Bala? Ujian? Kemurkaan? Balasan?

“camne nk tau yg kesukaran yg kite hadapi skng ni adalah ujian ataupun kemurkaanNya?”

Saya merenung lama-lama. Message archive Y! memaparkan soalan dari ilidash tu, membuatkan saya berfikir sejenak. Bukan sejenak sebenarnya, berjenak-jenak jugalah.

Saya percaya pasti di antara kita pernah menghadapi masalah. Tak kiralah masalah apa pun. Mungkin seorang calon SPM yang gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Seorang fresh graduate yang gagal dalam temuduga kerja yang ke sekian kalinya. Mungkin juga kegagalan dua pihak mempertahankan perhubungan yang terbina. Ataupun kegagalan seorang co-worker memenuhi kehendak ketuanya.

Pelbagai bentuk masalah/ujian/dugaan mampu menimpa kita. Dan pada bila-bila masa sahaja, sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah. Siapa tahu, di saat anda membaca tulisan ini, telefon anda berdering menyampaikan berita perginya seseorang yang amat bermakna dalam hidup anda? Pernahkah anda terfikir sedemikian?

Namun bukan itu persoalan yang ingin saya kupaskan. Dalam entri ini, saya cuba kaitkan dengan sikap kita dalam menghadapi masalah/ujian/dugaan tersebut. Sepertimana dalam dialog Y! saya dengan ilidash itu – bagaimana kita tahu, apakah yang menimpa kita di saat ini adalah ujian dariNya? Atau mungkin balasan duniawi atas kesalahan yang kita lakukan?

Saya taknak kupas jawapan bagi persoalan itu melalui divine approach, kerana saya ini bukanlah ahlinya untuk menghurai hadis-hadis mahupun ayatul Quran mengenainya. Lagipun pernah dalam post saya yang agak lama dahulu, saya menyentuh mengenai dalil-dalil naqli bagi tiap kesukaran yang menimpa diri kita. Biarlah post kali ini menengahkan mengenai bagaimana sikap kita sendiri menghadapi kesukaran.

Setiap kali saya ditimpa kesusahan, sama ada dalam bentuk ujian, wang ringgit, dan sebagainya, pertama sekali yang terlintas dalam fikiran saya – Ya Allah, apa yang telah aku lakukan!

Ya, mungkin kesukaran yang menimpa diri itu wacana dari dosa-dosa ataupun kekurangan yang kita lakukan. Mungkin dosa tersebut nampak remeh, tetapi siapa tahu ianya memberi satu sebab kepada Allah untuk menimpakan kita dengan ujian itu. Sebagai contoh, suatu hari dompet saya dicopet. Satu kesukaran yang amat frust skali. Setelah difikir-fikir, saya teringat yang pagi tadi saya terlajak tidur, lantas solat subuh di luar pada waktunya! Ya, mungkin itu kesalahan saya di hari ini yang membuatkan saya ditimpa kesukaran itu.

Tiada ruginya berfikiran sedemikian. Kerana dengan adanya pemikiran sebegitu, secara unconsciously, kita cuba memastikan diri kita terhindar dari dosa. Sentiasa berkeinginan untuk improve diri masing-masing. Setiap kali ingin melakukan sesuatu kemungkaran, jiwa ini terdetik – mungkin kemungkaran yang akan ku lakukan ini menjadi trigger kepada Allah untuk mendatangkan kesukaran kepada diriku.

Seterusnya – langkah kedua. Sesudah menyesali atas kesilapan yang dilakukan, anggaplah kesukaran mahupun ujian yang menimpa diri kita adalah sebagai satu petunjuk dari Allah. Mungkin Allah nampak kita seolah-olah semakin jauh dariNya. Justeru Dia datangkan kesukaran, untuk menyedarkan kita akan kejahilan selama ini. Seorang pemabuk, contohnya, mungkin diuji Allah dengan penyakit hati akibat tabiatnya selama ini. Mungkin dari ujian itu, si pemabuk tersedar dari kesalahan yang dilakukan, seterusnya bertaubat ke pangkal jalan. Begitu juga dengan diri kita. Mungkin selama ini kita sering mengabaikan solat. Sering tidak menutup aurat. Dan apabila Allah mendatangkan kesukaran, mungkin dah tiba masanya untuk kita berubah kembali ke pangkal jalan.

Namun tidak semestinya Allah akan beri peringatan kepada kita terlebih dahulu. Kerana bila-bila masa sahaja dia boleh memanggil kita kembali. Wajarkah kita menunggu diberi peringatan oleh Allah untuk berubah, sedangkan masih wujud uncertainty untuk kita hidup di saat berikutnya?

