Jom berforum!

Salam!
[Post ini adalah untuk mengisi kebuhsanan aku sebelum aku pi jumpa pa’li tghari ni amik deck magic aku..miahaha!]

Aku suke berforum. Ni antara habit aku bila masa aku online di internet. Dalam kehidupan di negara asing ni, availability untuk bersosial amatla terhad. Tambah2 untuk berkongsi pengetahuan n isu2 semasa yg terjadi di tanah air sendiri. So, aku berforum!

Bagi yg tak biasa dgn foruming ni, mesti akan tertanya2 – amende berforum di internet ni? Macam forum perdana hal ehwal islam ke? debat2? gaduh2?

Well, takrifan aku untuk habit internet foruming ni adalah – satu kegiatan sosial di mana kita boleh berkongsi2 pendapat, pandangan hatta bersembang di ruang2 web komuniti.

Tempat yg paling aku suka untuk berforum adalah kat http://forum.jiwang.org – walaupun namanya Jiwang, tapi ni bukan tempat org2 jiwang  saje tau! Banyak jenis org ada kat sini – dari pengurus kontena port klang, programmer, cikgu2 skolah, mahasiswa2 universiti, pelajar ilmu2 hadis, web designer, budak2 sekolah, bini2 org, penyamun, penyagak, ghei (hehe), semua jenis org ada kat sini. Tu pasal aku suka berforum kat sini!

Aku suka berforum sebab dengan berforum, aku dapat melihat sesuatu topik @ isu dari sudut pandangan org lain. Aspek ini penting, terumatanya apabila kita terpaksa membuat sesuatu pilihan, kita takleh rely solely on pandangan kita semata2! Begitu juga dengan topik2 lain. Kita mungkin fikir sesuatu topik tu positif, tapi dengan berforum, kita turut boleh mengetahui pandangan yg sebaliknya!

Satu lagi tempat yg aku suka berforum adalah kat forum Friendster nih (groups). Ada 2,3 groups yg aku join, antaranya Usrah Online, Medical Students dll. Seronoknya sembang kat forum friendster ni bila ramai2 org yg gather mempunyai satu persamaan. Sebagai contoh, group Medical Students – kebanyakannya terdiri dari students medic – so boleh sembang macam2 perkara berkaitan medic yg out of common knowledge. Begitu juga group Usrah Online, jiwa ini rasa bersemangat apabila berkumpul dengan banyak jiwa2 lain yg ingin ditarbiyyah dan berhasrat untuk mentarbiyyah!

Kelemahan groups kat friendster ni adalah – kebanyakan moderatornya seolah2 tak wujud di dunia ni. Hehe. Perbincangan dibiarkan berlayar tanpa tujuan, dihambur ombak, bagai lalang diliuk mengikut hembusan angin si peniupnya. Begitu juga apabila perbincangan menjadi out of control apabila user2 masing2 dipengaruhi emosi dan saling keji mengeji antara satu sama lain – akhirnya menjadi pergaduhan maya. Bukan best gaduh2 kat internet ni, it’s like you’re participating in Paralympic – although you win, you’re still retarded.

Sebagai contoh dalam satu perbincangan di group Medical Students, cukup hangat apabila timbul situasi keji mengeji dan saling tak puas hati antara satu sama lain (certain2 users). Yang aku kecewa tu, sudah mencarut2 mengeji2, last2 sebut nama ALLAH kat last. Mereka dikuasai syaitan apabila marah, tapi masih lagi cuba menegakkan nama Allah dalam keadaan itu! Kalau ye pun tak malu kat user2 lain, malulah dengan Allah! Kecewa betul apabila komuniti yg terdiri dari para professional (bakal2 doktor) gaduh2, mencarut2 seolah2 barbarian yg tercekik tulang ikan!

