Masih adakah esok?

Baru kembali dari majlis tahlil dan zikir yang diadakan oleh saudara Affifudin, seorang senior saya di sini. Abg Fudin, saya menggelarnya. Abg Fudin merupakan super-senior kat sini, iaitu dia pelajar tahun keenam. Tahun terakhir dia kat sini. Orangnya mmg saya respek, sebab bagi saya dia sangat matang. Dan professional, dari segi tindak tanduknya. Memang respek habislah!

Tapi bukan mengenai dia yang ingin saya bicarakan. Abg Fudin baru saja kehilangan ayah tercinta, lebih kurang seminggu yang lalu. Dan sejujurnya saya agak tersentak dengan berita itu.

Maut, sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah, boleh menimpa sesiapa sahaja, pada bila-bila masa sahaja. Dan kebetulan semalam, ketika usrah, kami berbicara mengenai kasih terhadap ibu bapa. Ada satu persoalan yang ditimbulkan saudara Hafiz ketika usrah tersebut, yang membuatkan saya terfikir – bagaimana sekiranya ibu bapa yang tersayang pergi menemui ilahi ketika kita di sini, kita tak dapat bertemu dengan mereka? Itulah yang dialami Abg Fudin.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul derita tersebut. Sungguh, ketika arwah datuk saya meninggal tahun lepas pun, saya nyaris2 terlepas peluang terakhir bertemu dengan beliau. Syukur, Allah melapangkan masa yang sangat singkat ketika itu, untuk saya berbakti buat kali terakhir terhadap arwah datuk.

Tapi bagaimana sekiranya kali ini giliran nenek saya pula? Atau ibu bapa saya? Atau saudara mara saya yang lain? Ketika saya ada di sini, tak mampu untuk bertemu mereka. Tak mampu untuk pulang secepat mungkin kerana Russia dan Malaysia bukanlah sehari jarak perjalannnya?

Maut datang bila-bila masa sahaja. Mari kita sama-sama renungkan, bilakah kali terakhir kita mencium tangan bapa kita. Kali terakhir memeluk ibu kita. Kali terakhir kita meminta maaf dari mereka. Dan sekarang, bayangkan, takdir Allah mengatakan itulah peluang terakhir kita sepanjang hayat. Sungguh menyayat hati, bukan?

Tahun 2006 merupakan tahun terakhir saya beraya di kampung, tahun terakhir saya menyambut Aidilfitri bersama arwah datuk. Andai saya tahu aidilfitri tersebut adalah yang terakhir bagi datuk, pasti saya akan menghargainya. Dan kini, tiada lagi mengucup tangan datuk sambil diselitkan duit raya. Tiada lagi bertakbir di malam hari bersama datuk. Tiada lagi tawa riang datuk bermain bersama-sama cicitnya. 2007, Aidilfitri menjadi terlalu hiba buat kami sekeluarga tanpa datuk.

Hargailah mereka yang tersayang, sementara masih ada masa dan ketika. Sementara kita masih ada ruang dan peluang. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada mereka, kerana kata-kata itu mungkin menjadi kata terakhir dari kita kepada mereka. Segalanya dalam ketetapan Allah..

Buat Abg Fudin,  tabahlah menghadapi semua ini. Sesungguhnya tiadalah dibebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ya Allah, kuatkanlah iman di dadaku, agar bila tiba waktu yang dijanjikan olehMu maka tetaplah aku redha dengan apa jua keadaanku ketika itu nanti inshaAllah..

4 thoughts on “Masih adakah esok?

  1. hargailah ibubapa selagi mereka masih ada =)

    i was lucky too my dad passed away last august just 2 days b4 my flite back here.on 280807..my flite was scheduled on 30th aug..did all my best to take care of him at the hospital tho…but still sgt2 sedih when he gone =( sape tak sedih one of our parents meninggal kan?

    • saye pon bleh dikire mcm keadaan ni jgk. setelah 2 bulan lbh baru smpai kt jordan, dpt berita ayah mninggal. Arwah masuk hospital pon xtau. mengejut. Tau2 dh tanam. Sgh menyayat hati..huhu…

      ape2 pon Allah tak akan membebani hambaNya melainkan Dia tahu kekuatan hambaNya..

      Saje nak nyibuk (^_^)

  2. Pingback: Best ke duduk oversea? « Leokid’s Life

  3. Pingback: Pemergian.. « Leokid’s Life

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s