Bila Sejarah Tercipta!

Sebelum terlupa.

 

Pagi ini saya bangun dengan satu macam perasaan. Entah kenapa. Rasa macam ada sesuatu sahaja hari ini. Sangkanya saya berdebar-debar kerana masih tak bersedia untuk test Histology pada Aidilfitri ini. Ataupun kerana masih tak bersedia dengan small control work untuk subjek Anatomy, subtopik Vena Cava Superior et Inferior. Takkan la sebab saya ter’missed’ sahur pagi tadi?

Tapi bukan itu. Ada sebab lain saya berasa lain macam. Hmm..

Hinggalah bila saya pulang dari kelas Anatomy (dan lepas segala halangan soalan Larisa Nikolaevna berkenaan topik vena tersebut!), dan tika berkesempatan melayari laman berita negara, dan mata saya terpaku pada berita ini:

Dr Sheikh Muszaphar dipilih berlepas ke ISS Rabu

BAIKONUR (KAZAKHSTAN) 9 Okt. – Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35, dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas esok.

Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu akan berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).

Lagi di Utusan Malaysia

Patut la! Inilah yg saya debar-debarkan dari pagi tadi! Tepat pada 7.21 malam ini (waktu Russia) Malaysia akan melakar sejarah dengan meletakkan nama negara sebaris dengan USA, Russia, Sepanyol dan negara-negara gah lain yg pernah menerbangkan angkasawan ke angkasa!

Sehubungan dengan itu, saya berkesempatan berkunjung ke beberapa blog ‘sahabat’ dan blog-blog bebas, sekadar untuk mendapatkan pandangan umum mengenai Program Angkasawan Negara ini. Dan adalah mengejutkan saya (juga mengecewakan), rata-rata bukan setakat tidak menyokong, malah menentang dan mempertikaikan mengenai PAN ni.

Macam-macamlah yang diperkatakan. Mengenai kekeributan $$$ dalam menguruskan PAN ni, bagaimana berjuta-juta dibazirkan untuk seorang individu, tentang pengiktirafan Dr.Syeikh sebagai angkasawan atau sekadar pelancong angkasa, dan sebagainya. My humble heart then resounds: “What is WRONG with these people!”

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang kita boleh buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya.

Persoalannya di sini, kenapa mesti semuanya kita lihat melalui pandangan yang negatif?

Mungkin pada generasi lama, Program Angkasawan Negara merupakan sesuatu yang tiada untungnya bagi mereka. Yelah, kalau ditanya kepada atuk nenek kita pun, apalah sangat yang mereka tahu mengenai angkasawan. Inilah hujah yang dipakai oleh mereka-mereka yang berfikiran negatif ini. Duit cukai yg berjuta-juta dipungut daripada atuk nenek, tapi dibelanjakan untuk sesuatu yang tiada ada faedahnya di sisi mereka.

Tetapi itu jika ditanya kepada nenek moyang. Cuba kita lihat dari perspektif berlainan. Saya pasti jika ketemu budak2 yang sedang bermain2 di taman2, dan ditanya kepada mereka, “Siapa idola kamu?” “Nak jadi apa bila besar nanti?” Setidak-tidaknya pasti akan ada yang menyahut “Angkasawan negara!” (Saya yakin ada, saya dulu masa kanak-kanak ribena pun nak jadi angkasawan juga. Heheh).

Jika hari ini seorang angkasawan berjaya dilahirkan, realitinya, ribuan malah mungkin jutaan ‘angkasawan’ berjaya dilahirkan dalam diri kanak-kanak dan remaja di Malaysia. Ini bukannya sekadar ‘false hope’, sebaliknya telahpun (akan, pada malam ini) menjadi realiti!

