A Dream Lies Within..

Anda dikejar sesuatu yang anda tidak pasti. Semakin lama ianya makin menghampiri. Anda tersepak sesuatu lalu tersungkur! Lembaga itu semakin menghampiri! Tiba-tiba, seseorang menghulurkan tangan kepada anda, membantu anda bangun. Anda cuba melihat wajahnya, namun samar-samar didalam kegelapan. Lembaga itu semakin laju, sudah terlalu hampir.

Dan anda terjaga. Mimpi rupanya..

Apakah yang membuatkan saya tiba-tiba ingin berceloteh perihal mimpi ini? Mimpi merupakan sebuah misteri kehidupan yang masih belum boleh diertikan sepenuhnya sehingga kini. Dan mimpi bersifat sangat personal. Kerana walau secanggih manapun teknologi masa kini, masih tiada alat yang membolehkan seseorang melihat mimpi orang lain. Justeru hanya si pemimpi yang mengetahui apa yang dimimpikan. Cool, eh? Hehe.

Mimpi tercetus apabila seseorang itu mengalami tidur REM, iaitu Rapid Eye Movement. Seperti namanya, tidur jenis ini adalah tidur yang tidak nyenyak, kerana mata seseorang tersebut akan terus bergerak2 even dalam tidur. Tika kita sudah hendak tidur, sel-sel neuron di kawasan mata akan menghantar signal kepada otak menandakan kita telah bersedia untuk tidur. Kesannya, kelopak mata menjadi semakin berat/susah hendak dibuka, badan semakin lesu dan inginkan rehat. Dan mimpi terjadi apabila sewaktu kita tidur, otak menafsirkan isyarat-isyarat tersebut dan menghasilkan visual-visual dalam keadaan separa sedar.

Kebanyakan masa, kita sebenarnya bermimpi ketika tidur. Malah kajian menyatakan manusia menghabiskan masa bermimpi sebanyak 6 tahun seumur hidup, iaitu 2 jam setiap hari! Bezanya, sama ada kita ingat atau tidak mimpi itu.

Sejak akhir-akhir ini, saya selalu bermimpi ketika tidur. Maksudnya saya ingat mimpi saya itu. Hanya tidur REM sahaja yang membolehkan seseorang mengingati mimpinya, maksudnya kebanyakan dari tidur saya adalah tidur REM – tidur yang tidak nyenyak. Fikir2 balik, betul juga. Saya banyak tidur akhir-akhir ini, tapi rasanya macam x cukup2. Ada yang even time saya nak tidur, n then saya termimpi something lalu terjaga. Dan bila tengok jam, la…baru 10 minit tertidur!

Lalu saya menjadi musykil – apa signifikannya mimpi yang saya selalu hadapi ini. Mimpi2 saya kebanyakannnya berbeza. Ya, situasinya berbeza. Namun wataknya selalu sama. Saya, dia, kawan2 di MRSM PDRM dulu, or kadang2 mereka yang saya hormati.

Saintis masih lagi tidak dapat mengerti, apakah fungsi mimpi sebenarnya. Adakah mimpi menandakan seseorang itu tidak puas hati dalam realiti? Adakah mimpi benar-benar satu panduan ataupun petunjuk dalam kehidupan? Mimpi yang indah tak semestinya bagus, kerana secara tak langsung ianya menunjukkan seseorang itu tidak mendapat tidur yang nyenyak!

Sigmeund Freud adalah seorang pakar psychoanalisis yang mana cukup terkenal sebagai saintis, philosopher, seorang existentialist. 3 kali nama dia saya jumpa sepanjang pengajian saya setakat ini. Sekali dalam subjek filosofi – dia terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang mempelopori bidang psychoanalysis dan sub-bidang existentialism. Kali kedua adalah dalam subjek Psychology, ketika membicarakan mengenai Theory of Consciousness. Dan terakhir ketika subjek Physiology, ketika menerangkan mengenai memori.

