Hukum Muzik di sisi Islam

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan (lahwun) dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). [29:64]

                  
                   

Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat: Syaikh Mahmud Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33.

                

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.

‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.
‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
‘Ikhwan’ merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

So kalau kita lihat pada zaman kita sekarang ini,

Faktor ‘Zaman’ (Masa) : Bagaimana muzik dimainkan? Di setiap masa ada orang mendengar muzik. Sehingga waktu solat disanggahi dengan konsert-konsert dan rancangan-rancangan hiburan. Adakah ini dibolehkan?

Faktor ‘Makan’ (Situasi) : Dalam situasi apakah yg menuntut muzik dimainkan? Hampir di semua situasi, di semua keadaan. Hatta di kedai makan pun diperdengarkan muzik. Konti-konti radio beroperasi 24-jam non stop memperdengarkan muzik.
               
Faktor ‘Ikhwan’ (Aktiviti) :
Muzik-muzik dimainkan di disko2, di konsert2. Malah dipertandingkan di ‘akademi-akademi’. Wujudnya pergaulan bebas di dalam konsert, malah artis-artis terlalu dipuja-puja melebihi para Rasul dan Nabi sendiri.

Ada ramai yg berkata, mendengar muzik untuk menenangkan hati. Saya menjawab,
"…ketahuilah, dengan mengingati Allah maka tenang tenteramlah hati manusia" [13:28]

                              

So kembali kepada persoalan individu. Bolehkah kita mendengar muzik? Maka jawapan saya, boleh selagi mana kita aplikasikan ketiga-tiga faktor di atas kepada diri kita.

Pertama, faktor masa. Adakah dengan mendengar muzik itu melalaikan kita dari kewajipan yg perlu ditunaikan? Kerna sekiranya ya, maka secara automatik jatuh hukum haram ke atas mendengar muzik itu.

Faktor kedua pula, faktor situasi: Adakah situasi kita membenarkan kita mendengar muzik? Contohnya ketika di dalam masjid, ketika azan sedang berkumandang dan sebagainya.

Faktor ketiga pula, adalah aktiviti kita berdasarkan muzik tersebut. Adakah kita sambil mendengar muzik tersebut terjerit terlalak terkinja-kinja seperti kafir mabuk? Adakah ketika mendengar muzik sambil menari2, berduet dengan spesis berlainan jantina dan lain-lain yang sudah zahir menunjukkan ke arah kemungkaran?

Justeru, nak mendengar muzik boleh, sekiranya ketiga-tiga faktor tersebut bersesuaian. Ingat, ketiga-tiganya harus dijaga, barulah hukum mendengar muzik tersebut secara mutlak terpelihara. Kalau salah satunya tidak kena (contoh: masa tidak kena), maka tidaklah jatuh hukum harus ke atas perbuatan tersebut.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?         

Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.

Sekian, wallahua’lam.

15 thoughts on “Hukum Muzik di sisi Islam

  1. Assalamualaikum….
    sy suhaila, sy bersetuju pd sesetengah keterangan dan research saudara.

    wahai saudara yag disayangi Allah lagi dikasihi Nabi…

    disini sy ingin menyatakan pendpt sy…
    apabila sy membuka n membaca lmn ini seolah-olah saudara membenarkan umat islam mendengar muzik yang juga diharaman oleh islam. hal ini kerana sekiranya alat-alat muzik yg dimainkan adlh haram maka ia tdk boleh menjd halal walaupun pendengrnya tidak trpengaruh dgn muzik trsbt.akan ttp sy bersetuju dgn pndpt saudara yg menyatakn bhw sekiranya muzik tersebt dihallkan dlm islam ttp manusia terpngaruh dgnnya dan terdorong untk melakukan maksiat n dosa mk ia adalh haram. walaubgimanapn sy kurang bersetuju kalau diktkan haram terus krn dlm hukum islam trdapat banyak khilaf tentang hukum trsbt.

    sekiranya saudara tdk brpuas hati dgn cadagn sy bolh hbgi sy d 0173829705. sekian terima kasih….
    salam.

    Syukran, ukhti. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kepada saudari ilmu dan keupayaan untuk mentarjih semua pendapat yang ada, sekaligus menemukan saudari dengan kesimpulan saudari tersebut. Saya juga setuju menyatakan hukum haram mendengar muzik dalam keadaan tertentu, yang membawa kesan tertentu. Perbincangan mengenai soal muzik ini sudah terlalu lama, sudah banyak diperdebatkan pun. Pilihlah mana-mana pendapat yang saudari setujui, ittiba’lah, bukan setakat bertaklid semata-mata.