“So what? Nak hantar ribu2 lagi pergi angkasa? Nak challenge negara2 kuasa besar tu?” Itu pula yang dikomen oleh mereka. Kononnya negara ketinggalan 5 dekad untuk mengejar teknologi angkasa sepertimana yang Russia dan Amerika sedia ada sekarang. Kononnya negara sepatutnya lebih berpijak di bumi yang nyata. Saya tak tahu sekiranya mereka tersebut ada terfikir atau tidak, tetapi saya tidak mahu menutup muka kemalu-maluan ketika generasi akan datang (anak-anak, cucu cicit kita) even tidak tahu apa itu angkasawan. Kenapa? Kerana mereka sejak kecil telah ditanam sikap inferioriti oleh ibu bapa mereka iaitu golongan yang berfikiran negatif sekarang.

Kita bukan nak mengejar teknologi (yang tak terkejar) untuk jadi yang pertama. Juga bukan niat utama kita nak bermegah-megah, atau nak buktikan Malaysia Boleh! (Ahli politik je yg sibuk nak promote slogan tu). Tetapi kesan positif yang boleh kita dapat dari itulah yang menjadi sasaran utama kita. Dan kesan positifnya bukannya tertumpu kepada Dr.Syeikh seorg (walaupun dia sorg je akan dapat title Dato’). Bukannya tertumpu kepada kerajaan semata-mata. Kesan positifnya berlanjutan sehingga puluhan generasi akan datang. Kesan jangka panjang. Kalau kita still berfikiran terbatas, taknak keep up with the latest technology available, masakan mungkin kita mampu survive dalam dunia globalisasi ini, apatah lagi merintis teknologi baru tempatan!

Dan kini, timbul pula isu yang Dr.Syeikh tidak diiktiraf NASA sebagai angkasawan sebenar. Sekadar “Pelancong Angkasa” sahaja. Saya mahupun golongan2 yang sibuk bising tu tiada kuasa nak kata sama ada beliau ni benar-benar angkasawan atau tidak. Tetapi yang pastinya saya sejak kecil telah diterapkan bahawa “angkasawan” adalah manusia yang pernah menjejakkan kaki ke angkasa. Saya pasti kebanyakan kamus-kamus tempatan turut mendefinisikan terma tersebut sedemikian. Pengkelasan “angkasawan-yang-benar-benar-angkasawan” dan “pelancong angkasa” hanya digunakan sebagai terminologi dalam konteks yang lebih tinggi, iaitu dalam komuniti yang terlibat secara direct dengan bidang tersebut. Samalah macam “Polis”. Perkataan polis biasa kita gunakan secara umum, tetapi siapa yang berada dalam komuniti kepolisan (mak saya juga seorang polis) pasti mengetahui polis pun ada macam-macam jenis. Polis detektif, forensik, narkotik, unit am, trafik dan sebagainya. Itu belum dikira pangkat lagi. (konstabel, inspektor, kommisioner etc)

Persoalannya di sini, kenapa perlu dibeza-bezakan dan digunapakai terminologi-terminologi khusus itu, sehingga meracuni dan merosakkan minda dan kefahaman budak-budak kita? Bayangkan betapa kecewanya seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang selama ini “bercita-cita menjadi angkasawan macam Dr.Syeikh” tatkala menatap warkah berita yang headlinenya tak lain – mempersoalkan status “angkasawan” yang dimiliki beliau. Hakikatnya tetap sama – angkasawan = manusia yang pernah menjejakkan kaki ke angkasa!

Pada pandangan peribadi saya la, golongan-golongan yang berfikiran negatif ini adalah mereka-mereka yang berangan-angan nak jadi kosmonaut masa kecik-kecik dulu, tapi tak dapat.. itu yang diorg jeles dengan Dr.Syeikh ni. Or lebih tepat lagi, itu yang diorg jeles dengan generasi muda sekarang, apabila budak-budak ni bukan lagi sekadar “berangan-angan”, tetapi sudah menjadi IMPIAN yang boleh direalisasikan.

Sesungguhnya saya kasihan dengan mereka yang berfikiran negatif tersebut. Terlalu obses dan ekstrim dengan negativity. Akibat terlalu takutkan kepanasan api, hingga tidak sedar keindahan cahaya silaunya. Apatah lagi menyedari kewujudannya menerangi kegelapan. (Sekadar metafora).

