Personaliti?

Hari ini hari yang memenatkan!

Seawal pukul 7.30 pagi aku sudah keluar dari Hostel 3 di Medicine Street, menuju ke Gorkava Square. Atau setepatnya, menuju ke Military Hospital of Nizhny Novgorod (entah betul ke nama dia -_-” ). Ini kerana pada hari ini, bermulalah subjek baru aku iaitu Surgical & Nursing Care.. Group aku dimandatkan kepada Dr. Rhizov Valeriy, seorang doktor bedah, yang mana beliau akan mendedahkan kami kepada prosedur-prosedur, protokol-protokol serta tugas-tugas setiap bahagian pentadbiran, rawatan dan segala-galanya yang membentuk sebuah institusi yang dipanggil “hospital”

Taknak cerita banyak, nanti lah aku cerita 1st experience aku masuk OR. Takut lari topik pula. Hehe. So..habis je kelas di Gorkava Square tu, aku bergerak pula ke Hospital Semashka, untuk membeli baju scrub dan mask (persediaan untuk masuk ke OR nanti). Dan dari Semashka, aku pulang semula ke bangunan Bufeka di Medicine Street untuk kelas practical 2 jam subjek Biochemistry. Dan sejurus selepas itu, aku bergegas pula ke Minina Square, dengan traffic jam punyalah teruk, untuk kelas Psychology pula. Huhuh.

Dan itula yang aku nak kisahkan sedikit di sini, mengenai kelas Psychology tadi. Aku sebenarnya agak takut dengan lecturer Psychology aku (serius aku tak tau nama dia!). Atau maybe tak keterlaluan kalau aku mengatakan aku sebenarnya takut dengan semua manusia bergelar Psychologist/Psychiatrist ni!

Kenapa? Well…mereka adalah sangat mistik bagi aku. Somehow, diorang ada cara untuk mengetahui apa yang sedang bermain di fikiran kita. Dan diorang juga ada cara (pshychologically) untuk membuat kita menurut kehendak mereka. Dan mereka berupaya untuk mengorek apa jua rahsia, sifat, habit, sikap, etc etc peribadi kita tanpa kita sedari langsung!

Tapi, yelah..sebab terbesar aku tak suka dengan psychologist ni adalah sebab diorang ni semuanya bersifat judgemental. Dengan hanya melihat diri kita, body gesture, handwritings, or even appearance – diorang dah boleh buat kesimpulan diorang sendiri. -_-”

Ok cukup pasal kebencianku terhadap psychologist. Kelas Psychology yang aku duduki tadi bukanlah psychology lesson yang intensive sebenarnya. In fact, pada tahun kelima nanti akan ada lagi satu subjek bergelar “Clinical Psychology” yang benar2 deal dengan masalah mental dan minda pesakit. Kelas Psychology untuk tahun kedua sekarang ni cuma sekadar mendedahkan kami pelajar perubatan dengan method-method psikoanalisis, macamana nak deal dengan patient etc etc.

Macam kelas tadi, topiknya adalah “Personality Assessment“. Satu tajuk yang agak menarik, sebenarnya. Dan kami diperkenalkan dengan EPI (Eysenck’s Personality Identity), sebuah method self-inventory untuk menilai personaliti diri sendiri. So aku kena la buat personality test ni time kelas tadi.. Caranya mudah, terdapat 57 soalan Benar/Salah mengenai diri kita, yang mana resultnya akan menentukan sama ada seseorang itu Stable/Unstable atau Introvert/Extrovert dari segi personaliti. Sesiapa yang nak cuba EPI secara percuma boleh lawat website ni, tapi ianya sangat extensive – mengandungi 32 topik merangkumi 5 aspek penting = lebih 300 soalan. Namun inilah method yang diterima pakai sebagai kaedah psikoanalisis, bermaksud ianya jauh lebih tepat daripada korang banding2kan personaliti mengikut tarikh lahir la, zodiak la, etc etc. =p

Ok, dari test tersebut, aku mendapati diri aku bersifat agak unstable dan introvert. Atau dalam klasifikasi yang diistilahkan Hippocrates & Galen, manusia “melancholic”. Yang mana antara trait/types of temperament yang aku selalu hadapi adalah – moody, anxious, rigid, sober, pessimistic, unsocialable, dan quiet. Benarkah itu aku?