Nasihat aku kepada korg yg nk gaduh2 tu – korg nak gaduh pun, pastikan jangan babitkan org lain secara total. Jangan bawak imej korg yg buruk tu kat org lain lak. Maksud ‘babitkan org lain’ tu termasuklah bila korg gaduh, org kata "tgk ada 2 budak melayu gaduh" – tu dah kaitkan org lain tu, org melayu!

Sama cam org lain yg nak buat dosa. Termasuklah pompuan2 yg tak pakai tudung tanpa sebab2 syari’e, pakcik2 yg pi beli judi tanpa sebab2 syari’e, member2 yg berkapel tanpa sebab2 syari’e, aku nasihatkan korg jgn babitkan org lain dalam perbuatan korang tu. Pendek kata, JANGAN JADI ISLAM! or even better, JANGAN JADI ORANG! Korg tak terasa, tapi aku pernah malu nak jawab bila ada member non-muslim aku tanya : kenapa ada perempuan Islam yg pakai tudung, ada yang tak pakai tudung? Kenapa ada perempuan Islam pakai tudung, berkepit2 dengan boyfriend? Kenapa itu Haji baru balik aja sudah singgah itu 4D?

Korg tak menjawab, tapi org Islam lain – org Melayu lain –  manusia lain yg terkena tempiasnya! Selfish n parasit betul la korg2 ni, sendiri busuk lagi nak busukkan org lain.

Camtu jugak setengah2 org yg kata – ala, diorg pun camtu gak. Bila kita tegur org tak pakai tudung, dia kata "ala, artis pun camtu gak". Bila kita tegur konsert jomheboh tu haram, org jawab "ala, kerajaan yg anjurkan, diorg la yg tanggung". Bila aku sound camni, ade je org kata "ala kid, ko tu cam bagus je nak sound2 org. diri sendiri pun tak tentu masuk syurga"

Well, sedar la sikit, yg nak judge diri kita ni bukan org lain. Bukan diri aku. Bukan pandangan masyarakat. Bila ko tak pakai tudung, bukan ustaz ko yg bagi ko pahala/dosa. Semua kuasa milik Allah! Malu la dengan Allah!

==========================================================
(Sori2, emo lak…dah tu tersasar jauh dari topik asal lak tu. Hehe)

Well, kembali kepada topik asal – foruming. Ni antara point n nasihat aku kepada korg yg nk berforum

1. Stay neutral. Berforum bukan berdebat, it’s not about winning or losing. It’s about sharing opinions among each other. Don’t get mad if ur opinion is unacceptable by others.

2. Don’t provoke others’ argumentation. Respect each other, and others shall expect u.

3. For foruming about fiqh Islam, dun take everything that is spoonfed to you. Pastikan semua kenyataan @ fatwa adalah berdalilkan alQuran dan Sunnah. Jgn terlalu taksub dengan khilafiyyah.

4. As for foruming about aqeedah, jgn terima (langsung) apa yg dibincangkan, atau dlm kata lain, jgn berdebat. Just express ur opinion, in such a manner way. Perlu diingatkan dalam belajar bab2 akidah, hadis 1/40 Nawawi kena apply – tengok tatacara Jibril ‘menuntut’ ilmu akidah dari Rasulullah – penuh adab dan tertib. Sedangkan kita manusia biasa di sisi Allah, apakah layak kita untuk mendapatkan ilmu aqidah hanya dari pembacaan (lebih2 lagi di internet) ? So, kalau nk belajar aqidah, cari la cikgu..

5. Kalau nak gaduh2 atau tak puas hati dgn certain2 user, jgn kacau org lain. Bergaduh secara private (emel, chatting sesama sendiri). Korg ‘mati’ pun tak busuk.

6. Follow the rules. Kalau cam korg nak berforum kat forum.jiwang.org, maka ikutla rules n regulation yg ditetapkan admin. Rules are meant to be followed. Kalau takleh terima, pi buat forum sendiri. Miahaha.

Sekian, salam!

2 thoughts on “Jom berforum!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s