minta pertolongan aku, walaupun aku tak mampu, tapi aku setuju gak. Ntah apesalla gatal sangat mulut aku ni kata setuju. Heheh

      
Tu satu jenis kategori manusia. Ada sejenis kategori orang2 di sekeliling aku ni, yang aku tak suka tolong. 2 jenis sebenarnya. Pertama – orang yang aku tahu dia boleh buat benda tu sendiri. Contoh – ada orang tu minta aku tolong buatkan homework. Hello~ homework semua orang boleh (read=kena) buat sendiri! Lagi mau minta tolong aku~!! Orang camni yg buatkan aku jadi tertekan. Aku tak tahu camne nak menolak permintaan orang, last-last aku setuju gak walhal dalam hati aku duk tensen2. Huh~

            
Satu jenis lagi manusia yang aku tak suka tolong – orang yang tak reti menghargai. Aku dah banyak jumpa org jenis ni…dah muak dah. Huhu. Kekadang tu sampai merayu2 minta tolong itu ini, last2 bila aku dah tolong, dia lesap! Well, maybe certain2 org ada cara dia sendiri nak show gratitude tu, tapi takkanlah just smile pun takleh. The least tu!! Ada orang minta aku tolong fotostatkan somethin, dan bila aku bagi balik, boleh lah komplen itu ini. Oi, kalau nak fotostat hensem2, fotostat sendiri la. Ingat aku mesin fotostat ke??

               
Satu lagi keadaan aku adalah apabila orang ingat aku ni pembantu yang setia. Tanpa memikirkan keadaaan aku, tetiba je mintak pertolongan aku. Pastu aku tak kata apa2 pun, tetiba je ingat aku dah setuju. Dan itulah kot yang jadi minggu lepas.

            


[ PART 2 –  I HAVE MY PRIDE]
                     
Aku dilahirkan pada 11 Ogos 1988. Menandakan aku ni seorang di bawah zodiak Leo. Aku cukup tekankan sangat personaliti Leo dalam diri aku ni. Sebab tu nickname internet aku Leokid, ada sesetengah tempat aku guna Leonix. Sebab ape? Kriteria Leo ni mmg jelas dalam diri aku!
                        
Aku taknak percaya ramalan-ramalan horoskop tu, tapi aku percayakan analisis horoskop. Analisis lain dari ramalan ye.. Ramalan dibuat berdasarkan sangkaan semata2, manakala analisis dibuat berdasarkan data dan statistik. Ala, kalau korang blajar medik korang tahu ar, istilah mediknya disebut biorhythm. Tapi aku tak tahu la pulak sama ada berkaitan dengan tarikh kelahiran (zodiak) atau tak. (aku ponteng time lecture bab biorhythm ni…ngeh ngeh)
                  
Back to the point, ntah apa la aku melalut ni. Ok, so aku ni seorang Leo. Seperti seekor singa, aku ada territory aku sendiri. Aku ada hak aku sendiri. Dan seperti singa juga, aku cukup pantang kalau orang ceroboh territory aku, atau salah guna hak aku. Atau permainkan dignity@maruah aku.
                           
Contoh yang paling mudah – barang2 aku. Aku tak kisah kalau ada orang nak pinjam barang aku, tapi please la, minta kebenaran dulu!!! Aku boleh bagi, as long as minta kebenaran! Bila seseorang main amik pinjam je dengan selamba badak sumbu tak bagitau aku, aku rasa seolah-olah aku hilang hak ke atas barang tu. Iyelah, aku tuan empunya, aku yang beli, tetiba je ada orang selamba busuk amik barang aku. Barang aku! Of course la aku bengang. Cam singa kan aku?
                   
Sama juga orang yang pergunakan dignity aku. Datuk Paduka Sharifah Mazlina pernah citer kat aku, maruah manusia terletak di muka. Aku setuju dengan dia. Dan aku tambah jugak, maruah manusia turut terletak pada nama. Sebab apa?
                            
Well, kalau seseorang tu buat salah, apa yang first skali orang tengok : muka! Sebab tu kalau kita malu, rasa tebal je muka. Sebab tu pepatah melayu ada mengatakan, "bagai menconteng arang ke muka sendiri". Sebab tu perogol bersiri tutup muka lepas kuar dari mahkamah.
                      
Dan juga nama. Bila seseorang mati, orang biasanya tak kenang berdasarkan muka, tapi nama. Ada orang ukir gambar muka kat batu nisan? Orang biasanya tulis nama. Kita belajar macam2 subjek, n kita kenal ramai tokoh2. Tapi kita ingat apa dulu? Of course nama dia.
                   