Namun terdapat satu lagi parameter dalam EPI tersebut, iaitu dipanggil “Lie Scale”. Lie Scale ini adalah terdiri daripada beberapa soalan among 57 questions tadi, yang mana boleh menentukan sama ada aku menjawab dengan jujur atau tidak EPI tersebut. Dan biasanya, keputusan EPI dengan Lie Scale <4 adalah reliable. And guess what, Lie Scale aku 6!

Aku tidak jujur menjawab EPI tersebut? Masakan mungkin! Aku dah jawab sehonest yang boleh. I’m not under stressed, i’m not in a bad mood or anything semasa menjawab EPI tersebut. Lalu aku approach lecturer aku, the psychologist untuk penjelasan.

Dan itulah antara moment yang membuatkan aku gerun dengan cikgu aku tu. -_-“. Dia seolah-olah dapat membaca diri aku yang sebenarnya, lebih baik dari aku sendiri!

Menurutnya – dia tahu aku tidak menipu menjawab EPI itu. It’s just that, dia kata aku sebenarnya menipu diri sendiri dalam keadaan tidak sedar. Individu yang memperolehi markah tinggi dalam Lie Scale adalah individu yang sedar akan traits/types diri sendiri, namun berusaha untuk menafikannya. Individu tersebut cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik, merahsiakan kelemahannya serta dalam keadaan denial terhadap dirinya sendiri. Individu tersebut mungkin dah boleh agak trait/type dirinya, namun tidak suka dengan trait/type tersebut serta cuba untuk menafikannya.

Dan aku muhasabah diri seketika. Ada benarnya analisis tersebut. Aku selalu berada dalam keadaan melancholic. Mungkin dari luar aku kelihatan seperti seorang yang easy-going, peramah dan sebagainya. Namun dalam diri aku, bukan itu aku yang sebenarnya. Bukan itu personaliti aku. Aku sedar, aku sering cuba untuk menjadi orang yang lain – kerana aku tidak suka dengan diri aku yang sebenarnya.

I think i might have a personality disorder here. T_T

Well, that’s one of the think yang buat aku takut dengan cikgu aku tu. Somehow, she really has effective ways of getting into someone’s mind. Masih teringat lagi dulu masa buat Lusher Colour Test, dia dengan tepatnya dapat mengagak keinginan – u want to be alone. you just want to go out to anywhere alone, spend time alone. Is it because you feel confined? Are there many people disturb you, bugging you?” Dia tanya aku. Dan aku diam sahaja…as a defensive method. Namun dalam hati aku, ya, aku mengiyakan. Alangkah baiknya sekiranya aku dapat pergi ke suatu tempat yang aman seorang diri. I really need some space – out of this world. Out of this environment. Huhuh.

Diri aku ini sangat complicated. Seriously. Even aku sendiri pun tidak memahami apa yang aku mahu sebenarnya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana nak memahami diri sendiri. Atas sebab itulah, aku selalu bengang dengan certain-certain manusia yang berpura-pura mengatakan dia memahami aku. Faham keadaan aku. Semata-mata nak tunjuk yang dia boleh menjadi “somebody” yang kononnya best-friend, boleh memahami apa yang aku mahu atau apa yang aku perlu. Huhuh.

Kenapa aku takut untuk menjadi diri sendiri? Satu – kerana aku tidak tahu bagaimana diri aku yang sebenarnya. Dua – aku rasa aku selesa dengan diri aku sekarang. Maka aku takut aku kecewa, seandainya diri aku yang sebenarnya adalah worse dari diri aku sekarang ini.

