Pre Exams – Post Exams – Pre Holiday

Ah…finally! Baru boleh rehat, betul-betul punya rehat! Maka dengan berakhirnya exam Anatomy aku semalam, menandakan Winter Holiday aku bermula dengan rasminya pada hari ini..hehe.

So..this post is going to be quite a long one. Saja nak taip banyak2, taktau nak buat apa time cuti ni. Hehe. Just to be brief, here’s my exam result:


Anatomy – 5 (full mark).
Histology – 4.

Which are…quite good ar tu! Seriously, kedua-dua result ni are quite above my expectations la. Therefore, aku sangat2 happy~~

Pre Examination – Histology.

Well, exam histo aku start 22hb Januari (selasa) aritu. Mula-mula agak chuak gak ar. Theoretical part aku tak habis study lagi, tambahan pula lecture notes aku tak berapa lengkap. Ada sesetengah part tak complete. Huhu. Slides preparation lagi ar. Sejak dari hari jumaat aku nak pegi Semashka, nak study slides preparation. Tapi ada je halangan. Lab coat basuh x kering lagi la, hari sabtu tu aku kena migrain sket. Huk2. So, terpaksa rely totally on atlas ensiklopedia, and pictures je. Maksudnya, teknik study yang tak berapa efficient, sbb nak study slides histopreparations ni, kena study with microscope. Baru betul study. Baru tak chuak time exam sbb depan lecturer nanti, kena describe structure2 semua under microscope, bukannya gambarajah or atlas!

So..malam hari selasa tu, mmg plan xnak tido ah. Nak study punya pasal. Pukul 1..2..last2 pukul 3 pagi aku tertidur gak. Hehe. N bangun tido pukul 4.30. Alhamdulillah.

Pagi tu bersiap macam biasalah aku. Gosok2 lab coat, etc etc. Time nak kluar bilik,

Tass~” Tali kasut aku terputus. Ha sudah~ Aku ni x brapa percaya sangat petanda2 buruk etc etc nih, tapi kejadian pagi tu buat hati aku x tenteram jugak la. Huhu. Aku ikat gak tali kasut aku yang dah pendek tu, ala kadar je.

Keluar2 dari hostel – brrr~~ Sejuk gler! Salji turun punyala lebat! huhu. Terpaksa meredah salji pagi2 tu.

And..sampai la kat tempat exam.. Lecturer aku semester tu, Natalia Viktorovna patah tangan pulak minggu lepas. So, terpaksa buat exam dengan Head of Department, Prof. Radaiev yang mmg faymous dengan kegilaan dia failkan students. Hehe.

Sampai turn aku masuk dewan exam..aku cabut tiket soalan. Dapat 2 slides histopreparation – Palatine Tonsil, dengan Elastic Cartilage. Alhamdulillah~ senang je dua2 ni. Theoretical question lak dapat Liver. Lagi la senang! Aku dah senyum lebar dah time tu.

Kusangka cerah hingga ke petang, rupanya salji lebat di tengahari. Hehe. Maybe aku overconfident sangat kot. Untuk soalan theory pasal liver tu, aku lupa nak explain pasal bile transportation. Bile capillary, etc etc. Padahal senang gak benda tu. And aku also lupa explain pasal hepatic acini. Huhu. So, dapat 4 (good) jela. Biasala, exam kat Russia. Nak dapat 5 (excellent), kena perfect. Flawless. Ada kureng sket je, dapat 4 jela, padahal untuk 2 soalan lain tu (tonsil n cartilage) tu aku perfect gler explain.

Sebab tu relation dengan lecturer mesti kena jaga kat Russia ni. Kalau kena lecturer yang tak suka kita, yg racists sket ke, religist, ataupun maybe sekadar lecturer perempuan yang tgh bad mood sebab PMS – mmg susah la. Jawab la seperfect mana pun, lecturer tu akan terus bagi n bagi additional question sampai satu tahap kita dah takleh jawab atau make mistake sket je, zapp! terus dia bagi 4. (more about exam kat russia)

But still, dapat 4 pun aku dah syukur sangat2. Sebab a week before turn aku, ramai gler fail buat exam dgn dia. Huhu.

