Aku dan ibuku..

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved

Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved

All the nights
And all the times
That you cared for me

But I never realized it
And now it’s too late
Forgive me

Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi

Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika

Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini

Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini…

Dsc00108

             
   
             

Saya tak berapa biasa bercakap mengenai ibu saya. 5 tahun yg penting dalam peringkat keremajaan saya dihabiskan di MRSM PDRM, sekaligus meninggalkan satu kesan yg agak mendalam pada diri saya.

10 tahun yang lepas, adik perempuan saya dilahirkan. Adik beradik saya semuanya lelaki ketika itu, maka kehadiran adik perempuan memanglah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh ibu bapa saya. Sebagai anak bongsu ketika itu, saya menempuh satu konflik yang amat ketara dalam pembentukan diri saya.

Ah, terkenangkan waktu dulu, segan pula saya nak cerita. =)
Biasalah kan, adik bongsu ketika itu, menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga. Pada peringkat awalnya, memang saya cukup gembira! Malah saya turut diberi peluang dalam proses penamaan adik saya itu – dengan menambahkan prefiks "Siti Nur". Hehe.

Tapi keseronokannya hanyalah sekejap. Tak lama lepas tu, naluri keanak-anakan saya tercabar, lebih-lebih lagi apabila merasakan ibubapa saya lebih menumpukan perhatian kat adik baru saya. Anak perempuan tunggal, bungsu lak tu – saya tak tahulah sama ada normal atau tidak tetapi saya berpendapat adik saya itu bagaikan terlalu dimanja – perhatian yang selama ini diberikan kepada saya.

Era awal pemberontakan zaman kanak-kanak saya amat pahit. Saya lakukan macam2 untuk dapatkan kembali perhatian dari ibubapa saya. Sama ada secara baik, atau ‘nakal’. Saya study betul2, hinggakan sepanjang pengajian sekolah rendah saya, saya tak pernah dapat tempat lain selain pertama dalam peperiksaan akhir! (Kecuali final semester darjah 2 – tempat ketiga). Saya begitu desperate nak dapatkan kembali perhatian dari ibu bapa saya, macam2 saya lakukan (tak perlulah saya ceritakan semuanya..hehe).

Tapi semuanya tak berjaya. Ternyata kehadiran adik baru telah membuatkan diri saya seolah-olah tenggelam, diselubungi kabut. Sungguhpun saya cuba macam2 – jadi ketua pengawas, masuk pertandingan elocution, jd tokoh pelajar etc. Tapi saya tetap tak dapat menandingi adik saya ketika itu – yang baru berumur 4 tahun! Selalu apabila saya berkelahi dengan adik saya, ternyata mak saya tetap akan memenangkan dia. "Abg kenalah mengalah ngan adik". Satu peraturan yang telah ditanam secara halus dalam diri saya yang masih kecil itu. "Kalau hang nk sgt berkeli ngan orang, pi duk lam hutan tu. Duk sorang2, takdak org nak kacau hang!" – Ayat ibu saya ketika saya berkelahi dengan adik saya. Alat permainan saya dirampas, untuk diberikan kepada adik saya. Masih terpahat dalam ingatan saya bagaimana satu permainan video saya telah sengaja dihempaskan ke lantai sehingga pecah – hanya kerana saya tak mahu berkongsi dengan adik saya. Jiwa kecil saya yang rapuh ketika itu benar2 dirundum kesedihan.

Sehinggalah apabila kecemerlangan saya dalam UPSR, membuka peluang saya ke MRSM. Hati kecil saya ketika itu merintih, "Mak ngan abah dah ada adik, so aku blah dari rumah ni pun tak apa". Hehe..sungguh pelik saya ketika kecil dulu. And honestly, that’s the reason i went to MRSM – to get out of the house.

MRSM yg saya dapat terletak di Kedah, sedangkan family saya ketika itu di Kelantan, (kemudian terengganu dan sabah). Maka setiap kali pulang bermalam, saya akan pulang ke kampung halaman saya di Alor Star. Sepanjang 5 tahun  saya hanya bertemu dengan family saya cuma setahun 2 kali – ketika cuti semester. Satu tempoh yang cukup singkat!

Dan di MRSM juga, semangat saya tetap berkobar2. Saya teruskan study, dan study, untuk membuktikan diri saya. Dan akhirnya pengorbanan saya tercapai.

Pada hari graduasi Tingkatan  5 MRSM PDRM, pertama kali saya melihat air mata ibu saya mengalir  untuk saya ketika saya dianugerahkan pelajar terbaik keseluruhan. Dan saat itu saya sedar, saya tak perlu bersaing dengan adik saya untuk merebut kasih sayang. Saya tak perlu cemburu sekiranya adik saya mendapat lebih banyak perhatian.

Saya hanya perlu menjalankan tanggungjawab saya terhadap ibubapa, tak kira walau dalam apa jua keadaan. Dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membuatkan mereka gembira.