Dan mungkin juga kesukaran yang kita alami itu adalah satu ujian dari Allah. Untuk melihat adakah cinta kita, kasih kita terhadap Rabb masih utuh walaupun selepas ujian. Sepertimana kisah Nabi Ibrahim yang diuji dengan perintah menyembelih anaknya – kerana Allah ingin menguji, tergugatkah cinta khullah baginda terhadapNya even selepas kehadiran cahaya mata tersayang Ismail? Begitu juga dengan kita. Setiap ujian membawa kita semakin hampir kepadaNya. Seiring dengan firman Allah surah al-ankabut ayat 2: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?

Justeru muhasabahlah diri, setiap kali ditimpa ujian. Kembalikan semuanya kepada Allah. Bersangka baiklah dengan Allah. Andai kita merasakan kesukaran yang dialami itu adalah kerana balasan perbuatan yang kita lakukan, maka bertaubatlah. Andai kita merasakan kesukaran tersebut adalah sebagai tanda ujian kepada orang-orang beriman, maka bergembiralah. Sedangkan semulia-mulia manusia Rasulullah itu turut diuji, apatah kita manusia, hambaNya yang biasa. Dan sentiasalah ingat, walau seberat manapun kesukaran yang menimpa, kita pasti mampu menanganinya, sepertimana yang Allah sebutkan “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (2:286).

Bagaimana untuk menghadapi kesukaran yang menimpa? Rujuklah post Kenapa saya itu. Namun sebagai ringkasannya, saya selalu ingat akan satu ayat ini – 2:45. “Dan mohonlah pertolongan dari Tuhanmu dengan jalan sabar dan solat.”

Wallahua’lam. Moga bermanfaat.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

al baqarah-155-157

11 thoughts on “Bala? Ujian? Kemurkaan? Balasan?

  1. ….perlu di selidiki lagi oleh para ilmuan atau minta pendapat ahli kitab Harus di beritahu pada umum supaya tak leka & lalai !!!

  2. Saja hinggap.. tgk glemer je.. hehe

    Menarik post ni. Good luck in your life! =)

    ahaks! glemer apenye cik ixora, ramai lagi di luar sana yang lagi glemer.. t’masukla cik ixora kan? =)

  3. Btolla kamu glemer.. post ni da baper ari kt dashboard,tau. Sebenarnya saya terbang dr blog pembebel pg td. hehe.

    Saya tertarik dgn apa yg kamu tulis ni. Walaupun kamu sebaya dgn adik saya, tapi pemikiran kamu sgt matang. Teruskan berblog. Kalau rajin, saya singgah lagi nnt =)

    adik laki ke pompuan? Hoho. takdelah~gurau jek.

    matang pada penulisan tak semestinya matang pada tindakan mahupun pemikiran. saya masih berjiwa kanak2 riang ria yang melayan anime dan bermain dota di setiap masa terluang yang ada~! =)

  4. Alahai, adik yg sebaya kamu tu lelaki la. ehehe. Tapi jangan risau. Yg form 5 tu perempuan. ekeke. *just kiddin gak*

    Ahahaha.. masih berjiwa kanak-kanak riang ria lg ke? Samalah kita. ahaha. Erm,tetiba saya rajin plak terbang ke blog kamu ni. Mgkn sbb kamu ni best kot. lalalala..

    Hepi chinese new year! (org rusia sambut ke tak?heh,soalan tak munasabah) :D

  5. Eh,baru perasan! terima kasih add sy ke list kamu. Terharu pulak saya.. Thank you so much,dik =)

    Tahun Baru China disambut di russia, tapi oleh orang2 cina kat sini jela. hehe. neway thanx rajin datang ke sini. dun worry, saya xde pakai ilmu pemikat pelaris santau ape2 nak bagi org dtg Leokid’s Life ni. slamat balik kampung~ (seat depan tu. hoho. senang nak ke tandas kalau sakit perut on the highway nnt ek? :p kiddin~ )

  6. Ye,saya tau kamu tak pakai apa2 ilmu pelaris. btw, ni last visit utk kali ni. i’m going to sleep! kikiki.

    Uish, jgn la sebut pasal sakit perut. Ni pn tatau naper dr td lagi perut ni asyik tak tenteram je. Jgn melarat smpi esok dh la. haha. Doakan sy selamat smpi mlm esok =)

    tata :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s