Menurut Freud, mimpi membolehkan minda menzahirkan keinginan, kehendak dan perkara-perkara yang tidak dapat dicapai/dipenuhi ketika di alam realiti, seterusnya mengekalkannya dalam keadaan harmoni. Mimpi buruk (nightmare) pula merupakan langkah self-defense minda untuk menyalurkan emosi yang terganggu, tekanan yang melampau.

Pusat aktif otak ketika mimpi, iaitu hippocampus, merupakan pusat utama semantic memory, iaitu memori kita yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa penting peribadi yang pernah berlaku, sama ada kita ingat atau tidak. Justeru, tidak hairanlah sekiranya kita merasakan suasana/situasi mimpi kita itu macam pernah kita alami sebelum ini.

Kembali kepada diri saya – ya, memang ada keinginan saya yang tidak dapat dipenuhi. Mungkin itu yang menyebabkan saya selalu bermimpi. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini saya agak tertekan – dengan exam, dengan life. Dan itu menyumbang lagi ke arah faktor yang menyebabkan saya kerap bermimpi. Dan tentunya, tidur yang tidak lena.

Dari sudut Islam, mimpi merupakan sesuatu yang tidak banyak dijelaskan, namun kepentingannya sama sekali tidak dinafikan. Singkap sahaja lembaran sirah Nabi Yusuf yang bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya. Dan juga kisah baginda menakwilkan mimpi sang raja. Ya, mimpi ada kepentingannya.

“Dari Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;

mimpi yang buruk adalah dari syaitan, siapa yang bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya dan minta perlindungan (dengan membaca A’uzubillahi minassyaitannirrajim) Allah dari syaitan serta jangan diceritakan kepada orang lain; dan siapa yang bermimpi baik hendaklah ia bergembira dan jangan diceritakan kecuali kepada orang yang dipercayainya.”

Apakah pentingnya mimpi itu hingga Rasulullah berpesan malah beramaran dengannya? Ya, kerana mimpi itu bersifat mistik. Dan peribadi. Tiada cara membuktikan seseorang itu benar-benar bermimpi atau tidak. Tiada cara membuktikan sama ada benar mimpi itu seperti yang diceritakan atau hanya rekaan semata-mata. Saya boleh berlagak dengan mengatakan saya bermimpi berjumpa Rasulullah – tetapi siapa boleh membuktikan saya benar2 mimpikan baginda?

Adapun hikmah sebenar larangan menceritakan mimpi oleh Rasulullah itu, hanya baginda sahajalah yang lebih mengerti. Namun, kita sendiri boleh melihat kesannya – berapa ramai mengaku bermimpi menerima wahyu? Berapa ramai mengaku bermimpi ‘ditauliahkan’ menjadi nabi, even selepas nabi terakhir Muhammad? Dan natijahnya, lahirlah mereka2 yang segolongan dengan ayah Pin, Bahai, Ma’unah dan sebagainya.

Dan larangan bermimpi oleh Rasulullah merupakan satu bentuk perlindungan sebenarnya. Perlindungan dari musuh-musuh, sama ada atas sebab peribadi, agama, malah boleh jadi atas sebab ekonomi pun! Contohnya, seorang peniaga yang bermimpi mendapat formula peniagaan yang pastinya boleh membuatkan dia kaya raya – bayangkan berapa ramai memburunya malah sanggup mencederakannya demi rahsia formula tersebut. Begitu juga dengan orang Islam – sekiranya seseorang heboh menceritakan dirinya bermimpi bertemu Rasulullah, tidakkah dia sedar betapa ramai kafir di luar sana sanggup membunuh dia, kerana fobia dan paranoid takutkan sekiranya Rasulullah ada menyampaikan rahsia/panduan bagi menghadapi musuh2 Islam ini.