Itu pada pandangan ilmiah (dan peribadi) saya. Belum lagi diutarakan pandangan saya berlandaskan agama. Terdapat banyak arahan Allah yang mensyariatkan kita meneroka sesuatu yang baru. Dari dalam badan kita, sehinggalah ke angkasa yang terbentang luas. Mungkin golongan yang berfikiran negatif inilah mereka yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayatnya;

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

(P/s: Mungkin lepas ni saya/kerajaan tak perlu la bazirkan RM400,000 untuk pengajian kat Russia ni, sebaliknya duit tu digunakan untuk menurap jalan tanah merah di kampung saya yang telah wujud sejak zaman keagungan Melaka lagi..)

Kembali kepada point asalnya. Sejarah yang tercipta. Ya, sejarah yang boleh kita banggakan. Bukannya sejarah kita dijajah. Bukannya sejarah lahirnya bintang akademi fantasia yang pertama. Tapi sejarah yang manis.

Saya berharap suatu hari nanti, ada di kalangan generasi akan datang (anak-anak saya, atau cucu cicit saya), dapat menjejakkan kaki ke bulan sambil melafazkan kalimat syukur kepada Allah, sebagaimana kalimat syukur yang dilafazkan Dr.Syeikh sejurus berada di ISS malam ini, InshaAllah.

“Wahai golongan jin dan manusia! Jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah! Kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah)” [55:33]

Nak mimpi terbang ke angkasa malam ni! =p

17 thoughts on “Bila Sejarah Tercipta!

  1. Diorang x sepatutnya mengeluarkan tohmohan camgitu. Walaupun diorang cuma cop dia sebagai “pelancong angkasa” tapi bagi aku dia tetap seorang astronault. Mungkin sekarang dia cuma pelancong, maybe in few years later kita mampu support dia jadi astronault betul?

  2. mengapa harus dibeza-bezakan title angkasawan dengan “space traveller” ni? Apa yang pastinya angkasawan/astronaut/kosmonaut dan sebagainya telah diterimapakai sebagai terma umum bagi “manusia yang pernah ke angkasa”.

    kebanyakan yang bising2 tu tak tau pun nak bezakan antara space traveller dan astronaut tu. Sekadar tau ‘menterjemah’ dan menerimapakai pendapat orang lain je. Bukan nak cari sendiri. Berikut adalah berdasarkan pemahaman saya setelah berjam2 mencari kat internet. Betulkan saya kalau saya tersilap.

    Astronaut tu adalah general term. under title tu, ada banyak lagi title lain, termasuklah professional astronaut, commercial astronaut, space tourist dan lain2. Sama la macam polis pun. “Polis” adalah general term, manakala di bawahnya ada banyak kategori. Narkotik, Jenayah, Trafik, Unit Am dan lain-lain. Itu belum dikira dari segi title pangkat – kommisioner, inspektor dan lain2. Begitu juga dengan doktor – ada ortopedist, pediatrist, gynaecologist dan lain2. Tapi secara amnya tetap doktor.

    Since tahun 1961 lagi, dah ada beratus-ratus manusia pernah ‘menjejakkan kaki’ ke angkasa. Walaupun kebanyakannya adalah dari NASA atau RFSA, tapi sejak akhir2 ni berlakunya peningkatan dalam bidang space tourism. So, NASA dan RFSA memutuskan untuk mewujudkan satu lagi title baru iaitu “space traveller” bagi membezakan antara angkasawan yang pergi atas sebab-sebab mission ataupun yang pergi atas sebab-sebab lain (macam dr.syeikh kita nih)

    Apa yang dimaksudkan dengan mission tu? Mission ni biasanya aktiviti-aktiviti di angkasa yang dijalankan oleh NASA atau RFSA sendiri. Selain itu, since ada 2 jenis je organisasi yang menghantar manusia ke angkasa secara aktif (NASA dan RFSA), maka terdapat organisasi-organisasi kajian (research institute) mahupun badan sains kerajaan yang sanggup membayar kepada NASA atau RFSA untuk menjalankan eksperimen kat angkasa. Dan eksperimen-eksperimen inilah yang turut menjadi mission kepada astronaut-astronaut NASA/RFSA nih.