I tried to be someone else – someone who is loved by my parents. someone who people around me love to hang out with. someone whom my best friend enjoys to chat with. someone whom the person I love, loves me.

And I’m afraid, by becoming a real me, and losing that “someone”.. I will lose all of them..

9 thoughts on “Personaliti?

  1. Denial..
    bagi aku, semua orang telah menafikan diri sendiri, sehingga pada suatu tahap. sama ada kritikal, ataupun tidak. Aku juga dalam situasi self-denial, aku akui. Dan memang sukar untuk aku sedar akan itu.
    *memang offtopic*
    anyway, kalau kau merasakan menjadi diri kau akan menyebabkan kau kehilangan segala-galanya, jadilah diri kau.
    serius, lama2 akan hidup camtu akan membebankan kau..

    at least aku rasa camtu laa..

  2. salam bro,

    nak tanya sket, memula ko kata ujian itu kata ko ni, “Hippocrates & Galen, manusia “melancholic”. Yang mana antara trait/types of temperament yang aku selalu hadapi adalah – moody, anxious, rigid, sober, pessimistic, unsocialable, dan quiet”

    namun pada lie scale kata kamu menipu.

    bagaimana ujian itu mengkelaskan yang ko ni sbg manusia melacholic jika kau mnipu dalam ujian itu?

    apa yang tidak benar akan melahirkan sesuatu yang tidak benar juga.

    aku harap kamu tidak putus asa untuk menjadi manusia yang mulia, walaupun ujian itu cuba mengkelasifikasikan kamu degan berbagai2 label. jangan percaya semua yang kamu baca, mungkin itu ialah apa yang mereka hendak kamu percaya( wat they wan u to believe)!
    mana tahu ini suggestion2 bawah sedar yang cuba ditanam dalam minda kamu? hahahahahaa… apa la yang aku merepek ni?

    nway, aku jeles dengan kamu

    benar! maksudnya dari keputusan tersebut, aku cuba potrayed kan diri aku sebagai melancholic, meaning aku mahu menjadi seorang yang lebih melancholic dari aku sekarang ni. Hmm.. sekarang aku konfius.

    Ada banyak method untuk menguji personaliti, dan setiap method ada pro/contra tersendiri. Macam self-inventory method ni, antara kelemahan dia inilah – result yang ada tak semestinya tepat. Tak apa, minggu depan aku ada kelas psychology lagi, kali ini mengenalpasti personaliti melalui cara subconscious self-evaluation.

    perjalanan mencari diri sendiri – huh! susah betul!

  3. salam..
    hehe..kalau macam aku thn lps memang byk benda pasal dr aku bertentangan dgn result test2 tu..aku ingat lg,1st class je dh kena dgn panova..aku mmg time 2 xde mood,kan 1st class kena lukis2 gbr kan,aku ni seni2 fail,tambah pulak dengan mood yg xde,lukislah cincai2..tangan xde jari (macam kartun),tangan letak kat belakanglah,etc2…tgk2 dier ckp aku ni suka nak sorang2,sembunyikan masalah sendiri…1st class dah kena bom..haha..tp bestla sbnrnyer..dpt gk tbh ilmu..btw enjoy ur remaining psycho classes! 2nd sem 2nd year amat menenangkan..=]

  4. Pingback: My Personality? The Quest Continues.. « Leokid’s Life

  5. salam ‘alaik..
    nak kenal diri memamg susah compare to nak kenal org lain.
    Sblum baca entry ni,(berdasarkan entry2 len)ada tergerak kat hati,susah nak tahu sape anta ni,dlm erti kata len, kategorikan anta dlm mana2 “tajuk”.hehe.. Bukan itu tujuan,cuma biasanya akan jadi kemahuan.
    Bagi ana,penting utk kenal diri sendiri. dan anta bertuah krn ada peluang mdapat ilmu tentangnya. :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s