Selain itu, larangan Rasulullah ini juga boleh jadi sebagai satu amaran – kerana sesungguhnya mimpi itu perkara ghaib yang tidak boleh ditentubenarkan kebenarannya. Setiap mimpi perlu ditakwil dengan berhati-hati. Dan hanya boleh ditakwil dengan orang yang memiliki ilmu mengenainya, jauh sekali kita hamba biasa yang ilmu-ilmu makrifatullah pun masih terkial-kial. Penakwil perlu mengetahui makna sesuatu di sebalik sesuatu, mampu mengenali yang tersurat di sebalik yang tersirat di dalam apa yang tersurat – sepertimana kisah Nabi Khidir. Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda melalui salah satu sanadnya Abu Daud:

“Mimpi itu bagaikan sesuatu yang tergantung pada kaki burung, selama ia tidak diceritakan. Jika diceritakan terjadilah ia.”

Justeru, janganlah terlalu difikirkan mengenai apa yang kita mimpikan. Sebagaimana pesan orang-orang tua kita, mimpi itu adalah mainan tidur. Acapkali kita bermimpi, hendaklah kita berdoa semoga beroleh kebaikan dari mimpi itu dan dijauhkan dari keburukannya.

Mimpi – lebih banyak yang tersimpul dari apa yang telah terhurai. Baik dari jalan sains mahupun falsafah. Semakin dihurai, semakin kusut. Jadikanlah mimpi sebagai satu motivasi kepada diri kita – satu daya untuk kita terus melangkah, satu harapan untuk masa depan. Hiduplah dalam realiti, kerana hanya dalam realiti kita boleh menggapai apa yang diimpikan..

Don’t stop dreaming, for dreaming is the one that keep u alive..

Bacaan Tambahan: Permintaan Menakwilkan Mimpi Dari Si Kecil, Wikipedia – Dream, Wikipedia – Sleep

Ps: Sesiapa yang nak sangat menakwilkan mimpi, bolehla cari Kitab Tafsirul Ahlam, tulisan Ibnu Sirin. Setahu saya ada versi Indonesia, entahla ada kat Malaysia ke tak. Tapi kena ingat pesanan ini – “Kitab ini, bukan untuk dibaca setengah-setengah. Ambillah waktu luang, agar engkau dapat membacanya dengan tenang, agar membacamu tidak putus di tengah jalan. Setelah tamat, barulah engkau amalkan.”

8 thoughts on “A Dream Lies Within..

  1. Erk
    sungguh mendalam entri kali ini.
    mungkin kerana aku tidak mengingat mimpi aku sendiri, kerana aku bagaikan tidak cukup2 tidur..kuikuikui

    on the side note, yup. Mimpi adalah sesuatu yang perlu diperlakukan dengan hati2..

  2. panjanye penjelasan tang sains, tapi tang islam ciput je.. huhuhuhu… tak aciiiiiiiii…… hahahahah..

    i’m a man of science. heheh. perkara berkaitan Islam tidak boleh main hantam..Islam itu syumul, dan saya bukanlah ahlinya bab2 ni. =)

  3. …Sigmeund Freud adalah seorang pakar psychoanalisis yang mana cukup terkenal sebagai saintis, philosopher, seorang existentialist. 3 kali nama dia saya jumpa sepanjang pengajian saya setakat ini. Sekali dalam subjek filosofi – dia terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang mempelopori bidang psychoanalysis dan sub-bidang existentialism. Kali kedua adalah dalam subjek Psychology, ketika membicarakan mengenai Theory of Consciousness. Dan terakhir ketika subjek Physiology, ketika menerangkan mengenai memori…

    inilah subjek saya tahun satu sem dua. Tak susah, tapi sukar..hehehe~ Seronok blajar psiko ‘ekceli’, mengerti manusia dan diri sendiri.

    pernah mendengar arwah nenek saya berkata, kalau ingin dibacakan doa pada bayi yang tidur, bacakan ketika dia mula menarik nafas panjang. (saya pernah cuba perhatikan, manusia dewasa juga begitu). Katanya lagi, masa itu manusia mula masuk ke alam mimpi. Betul atau tidak wallhu’alam.

    Tetapi, kalau kita perhatikan gelombang ketika manusia menarik nafas panjang ketika tidur, boleh juga dikategorikan mereka mula masuk ke alam lain dalam erti kata lain, alam mimpi. Kerana terdapat perbezaan gelombang alpha dan beta yang ketara. Betul atau tidak, sekali lagi wallhu’alam.

    kesimpulannya, masih misteri. dan tugas ita mencari dan meneliti, kerana ada keajaiban yang belum terbongkar. Andai terbongkar, sekali lagi menambah bukti, betapa ESAnya DIA!

