My Personality? The Quest Continues..

psycho_semua.jpg

Semalam, hari Selasa. Kelas kedua untuk subjek psikologi aku yang membincangkan mengenai topik personaliti. Hmmm…

Kalau dalam post sebelum ni, aku ada cerita mengenai teknik menilai personaliti secara self-assessment. Secara klinikal, terdapat pelbagai kaedah untuk menilai personaliti seseorang. Self-assesment yang aku buat 2 minggu lepas merupakan antara kaedah termudah, serta sering digunakan sebagai preliminary assessment.

Namun terdapat setengah2 kes yang mana keputusan self-assessment invetory tersebut tak dapat diterimapakai, macam kes aku tu. So, dalam keadaan sebegini, clinically psychologist akan beralih ke teknik kedua – Projective Test.

Teknik Projective Test ini cukup efektif. Antara kelebihan dia adalah, pertamanya test ini adalah transparent terhadap subjek. Maksudnya, subjek tidak tahu bagaimana dia akan dinilai. Ini menyukarkan subjek untuk cuba melakukan penipuan/tidak jujur dalam keadaan sengaja.

Kelebihan kedua pula adalah, test ini merupakan satu indirect approach terhadap subjek, menyebabkan ianya efektif dan sensitif terhadap tindakbalas luar-sedar subjek (unconsciousness), serta ciri-ciri terpendam (latent features) personaliti subjek.

So, semalam, kami berlatih menggunakan salah satu projective test yang digunakan secara meluas dalam bidang psikologi klinikal, iaitu Draw-A-Person Test, yang mana dipelopori oleh psikoanalisis Machover pada tahun 1949.

Caranya mudah sahaja. Subjek diberikan 4 keping kertas bersaiz setengah A4. Arahan yang psikologist akan keluarkan mudah sahaja:

“Draw a person.”
“Draw a person of the opposite sex of the first drawing”
“Draw a person under the rain”
“Draw a family”

Itu sahaja. Psikologist tidak dibenarkan memberi apa2 stimuli/arahan lain. Hanya 4 ini sahaja. Selepas itu terpulang kepada subjek untuk melukis, sama ada secara detail atau tak, etc etc, segalanya terpulang kepada subjek.

Dan aku pun lukislah keempat2 benda tu.. Hasil lukisan aku ada kat atas tu. Sekarang mari kita analisis personaliti diri aku..hehe.

Drawing 1 : A Person

psycho0001.jpg

Ok ini lukisan pertama aku. Klik pada lukisan tersebut untuk lebih jelas.

Pertama sekali, maksud di sebalik lukisan pertama ini. Lukisan yang pertama adalah projection ke atas diri aku sendiri dalam ruang lingkup kehidupan aku. Basically, ia menggambarkan diri aku.

Sekarang, kita analisis beberapa kriteria lukisan ini.

Pertama sekali, kita lihat penggunaan ruang dalam kertas yang diberikan. Mengikut lukisan ini, figura manusia tersebut berada di tengah2 kertas, tidak ke atas, tidak ke bawah. Ini bermaksud aku mempunyai keinginan yang seimbang dan stabil melibatkan emosi aku, serta self-image aku. Manakala posisi figura tersebut agak ke kiri kertas sedikit, melambangkan tendency aku yang agak introversion, manakala posisi diri yang menghadap ke kiri menunjukkan aku ini seorang yang suka melihat ke arah perkara yang sudah terjadi. Pendek kata, aku selalu memikirkan mengenai apa yang telah aku lakukan.

Seterusnya, faktor kedua lukisan tersebut adalah figura manusia itu sendiri secara keseluruhannya. Figura tersebut adalah sederhana saiz serta tidak mencangkupi ruang yang banyak, menunjukkan aku mempunyai ruang serta kebebasan yang cukup dalam hidup aku. Setiap bahagian figura tersebut juga mempunyai maknanya yang tersendiri. Kepala figura tersebut bersaiz biasa, namun memakai topi/kep. Ini bermaksud aku cuba melindungi kepala aku dari satu bentuk tekanan dari atas, merujuk kepada tekanan dari pihak yang lebih autoriti dari aku – ibubapa, guru, boss dan sebagainya.

Kemudian bahagian badan – tiada corak2 aneh, belang2 atau jalur2 yang pelik2, menunjukkan aku tiada masalah dari segi emosi, psikosomatic, serta keadaan subconscious aku yang stabil. Dari segi bahagian kaki pula, kedua2 kaki aku dalam keadaan stabil, menunjukkan aku ini stabil dalam kehidupan aku, mempunyai self-respect dan self-confidence yang cukup.