    Saya bukan ahli agama untuk membahaskan perihal ini. Bukan juga saya seorang yang tidak beragama untuk tidak peduli perihal isu ini. Rujuklah mana2 link di bawah untuk maklumat lanjut:

    * “Are Singing and Music Haram?” from The Modern Religion
    * “Islam’s Stance on Music” from Islam Online
    * “What Does Islam Say on Music?” from Islam Online
    * “Music in Muslim Civilisation” from Muslim Heritage
    * “Is music prohibited in Islam?” from Islamic Research Foundation International
    * “Regarding an Opinion on the Prohibition of Music” from Understanding Islam
    * “A Question of Faith or Dawah” by Yusuf Islam

    Pendirian saya dalam hal ini telahpun saya jelaskan melalui post tersebut. Apapun, pendirian saya bukanlah satu fatwa untuk diikuti oleh sesiapa sahaja. Ittiba’ saya berdasarkan rujukan pendapat yang saya nyatakan dalam post tersebut. Saya syorkan saudari dan rakan-rakan semua untuk meneliti dari lebih banyak perspektif, melihat dari pelbagai pendapat.

    Imam Yusuf al-Qardhawi memetik kata-kata as-Syahid Imam Hassan al-Bana(bapa mertua Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-bouthi). Katanya : “Bagi setiap muslim yang belum mampu untuk menganalisis dalil-dalil hukum syariat Islam, maka hendaklah dia mengikut(ittiba’) salah seorang imam dari imam-imam kaum muslimin. Alangkah baiknya jika ia berusaha untuk mengetahui dalil-dalil tersebut sesuai mengikut kadar kemampuannya dan menerima setiap hukum yang disertakan dengan dalil. Manakala, jika mereka yang berilmu hendaklah memenuhi kekurangannya dalam hal ilmu agama. Sehingga membolehkan dia ke tahap kelayakan untuk menganalisis sesuatu hukum” – Kaifa nata’mal ma’a thurath wa tamazhab wal ikhtilaf-Yusuf al-Qardhawi

  2. assalamualaikum…
    sye skadar ingin bertanya…

    setahu sye…dlm islam perkara apa pun..kalau dibuat berlebih-lebih mmg xbleh(sye xpasti tntang hukum haram). misalnya senyum itu sedekah tapi kalu asyik tersenyum jer..xkira mahram atau tidak..itu memang xblehkan… bahkan kita disuruh menundukkan pandangan..
    macam itulah jga muzik..kalu sekadar dgr muzik utk halwa telinga xape..asalkan janganla kerana muzik, solat diabaikan…kerja bertangguh..

    bahkan saye pernah terbaca belajar muzik baik untuk mencerdaskan otak.. terutama bagi mereka yang belajar matematik… jadi salah ke balajar muzik??? misalnya terlibat dgn kokurikulum brassband..??

    err…harap ada yg sudi jawabkan..

    islam tu kan wasatiah (bersederhana..)

    itulah point saya dalam penulisan di atas, berkenaan muzik, sejajar dengan apa yg dinukilkan Imam Ghazali. Muzik itu tidak haram pada asasnya, tetapi boleh menjadi haram disebabkan faktor-faktor bersangkutan. Yelah, buat apa pun boleh haram kalau bersangkutan dengan perkara yang menjadikannya haram. Makan nasik tu harus tetapi kalau berlebihan, jadi haram, sbb memudaratkan! makan nasik sampai tak ingat solat (ada ke? -_-“) pun tak boleh gak! hehe.

  3. Assalamualaikum… sekadar berkongsi ilmu..
    1. Alat-alat bunyian atau muzik sama ada mengguna atau mendengarnya, terdapat khilaf di kalangan ulamak;
    Jumhur (majoriti) ulamak silam –termasuklah ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie- mengharamkannya dikecualikan duff (kompang).
    2. Mereka berdalil antaranya dengan hadis Nabi s.a.w. yang menegaskan; “Akan ada di kalangan umatku orang-orang yang akan menghalalkan penzinaan, sutera dan alat-alat bunyian (muzik)”. Dalam riwayat yang lain (baginda bersabda); “Sebahagian manusia dari umatku mereka meminum arak dengan memberinya nama yang lain (yakni menukar namanya), kepala-kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita….” (Riwayat Imam Bukhari dan Ibnu Majah dari Abu Malik al-Asy’ari).

