Hipokrasi dan Masyarakat Sekeliling

Assalamualaikum. =)

Manusia diberi mata untuk melihat. Dan dengan nikmat Allah yang sedikit ni, manusia mengetahui apa yang dilihatnya. Dan dengan pengetahuan yang lebih sedikit ini pula, kebanyakan dari kita membuat konklusi dan judgement sendiri – based on input yang maha kecil.

Semua orang sama je – mengetahui apa yang dilihat. Kecuali para Nabi, yang mana mereka dikurniakan Allah untuk mengetahui perkara-perkara ghaib, itu pun dengan kebenaran Allah.

    (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. [Al-Jin, 26-27]

                        

Hatta orang yang alim pun tidak diberikan pengetahuan tentang apa yang tidak diketahui, melainkan dengan izin Allah. Tapi sayangnya, kita suka sangat membuat keputusan (jump into conclusion), walaupun kita sedar, ada banyak lagi faktor yang di luar pengetahuan kita hamba yang hina !

Sebab itulah saya kata – Orang yang baik di hadapan khalayak, tak semestinya baik di hadapan Allah. Dan saya kena deal ngan orang camni tiap-tiap hari.

Saya nak tanya la kan, orang yang solat hanya sekali sehari tapi berjemaah dengan orang yang solat 5 kali sehari tetapi tidak berjemaah, agak2 yg mana lebih tinggi darjatnya pada pandangan Allah?

Tetapi pada pandangan orang sekeliling, manusia yang hanya hadir solat berjemaah sehari sekali itulah yang lebih dipandang tinggi berbanding dengan orang yang tak hadir tapi sempurna solatnya. Kerana apa? Kerana itulah yang masyarakat lihat. Sebab itu saya kata, apa yang kita lihat itu tak semestinya kebenaran!

Tapi nak wat camne? Melainkan Allah yg perlihatkan kebenarannya, masyarakat akan terus percayakan ilusi tersebut. Akibatnya, orang yang hipokrit inilah yang jadi sanjungan!

One thought on “Hipokrasi dan Masyarakat Sekeliling

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s