    Kenapa Dr.Syeikh tak dikira sebagai astronaut oleh NASA, sedangkan dia juga bereksperimen di angkasa? Kerana eksperimennya bukanlah mission oleh NASA. Dia pergi ke angkasa atas tajaan kerajaan, maka dikira private space traveller. Manakala eksperimen-eksperimen yang dia jalankan kat ISS tu bukanlah eksperimen yg NASA suruh buat, sebaliknya oleh research institute tempatan kita. Atas dasar itulah NASA tidak mengiktiraf Dr.Syeikh menjalani mission, sebaliknya sekadar ‘turut serta’ dalam space flight diorang. Sedangkan bagi kita rakyat malaysia, Dr.Syeikh sememangnya sedang menjalani mission!

    Saya kecewa apabila ada pihak yang mempropagandakan isu “pengiktirafan” ni semata-mata atas sebab tidak senang dengan pemergian Dr.Syeikh ke angkasa. Sama ada atas sebab individu, ataupun mungkin tak senang hati apabila jutaan RM dihabiskan untuk satu individu. Sedangkan jika dilihat pada kesan positifnya, tidak perlu tunggu jangka masa panjang. Sekarang ini juga sudah ribuan ‘angkasawan’ berjaya dilahirkan dalam sanubari kanak-kanak dan remaja di negara kita.

    Kalau dulu, mempunyai cita2 untuk menjadi seorang angkasawan dianggap sebagai angan-angan. Tapi kini, ianya bukan sekadar angan-angan lagi tetapi sudah dianggap sebuah impian yang realistik!

    “Akibat terlalu silau dengan pancaran matahari, kita sering tidak menyedari akan kewujudannya menerangi kegelapan.”

  3. hai dik first time comment here thanks for linking btw :-D

    inilah mentaliti negatif sstengah masyarakat kita. lebih selesa merendahkan dari memartabatkan pencapaian puak sendiri. cepat melenting, payah nk cuba membuka minda utk memahami rasionaliti di sebalik keputusan kerajaan. yg tau nak point2 aje. apa yg dorang dapat tah.. mcm waktu nk bina koridoraya dulu tu, ade gak suara sumbang. now, malaysia is no longer a developing country. (and we even have our first angkasawan) thanks to these little “worthless” things our gov’s been doing.

  4. salam kid!!!! selamat hari raya ehehhehe baru jumpe ko nye blog nih…btw klu tya kat atuk nenek kite pun mesti ade yang kate tu la cita2 tok wan dulu tapi x de sape nak anta…..hehhehehee

  5. Salam Sham. hari tu ks dh baca tp wkt tu tak sempat tggal komen. ks happy sbb ada org yg pikir mcm ni. mcm kita pikir. ntah kenapa ramai sgt yg kureng betul cara diorg interpret program ni. apa kamu tulis kat komen yg atas ni sgt betul dan kata2 ni: “Akibat terlalu silau dengan pancaran matahari, kita sering tidak menyedari akan kewujudannya menerangi kegelapan” ks sgt suka. kena. jgn sbb asyik pandang yg negetif, sampai kita terlupa positif yg dibawanya. smga dr. sheikh selamat mendarat 21hb ni.

  6. eh terlupa! nak ucap selanat hari raya utk kamu n kwn2 kt sana. cite2la skit psl raya di nizhny. dgr cite sgt best. masak ramai2 n backdrop kt dingding tgh2 hall tu berhiasan sakan dgrnye ;) hihi

  7. wow..hebat review kamu,sehebat orangya..hehe..
    program angkasa1 ni mmg bagus..smpkan sy pun ada hati nk masuk n daftar masa taun2003 tp mana cukup syarat lagi..haha.kut la nk jadi angkasawati plak..
    k la..slamat ari raya kid! all the best for u there! thank for all ur motivation for our batch spm this year!