    Hadis di atas menyentuh alat-alat muzik secara umumnya. Adapun secara khusus dengan menyebut alat-alat muzik, Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. yang telah menceritakan bahawa “Rasulullah s.a.w. telah mengharamkan arak, judi, gendang, biola dan setiap yang mengkhayalkan adalah haram”. Dalam satu lafaz yang lain, Rasulullah bersabda; “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas umatku arak, judi, tuak gandum, gendang dan biola”. (Riwayat Imam Ahmad)[/i]Menurut mazhab Syafi’ie; “Diharamkan mengguna dan mendengar alat-alat bunyian seperti biola, gambus, shonji (iaitu dua piring tembaga yang dilagakan keduanya untuk menghasilkan bunyi), gendang, serunai, dan sebagainya.

    3. Setiap alat muzik yang bertali adalah haram tanpa khilaf. Diharuskan duff bagi majlis kenduri kahwin, berkhatan atau sebagainya. Nyanyian jika tanpa alat bunyian, hukumnya makruh dan jika disertai alat-alat bunyian, hukumnya adalah haram”. (Lihat Mughni al-Muhtaj, Kitab asy-Syahadat).

    Selain itu dalil-dalil di atas, mengguna dan mendengar alat-alat bunyian (muzik) juga telah menjadi adat atau kebiasaan orang-orang fasik (yakni suka melakukan maksiat dan tidak menjaga agama)…jadi kalau terdengar muzik tu tidaklah sampai jatuh hukum haram seperti terlihat perempuan tidak sama hukum melihat perempuan… apapun mengambil sikap ihtiat (berhati-2) itu lebih baik dan di dlm matan al-arba’in ada menyebut عن أبي محمد الحسن بن على بن ابي طالب سبط رسول الله صلى الله عليه وسلم
    وريحانته رضي الله عـنهـما ، قـال : حـفـظـت مـن رســول الله صلى الله عـليـه وسلم : ( دع ما يـريـبـك إلى ما لا يـريـبـك ).
    رواه الترمذي [ رقم : 2520 ] ، والنسائي [ رقم : 5711 ] ، وقال الترمذي :
    حديث حسن صحيح.
    عن أبي عبد الله النعـمان بن بشير رضي الله عـنهما ، قـال : سمعـت رسـول الله
    صلي الله عـليه وسلم يقول: ( إن الحلال بين ، وإن الحـرام بين ، وبينهما
    أمـور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ
    لديـنه وعـرضه ، ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام ، كـالراعي يـرعى حول
    الحمى يوشك أن يرتع فيه،ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، ألا
    وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت صلح الجسد كله ، وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه ، ألا وهي الـقـلب) رواه البخاري
    [ رقم : 52 ] ومسلم [ رقم : 1599 ]
    kesimpulannya, sekiranya kita ragu terhadap sesuatu hukum maka ambillah jalan berhati-hati dan jauhi syubhat kerana ia boleh menyelamatkan agama.. wassalam

  4. sye masuk kokurikulum kesatria brassband… nak kena tinggalkan koko 2 jga kew?? koko wajib kat u nie..kalu x, xdpt grad nnti…

    byk lagi koko len…tapi huhu…mase time dftar dulu..sye tringin nak blaja muzik..

  5. Ada pndpt yg sya stuju yg prnh sya trbca,muzik boleh mngurangkn pahala..hmm..klu cmtu tk mustahil smkin bnyk bunyinya(drum,guitar,piano,tmbh g ngan pnyanyi etc.)hmm smkin kuranglh agakny..