                     

Dan kini, saya amat berterima kasih dengan keluarga saya. Ibu saya – terus terang saya cakap, saya jarang mengucapkan bahwa saya sayang padanya. Saya tak ingat dah bila kali terakhir saya luahkan bahawa saya sayang kepadanya! Hakikatnya, ya, saya sangat sayang kepadanya! Dia mungkin sekadar seorang kerani yang dah 15 tahun tak naik pangkat di balai polis biasa, namun kasih sayangnya kepada keluarga (baca: kepada saya) sudah cukup untuk membuktikan bahawa dialah ibu saya!

Kalau tidak kerana ibu saya, mustahil saya dapat berada di perantauan ni. Saya pernah bermimpi, saya melihat ibu saya mendoakan kesejahteraan saya selepas solat. Walaupun sekadar permainan tidur, tapi saya percaya, bahawa doa ibu sayalah yang telah menjadikan diri saya sekarang ni. Dan saya amat berterima kasih.

Khas buat ibu saya (walaupun saya tahu, dia buta IT dan tak mungkin membaca blog ini)
Selamat hari ibu!

Fi qalbi, fi hulumi

Anti ma’i ya ummi

               

‘Afwaki ummi

Samihini…

5 thoughts on “Aku dan ibuku..

  1. knowing you as briefly as i did, it came as a shock to know the reason u came to mrsm pdrm. It never crossed my mind that excellent students also crave for attention. What you wrote made me think about how treat my children….it’s an eye opener for me. Siapa kata ckgu tak leh belajar dr students nya kan ? thx and best wishes from me….teacher asleenda

    eheh, teacher. long time no see. =)

    i think mine is quite an isolated case la. heheh. to be honest, me become an excellent student wasnt really my own desire. i’m just fulfilling other’s expectation towards me. my family expects me to be a good son, so i be. my teachers expect me to be a good student, so i be. who i am right now is what people around me wants me to be.

    and i’m not really sure who I really want to be, for my own. T_T

  2. well kid, we seems to ‘had’ da same situations. u might be a little bit worse..(4 da only girl and 10 years for waiting)

    saya dapa adik saya 6 tahun selepas membongsu. (i jz hv da only sis and da only younger sis)..dari berdua kini bertiga.

    Zaman kecik saya tak ingat saya berdengki ke tak..(sebab zaman kecil saya berbeza sunnguh ketara dengan mereka sebaya saya ketika itu. Saya difficult baby, neglected children pada bahasa psikonya) Tapi, saya tahu masa itu saya sungguh bencikan adik saya T-T..

    Tahu mengapa? Saya sendiri tidak tahu. Rasanya emak ayah saya tidaklah ada lebih atau kurang perhatian. Tapi saya membeci dengan kejam dan tidak sebaik kamu. Saya mencubit, menyepak, menendang, menampar dan apatah lagi menerajang. Memang silap dia, tapi silap yang sungguh kecil dan hukuman yang saya berikan terlalu besar untuk sebaya dia. (Sampai saat ini saya akan menangis bila teringatkan kekasaran itu)!

    Adik saya tidak pernah membenci saya pun. Adik saya tidak pernah melupakan hari lahir saya. Adik saya bahkan menjadikan kakak-kakaknya idola. Dia berusaha menjadi se’famous’ saya ketika di sekolah. Hingga bila saya ke sekolahnya, cikgu membandingkan saya dengan dia. Walaupun saya membenci itu.

    Adik saya pernah dimarah kerana mengoyakkan potret pertama saya lukis. Layaknya saya memulakan dulu. Saya menengking dia sekuat hati, saya hempaskan pintu, (mujur pintu tu berengsel). Dan emak memarahkan dia seteruknya. Dia diam dan menampal satu persatu koyakan potret itu sambil menangis. Berulangkali dia mengetuk pintu memohon maaf, tapi saya terus berdiam. Apabila saya bersekolah di Kelantan, perhatian juga dilebihkan kepada saya kerana saya jarang pulang.

    Itulah adik saya. satu-satunya adik saya. Saya hanya boleh menerima saya mempunyai adik ketika di tingkatan 4. Bayangkanlah berapa lama dia terseksa menunggu saya menerimanya. Dan sekarang, apabila saya pulang saya akan terus mencuba berlembut (perkara saya tidak pernah biasa buat dengannya).

    hakikatnya, kamu abang yang lebih baik. Dan saya adalah kakak terburuk. Kamu tidak memperlakukan dia seteruk saya T-T

    p/s:tulisan ini pnjg, jd tidak perlulah poskannya..

    well, as for my case, i got the first sister in the family after 8 years being the youngest son. care to imagine how suddenly the attention redirects toward the new member of the family? heheh. it’s quite a psychological impact for a 8-yo growing boy, u know. =)

    however i’m grateful that because of my sister, i’m able to become who i am right now. during my childhood and pre-teen age, i learnt that in order to “restore” the attention or to get people to hear what u wanted to say, u first be be a “someone”. and now, this is who i am. and i’m proud that “finally” my family recognizes me and proud of me.