Pre Examination – Anatomy

Ini subjek mmg gila sket. 3 semester belajar subjek ni, since awal2 first year lagi. Teringat aku first anatomy class, dengan Andrei Viyaceslavich Bezdenezhnix, tahun lepas. Huhu. Belajar pasal vertebra. And now, dah habis belajar dah pun anatomy.

Actually, anatomy tak susah sebenarnya. Takdela memeningkan kepala, nak kena selesaikan masalah ke, kira2 ke, takde. Yang susahnya anatomy adalah pada “kuantiti”. Haah. Kat post before2 ni, aku ada letak list +200 soalan theoretical part untuk exam anatomy nih. Out of +200 tu, hanya 3 sahaja ditanya dalam exam. bergantung kepada luck dapat soalan mana. Camtula, sistem exam kat sini, tidak menyeluruh. And too dependant on luck. Your luck on that day determines whether u get easy questions or not, whether u get the examiner who knows u or not, whether that examiner is in bad mood or not!

So berbalik pada anatomy – 2,3 hari sebelum hari exam (29th january), aku mmg stressful gler. Or boleh dikatakan aku mmg gler trus ar. Huhu. I’m basically a dead body, with a soul. Orang tanya sepatah, aku jawab sepatah. most of the time aku x jawab pe2 pun. Hehe. My adrenalin level is elevated, sangat2 elevated. Aku even self-induce my endorphine secretion, nak bagi relieve tension sket. (jangan tanya macamana). Aku tersangat2 chuak, aku even sms mak aku –

“Mak, syam takut. banyak sangat nak kena baca. yang dah baca semua dah lupa abih dah. Kawan2 ramai yang fail. Doakn syam banyak2 exam esok”

And aku also msg beberapa cikgu aku kat mrsm. Huhu. and aku post buletin kat frenster. Sebab mmg aku chuak sgt2. Bukan tak confident (padahal mmg x confident pun), tapi mmg dah desperately desperate time tu! Malam nak exam tu, aku tak habis study pun lagi. Bab CNS (Cranial Nervous System) aku tau secara superficial je. Aku mmg doa gler2 la malam tu, jangan la dapat soalan CNS. huhu.

So pagi exam tu, basically, aku mmg dah jadi zombie dah. Aku keluar dari hostel time tgh gelap lagi, pukul 7 pagi. (Subuh masuk pukul 6.30). Sampai2 kat Semashka, ada aku dengan Mewhar je, yang apparently menghidapi sindrom zombie yang sama dengan aku. Dalam kepala aku time tu, ada satu benda je – aku nak setel awal, aku nak balik awal, aku nak muntah terus. tak sanggup dah nak fikir pasal benda2 ni lagi. So as soon as exam hall bukak pukul 8 tu, aku orang first masuk..

Aku cabut tiket question. Tak tengok lagi soalan2, tak sanggup tengok. Dah duduk kat meja baru aku bukak slow, slow ticket question tu –

1. Knee joint! Alhamdulillah, aku mmg dah master part2 knee ni. Bukan susah sangat pun. Setakat nak citer pasal articulation facet dia, ligament2 yang ada, meniscus, patella, senang je. Blood vessel pun senang, ada 5 je basic.

2. Lesser (pulmonary) circulation. Ini pun lagi senang! Level SPM je nih, citer pasal pulmonary aorta from right ventricle masuk ke lung, gas exchange, pastu masuk ke pulmonary vein balik ke left atrium. sikit je.

3. Sulci & Gyri Encephali, Superolateral view! Soalan pasal brain. Tengok je soalan ni, aku rasa cam nak sujud syukur time2 tu jugak! Sebab ape? Gambarajah sulci & gyri ni aku dah prepare sejak setahun lepas, tampal kat meja study aku kat hostel! Basically, tiap2 hari aku tengok gambarajah ni!

dsc02775.jpg
Sulci & Gyri Encephali kat meja study aku – satu keajaiban dari Allah, yang ianya termasuk dalam soalan exam aku.

So, aku memang boleh jawab la soalan2 theoretical tu. Practical part (locate n define anatomical structure on the cadaver/preparat), aku lulus cukup makan je. Tapi tak kisah pun, sebab part ni janji lulus je. Lagipun lecturer yang jaga part practical ni mmg akan bagi lulus semua orang ah (lecturer baik gler).