Dan aku cukup tak suka orang gunakan nama aku sesuka hati. Sebab bagi aku, nama aku tu maruah aku. Dan itulah juga yang terjadi minggu lepas. Skrg ni aku nk singkap sket ape case dia..heheh.. (rujuk post sebelum ni).
                   
Aku dah bagitau awal2 aritu masa diorang tanya. "Kak, saya taknaklah jadi board member. Bz ar..dah ar 2nd year time tu."
Dan Allah sajelah yg tahu perasaan aku bila mendapati aku antara calon2 yang bertanding dalam election tu. Selamba beruk je diorang letak nama aku, pastu tampal merata2 tempat. Ape diorng ingat nama aku tu ape, senang2 hati je nak tempek merata2. Nama aku = Maruah aku! Sebab tu aku tak suka sebarkan nama betul aku (orang panggil aku kid je..). Sebab tu Rasulullah melarang kita berdusta menggunakan namanya!
                           
So aku memang cukup bersabar sepanjang minggu tu. Tu pasal aku post lam buletin n dalam blog ni disclaimer. Bahawasanya aku tak pernah bersetuju pun nak jadi calon!! Demi Allah, aku tak nak!
                           
Dan salah sorang dari diorg tetiba je reply kat aku – "Saudara dah yakin ke saudara akan menang, sampai post lam buletin?" Astaghfirullah…memang aku bersabar betul la.. Dah la guna nama aku tanpa kebenaran, langsung tak mintak maaf, lagi mau jolok api kemarahan aku. Still, aku reply lek lok kat dia.
                        
It’s not about winning or losing. It’s about my name. Korang tampal nama aku sesuka hati tu, korang dah bagitau kat aku ke? Korang jaja nama aku cam cendol basi tepi jalan tu korang ingat aku tak kisah ke? Apa kata aku lak jaja nama korang tepi2 longkang? (Aku marah nih!!)
                              
Dan bila aku nk jelaskan perkara yg sebenarnya kat public, diorang kata aku perasan nak menang pulak dah… Korang tampal tu kat public, orang dah ingat aku nak bertanding, padahal aku taknak. Tak ke fitnah namanya tu? Makan la daging aku puas2 nanti.
                   
(Huh! Astaghfirullah..)
                  
[ PART 3 – HAPPY 2ND ANNIVERSARY! ]
                     
Hoho..tak sangka, 20hb April yang lepas merupakan hari ulangtahun kedua blog aku ni! Tak sangka ek, cepat betul masa berlalu. Teringat lagi dulu time aku memula blogging, 2 tahun lepas masa aku kat mrsm. Heheh. Curi2 guna komputer department sebab nak tulis blog. Dan bila aku baca kembali entri2 lama aku, terkenangkan zaman muda2 dahulu, aku sedar betapa aku dah berbeza dari apa yang aku impikan. Betul la kata orang, kita hanya mampu merancang, Allah saja yang akan menentukan. Entah apa la yang akan terjadi kat diri aku 2 tahun lagi ek? Wallahua’lam bissawwab..
             
Apa-apa pun, aku suka blogging, Aku pernah kena marah sebab blogging. Aku pernah kena ejek sebab blog ni. Aku pernah kena kutuk itu ini. Bagi aku semua itu biasa, aku rasa seolah-olah blog ini hidup bersama-sama aku, menyulusuri setiap liku dan cabaran yang mendatang, menjadi rekod dan saksi atas setiap kejadian bermakna dalam hidup aku. Aku harap aku akan terus blogging sampai la aku lebih tua nanti agar generasi2 aku akan datang dapat menatap susur galur hidup aku, sekaligus menjadikannya panduan dan pengajaran dalam hidup mereka pula, inshaAllah..
                        
Blog ini adalah diri aku. Membaca blog ini adalah bagaikan mendengar aku berceloteh di ruang Internet. Aku tak memaksa korang dengar aku berceloteh. Kalau korang taknak dengar, korang boleh berhenti. Suara aku adalah untuk semua. Terpulang pada korang nak judge, sebagaimana korang judge diri aku, sedangkan sebaik2 penghukum itu adalah Allah. Suka hati aku nak cerita apa, sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat selain apa yang mereka kerjakan.
                        
And here i am, telling my stories to the world!!

                

My heart has returned to walk on the path
Full of joy and longing, flying to God
And its only hope is gaining Your pleasure
On the day of meeting You
You are the Omnipotent
       
Alone, in the darkness of my night
In the loneliness of my path
My worries weigh me down
My sins pain me
         
Alone, I supplicate to You and I hope
From my sins I repent
I have no one but You
I am at Your door..

My First Post, April 20, 2005. –> Leokid’s Life – First Post~!!!

4 thoughts on “HapPy aNniverSary~!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s