Exam Mode

Assalamualaikum.

This might be the last post before i start to concentrate on my examination…

               
                  

Minggu lepas mmg aku rungsing gler. Parasitology aku kena repeat 4 test – Protista, Cestoidea, Trematoda ngan Nematoda. Anat kena prepare untuk kontrol Respiratory system. Histo kena prepare untuk Nervous Tissue. Mmg betul2 rungsing. Dan di saat itu tiadalah lain yang mampu aku buat melainkan menadah tanganku dan berdoa, semoga Allah mempermudahkan jalan aku…

Dan benarlah bahawa sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Hari jumaat, cikgu Anatomy, Stelnikova bgtau kontrol untuk Respiratory dia tak jadi buat! Terus dia minta zachot book kitorang n sign, tanpa banyak soal. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati aku!

So i spend the whole weekend study untuk Parasitology. Bayangkan, keempat2 topik tersebut dimuatkan dalam kepala otak aku. Lebih 20 spesis, yg mana aku kena hafal morfologinya, life cycle, infection, disease, diagnosis n symptoms! Syukur alhamdulillah, Allah beri aku ketenangan dan kekuatan minda yg luar biasa.

Lalu pada hari Isnin, aku jumpa Elena Mikhailovna, cikgu Bio dan buat repeat untuk 2 test pertama – Protista dan Cestoida. Aku lepas tanpa banyak masalah, even member aku yg ada skali waktu tu pun bgtau, aku cam robot je explain depan Elena tu. hehe.
Dan hari kedua, aku setelkan Nematoda. Aku tgh chuak lagi waktu tu, sebab Trematoda aku tak hafal lagi. Sekali lagi, syukur alhamdulillah, Elena lepaskan aku untuk test terakhir tu. Dan aku pun dapat zachot Biology…

Dan time aku baru nak bukak buku study Histology lak, member aku bgtau aku – Prof. Radaiev cancel kontrol Nervous System. Tunda ke semester depan, katanya. Saat itu hati aku tersentuh – betapa Allah telah permudahkan urusan aku – dibukakan jalan dihadapanku seluas-luasnya, syukur alhamdulillah!

Kini, semua zachot aku dah setel. Aku dah dapat stamp dari Dean’s Office, untuk membenarkan aku amik exam. And guess what, my first exam – Sabtu ni. Medical Physics.

Actually aku tak ikut jadual sebenar. Kalau ikut jadual, i’m supposed to having med.physic on 14, biology on 18, latin on 21st and chemistry on 28th. Tapi tak tau la sebab apa, aku ingat nak setelkan awal ah.

So my exam schedule is –> Medical Physics (9th), Bioorganic Chemistry (14th), Biology (17th) and Latin Language (21st).

Which is….not very suitable sebenarnya. Memandangkan aku akan balik lambat, (6th July), meaning between 21 and 6th tu aku akan lepak je kat bandar N.Novgorod ni doin nothing~!! Waaa~!!

Though knowing that, still, i wanna do the exam early. Ntah ar, takut ar tunggu lama2. Makin chuak. Baik aku buat cepat2, after that i can have plenty of time for myself to feel relieved. Tak gitu?

Overall, walaupun exam kali ni lebih banyak bbdg last sem, tapi aku rasa lebih tenang. Tak macam sem lepas, mmg tertekan gler aku. Betullah firmanNya dalam ArRa’d: "Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan tenang"…

====================================================================================

Maybe I’m just scared
To face the things I fear
It’s easier to walk away from everything
                  
Pray for me nowI’m in need of faith
Pray for me now I’m in need…

2 thoughts on “Exam Mode

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s