Ada satu mitos yang mengerikan pasal examination Anatomy ni. Hehe. Mitos ni agak panjang, so boleh skip paragraph bawah ni kalau malas nak baca. So aku nak citerla sket pasal mitos ni, yang mana kengeriannya sungguh mendahsyatkan, hinggakan dekat 10 orang kawan2 aku fail exam anatomy sebab mitos ni:

Arakian, dalam dunia exam Kafedra Normalnoy Anatomii, terdapat 3 orang dewa.. Adapun dewa paling utamanya bernama Prof. Stelnikova, merangkap penyelia dan ketua bagi dunia ini. Beliau bertanggungjawab mengadakan majlis setiap minggu yang mana diwajibkan kepada setiap rakyat jelata yang akan mendengar beliau menyampaikan ucapan2 berbentuk ilmu-ilmu anatomy manusia. Dan beliau juga disegani di dalam negeri naungannya, kerana kepetahan dan professionalnya beliau mengajar serta keramahan beliau sehingga boleh digelar bonda di dalam negeri tersebut.

Adapun dewa kedua exam di dunia yang menakutkan itu adalah Andrei Bezdenezhnik. Seorang dewa yang tegas, dengan misainya mengalahkan hitler. Susah benar nak nampak dia senyum, melainkan ketika dia berbual mesra dengan rakyat jelata ketika exam. Tambah-tambah rakyat wanita. Beliau terkenal dengan kegemarannya interrogate rakyat jelata. Setiap yang menemuinya ketika exam, nescaya tak akan meninggalkan dunia itu melainkan telah di-brainwash dengan belasan soalan-soalan tambahan.

Tetapi dewa ketiga ini lagi dahsyat – selayaknya digelar dewa maut. Larisa Nikonova. Setiap yang bertemu dengannya dianggap bertemu dengan nasib buruk, tambah2 jika tanpa persediaan yang rapi. beberapa orang rakanku maut bertemu dengannya. Kedahsyatannya meliputi seluruh rakyat jelata, kecuali bagi mereka yang bernaung di bawahnya, termasuk aku. Hehe. Ya, bagi yang bernaung di bawahnya, akan dicucuri dengan kebahagiaan serta kegembiraan tanpa perlu bersusah payah..

Adapun ketiga-tiga dewa ini mempunyai kawasan naungan mereka yang tersendiri.. Dan mereka sungguh anti sekiranya dikunjungi rakyat yang bukan di bawah naungan mereka ketika exam. Terutamanya dewa maut itu. Datang sahaja rakyat dari naungan dewa lain, nescaya akan disiksa, dibelenggu serta exam itu tidak akan menjadi mudah baginya. Mungkin dia akan lulus dengan jayanya, tetapi ianya tidak akan mudah sama sekali..

Maka oleh sebab itu, setiap rakyat jelata berdoa byk2, semoga dipertemukan dengan dewa masing2 ketika exam itu berlangsung. Dan ya, sekali lagi, “luck” menentukan segalanya..

Hehe, ntah paham ke tidak mitos tu. Kalau tak faham pun buat2 faham jela ye. Well, camtu la exam style kat sini..kalau jumpa lecturer sendiri, mmg senang nak lepas. Kalau jumpa dengan lecturer group lain, susah sket la. Itu yang terjadi kat member2 aku. Maybe diorg bad luck kot hari tu, so dapat lecturer yang tak mengajar diorg. (Especially dewa maut itu). So jawabla sebaik mana pun, mmg susah nak lepas. ada flaw sket je, even sket je,..repeat exam la jawabnya.

As for me, alhamdulillah “dewa maut” itu lecturer yang mengajar aku. And awal2 lagi Larisa Nikonova dah cup aku utk menjawab exam dengan dia. So, dahla soalan agak senang, dapat lecturer sendiri lak – aku succeed with flying colours la hari tu.

Which is…something yang aku really x expect. Well, bagi aku, dapat lulus (3) pun jadi la, aku dah syukur sgt2. sbb aku kira nak habiskan je, lantakla dapat brape pun. Thats why bila dapat 5 (full mark), aku terkejut sgt2. Nak tak nak, kena la tunaikan nazar yang aku buat – nak botak kepala. Hehe. (No way aku nak letak pic aku botak kat sini! Sori kengkawan!)