  3. “Saya hanya perlu menjalankan tanggungjawab saya terhadap ibubapa, tak kira walau dalam apa jua keadaan. Dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membuatkan mereka gembira.”

    That was so inspiring statement. Apabila melihat kepada kehidupan saya sendiri,saya sepenuhnya bersetuju 100% terhadap pernyataan ini. If only my youngest brother ever come across with this, he would understand a lot more about life.

  4. me…I’m frm te big famly. 13 al of us. 4 guys & 9 girlzs. My parents do luv girlzs so much. Sampaikan setiap tahun, gerenti punya all my relatives girlzs dapat baju baru. Pergi jlnX2 kesana kemari & kenal sedara mara. Sudah semestinya. Guyzs… dok kat rmh, basuh keta & motor &yg Xpernah dapat bawak – kena basuh coz depa habaq tu buat carui rezeki makan kami sekeluarga). Nak p jlnX2. He he he . Jgn haraplah. Thats why when sedara mai rmh kami X kenai. Even I’m now 30+ pun masih X kenal depa. We do argue to our parents… pasai prm jerr dapat itu & ini. At least kami lelaki pun dapat la. Te answers is tali pinggang kulit buaya sebagai pemanas badan berserta sepak terajang sebelum jwpn d beri. Jwpnnyerr…. org perempuan bila dah besar X blh pergi mana. Kena ikut laki. Org laki suka hati. Lagipun abah (arwah dah pun) dulupun membesar tanggung sendiri. My dad is anak tunggal lelaki dlm keluarga 69. So dlm we all 4guyzs, I’m te only as wat u did. Be te best 4 best. Jadi yg terbaik utk dptkan yg terbaik. Mum. Huh. Waktu kena pukul tue siap tambah lagi. Haaa pukui dia bang. pukui dia kat kaki tue. Tue kat mulut tue. Cabai jerr. Lagi satu, she r te one yg mengadu kat abah bila abah baru balik koje. Till now althought dad dah past away.. mum still like tha. Mayb sebab dah terbiasa kot. Wlupun dah balik Hj. Te best part, baru-baru nie I did tegur my mthr & sister. Pasai apa X jemput brthrs yg lagi 3 utk majlis 1 of my sister kahwin. Coz depa wali kuat. Apa depa habaq. arghhh yg lain X penting. & fyi, I d jemput hanya utk akad nikah jerr. Majlis pun X jemput. Yg paling best, my brother in-law (sistr sulung) plak lebih sudu dari kuah. Ibarat org utara kata ipar nie dlm perkara fmly ibarat anjing yg menyalak kat luar pagar jerr. Tp nampaknyerr my brother nie mcm anjing yg terlepas masuk pagar. He he. X sedar diri.

    Kesan lansung dari teguran to my mum & my sister (yg mengandung anak luar nikah, yg berpakaian seluar pendek paras lutut), my luggage semua diletak diluar rmh. Kira lps akad we all (my fmly) kuar jlnX2 la. Oh ya. I koje kat utara. My mumnyer rmh kat KyeL. So aper jadik bila beg semua kat luar. Kenalah cari tmpt utk bermlm. So setelah puas memusing mencari dgn budget yg sesak, dptlah bilik kat Chow Kit @ Jln Hj Taib jm 1am. RM60 sebilik.

    Tue lum msk citer duluX2 how nak survive waktu belajar kat U. Dapat biasiswa tp Xdapat. Coz klu ikut result memang dapat. Tp abah Xnak bg dokumen slip gaji & bla bla bla. Katanyerr klu dia bagi bukan dia dapat duit tu pun. he he he. Bagusnyerr ayat.

    So… for u all out there yg dapat ibubapa yg bagus bersyukurlah. Coz’ X semua ibu bapa like ya parents. Saya tinggal d KyeL. Kwsn taman. Bayangkan, umur 15thn kena pukui & d telanjang kat tengah jln. Kena ikat kat pokok kerengga dgn hanya berseluar pendek. Hanya kerana bertanya.

    I do only cry to allah sbn all te time during my childhood. semoga allah sbn menjauhkan diriku daripada perilaku kedua ibubapaku yg sebegitu. al-fatihah buat arwah abah. rasanyerr dah Xde tangisan utk ditangis. Cuma kasihan pd istri yg terpaksa menangung esak tangis. Kerana mertua tdk dpt d bawa bicara. Kid` hang belajaq, belajaq jugak. Tp jgn lupa ilmu agama serta dunia. Adab & sopan santunnya. Semoga hidup hang diberkati oleh allah sbn. amien….ya rabbal a’lamin.

    Terima kasih atas nasihat yang amat berguna dan menyentuh. Huhu. Akan saya jadikan peringatan, inshaAllah. T_T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s