Marhaban Ya Ramadhan et PostHoliday!

“OMG, Kid! You’ve developed a tummy!”

Cynical voices coming from Sarviss. Heheh. Yeah, I know I gained 5kgs during this whole summer holiday.. Hoping that this coming Ramadhan would pull some of the weights away..hak2

New term has begun. With several new subjects, which are: Psychology, Philosophy, Physiology, and Biochemistry. Speaking of which, I really hate Philosophy. It’s not because of the lecturer. My teacher, Igor Igorovich is very good (and a real heartthrob for girls..hehehe). It’s the subject itself, Philosophy. Why do we have to learn philosophy to know our aim in life while we already have Islam to show us the way? Hak2.

As for Physiology, hmm… I really do love it! Although our first syllabus is about physical changes, the membrane, potentials etc (which are quite boring), our first practical assignment was operating on frogs! Yeap, froggy, those slimy green amphibian creatures. Hehe. Last week we got a chance to perform Galvani’s Classical Experiment, which involved using calf muscle of frog to show reaction towards electrical impulses. And it was a very great experience! Ahaks~!

Anatomy…still the most favorite subject for me. However, dunno why I feel quite uneasy during anatomy classes. The subject, the preparat, the teacher, there’s nothing wrong with all of it. It’s just some kind of pressure. Huhu. Well, guess that I have to bear it for only 4 months more! Pray for my success in anatomy exam this winter!

Ramadhan – the best time in my life. I love Ramadhan so much. Not only because of the fact that Ramadhan is the best month in Islam, but somehow I feel that I will do my best during this period, like those past years. Heheh.

Well, wanna end my post here. Still I’m not in the mood for blogging. Huhu. So I’m going to take some times to recover my blogging pace back. Also, check out my latest project at http://medicstudent.wordpress.com. Thanx for visiting.

To make this post be more informative, here I included an interesting article. Enjoy and try to understand it! Salam.

 ==========================================================

Setiap kali Ramadhan semakin menjelang, pastinya kita akan menerima mesej yang difowardkan melalui YM ataupun Friendster tentang sebuah hadis berkaitan doa Jibril dan diaminkan oleh Nabi s.a.w. serta para Sahabat yg mana antara intipatinya termasuklah terabainya puasa seseorang yang tidak memohon maaf kepada orang-orang tertentu.

Saya sudah berusaha sedaya mampu saya mencarinya di dalam kitab-kitab hadis namun tidak saya temui. Malah kitab-kitab fiqh juga tidak membahaskan mengenai perlunya meminta maaf sebelum masuknya bulan Ramadhan bagi mengelakkan diabaikan puasa kita oleh Allah. Kebanyakkan yang menyebarkan hadis itu sendiri tidak sedar bahawa tidak semua hadis itu sahih (authentic) hanya sekiranya ia menyatakan Rasulullah bersabda atau Rasulullah melakukan itu dan ini.

Saya tidak berani meletakkan darjat hadis tersebut (samada sahih, hasan, dhaif atau palsu) kerana biarlah mereka yang lebih alim dalam bidang hadis melakukannya. Cuma yang boleh saya katakan, saya (dan beberapa orang yang turut pernah menyemaknya) tidak menemui sebarang tanda yang boleh membawa kita menilai darjatnya. Sesiapa yang menyatakan ia sahih, sila kemukakan hujah dan bukti dan sampaikan pada saya agar saya boleh mendapat manfaat ilmu itu.

Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.[al-Baqarah 2:111]

Saya menulis bukan untuk membahaskan darjat hadis tersebut di sini tetapi fokus saya adalah berharap agar pembaca dalam membetulkan sikap dalam berinteraksi dengan hadis terutama yang kita tidak tahu sumbernya.

Sedangkan para sahabat sendiri takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis dikhuatiri mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan kesalahan, hingga akhirnya membawa mereka untuk berdusta ke atas Rasulullah s.a.w, suatu perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman yang sangat buruk daripada Rasulullah. Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda Rasulullah s.a.w:

Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka. [Sahih Muslim no: 3]

BERDIAM DIRI LEBIH BAIK

Rasulullah s.a.w bersabda:

Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. [Sahih Muslim – hadis no: 5]

Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga pilihan:

[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.

[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis.

[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih & selamat disebarkan.

Contohilah sahabat yang begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis kerana khuatir terjerumus dalam ancaman Rasulullah s.a.w..Ingatlah Firman Allah:

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. [al-Isra 17:36]

Niatnya mmg baik, nak suruh umat Islam saling bermaafan. Tapi tak boleh ke mesej tu disampaikan tanpa mengaitkan Rasulullah? Saya sedih sangat apabila Rasulullah difitnah sedemikian rupa. Minta sgt2 jgnla terus forward2 benda2 camni..

One thought on “Marhaban Ya Ramadhan et PostHoliday!

  1. yup..sepanjang saya belajar di Hadis tingkatan dua, PMRU..tingkatan 3,4, SMU dan 5, hadis level spm dan STAM sebentar. Banyak hadis yang dikhuatiri kesahihan dan sengaja diada-adakan. Jadi, berhati2 ya!

    p/s:kalau nak tulis lelebih, takutlah salah. lama da tinggal zaman skola arab. doii!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s