Post Exam

So…exam dah habis! Aku nak kena bayar balik sleep debt aku yg ntah brapa jam (hari?) ntah. And nak kena replenish nutrient aku. Seriously, diet aku sangat buruk ketika tempoh exam ni. Even ada yang aku sehari tak makan kecuali semangkuk honeystars + susu! Hehe. And aku juga nak kena rehydrate badan aku. Adeh..

Tadi sempat keluar sekejap, nak celebrate kejayaan aku. Cam biasa, aku slalunya celebrate sorang2. So tadi aku kuar kejap, pegi Semashka dulu nak ambil buku rekod aku, and after that headed straight away to Gorkava Square. Alhamdulillah hari ni tak ramai orang, siap boleh duduk2 dalam bas lagi. Smpai kat Gorkava, pegi McD, pun x ramai orang. Macam dipermudahkan Allah pulak urusan aku hari ni. Alhamdulillah.


Celebrate kat McD! Although i’m celebrating on my own, but i don’t feel i’m all alone this time. Thanx! (yeap..aku sorang je makan semua benda kat atas tu. like i said before, to replenish my nutrient. hehe.)

Pre Holiday

So..back to the beginning.. Bermula la holiday aku. Cam aku kata dulu, aku ada banyak planning and opportunities this winter holiday. Reena ajak aku pegi Istanbul, 7 hari for rm3000. Murah gak. Husni ajak jumpa dia kat Syria. Not to mention, geng2 MARA ni pi Paris. Ataupun pegi Aix-En-Province, bleh melawat cik ili. Or boleh gak nak join geng2 JPA pi Egypt. Or efenem dengan Germany-Czech-Ireland eurotrip dia. Hmm.. Kalau rasa malas sgt, ikut je Afif pegi St.Petersburg. Takpun pegi Moscow, Kak Sarah dah kate nak bawak gi jalan2. Ataupun pegi Murmansk, tengok aurora – a once in a lifetime chance.

But..nope. Aku tak pegi mana2 pun. Rehat sepuas2 hati kat bilik je. Hehe. Sebab dia? Biarlah rahsia…muahaha!

That’s all i think. Dah panjang sangat. 2000 patah perkataan, dah jadi macam cerpen dah pun. Hehe. Karutnye post aku kali ni. InshaAllah, esok aku update blog ni dgn something yang bermanfaat sket. After all, aku xde la nak wat pe2 pun cuti ni, main Dota jela kot. Heheh. And tazkiyatun nafs, of course. Can’t find another good chance for that except during this holiday. InshaAllah.

Thanx all!

6 thoughts on “Pre Exams – Post Exams – Pre Holiday

  1. tahniah~
    bayarlah hutang tidur lau secukup-cukupnya..
    jgn lupa solat dah la..
    kuikuikui

    hehe. but i can’t really sleep well la recently. seriously. nnt aku citer dalam post aku esok lusa. nantikan..”mimpi”. miahaha.

    i think this post is longer than any of posts in Happiness Ltd. ayte? =)

  2. huahuahuahuahua…. tahniah…. whatever… just dropping by from nuremberg hauptbahnhof tarararararaatatattata

    happy holidays doing stuffs in Nizhniy

  3. hepi hols..moga kita sume tergolong di kalangan yang sentiasa bersyukur..

    p/s: agak2 kalo sape2 blaja human anat n physio ni sukelah baca post ni kot. SAmbil2 revise…kalo tak pernah blaja, pening..yet interesting. keep it up!

  4. gila banyak makan. 2 berger, 2 bla2..malas nak scroll atas. Tidak berkhasiat sungguh makananmu wahai dr. Hahahaha..

    my expectation 4 medics’ students r high..(saya ingat mereka tidak makan megi, cikedish, air gas etc etc) rupanya silap sudah tekaanku! Huu~

    Ayat kamu yang membuat saya tersenyum saat otot muka masam sepanjang hari..
    1.cerita dewa dewi..hahaha
    2….korokmu! (post in relationship)..muahaha
    3.lup daa..wahahaha=D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s