  8. subhanallah..good review.

    melihat sesuatu dari sudut negative walaupun kadang-kala dapat menghalakan pandangan ke arah sudut yang lain dan berbeza tetapi pandangan negative yang terlalu bersifat mencantas mungkin akan membantutkan percambahan minda.

    mari lihat dari sudut positive. sebagai umat yang dijadikan Allah sebagai umat yang hebat dapatkan kita merasai kehebatannya jika kekayaan ilmu di semua bidang dikuasai oleh mereka yang bukan mentauhidkan Allah. Seeloknya kita mengharap agar pelaburan jutaan ringgit untuk program angkasawan negara lahir dari KESEDARAN bahawa ilmu-ilmu Allah dalam bidang sains angkasa ini lebih berhak dikuasai oleh umat yang dibanggakan Allah di hadapan malaikatNya.

    melihat video yang dr syed muzaffar (mungkin akan dapat gelaran datuk lepas ni) membuat experiment sains di dalam kapal angkasa yang disiarkan dalam buletin utama tv3 malam tadi (waktu Malaysia) saya tidak akan terkejut jika bermula dari saat ini lebih ramai anak-anak di Malaysia mula tertarik dan menanam azam untuk memberi perhatian kepada bidang-bidang kritikal seperti ini. Jika fenomena ini berlaku, ia adalah jauh (way way too good) lebih baik dari minat terhadap bidang HIBURAN dan NYANYIAN yang dilihat menawarkan ganjaran yang lumayan dan ternyata lebih mendapat perhatian anak-anak kecil di malaysia sejak 2 tahun kebelakangan ini..Masih terngiang kata-kata dr syed muzaffar, “sains itu menarik” di akhir experiment ringkas yang dilakukan khas untuk menarik minat golongan kanak-kanak. Doa saya semoga program angkasawan negara mampu mengubah hala tuju corak pemikiran anak-anak di Malaysia.

    sy pernah terbaca bahawa penglibatan rakyat Malaysia dalam misi ke ruang angkasa bumi,yang merupakan seorang Islam mendapat perhatian akhabr di banyak negara di seluruh dunia apabila dr syed muzaffar merupakan angkasawan pertama yang berpuasa di angkasa dan menyambut eid fitr di ruang angkasa. Subhanallah.

    sheeda- ingin melihat bangsa malaysia dan islam terutamanya berpandangan lebih kritical dan pemikiran yang bersifat pengisian seperti percambahan ilmu yang boleh terlahir, bukan di permukaan sahaja (at the surface) seperti isu pengiktirafan oleh NASA whatsoever.

  9. ape pasal la..mungkin sebab diorg x terpilih jadi angkasawan kot..tu pasal diorg ckp camgitu..cube klu diorg yg terpilih..fuh..(leokid..tukar link jom..!)

  10. sy tak dapat nak setuju dengan sedara dalam hal ni, sebab hidup saya semakin tertekan.

    disaat kerajaan membazir RM95j utk hantar angkasawan ke langit, budak felda masih melepak didangau menghisap ganja. dan ketika itulah graduan segar mengelupur mencari kerja, bukan untuk kahwin, tapi untuk bayar balik wang ptptn yang meningkat selaras dengan kehendak riba’.
    kami semua yang sedang menunggu potongan subsidi minyak dan kenaikan harga tol ini bertepuk tangan dan bersorak-sorak memuji keberanian dr SMS.

    bukan saya taknak setuju, tapi susah untuk saya setuju.

    berimpian itu satu perkara, hidup dalam realiti adalah satu perkara yang lain.

