Hati

Post ini telah ditaip beberapa ketika yang lampau. Entah kenapa, baru sekarang aku rasa nak publishkan. 

Brrr…sejuknya hari ni. Although dalam bilik yg ada heater 2, dgn bersweater dan even berstokin 2 lapis, aku still rasa sejuk. Huhu.

Post kali ni aku nak cerita pasal hati. Ye..aku tau pernah ada post pasal hati dah sebelum ni. Tp itu sekadar sebuah sajak. Bukan semua org suka sajak. Hehe. And sajak perlu difahami isi tersiratnya, baru smpai maksud. Maksudnya, hanya org yg berjiwa puitis saja dapat tangkap maksud yg ingin disampaikan. =p

Tp post kali ini, aku nak specifickan kat hati aku. Yeap, pasal hati aku. Dan hati ni pula, bukanlah aku nk sentuh pasal hati “hepar” organ manusia nih. Hehe. Although otak aku tengah pening pasal hepar utk exam anatomy 2 minggu lagi, tp hati yg aku nk sentuh ni adalah sebuah elemen yang membezakan antara manusia dan binatang. Inilah ‘Qalb’.

Ps: post ni agak selfish. dan merepek. so stop membaca unless korg dah mmg bosan n taktau nk buat ape.

Terlebih dulu, apa signifikannya hati ni kepada kita? Or specifically, muslim?

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Setiap orang dilahirkan ada hati ni. Sejak dari kecil, kita diasuh untuk menghargai hati sendiri, dan juga hati orang lain. Mak ayah kita selalu melarang kita makan kepala ikan, takut bebal atau “gelap hati”. Kita juga, selaku bangsa yang kaya dengan adat sopan santun ketimuran, begitu menitik beratkan perihal menjaga hati orang-orang di sekitar kita. Kalau jalan depan orang tua, kena tunduk – simbolik nak jaga hati orang tua tu. Zaman2 dulu lagi la, zaman kesultanan purba. Nak menegur seseorg pun siap berpantun bergurindam – tak nak terguris hati.

Hati sudah sebati dengan masyarakat kita. Even dalam Islam pun, hati dianggap sebagai sebuah elemen (organ) yang sangat penting. Buktinya kat hadis di atas tu. Setiap di antara kita dituntut menjaga hati, masing-masing. Camne tu? Nanti aku kupaskan.

Sekarang ni, nak fokus kat hati aku pulak. Aku ni jenis yang tak reti menghargai hati sendiri. Seriously. Hati aku ni, aku sesuka hati je bagi kat sapa-sapa yang aku nak. Bukan seorg dua, ntah dah berapa ramai aku bagi hati aku ni. Semua aku bagi dengan sebuah harapan – semoga hati ini akan dijaga, dibelai dan dimanja.

Tetapi hakikatnya tidak. Hati aku dilempar-leparkan je. Ntah dah berapa kali dah hati aku diretakkan. Dipatahkan. Dan setiap kali itu, ianya dipulangkan kat aku dalam keadaan yang menyayat hati. Sejujurnya lah, kalau korang boleh tgk hati aku, sure ngeri punye. Bertampal sana sini. Berdarah sana sini. Calar balar. Luka lama baru nak sembuh, dah ada luka baru.

Sebabnya? Well, dah ramai sangat sakitkan hati aku. Patahkan hati aku. Retakkan hati aku. Tapi itulah, aku tak salahkan diorg. Salah diri aku gak. Aku yg bodoh sangat sesenang hati percayakan seseorg. Memberi sepenuh jiwa raga dan hati sanubari. Cheh. Sudahnya, hati aku dipatahkan lagi.

Dan cuma sekarang ni baru aku sedar. Aku jeles dengan sesetengah orang tu. Cam Zulhusni. Cam Tuan. Or even junior aku, Azli. Hati diorg mesti bersih gler. Berseri-seri. Tiap-tiap hari diberi makan santapan rohani. Tiap-tiap hari dibelai dengan zikrullah.

Apa yang pentingnya hati ini? Hati ini penting – sangat penting. Kerana itulah hati ini hanya layak diberi kepada pasangan kita nanti. Dua hati dikongsi dua jiwa.

Alangkah bertuahnya pasangan Zulhusni. Pasangan Azli. Diorg dapat hati yg fresh. Bkn setakat takde calar, takde parut pun. Heheh. Begitu juga dengan akhwat yg terpelihara hatinya. Alangkah bertuahnya suami-suami mereka. Hati yang subur mekar di bawah lindungan Allah.

Tetapi aku? Hati aku dah kusam. Luka demi luka masih berdarah. Ya Allah, siapalah wanita yang sudi menerima serpihan hati aku ni?

Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga

Tapi mungkin kerana airnya, tidak sesegar telaga kauthar..

Dalam post “Kisah Hati” tu ada footer. Hati yang luka jika diserahkan kepada Allah, nescaya akan dipulihkanNya. Benar! Allah Maha Kuasa. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang.

Tetapi luka di hati jangan dipandang rendah. Sungguhpun ianya sembuh, parut yang ada tetap mencacatkannya. Tambah2 dengan orang macam aku ni. Careless. Suka sangat meletakkan hati aku kat tempat2 berisiko. Selalu sangat meletakkan diri dalam situasi yang mana hati itu mungkin boleh disakiti.

