Minggu yang bz…

Aku ni slalu sangat mencuri masa. Hehehe. Sepatutnya skarg ni aku sudah mula membaca nota-nota pasal Excitability, Action of direct current on excitable tissue dan yang seangkatan dengannya agar slamat dan sejahtera time kelas physiology ngan efes esok nih. Tapi still, aku mencuri masa dengan memblogging. Hehehe.

Since bdk2 baru dtg, makin bertambah-tambah bz hidup aku. Well, bkan nak salahkn diorg, at least bagus la aku bertambah bz buat benda berfaedah, dari habiskn masa merempit dlm need 4 speed je. :p

Bznya bukan apa, banyak projek2 besar sdg/akan berjalan. Antara yg terdekat termasuklah program orientasi junior hari jumaat ngan sabtu nih. Merangkap ketua biro penerbitan & informasi, secara tak rasminya aku pun turut bertanggungjawab menguruskan perihal media dan utk handle beberapa aktiviti diorg.. Hmm..mula2 ingt nak ragging teruk2 skit. Hahaha. Tapi tak jadi la, kesian..tak baik ragging2 org dlm bulan puasa ni. But still, ada la sket ragging2..hehe.

Next program, or should i say, the current program, adalah bisnes kad raya oleh biro aku. Memandangkan bilik aku menerima ahli baru, iaitu HP Photosmart C4283, maka aku pun dgn gatal hatinya mencadangkan buat bisnes print kad raya. (http://kadraya.wordpress.com) Tak tau la untung ke tak, sebab first time buat. Harga jualan pun main kira lebih kurang je. InshaAllah, untung sedikit ke banyak tak kisah, sbb at least dpt pengalaman berbisnes ni. Hehe.

Program besar-besaran yg akan menjelma pula of course la pada 12 Oktober ni! Raya~!! Tapi tahun ni aku raya dalam keadaan yg tak brapa selesa ar. Huhu. Hari Jumaat tu, hari raya, tapi aku ada test Histology la pulak~! Konfem takleh skip kelas punye. Wuuu.. Dah la banyak topic masuk. Dari cardiovascular, smpaila ke lymph, lagi 2,3 subtopic. Agak2 lebih kurang 30 slides jugak la. Teruk seyh nak kena pavtarit..

Tapi keesokan harinya pulak ada sambutan aidilfitri besar-besaran kat Nizhny. Cam biasa, aku handle bab2 media lagi. Ingat nak pasang lagu raya kuat2, pastu nk pasang telemovie raya. Hehe. Sungguhpun kerja aku agak mudah je, tapi memandangkn kerja org lain susah n byk meeting kena buat, aku pun terpaksa la pegi ke meeting2 tu jugak… Asyik meeting je keje. Nasib baik ada progress. Heheh.

Well..itu bab2 komitmen. Harap2nya lepas raya ni, free la sket. Boleh catch-up balik yg mana kureng, termasukla sambung update blog nota aku (http://medicstudent.wordpress.com).

Raya…hmm…honestly aku tak brapa happy sgt bab2 raya ni. Sebab pe? Well, masuknya syawal menandakan berakhirnya ramadhan.. dan setiap kali aku terfikirkan sedemikian, aku gusar – masihkan ada ramadhan untuk aku tahun depan? Wallahua’lam.

Ramadhan – aku rasa aku tak dapat manfaatkn sepenuhnya bulan ni. Huhu. Planning asyik terganggu/tergendala je. Aku try tutup kekurangan tu dengan memantapkn kualiti puasa aku, dengan cara sepertimana dalam hadis ni:

Bukanlah puasa itu (hanya) menahan diri dr makan & minum. Sebaliknya ia juga harus t’tahan dr perkara lagha & lucah. Apabila kamu dimaki @ diperbodohkan, b’katalah AKU BERPUASA (riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068)

Tapi walaupun dalam ketiadaan syaitan, nafsu-nafsu manusia zalim sekeliling aku tetap ada berleluasa… Ade je nak cari pasal n hanginkan aku. Tau le tak puasa, tapi tak semestinya bila tak puasa takyah jaga mulut. Perempuan-perempuan camni lagi tak dilayan, lagi gedik jadinya. Ish3. Takpe la..sesungguhnya AKU BERPUASA..

Balik ke topic – Minggu yang bz..

Kalau bab2 lain pulak…agak la bznye. Nk kena start da’wah fardiyyah kat budak2 baru nih. Control non-stop skrg ni, minggu lepas urogenital ngan physio. Pastu dlm masa terdekat maybe biochem. Raya nanti pulak histology. Adehh..

Nak wat camne…dah medic student. Heheh.

  1. * Tengah bengang dgn YM. Ade ke patut diorg limitkn custom status message jdk 40 character je. Nak letak link blog ni pun cukup2 je. Huh!
  2. * Tobleron dah habis..aritu pegi Ashan lupa nak beli pulak..
  3. * Hari jumaat ni aku masak. So nk singgah Real kejap ah balik dari histo nnt. Hoho.
  4. * Hamster aku hidup lagi ke tak ek?
  5. * Need for speed 2 underground aku baru masuk stage 4..
  6. * Efenem ‘hadiahkan’ aku dengan complete set Yakitake Japan pulak…sah tak study aku weekend nnt.
  7. * Batuk aku dah lebih 2 bulan dah..bahaya nih. Maybe kena chronic bronchitis atau pneumonia kot (hasil diagnose efenem). Malas lagi nk gi diagnose..leceh n byk kerenah.
  8. * Dah2…kena sambung study! Takmau kena maki ngan Efes esok!

One thought on “Minggu yang bz…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s