  6. Kalu dalil dah jelas,usahlah berdalih..Hdp ini bkan utk berhbr,ttpi hdp akn terhbr jka kta yakin dgn ayat2 Allah.Igtlah hdp ini utk bt bkaln ke akhrt.Jgn kta jdkan dri kta org yg pertma mghpuskan hukum Allah.Kalu dah halal,ttplah halal.Kalu haram ttplah haram.Jgn ikut sgt nafsu.Nafsu bkn sgla2nya,ttpi khndak Allahlah sgla2nya.Agama islam itu sempurna sekian lama lg.Islam yg memerintah,bkn islam yg dperintah.Kalu ada ape2 maslah,rjuklah pd tok2 guru pondok.Yg blh bca ktab sndri rjuklah ktb yg dkrg oleh ulama’ mutaqodimin kalu nk selamat,sbb mereka lbh alim dan dekat dgn zaman nabi.Kalu kta bkn ahli agama yg btl2,jgn kta cbar ssorg!.Islam tk galakkan pergaduhan.Krna cbar mcbr ini haram.Hukum muzik ttp hram jkalu mggnkan alat2 yg haram sklpun mybt kalimah yg mulia.Kta tgk nasyd zaman skrg,sjauh manakah keberkesanan dakwhnya?Tk smpai target pun.Org yg mdgr pun bkn ape,sbb syok je.Sbb tu diorg dgr.Kalu xbest gerenti xdgr.Alat muzik pun gna tk thu ape.Byk lg cra dakwah blh gna.Tk pyahlah dgr nasyd,aptah lg nyayian lain.Dgrlah quran n ceramah2 agama yg blh mnmbhkan takut n gerun kta terhadp Allah n azabnya.Wallahua’lam..

  7. aku penegen nimbrung tapi belum cukup ilmuku
    hanya aku salut pada kalian semua memasukkan musik lewat sisi hukum islam, mang dalam nas al-qur’an ndak ada juda di dalam hadist belum kita temui
    tapi jika kita sering ngaji kitabn ihy’ulumiddin ( al-ghazali : guru KH abdul ghafur ; pengasuh pondok pesantren SUNAN DRAJAT banjarnyar pacviran lamongan ) semua di balikkan kepada hakikat jika musik itu di gunakan dengan baik2 maka hukum nhya boleh2 aja tapi jika musik itu di gunakan untuk hal keburukan ya hukum nya jadfi tak wajar, saya bukan bicara haran tau halal tau boleh dan tak boleh
    . tapi semua kembali pada persdon masing2
    toh benar tau salah tolak mukurnay di TUHAN tapi yang pantes nya yang mana

  8. jgn terlalu taksub berbahas pasal isu khilaf…pastikan anda penuhi yg wajib dahulu…apa yg sy tau…tidak ada hadith yg jelas…dan menurut pandangan ulamak yg ternama mereka mengharamkan muzik..termasuklah perawi iaitu ibnu abbas pentafsir alquran…dan dalam kebanyakan kitab mengharamkan muzik….wallahualam.

  9. saya tidak berani utk meletakkan hukum sbb ilmu saya tntg bende ni x byk…tapi setelah mmbace beberape artikel, saya membuat penilaian sndiri.Sedang saya membaca beberapa artikel berkaitan dgn isu ini, saya teringat bahawa pada satu ketika dahulu, Nik Aziz pernah menjemput mawi dtg ke Kelantan utk persembahan consert dsana…ini meyakinkan saya bhw muzik itu adalah tidak haram selagi kite mgikut beberape garisan n panduan yg dnyatakan oleh beberape Ulama Islam.
    Pada pandangn saya, nasyid juga boleh dgunakan utk berdakwah..mmg benar, ade banyak cara lain utk berdakwah, tetapi di dalam keadaan skrg dmane sesetengah org2 x suke mdengar pada ceramah2 kebaikan, ayat2 quran, nasyid atau pon lakonan boleh mjadi satu cara menarik org. kanak2 boleh dajar mengingat nama2 Allah, atau pon name2 nabi mlalui nasyeed..ini kan satu pendekatan yg bagus….bukan nye niat saya menhalal kan ape yg haram (walaupon saya tidak merasakan ia nya adalah haram), tetapi, isu muzik ini mmpunyai pendapat yg mane, kebolehannya itu dsokongi beberape ulama Islam…

  10. bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum

    isu yang menarik untuk diketengahkan, sbb muzik dah jadi fenomena yang sangat biasa di mana-mana. saya ada suggestion, selain syaikh syaltut, al-ghazali & qaradhawi, apa kata nilai juga fatwa ulama’ terdahulu spt imam malik, ibnul jauzi & ibnu qayyim serta athar sahabat spt ibnu abbas & ibnu mas’ud. bukan utk berijtihad sendiri, tetapi utk bersikap adil dgn ilmu. dan di sini ada video yang membincangkan isu ini –> http://www.youtube.com/watch?v=dpPGdyjkc_E

    moga bermanfaat. wallahu a’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s