Al Fatihah..

Kullu nafsin zaa iqatul maut..

“Hang nak pi Russia tu 6 tahun? Tokwan tak tau la sempat tak sempat 6 tahun tu..”

Ayat yg tokwan keluarkan, time aku baru nk fly tahun lepas. Bagaikan satu dejavu, sememangnya aku rasa cam ada betulnya cakap tokwan time tu, cuma aku tak menyangka, ianya begitu cepat berlaku.

Hanaffi Jaafar. Itulah tokwanku. Biasa kami org kedah panggil ‘wan’ saja. Wan aku pergi secara tiba-tiba. Memang sebelum ini dia ada menghadapi masalah jantung, tapi siapa sangka dia pergi akibat strok. 4 hari lepas aku berkesempatan pulang ke kampung. Dia sihat lagi. Masih boleh bermain-main dgn cicitnya.

“Hang dah makan nasik, Syam?”

Itulah ayatnya terakhir yg aku ingat di pertemuan terakhirku dengan wan aku. Wan aku mmg pendiam. Jarang bercakap.

Sepulangnya aku dari kampung, aku n family terus ke KL untuk menguruskan persiapan terakhir keberangkatanku pulang ke Nizhny. Hari first kami di KL, kami diberitakan wan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami seizures. Setelah dimasukkan ke ICU, wan di dalam keadaan koma.

Sehari wan koma. Kami sekeluarga mengagak wan akan segera sembuh kembali. Ini bukannya first time wan masuk hospital. Dah banyak kali dah, akibat masalah jantung. Ubat preskripsinya sahaja ada 8 jenis.

Akhirnya pagi hari khamis, satu lagi berita sampai. Wan nazak. Baru kami tengah berkemas2 dan nak menghantar aku ke KLIA, panggilan terakhir diterima – wan dah meninggal. Tengahari khamis, 30 Ogos.

Family aku nak bergegas pulang ke kampung untuk menguruskan pengebumiannya. Cadangnya nak tinggalkan aku kat KLIA dulu, n then baru parents aku pulang ke kampung. Tapi tengahari tersebut terlalu sibuk. Jalan jammed sana sini. Kami sesat jalan berapa kali nak ke KLIA. Waktu tu dah nak dekat 3 petang, maka abah buat keputusan, kalau pi KLIA dulu mmg tak sempat nak patah balik ke AS malam tu.

So aku call MAS, book tiket flight awal pagi 31 Ogos dari Penang ke KLIA. Syukur alhamdulillah, masih ada availability. Terus after that, kami satu family berkejaran pulang ke Alor Star.

Tiba di Alor Star, sudahpun maghrib. Jenazah wan diletakkan di ruang tamu. Kak Siti – kakak saudara aku; sayu membacakan alQuran. Matanya, bengkak – tidak tidur2 lagi sejak wan masuk hospital. Aku lihat jenazahnya di perbaringan. Bersinar, seolah-olah sedang tersenyum. Tiada tanda-tanda keperitan. Mataku bergenang.

Aku bersyukur sangat, kerana dengan kuasaNya yg Maha Agung, aku diberi kesempatan. Kesempatan untuk menguruskan jenazah wan. Dari memandikannya, mengafankan, mengiringinya ke kuburan, menyembahyangkannya, hinggalah ke dalam liang lahad menyambut mayatnya, mengebumikan serta membaca talkin. Alhamdulillah.

I believe that day was the best day for him to go. I couldnt possibly ask for more from Allah. The preparation went well without trouble. That afternoon, the rain pours delicately, softens the soils. Few hours after he left, hundreds of villagers gathered at his house to pay some respect. From what i’ve heard, he left without any regrets, at all. His will had been passed on clearly. Syukur alhamdulillah.

Dan yang paling aku syukuri sekali, betapa hebatnya perancangan Allah, sehingga diberikan ke atas aku ruang masa yang sedikit namun cukup untuk aku taburkan bakti yg terakhir ke atas arwah tokwan ku. Maha Suci Allah!

Selepas upacara pengebumian, maka ayah aku drive aku ke penang pukul 3 pagi tadi, lalu aku naik flight dari Penang ke KL. Dan dari KLIA, aku skrg on the way kembali ke Nizhny.

Banyak perkara terjadi ke atas diri aku sepanjang cuti ini, namun aku masih tidak punya masa untuk dinukilkan ke dalam blog ini. InshaAllah, akan aku update sedikit sebanyak dari masa ke semasa.

As for my arwah tok wan, aku dengan ini memohon agar kita semua sama-sama membaca alFatihah bagi mengenang kehidupan beliau yg telah berlalu, dan sebagai peringatan kepada kita semua bahawa sesungguhnya tiap-tiap yg hidup pasti akan merasai kematian. Al-Fatihah..

Tribute to Allahyarham Hanaffi bin Jaafar (1929 – 2007). May his souls lies in the love of Allah and be by His side until the day which had been promised, inshaAllah.

6 thoughts on “Al Fatihah..

  1. salam..
    kid, ks rasa mcm penah drop comment utk entry ni..myb d frnster punya kot. apa2pun, smga arwan tok wan kamu, jg tok wan ks n yg lain yg telah pergi ditempatkn ditempat yg mulia di sisi-Nya.
    Al-Fatihah…

    p/s: ks link kn kid ke blog ks ok.

  2. LEOKID..
    allah i2 maha adil,apa y dia jdikn adalah yg terbaikya unuk kta.
    drpaNYA kta dtng kepadaNYA jg kta kembali.
    yg pentin dlm idup sibuk sebegini kita tdk pernah melupakanNYA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s