  4. BTW, kalau kamu ingin meminjam buku itu, saya dengan senang hati memberi. Buku dah duduk dalam kotak, kalau ada yang nak baca, amatlah di alukan..heee~

    p/s:itulah jadi kalau ilmu dalam buku, bukan dalam otak. Aduhai!

  5. Ayu nak tambah sedikit. Mulanya Ayu memang tak percaya kan mimpi. But after i experienced it myself, then i believe. Ini bukan rekaan tapi kenyataan. I wanted to go to see an event. So much… but no one can bring me there. Lalu dengan sedihnya, Ayu pun masuk tidur kerana waktu dah larut malam.

    That night i dreamt that i was at the place that i wanted to go so much. I was there. Looking at the thing that amazed me so much. I’m so excited that i was finally there. I’m so happy to witness it. But then i suddenly wake up and realised that it was only a dream. I’m so sad and go back to sleep.

    The next morning, i saw what i saw in my dream in the papers. It was exactly the same. I was there. The same as what was shown on the papers. I later follow up with the news. Yes it was the same. The same thing happen in my dreams. I’m scared, dont know why. Its so weird. I’m not physically there. I didnt go there.

    so i told my aunt about this. And she said, Itu maknanya, roh Ayu yang pergi sana…

    Unbelievable, but its true. So that’s when i started to believe in my dreams. But not all.. Yang nonsense tu Ayu buat bodoh sudah lah..

  6. sebab berforum kat iluvislam,akhirnya membawa sy sekali lagi ke rumah leokid,walaupun dah 2 tahun entri ni,sy rasa masih belum lewat sangat sy nak komen.Terima kasih ya saudr memberi penjelasan dari sudut saintifik dan sy percaya mimpi merupakan sesuatu yang mistik .apapun,entri yg menarik la..kalu mengigau?

    Yeap2. Dalam istilah perubatan, ia dikategorikan sebagai “REM Sleep Behavioural Disorder” (RBD).

    Dalam keadaan biasa, bila kita tidur dan memasuki fasa keempat REM, otot badan kita akan mula mengalami atonia (hilang tone). Iaitu tidak lagi mampu bergerak, complete rest.

    Tapi orang yang ada RBD ni, otot dia tak completely rest. Muscle dia tidak ada atony. Bak kata wikipedia,

    Rapid eye movement behavior disorder (RBD) occurs when there is a loss of normal voluntary muscle atonia during REM sleep resulting in motor behavior in response to dream content.

    Antara contoh RBD termasuklah sleepwalking (mengigau), sampaikan boleh berjalan, pegi bilik air, sehinggalah ke aktiviti yang lebih kompleks seperti chatting ngan member, hatta sampai ke tahap membunuh. Huhu. Menakutkan giler. =.=

    Contoh RBD yang lain seperti tersentak (jerk) ketika tidur, mengigau bercakap-cakap, dsb.

    Walaupun ianya normal, tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan penyakit-penyakit yang serius. So kalau mengigau sekali sekala tu takpe la, tapi kalau dah sampai tiap2 hari, sampai xleh tidur, sampai jadi penat dsb, maka sewajarnyalah merujuk kepada doktor dengan segera.

    Bacaan Lanjut:
    http://en.wikipedia.org/wiki/Rapid_eye_movement_behavior_disorder

  7. Walaupun Freud seorang psychotherapist, beliau asalnya ialah seorang medical doctor. Sebab itu ia mengaitkan semua teorinya tentang psikologi manusia dengan aspek biologi. Bagi saya sebenarnya ia mencari apakah yang menjadikan manusia begitu unik dan berbeza dengan rat lab, apa yang mendorong dan memberi kekuatan kepada manusia. Akhirnya dia kata sexual drive. I think he was seaching for God, the higher power tp tak jumpa instead he found the devil inside of himself hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s