  11. kenapa apabila rm95 juta dihabiskn utk sains teknologi dan perkembangan minda n sahsiah generasi baru, perlu diungkit-ungkit dan dibising-bising?

    sedangkan apabila kerajaan membayar sebanyak RM237 juta, sebagai pampasan pembatalan projek jambatan bengkok, tak banyak pulak rakyat melenting. Satu jumlah yang hampir 3 kali ganda, turut berasal dari wang rakyat yang digunakan sekadar utk bayaran pampasan yg takde faedahnya melainkan kerosakan muka bumi pada tapak perancangan pembinaan tersebut..

    belum diambil kisah kepada siapa rm237 juta itu pergi. belum dikira berapa pula pampasan projek insinerator? projek landasan berkembar?

    saya bukan pro kerajaan, juga bukan pro pembangkang. saya cuma seorang remaja yang baru nak kenal apa itu politik..hehe..

  12. rangcangan angkasawan ngara ini memang baik dan boleh mengharumkan nama ngara.namun kita haruslah seimbangkan pembangunan negara dgn modal insan yg kta miliki hari ini.kta perlu mencari jlan untuk menghapuskn kemiskinan tegar.sebagai kerajaan yg bertunjangkan pembangunan haruslah memikirkn jln penyelesaian nya.jika berjuta2 ringgit boleh diberikan untuk program angkasawan ini,mengapa tdak wang sebanyak i2 jga dikeluarkan bg meperbanyakkan tanah2 rangcangan felda.

    all this is my openion,just 2 share with u all.im still a student,sweet 16..

  13. Siapa yang tak tumpang gembira bila Malaysia (yang dipenuhi rakyat termiskin termasuk yang makan SIPUT BABI) memiliki angkasawan dan berjaya membuat kajian di angkasa. tak rugi 100juta++ wang negara (padahal wang rakyat) dibelanjakan untuk program angkasa.

    berbahagialah kita (yang membayar cukai pendapatan, cukai pintu, cukai harta, cukai itu, cukai ini, tol, dll) kerana menyumbang kepada program angkasa (padahal jalan yang kita lalu nak pergi kerja berlubang berbonggol)(orang miskin kiri kanan kita takda sapa nak tolong).

    berbahagialah kita memiliki angkasawan kerana pergi angkasa 3 hari 100juta++, orang miskin cuma dapat RM60-250ringgit SAHAJA SEBULAN…diulangi…SEBULAN bukan 3 hari…

    apa kata ko bayor je gaji kapten tu.. oppsss MEJAr.. (senang bebenor naik pangkat) RM250 sebulan sama banyak ngan orang miskin dapat dari batulmal…. bior dia rasa 100juta++ tu banyak ke sikit.. kalau bagi dia makan pun bagus…


    Leokid: Owh, right. Now poverty is our issue? Fine then. Kat China, seramai 17% penduduknya mempunyai purata pendapatan <$1 berbanding malaysia, kurang 2% (unicef). 17% dari penduduk China berapa orang? Kira sendiri. Berapa belas dah taikonaut diorg hantar?

    Masalah poverty (kemiskinan) ni takkan selesai, kat mana2 pun. Kalau nak kata penduduk kampung kita miskin, skrg ni dah berapa ramai anak muda berhijrah ke bandar? Sepatutnya dah cukup dah untuk menampung kehidupan tok nenek kita kat kampung tu. Tapi apa jadi? Kalau yang sebatang kara, daif, fakir dan sebagainya tu, Islam dah tunjukkan solusi dgn zakat. Tapi kat negara kita berapa ramai umat Islam yang membayar zakat? Statistik pusat pungutan zakat Selangor tahun 2005 menunjukkan hanya 105 ribu orang yang bayar sedangkan penduduk Islam Selangor lebih kurang 2 juta orang? sumber

    Dari kita buang masa blame org lain atas satu2 masalah, ada baiknya kita kaji apa sebab masalah2 tu timbul.