Hati aku ni special sket. Yeap. Macam yg korang boleh baca kat panel belah kanan ni, kat area “List of Me” tu, ada satu statement pasal diri aku. “I physically feel the pain of having my heart broken.” Ha’ah. No kidding. Tiap kali hati aku disakiti, aku smpai dah boleh rasa secara fizikal dah. Rasa camne tu? Sakitla! Cam senak kat area diaphragma ni. Sometimes i literally feels ada orang tengah hiris-hiris. Yeap! It’s so real! Dengan ngilu nya. Dengan peritnya. Even kekadang smpai menitis air mata, sebab sakit sgt! Aduh!

Aku pun dah tak tahu nak buat camne dgn hati aku ni. Pernah aku menangis di malam hari, terkenangkan nasib hati. Allah kurniakan hati sebagai satu amanah – untuk dijaga, sebagai hadiah buat yang dijanjikan. Tetapi aku selalu lupa. Aku lupa nak bagi makan hati aku ni. Aku lupa nak belainya dengan zikrullah. And even worse – aku zalim terhadap hati aku sendiri, dengan membiarkan ianya disakiti sesuka hati.

 

Ok, enough said.

Ya Allah. Peliharalah hati aku. Tetapkanlah hati aku di jalanMu. Lindungilah ia. Sembuhkanlah ia. Rawatilah ia. Sungguhpun Engkau terpaksa merantai ia rapat ke dalam jiwaku, maka lakukanlah. Aku dah tak sanggup membiarkan hati aku menderita lagi.

Ya Allah, aku manusia yang bersalah. Aku zalim ke atas ciptaanMu yang istimewa, hati. Dengan itu ya Allah, aku redha andai Engkau ingin menuntutnya kembali. Ambillah kembali hatiku ke pangkuanMu ya Allah, andai itu mampu menghalang aku dari terus menzaliminya. Aku redha ya Allah.

To all my friends out there. Jagalah hati korang lek lok. Jangan sesuka hati bagi kat sesiapa pun, even yang korang kenal. Even yang korang sayang. Tunggulah sampai ada ikatan yang sah, barulah boleh 2 jiwa berkongsi hati. Kalaupun tak kesian kat diri sendiri, tak kesian kat mak ayah, kesianlah kat hati itu. Ia amanah dari Allah, jangan sampai ia menuding jari ke arah kita di akhirat kelak kerana gagal memelihara amanah itu.

 

And to whomever yang ditakdirkan untuk berkongsi hati dengan aku – Aku minta maaf sangat2. Hati aku ni dah hancur lebur. Dah jadi serpihan. Hanya serpihan ini sahaja yang tinggal untuk engkau. Terima kasih kerana sudi menerima serpihan ini. Aku bersyukur sangat2 kepada Allah kerana menemukan aku dan kau. Kau sanggup menerima aku seadanya. Terima kasih. Namun, aku mohon sangat-sangat kepada engkau. Hati aku hanya tinggal serpihan ni saja. Janganlah kau hancurkannya menjadi debu. Tolonglah, jangan. Kerana tanpa hati – masih bolehkah aku digelar seorang manusia?

11 thoughts on “Hati

  1. salam…
    nice site!!my 1st visit..over all ok….dpt gk mntapkn iman d dada
    hak3!!
    some advise…..
    never give up..
    “dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat yang membuatkan kita sedih dan lemah,peritnya terasa, tetapi renungilah kembali, mungkin dengan air mata DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak”
    stiap yg brlaku ade hikmahnya……
    whateva……hope success always!!1
    “suburkan hatimu dengan keindahan zikrullah,
    tenangkan jiwamu dengan alunan selawat,
    hiasi dirimu dengan akhlak yang mulia,
    ukirkan senyumanmu dengan manisan taqwa”
    jdkan cbran2 khdpan sbg ujian dr ALLAH
    brsyukurlah krn d uji..
    best of luck 2 u……
    sekian sajer..
    wsalam

  2. Pingback: Tag From Wandie « Leokid’s Life

  3. fiu~
    kidD ;D
    wah post inep bermakne sungguh.
    um, mcm sha paham ape kid sampai kan.
    bcos i think i’ve been trough this b4, many TYMS jgk!!
    n im even shocked ble ade satu part yg kid tulis
    same dgn ape yg sha pna tulis dlu sumwhere in my diary.

    evrytime i share my heart wit sumone,
    be it a fwen or special sum1.
    silently, i put some hope that they will try to ta8care of it..
    but to my disspointment, ALWAYS i got back my heart
    a broken heart. full of wound, kritikel sgtSGTS.
    it may be healed but well, the scars shall nvr fades n it last forever.
    T_T huhu~

    anyways, sabar la kiD ;D
    hEe~ now sha pgg pade satu ayat inep,
    mcm bes,
    evrything happens for a reas0n ;)
    yeah tats HIKMAH la kan?
    hEe, mst ade sumthg Allah nk ajar kite ^-^
    so that we’re stronger n knows how to apprecia8 en en?

    jya-ne!!
    um sory lah kalau sha mengarut di sinep ;) ahaha

  4. eh eh rupenye ade gak yg senasib dgn sy ni..sy pun pnah rs sakit hati sgt psl cnta smpai rs fizikal pon sakit..exactly wit wat u hav felt..n kpd Tuhan sy serahkan sakit ni..kdg2 mcm kid gak, mluahkan dlm blog psl cinta yg x kesampaian..dun give up..u’l find sum1 who’ll appreciate ur heart..insyaAllah..amin:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s