Di bahagian tangan pula, aku meletakkan tangan aku di belakang. Ini menunjukkan sikap aku yang tidak berapa terbuka dalam komunikasi, seorang yang pasif. Ini juga menunjukkan aku seorang yang introvert.

Faktor2 lain, seperti muka lukisan tersebut menunjukkan aku mempunyai self-image yang normal, sedar akan identiti sendiri serta berpandangan positif dengan keadaan diri.

Satu kriteria penting dalam lukisan aku ini, adalah wujudnya seekor kucing. -_-” Lecturer aku tengok lukisan aku ni, terus spontan dia cakap “You need someone. You definitely need someone.” Apekah? Huhu. Aku melukis kucing, sebab aku merasakan kucing itu lebih boleh dipercayai berbanding manusia biasa. Maksudnya, aku sudah hilang/kurang kepercayaan terhadap manusia? Hoho..that’s interesting..

Drawing 2 : A person of the opposite gender.

psycho0004.jpg

Ok, untuk lukisan kedua, aku melukis seorang wanita. Secara umumnya, lukisan kedua ini menggambar bagaimana pandangan aku terhadap wanita secara umumnya.

Penjelasan bagi gambar ini secara dasarnya lebih kurang sama macam yang lukisan pertama itu, cuma applicable dari segi perspektif aku terhadap wanita. Contohnya tangan figura dalam lukisan tersebut adalah di hadapan, tetapi dalam keadaan saling berpegangan. Ini menunjukkan aku berpendapat wanita adalah mudah terbuka serta mudah bersosial, namun keterbukaan tersebut adalah sedikit dibatasi. Serta yang penting, wanita yang aku lukis adalah tertutup auratnya, menunjukkan aku mempunyai respect dan menghormati wanita.

Sejujurnya, time kelas psiko tu lecturer aku ada juga tunjukkan gambar-gambar yang pernah patient beliau lukis. Jangan terkejut, ada yang melukis gambar perempuan bogel! Menurut lecturer aku, itu menunjukkan subjek sudah tiada rasa hormat/respect terhadap kaum wanita.

Rasanya tidak banyak yang boleh difahami dari lukisan ini.. Muka lukisan tersebut yang ceria, menunjukkan bagi aku, wanita itu ceria dan menceriakan. Background yang kosong menunjukkan bagi aku, wanita tidak perlukan apa2, independent serta boleh survive dalam hidup.

Drawing 3 : A person under the rain.

psycho0003.jpg

Haha..analisis yang ini agak menarik bagi diri aku. Lukisan yang ketiga ini, menunjukkan sikap & personaliti aku dalam keadaan stress/tertekan.

Yang jelas bezanya lukisan aku adalah, aku tidak ada payung atau apa2. Aku membiarkan diri aku basah. Biasanya, subjek akan melukis payung @ baju hujan atau apa sahaja untuk melindungi diri dari hujan tersebut. Bersesuaian dengan sikap manusia untuk melindungi diri dari keadaan stress tersebut. Begitu juga, secara biasanya, subjek akan melukis figura tersebut cuba untuk keluar dari keadaan hujan tersebut. Ini juga bersesuaian dengan sikap manusia yang biasanya akan keluar dari keadaan stress yang dialami.

Berlainan dengan aku, aku tiada apa2 untuk melindungi diri dari hujan. Malahan, aku duduk pula di situ, membiarkan diri aku basah tanpa sebarang usaha untuk beredar dari situ!

Ini menunjukkan, aku seorang yang jenis “pasrah” apabila dalam keadaan stressed. Aku lebih suka membiarkan diri aku dalam keadaan stressed tersebut, tanpa sebarang usaha untuk menanganinya/confrontation. Aku juga lebih suka menunggu sehingga masalah tersebut pergi dengan sendirinya, atau aku sebenarnya menunggu seseorang untuk membawa aku keluar dalam keadaan tersebut.

Drawing 4 : A Family

psycho0002.jpg

 

Lukisan ini menggambarkan bagaimana subjek melihat dirinya dan orang lain lain dalam kelompok persekitaran yang terdekat – kawan2 rapat, keluarga.

First skali yang perlu diambilkira adalah, adakah subjek melukis lukisan family of orientation (subjek adalah anak dalam lukisan), family of procreation (subjek seorang dewasa dalam lukisan), ataupun imaginary family (keluarga imaginasi subjek).