  14. Saya sangat bersetuju dengan pipah_leo01. Dalam isu ini kita kena tengok prioriti kat mana. Adakah adil bagi mereka yang hidup dalam kemiskinan jika berjuta2 duit rakyat dihabiskan untuk perkara seperti ini? Mungkin kita boleh perkatakan “program sebegini mampu memberikan impak yang positif kepada masyarakat atas pencapaian negara yang sangat membanggakan” jika kita berada di pihak yang senang dan tiada masalah. Cuba jika kita tanya mereka-mereka yang terpaksa kerja di kebun 15 jam sehari semata2 utk mendapatkan sesuap nasi untuk anak anak dan isteri.

    Isu membanteras kemiskinan dan kebajikan rakyat sepatutnya diberikan keutamaan YANG PALING ATAS BERBANDING SEMUA PERKARA YANG LAIN. Sila rujuk konsep keadilan dalam buku Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur’an & Sunnah oleh DR. Yusuf Al-Qardhawi:

    Di antara jelasnya bentuk keadilan adalah sebagaimana yang ditegaskan Islam. yang dalam istilah sekarang disebut “Keadilan Sosial” yang berarti keadilan dalam membagi kekayaan (negara). Dan membuka berbagai kesempatan yang memadai untuk anak-anak ummat Islam, ummat yang satu, dan memberi kepada orang-orang yang bekerja buah amalnya (upahnya) dari jerih payah mereka, tanpa dicuri oleh orang-orang yang berkemampuan dan orang-orang yang mempunyai pengaruh. Mendekatkan sisi- sisi perbedaan yang nampak antara individu dan golongan, antara golongan yang satu dengan yang lain, dengan memberikan batas dari monopoli orang-orang kaya di satu sisi dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan orang-orang fakir di sisi lain.

    Manakah letaknya keadilan disini? Adakah wajar berjuta2 duit dihabiskan sedangkan rakyat masih hidup melarat? Fikir – fikirkanlah.

    Wallahua’lam.

    Leokid:
    Got to say that i’m agree with you bro. I see, i did see all the actions carried out by the government in order to overcome the poverty in our country. But dunno why, i cant see the results. Yes i agree that overcome poverty and to fulfill people’s need is the top priority in a nation. Dari segi fiqh awlawiyat pun perkara alHajjat itu lebih tinggi prioritinya dari perkara alTahsinat. Saya lihat ada usaha dalam membanteras kemiskinan itu, cuma tidak berkesan dan menyeluruh. Salah struktur organisasi la agaknya. Tetapi dalam usaha memenuhi alHajjat tu, tak semestinya kita kena tinggalkn terus alTahsinat. Dan saya lihat PAN ini sebagai sebuah perkara alTahsinat, yang membawa lebih banyak maslahah dari mafsadah.

    (Maafkan saya, saya tidak belajar fiqh awlawiyyat. Betulkan mana yang silap pada pemahaman saya)

    Yang menjadi persoalannya bagi diri saya ini, adalah apabila segelintir masyarakat dan golongan yang meletakkan batu beban galasnya kepada PAN semata-mata, seolah-olah PAN inilah sumber pembaziran yang terbesar sekali. Seolah-olah PAN ini sahajalah yang menjadi penyebab kepada kemiskinan di negara kita. Walhal dari sudut kesan positifnya, tetap ada dan tidak boleh diketepikan sama sekali. Dan banyak pembaziran lain yang berlaku dalam negara kita.

    Kepada yg getir memperjuangkan dogma “pembaziran melalui PAN” ini, mengapa tidak memperjuangkan pembaziran yang lebih jelas dan nyata? Dalam surat khabar baru2 ini contohnya, pejabat MB dan Sultan masing2 berbelanja ribuan $$ semata-mata utk sekeping 4 digit no.plat kenderaan. Apakah ada kesan yang positif atas tindakan ini? Inilah pembaziran! Inilah keadilan yang perlu diperjuangkan sebenarnya!

    The point is, adakah dengan tidak ada PAN ini, kebajikan rakyat akan lebih terjamin? Saya jawab tidak. Kerana masih banyak pembaziran nyata dan tersembunyi. We don’t blame all Germans for the genocide done by Hitler.

Komentar ditutup.