Dalam kes aku ni, ini adalah lukisan family of orientation. My real family. Boleh dilihat dari lukisan itu aku melukis ayah aku, ibu aku, kedua2 abang aku serta adik perempuan aku.

Benar, di manakah aku? =)

Jika dilihat dalam proses melukis lukisan tersebut, watak pertama yang aku lukis adalah ayah aku. Ini menunjukkan aku mengakui ayah aku merupakan individu terpenting dalam keluarga aku. Di sebelah ayah aku adalah ibu aku, manakala di hadapan mereka adalah adik perempuan aku. Ini menunjukkan bagi aku, ayah dan ibu aku rapat dengan adik aku, sentiasa menyokongnya dari belakang. Tangan kedua-dua ayah dan ibu aku adalah tersembunyi, menunjukkan bagi aku parents aku x berapa terbuka dalam komunikasi. Dalam real-life pun, aku x pernah share masalah peribadi aku dengan parents aku.

Abang sulung aku di sebelah ibu aku, aku lukis dengan tangannya ke belakang, menunjukkan bagi aku abang aku seorang yang pasif dari segi komunikasi. Betul gak pun, abang sulung aku memang pendiam. Lagi, aku melukis beliau berpakaian kemeja, sebab bagi aku dia seorang yang professional. Manakala abang kedua aku pula, di sebelah ayah aku. Aku lukis dia dengan keadaan rambut yang stylo sket, menunjukkan bagi aku abang 2nd aku ni agak selekeh serta kuat bergaya. -_-” Tangan beliau yang terbuka menunjukkan dia lebih mudah untuk berkomunikasi, malah agak terbuka n aggresive berdasarkan tangan dia yang agak jelas open.

So persoalannya, di manakah aku? Aku tidak melukis diri aku, kerana bagi aku dalam family, aku tiada tempatnya. Betul gak sebenarnya, dan memang aku x brapa suka nak mengaku, tapi memang itulah hakikatnya. Aku x berapa rapat dengan family aku. That’s why I secluded myself from the drawing. Actually aku nak lukis pun tak tau nak lukis kat mana. Sebab tu aku x lukis langsung diri aku. Huhuh.

Well, itu sahajalah analisis diri aku berdasarkan lukisan-lukisan ini. Sejujurnya, aku rasa lebih mengenali diri sendiri setelah buat test ni. Seriously!

Untuk maklumat lebih lanjut pasal test ni, boleh tengok kat page Medic’s Life aku. Aku ada includekan kat situ.

Thanx for reading. Salam.

6 thoughts on “My Personality? The Quest Continues..

  1. arrgghhh…saye cube buat gak test ni…tp sy lukis org lidi je la…
    sbb xpandai melukis..hihi

    xpe, org lidi pun xpe cik fauzani. dlm contoh2 yg lecturer saya tunjukkan tu, macam2 jenis ada. ada yg lukis kartun, yg lukis style lukisan komik pendekar laut pun ada! =p

  2. menarik~
    imej yg aku bayangkan dalam lukisan adalah:
    1: seorang yang sedang terbaring~ t-shirt biasa, jeans koyak, tidak berkasut, satu tangan di atas badan, satu tangan lagi terlantar di atas lantai..
    2: wanita yang sedang menunggu rakannya, free hair, mungkin. berpakaian blouse dan skirt panjang.
    3: seorang yang sedang menari dalam hujan. tangan mendepa luas, impresi agak gembira
    4: ibu bapa yang agak rapat, tapi tidak terlalu rapat. 2 perempuan yang berhampiran antara satu sama lain, seorang budak lelaki di hadapan parents. dan aku yang menyendiri di suatu sudut~

    camner tu?

    hoho..hm..susah untuk ku tafsirkan. apa2pun, i think it’s not quite fair la, since u already know how ur pic will be assessed. therefore it might affect ur “honesty”. =)

    still, if u want to see the analysis of ur image, feel free to evaluate it urself here –
    http://medicstudent.wordpress.com/2008/02/28/projective-personality-test/
    that’s my blog too, if u havent noticed. except that i only put my study stuffs there. heheh.

  3. sonoknye belajar psikologi… thanks 4 this entry ye.. :D

    sronok? hmm..ye kot sronok. tp sy slalu ponteng. bkn ape, bangunan kelas psycho agak jauh. so malas sket nk travel. hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s